Mereka yang Kool :)

Monday, December 30, 2013

Ummi 1.0

Dengan nama Allah yang Maha Merancang...


Ummi.

Dulu suka baca belognya.
Tapi Allah izinkan jumpa dengannya.
Dengar taujihatnya.
Dia yang ruhi. Cakap dari hati. Selalu termenangis bila memberi.
Dia. Lembut tetapi tegas.
Dia. Murobbiku.

Syafakillah. Moga Allah tetapkan imanmu. Menang atau syaheed. Itu pesanmu. 


[Mukabuku, Disember 23, 2013]
Harapan masih ada. Kerana kita berharap hanya padaNYA. [Kredit]


30 Disember 2013.

Hujan lebat di luar. Seakan-akan mengerti perasaan saya tika ini. Satu perasaan yang tak pernah berubah daripada dulu lagi. Saat saya mendapat khabar itu. 

''Cik Prada, ana nak kasi tahu ni, ummi... Err ummi.''

''Ummi kenapa kak?''

''Ummi awak... Err. Dikejarkan ke Hosp Sg Buloh. Demam dan sawan dan ada infection pada otak. Awak err sabar banyak-banyak ya''

Terdiam.

''Awak?''
''Awak ok tak? Hello... Awak!''


***********

2010

''Aku ada kenal sorang kakak ni. Comel-comel je. Kenal through blog dia. Di Bawah Bayangan Tarbiyyah. Aku siap beli Quran tafseer dengan kakak ni tau. Dia pun join usrah cam kita. ''


Itu dialog rakan karib saya suatu ketika dahulu. Dia yang sangat eksaited dan suka benar membaca blog-blog ikhwah dan akhawat. Haibat katanya. 

Memang contra dengan saya. Saya lebih suka membaca buku. (walaupun waktu tu saya sendiri tak ada buku tarbiyyah lagi) Jadi, bila si dia ni tak habis-habis dok ceghita pasal kakak yang sorang itu, saya jadi nak tahu, apa yang best sangat pasal dia. Hehe. 

Lalu episod selepas itu dipenuhi dengan penantian kakak ini mengupdate blognya. 


2011 

''Yang, jom ikut akak pergi sharing Palestine.''

''Jom''

Ajak murobbi ku kala itu. 

''Eh awak lah (Cik Prada) tu kan! Sama sekolah dengan ukht Jiji!''

''Haah. Saya. Hawkam hakak berdua kenal saya? Errr''

''Kita ni boleh kata sepupu usrah''

''Seriyusli? Haha. I get it.''


Indah. Itu kali pertama saya mengenali mereka. Mereka yang digelar ''Al-'Adiyaat''

Osem. 


Dan kali pertama juga saya bertemu dengan kakak yang rakan saya admire itu. Yang pada masa itu menjadi kakak usrahnya. Unsangkarebel. Mesti tsiqah (patuh) habis!

Teruja jugalah. Tapi entah. Heartless lagi kot masa tu. Haha. Apadaaaa~

Tapi mereka kelihatan sangat rapat. Sangat-sangat rapat bersama kakak itu. Jeles kott. Kbai, hehe.


2012

Saat ini saya memulakan jerni dakwah dan tarbiyyah di Universiti Mahal Malaya. Dan tak sangka pulak saya juga berpeluang menjadi adik bulatan gembira kepada kakak osem comel itu. Berbunga-bunga rasanya. Semangat menjulang tinggi. Dapat juga menjadi ahli Al-'Adiyaat. Terasa sungguh nikmat ukhuwwah fillah masa itu. 

Seronok. 

Terasa memperoleh tarbiyyah yang cukup ideal. Gembira dan senang hati sokmo kata orang Pantai Timur ye dok.


Insan yang selalu saya panggil kakak, membahasakan dirinya UMMI. Malah, semua ahli bulatan gembira kami memanggilnya begitu. Sebati. 

Berbunga-bunga lagi hati saya. Setiap taujihat yang diberikan terasa sangat masyukk. Bayangkan, ummi sangat pandai mengambil hati kami. Pesannya selalu dari hati. Hingga walaupun dia berbicara soal yang cukup simple, air matanya mudah sangat tumpah. Lembut sungguh hati ummi. Kadang-kadang saya lambat-lambat jawab soalan ummi. Bukan kerana malas jawab, tetapi saya ralit memerhatikannya. Insan muda yang sungguh hebat. 

Lebih-lebih lagi saat dirinya bermusafir ke United Kingdom, sungguh banyak ibrah yang ummi ceritakan buat kami. 

[Kredit]


Walimah ummi pun sempat saya hadir. Walaupun terpaksa pulang menaiki bas yang jaraknya sangat jauh. Malam pula tu. Ummi sanggup belanja tiket dan usai majlisnya, ummi, zauj dan pakciknya menghantar saya dan rakan saya ke Terminal Bas. Terharu kan? Culik pengantin baru. 


Masa tu, ummi malu-malu. Pantang diusik, mesti saya kena cubit. Haha. Ummi. Indahnya waktu tu. 


2013

Tahun ini. Terlalu banyak kejadian menimpa ummi. Ummi yang sedang struggle melahirkan anak sulungnya, Rasya Rayyan dalam keadaan fizikalnya yang masih kurang sihat. Kami masih setia bersama ummi. Daripada rumahnya di awangan (ada eh?) hingga ummi berpindah ke rumah atas darat. Alhamdulillah, Allah swt masih memberi peluang pada kami semua menjenguk ummi. Bertanya khabar. Berukhuwwah. Walaupun waktu tu... Kami dah pun... Err. 

