Mereka yang Kool :)

Sunday, August 31, 2014

Merdeka Yang Tidak Tidak Merdeka

Dengan nama Allah yang Maha Memberkati Lagi Maha Mengampuni
Merdeka, letaknya pada jiwa. Bukan kata semata. [Kredit]
[Nota picisan] : Sebenarnya, entri ini memang khas untuk Merdeka. Ya, rasanyalah. Heh. 


Err. Sekejap yaa... Ada habuk lima inci. 

Ok. Boleh sambung. 


Alhamdulillah thummalhamdulillah, Allah swt masih lagi mengijinkan kita bersama-sama meraikan hari bersejarah untuk negara terchenta, Malaysia. Err, raikan? Betul ke? Sejujurnya, saya sudah penat melihat siaran yang 'sama' setiap kali tiba Hari Kemerdekaan. Ya, untuk sedikit panjang (baca: to some extend), saya masih lagi boleh meng-otakkan bahawa perbarisan saban tahun itu sedikit sebanyak mengembalikan semangat sayangkan negara dan memperkenalkan pelbagai aset-aset negara berbentuk kereta dan kuda. Namun, persoalannya, sampai bila mahu terus-terusan kita mengumpulkan pelbagai jenis golongan dari seluruh pelusuk negara, dari sektor kerajaan, budan bukan kerajaan mahupun persendirian, anak-anak sekolah, dan golongan pencen (eh), hanya untuk melaungkan ''Merdeka!'' tapi kesannya tidak lah selama mana. 

Saya sangat teruja, mata berkaca-kaca saat menonton saluran History di Astro sebentar tadi bersama Puan Emak, Cik Kakak dan Incik Abang mengenai pendudukan Jepun di Tanah Melayu serta ''Darurat'' oleh British. 

Ya, makcik dan pakcik sekalian. Saya sedang bercakap mengenai SEJARAH. 

Sejarah yang dipandang satu teori semata-mata.
Sejarah yang belajar untuk kita dapat A tambah dalam Espiyem.
Sejarah yang bosan dan kuat menipu. 

KIta perlu kembali kepada Sejarah itu. Saya tidak nafikan, sebelum saya mengenali jalan ini, sejarah pada saya adalah satu raksasa yang jelek, kadang-kadang suka berubah ikut kata orang, jika diceritakan hensem, maka saya bayangkan hensem, jika dikhabarkan jelek, maka saya turut berasa meluat. Itu tipikal saya. Namun, ehem, setelah disentuh dengan Ini Sungguh Kool, setiap apa yang terjadi hatta merdeka atau tidaknya kita, semuanya berkisar di sekeliling isi-isi penting dalam pengisian itu. 

Faham? Tak faham? Tulah, lepas ni gi lari mintak Ini Sungguh Kool hokey..?

Maka, apalah erti merdeka kita tanpa mengenali sejarah kita sendiri. 
 Aku rindukan pemuda yang tidak tidur malam memikirkan masalah umat. [Kredit]
Di saat kita yang melaungkan merdeka di Dataran Merdeka yang sungguh luas itu, tidak sampai lima puluh meter dari kita, wujudnya anak-anak gelandangan yang masih menyelongkar tong-tong sampah mencari sisa-sisa makanan mereka yang hadir untuk ''countdown''. 

Di saat kita menyuruh ibu di rumah jahitkan baju kurung bendera Jalur Gemilang, negara kita masih mempunyai rakyat yang baju seluarnya tidak bertukar tiga empat hari. 


Dan di saat kita sibuk menghapdet status dan gambar-gambar sensasi sempena Merdeka, masih ada lagi orang tua yang dibiarkan saja oleh anaknya, derhaka tahap tujuh petala langit mendung.

Akhlak kita.
Itukah merdeka kita?
Yang susah semakin susah. Yang kaya teruslah kaya. 

Senyum sinis. 


Anda tahu, sejak 24 Ogos 1511, ala, masa kita dijajah oleh Portugis nun, macam-macam yang cuba Portugis buat pada kita. Perubahan demi perubahan. Kemudian, diikuti oleh Belanda pada tahun 1641 dan diekori rapat oleh Inggeris pada tahun 1824 melalui Perjanjian Inggeris-Belanda. Kemudian, kita sangat tahu bahawa pada 1945, tahun bermulanya siri penyeksaan demi penyeksaan, dan akhirnya datanglah ''HERO'' iaitu British. 

Ok, itu secara kasar dan singkatnya. Namun, adalah sangat krusyel ya tuan-tuan dan puan-puan sekalian, untuk kita melihat, apa sebenarnya yang telah terjadi, di sebalik siri penjajahan ini. 

Err, ada orang Melaka kat sini? Mohon angkat tangan. 

