Mereka yang Kool :)

Thursday, March 20, 2014

Ya! Usrah itu Cair!

Dengan nama Allah yang Maha Besar...
Feeling meh with usrah? Ohoiiii. Better nope! [Kredit]

 [Eksklusyen Klaus] : Entri ini sebagai muhasabah buat diri kita. Kesemua yang ditulis adalah kisah benar. Samada pengalaman Cik Prada sendiri atau perkongsian daripada mereka yang sedang berbulatan gumbira. Tetapi tidaklah gumbira lagi kerana sebab-sebab berikut. Jadi, bagi yang terasa sentap, makan dalam, makan luar dan yang sama waktu dengannya, ternyatalah entri ini berjaya masyuukk ke dalam hati anda. Salam muhasarawak secara berjemaah. Ho yeah. 

Ya! Usrah itu cair apabila...
Murobbi itu hanya tahu memberi 'ilmu' dan bukan fikrah. Lepas satu persatu buku dibuka dan dibentang, namun hadeks yang mendengar terasa 'kering' dan 'kontang'. Dia tidak boleh hadam dan terasa maklumat yang diberikan seolah-olah setakat ilmu di buku teks sekolah agama! Tidak terbina kefahaman itu. FAHAM. Satu benda yang kita kena tanam dalam diri adik-adik. 

Lebih parah lagi, apabila hadeks tadi boleh tidur walaupun baru setengah jam usrah bermula! Err, saya tak maksudkan yang bermujahadah untuk datang juga walaupun dirinya sangat sangat keletihan dan kepenatan terasa mahu mengambil seorang pemandu lho!

Smiley whatsapp terkejut.

Ya! Usrah itu cair apabila...
Tiada ayat-ayat tadabbur pelembut hati, penyeri hari, ewah!
Jangan pelik andai usrah kita cair kerana kita tidak membukanya dengan tilawah dan tadabbur. Pelik bukan? Kita claim kita membuat kerja yang Rasulullah saw sedang lakukan, tetapi kita tidak pula mentadabbur mukjizat yang diturunkan pada baginda! Ini kisah benar! Ada usrah yang pada awalnya tidak dibuka dengan ayat-ayat tadabbur. Bukanlah saya mahu mengondem mana-mana bulatan gembira, tetapi, hal ini pada saya, sangat penting. Bukankah Allah telah berfirman,
 
''Sebagaimana (Kami telah menyempurnakan nikmat Kami kepadamu) Kami telah mengutus kepadamu Rasul di antara kamu yang membacakan ayat-ayat Kami kepada kamu dan menyucikan kamu dan mengajarkan kepadamu Al Kitab dan Al-Hikmah (As Sunah), serta mengajarkan kepada kamu apa yang belum kamu ketahui.''

[Surah Al Baqarah 2:151]
Tertunduk malu.

Maka, jika kita tidak melakukan perkara yang di atas, yang telah dihighlightkan, diitalickan, dan diboldkan, maka, err... Usrah kita mungkin saja cair. Kerana kita mungkin tidak tahu, bahawa mungkin saja ada adek-adek yang febret part dalam usrah nya adalah masa perkongsian ayat-ayat yang sumpah terkesan di hatinya! Ya. Kisah benar.


Ya! Usrah itu cair apabila...
 Kita tahu usrah kita cair apabila, kita tidak bersemangat pun untuk datang. Ini tidak termasuk bagi mereka yang suka cari alasan, dan mengelat bila diajak berbulatan gembira ya! Rasa bagai dipaksa-paksa. Bahkan, satu usrah yang ideal, atau yang sepatutnya adalah, bila mana, kita rasa kita tidak boleh hidup tanpa usrah itu sendiri, dan melihat wajah-wajah akhawat yang super duper tenang itu adalah satu kerehatan diri dan satu kesegaran iman yang sangat kita tunggu-tunggu! Hah, cuba cek, kita rasa atau tidak? Ke salah kita sendiri sebab hati kering tak berperasaan? Heh.


Ya! Usrah itu cair apabila...
Tiada qodhoya. Anda tahu qodhoya tu hape? Tak tahu? Adeh. Jatuh kerusi. Ok ok,takpe takpe. Meh sini mokcik Prada ceghite ya. Qodhoya itu dalam kata mudahnya adalah satu sesi kita berbincang dan menyelesaikan masalah-masalah dalam dakwah dan tarbiyyah di tempat kita. Selalunya bagi mereka yang sedang membawa bulatan gembira, tentu sahaja ada baaaaaaaaannnnyyyyaaaaaaakkkkkkk masalah yang ingin dikongsi, tips yang ingin diminta daripada hakak murobbi atau kawan-kawan usrah yang lain! Osem bukan? Mengapa saya kata usrah boleh jadi cair jika tiada qodhoya? Ya! Dalam usrah, kita bukan sahaja, ingin menambahkan ilmu dan kefahaman tentang sesuatu bahan. Itu tidak nafikan. Namun, jangan lupa, bagi mereka yang sudah 'bergerak' atau sudah membawa bulatan kegembiraan, mereka juga ada hak untuk meminta pandangan kita! 

