Mereka yang Kool :)

Thursday, November 24, 2011

Surat untuk Abah #2

Dengan nama Allah yang Maha Menciptakan :)


Nota ringkas :Sambungan Kalau tak Baca Pun Tak Mengapa.
Mak kata jangan sedih-sedih [Kredit]
Abah...
Hari semalam kan 24 November. Maknanya dah genap 7 tahun abah berjumpa dengan Allah. Dan, adik tetap rindu pada abah. Sampai sekarang, malah tak pernah padam perasaan tu. Abah, hari ni hari Jumaat, adik dan keluarga kita semua termasuklah famili pakngah, pokde, pokteh, ucu dan lain-lain akan terbang ke Sarawak. Adik pernah dah pergi sana, masa tingkatan 3 dulu-dulu. Untuk kenduri Mak Ijah sambut menantu. Seronok rasanya pergi melancong sama-sama. Mungkin lebih seronok kalau abah ada, kan?

Tapi takpelah, nanti kita melancong sama-sama di syurga Nya ye? InsyaAllah.


Abah...
Adik dah masuk belajar semula ni. Jumpa semula kawan-kawan yang osem dan gojes. Seronok kan? Jalan tarbiyyah yang dilalui juga rasa cukup siknifiken dengan adanya kawan-kawan ni semua. Adik terkilan sedikit bila abah mungkin tak sempat merasa indahnya jalan tarbiyyah ini. Tapi, insyaAllah Allah Maha Mengetahui. Abah sentiasa di hati adik. Adik doakan kesejahteraan dan harapnya abah berjaya di alam sana. Kita dah tak serupa macam dulu-dulu. Moga abah dalam peliharaanNya.


Ok lah abah, mak dah panggil tu. Flight kami dah tak lama ni. Nanti ada masa adik tulis lagi ya. 
Moga anak-anak abah tegar menjadi anak soleh untuk kebaikan abah dan kita semua nanti. 
Sayang abah sangat-sangat. 

Wallahualam
-adik-

No comments:

Post a Comment

''... Katakanlah, ''Apakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sebenarnya hanya orang yang berakal sihat yang dapat menerima pelajaran''

[Az Zumar 39:9]

Daisypath Happy Birthday tickers