Ya, jika dilihat di Melaka, pada awal-awal penjajahan Belanda, mereka sudahpun menjajah dengan mendirikan pelbagai jenis bangunan bersejarah yang kini menjadi tumpuan pelancong untuk berselfie dan 'done!'. Jom balik! 

You can just name it. 

Kota A' Famosa, Muzium Melaka, Muzium Kapal Selam, Makam Hang Tuah, err, ceritakan pada saya, dalam berapa juta pelancong yang melawat saban tahun, berapa ramai yang boleh ceritakan semula iktibar atau ibrah daripada lawatan mereka ke tempat-tempat bersejarah tersebut dengan mengaitkan ia dengan merdeka kita dan negara yang masih begini? 


[kredit]
Kadangkala, kita yang belajar Sejarah bermula daripada seawal umur tiga belas tahun ini juga akan terlupa. (ok fine, tu sejarah tak betul kan, takyah ingat takpe, Cik Prada. Heh)

Maksud saya di sini ialah, keterujaan kita melihat bangunan bersejarah ini tidak membantu kita sangat pun untuk memahami ibrah-ibrah daripada penjajahan ini. Kita tidak pula membenci Belanda kerana menukar pakaian menutup aurat kita kepada dress, skirt pendek dan sebagainya seperti yang terjadi di dalam ceghite P.Ramlee itu. 


Kita masih boleh bergelak ketawa dan komen yang tidak tidak.
''Oh! Mungkin Kota ini patut dicat warna merah jambu.''

Blergh.

Lalu, belajarlah daripada British. Et lis. 

Mengapa?

Kerana mereka telah melihat bahawa mendirikan bangunan-bangunan bercirikan Inggeris tidak akan mampu membuatkan rakyat kita, umat Islam semuanya menurut cara hidup orang Kuffar. Tidak.
Lalu, mereka menjajah dengan Pendidikan.

Penang Free School.
Malay College Kuala Kangsar (MCKK).

MCKK jika dilihat, mereka yang berhak menjadi para pelajar di situ adalah dalam kalangan anak-anak raja, anak-anak bangsawan dan paling tidak, mereka yang berpengaruh. Ala-ala CEO gitu. Diajar untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris dan memakai kot sebagai pakaian rasmi. 

Err, sesungguhnya Malaysia ini beriklim panas dan lembap sepanjang tahun, bukan..?

Pnadai tak pandainya they ols ni, lihat sahaja apa terjadi kepada sistem pendidikan kita pada hari ini. 
Silibus ditentukan oleh mereka. 
Buku teks dan rujukan juga diambil contohnya daripada mereka.
Sehinggakan, (haaa, point ni saya memang suka!), bagaimana keadaan di mahkamah, hitam putih peguam, cara bertutur semuaaanyaaa ada etika. 


Haihhh.

Dan sayang sekali, 'merdeka' kita juga disambut dengan cara mereka. 

Tunduk nangis.


Sayang Malaysia. Ya. Saya sayangkannya. [Kredit]
Kita tak peduli kita bercampur lelaki perempuan, asalkan kita dapat laungkan merdeka.
Kita tak kisah jika sampah bertaburan hasil tangan kita yang tak pandai nak buang sampah, asalkan kita dapat kibarkan Jalur Gemilang.
Kita tak heran kita terlepas solat, asalkan persembahan perbarisan kita 'perfect!'


Jika inilah merdeka yang kita banggakan...

Kita silap.
Silap besar.
Ini bukan merdeka.
Ini penjajahan. 

Ya, Islam sangat sangat sangat menganjurkan kita sayangkan negara kita, tanah air kita.  Jika tidak, mana mungkin Rasulullah saw dan para sahabat berhempas pulas berjuang untuk kembalikan semula Makkah. 

Anda...

Kerana sayangkan Malaysia, yang lebih penting kerana Muslim, seorang daie yang sudah faham itu tugasnya tersangat berat dan banyak. Merdeka Malaysia, boleh jadi letaknya di tangan kita?

Tidak mengapa jika terasa tidak merdeka di dunia, asalkan kita sama-sama merdeka di sorga sana. 

''Ilal jannati zumaro'' kan?

Kerana di sorga, lahirnya sebuah chenta. 


Selamat Menyambut Hari 'Kemerdekaan' yang ke 57.
Sinis.

**********************



Berkurun terukir sejarah alpa,
manusia dihanyut indah yang fana,
terlupa pada fitrah wujudnya,
hanya ditaraf hamba.

Tenggelam pada bisikan dunia,
tak sedar langkah mudik ke sengsara,
tergoda pada hasut sengketa,
rebut fatamorgana.

Telah disuluhkan laluan,
diberi segala pedoman,
seiring akal dan fikiran,
mengapa kehilangan.

Telah tertulis pengakhiran,
pada selembar takdir insan,
jiwan yang penuh penyerahan,
Itu yang dijanji syurga.

-Hanyut by Unic-


Wallahualam
Daisypath Happy Birthday tickers