Sangat bahaya jika saban minggu kita hanya 'membesarkan kepala' dengan pengisian bahan oleh murobbi namun masalah dakwah dan tarbiyyah kita semakin tinggi melangit! Bahaya. Cukup bahaya. Silap-silap, hadek itu mungkin hilang ketsiqahannya dengan kita. 

Letak cili empat biji kat mata.
Sepatutnya ia indah dan berwarna warniiiiii.... Senyum [Kredit]


Ya! Usrah itu cair apabila...  

Hakak murobbi menjadi singa dan tukang sindir yang tidak bertauliah. Heh. Ya! Tidak dinafikan bahawa kadangkala itu perlu. Namun, perlu pandai sesuaikan diri dan masa. Bila sepatutnya kita menjadi tegas dengann adik-adik, dan bila pula kita perlu menjadi tukang sindir yang beriman. Bukan terlalu garang sampai sindrom 'takut murobbi' menular dalam diri adek tersebut. 

''Kakak, kenapa ya kita perlu tukar-tukar usrah? Apa... Reshuffle? Hah. Yang itulah, kenapa eh akak?''

''[Mengeluh panjang]. Kan akak dan eksplen haritu. Ni mesti tak fokus masa usrah ni!''

''Err kakak, saya minta maaf. Saya betul-betul ada hal keluarga malam ni. Mak saya tiba-tiba datang dari South Africa. (contoh hiperbola) Selalunya dia tak datang malam-malam macam ni. Saya nak excusekan diri untuk usrah kali ni boleh tak, akak?'' tanya seorang adik yang jujur lagi polos.

''Hurmmm. Mak datang ke alasan awak semata. Kan akak dah cakap, tak ada apa yang lebih penting daripada usrah kita ini. Eh, ikut awak lah ya. Awak dah besar. Dah boleh fikir. Akak malas nak cakap panjang.''

... 


Murobbi singa.

 Kita sebagai murobbi, kita sepatutnya yang lebih mengenali adik-adik. Jika dia memang tak pernah tahu kerasionalan untuk kita bertukar usrah, silakan cerita kepadanya. Terangkan dengan hikmah. Tidak perlu rasanya kita bersingaan sampai begitu sekali. Dan bagi contoh kedua (kisah benar yang diceritakan), kita patutnya lebih tahu, bahawa adakah betul adik itu suka beralasan, atau keluarganya memang tinggal jauh dan sekali-sekala datang melawat, kita sebagai hakaknya perlu lebih tahu! Agar, tragedi bersangka-sangkaan, bersindir-sindiran tidak lagi terjadi! Dan adik-adik tidak pula lari!


Nanges lebam mata.


********************************
  

Itu antara lima contoh yang menyebabkan usrah itu cair. Mungkin saja ada antara kita yang tidak bersetuju. Silakan. Dengan hak anda yang termaktub dalam Artikel 10 (1) Perlembagaan Persekutuan, anda mempunyai hak untuk bersuara dan memberi pandangan. Heh.

Namun, telah saya beritahu, bahawa lima faktor dan situasi di atas adalah kisah benar dan perkongsian daripada mereka yang telah disepak terajang oleh makcik Dakwah dan Pakcik Tarbiyyah dan pastinya, itu menjadikan mereka sangat jelas matlamat dan semakin hebat lillahi ta'ala!

Semoga saja, usrah kita tidak lagi cair dan tidak pula mencairkan. Tidak pula menghambarkan. Lihat saja seerah Rasulullah saw, selama 13 tahun baginda 'membina' para sahabat melalui bulatan-bulatan, hingga mereka boleh dicampak sahaja ke mana-mana, islam pasti tersebar! 

Anda cuba fikir, adakah dengan pengisian yang cair, maka sahabat boleh menjadi sehebat itu? Mana mungkin, bukan? 

[Sumber: Raheeq Makhtum]

Fikir fikirkan. Ho yeah! Salam jumuah barakah semuanyaaaaa............!

Ok. Cik Prada nak bersiap dengan hitam dan putih. Heh. (bila lah agaknya undang-undang ni nak berwarna warni)


Rukun usrah itu tiga. Taaruf, tafahum dan takaful. Renungkan. [Kredit]




ps: Tahniah buat hadek-hadek STPM dan SPM yang berjaya dan yang ditangguhkan kejayaan. Anda semua sama. Kita semua sama. Hanya taqwa yang Allah swt PANDANG. Jom usaha lebih!

ps II : Masih mendoakan agar saudara mara kita dalam pesawat MH370 semuanya selamat sejahtera dalam lindungan Allah 'azza wajall

ps III : Doakan kesihatan saya yang kadang-kadang kacau bilau. (is that a correct word, lalala~) 

ps iv: Tahniah juga buat incek abang besar tersayang yang berjaya 'posting' ke negeri Sabah. Moga dakwahmu di situ juga kencang dan di bawah bayu. Eh. 


Wallahualam

Daisypath Happy Birthday tickers