Nevermind.


Kami masih sayang ummi. And always will.


**********

Masuk ke Wad ICU. 

Daripada pagi hati ni berdebar. Buku yang dibawa untuk study direnung kosong. Helaian demi helaian saya buka, separuh saja mungkin yang benar-benar masuk. Selebihnya hati saya teringatkan ummi. 

''Makcik, macam mana ya harini? Ada apa-apa perkembangan?''

''Ubat tidurnya Doctor dah stop bagi. Sekarang tunggu respon dia. Mungkin pergerakan mata. Tapi tadi Doctor kata ada macam gerak sikit. Tapi tak pastilah. Tunggu jelah macam mana, yaa''

Dan ibunya membacakan Yassin hingga habis dan keluar. Katanya mahu beri ruang kepada tetamu lain untuk melawat. Ibu itu. Tabah sekali. Tak menangis. Selalu tersenyum. Banyak sangat ucap terima kasih pada yang melawat. Walaupun beliau tidak mengenali kami. Allah swt memelihara anak mu, makcik. Bakal ahli syurga. Biidznillah. 

****************


Satu titik. Dua titik. Akhirnya, basah tudung. 

Tak tahan bila duduk berdua. Terasa macam baaaannnnnnyyyaaakkkk benda nak cakapkan. Tapi tak lepas. Tak tercakap. Hanya mampu usap tangannya, sejuk sungguh. Tapi rautnya tenang sekali. Macam tengah tidur saja. 


Dalam 5 minit juga terhenjut di sebelah ummi. Quran di tangan juga basah. Mintak maaf ummi. Bukan saya sedih. Saya cuma mengagumi semangat ummi. Saya mintak maaf menangis. Saya cuba tahan, tapi tak boleh.

Dan, terasa bagai tak mampu nak berkongsi semua di entri ini. Sengaja saya tajukkan ia dengan Ummi 1.0 kerana terlalu berharapnya saya untuk berkongsi berita gembira mengenai ummi pada semua di entri 2.0 nanti. Ummi kan kuat! Kuda perang kan, mi?


''Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar''
[Al Baqarah 2:155]

 

Ummi...

Moga Allah tetapkan yang terbaik untuk ummi.
Jua sayang ummi lillahi ta'ala.
Apa pun yang Allah rancangkan selepas ini,
Kami redha.
Kerana kami dah bersaksi ummi dah pun tunaikan syahadatul haq ummi,
Kerja ummi,

Mungkin sekarang,
Allah swt nak ummi rehat kejap, 
Nanti siapa tahu,
Bila ummi sihat boleh kerja kuat semula,
Menghidupkan lebih banyak hati-hati,


Ummi,
Kami rindu ummi.
Jazakillahu khairan katheera 
Kerana membimbing kami di jalan ini. 

Allah swt dan semua di atas sana pasti bangga dengan ummi. 
Senyum.
Kesat air mata. 


ps: Doakan kecemerlangan saya dan rakan-rakan dalam peperiksaan finale bermula Jumaat ini. Mumtaz biidznillah! 



 Wallahualam
 

 

Tuesday, December 10, 2013

Tribute Besdei : Aku Tak Nak Yang Lain

Dengan nama Allah yang Maha Memberkati Usia...



Officially. [Kredit]

10 Disember 1993 - 10 Disember 2013. 


Ramai yang ucap,

 '' Sanah helwah. Meh hakak belanja awak gula-gula seposen lima nak?''
-XYZ-

'' Moga diberkati usia tau budak kecik! Happy besedei'' 
-XX-

 '' Happy Blessed Birthday, jangan perasan muda!''
-XY-

 ''Adik, usia semakin pendek, moga amal semakin meningkat, semoga cemerlang dunia akhirat''
-Puan Mummy-
 

Jazakumullahu khairan katheera buat semua yang mendoakan. Tengsomac. 

Seronok kan, bila ramai yang ingat besedei kita? Tiba-tiba rasa kita ada raaaaaaammmmmmaaaaaaaiiiiiii kenalan. Heh. Kononnyalah. 

Tapi, bila ada satu pertanyaan dihadapkan pada saya, 

''Awak nak hadiah apa tahun ni?''

Ya. Kebiasaan saya, tidak pernah menyambut ulang tahun kelahiran. Paling-paling bagus pun kami sekeluarga sambut serentak bulan Disember. Yelah, adik-beghadek saya mostly lahir bulan Disember. Anniversary Mak Abah pun Disember. Kalau adik tak salah lah kan? Heh. 


Jadi, selalunya saya memang tak pernah terfikir untuk dapat apa-apa hadiah daripada seseorang mahupun seseramai. Eh. 

Dan bila mereka yang bertanya saya mahukan hadiah apa tahun ini, saya cuma kata, 
''Doa korang dah lebih dari cukup dah.''

Klise woi!

Betul, jawapan tu bila difikirkan semula memang sumpah mainstream. Masakan tak terlintas langsung nak request hadiah apa-apa, ye dak? 


Ehem. 

Semalam. Saya tak lena tidur. Seriyusli. Sampai ke pagi ni masih. Saya tak tahu. 

Saya asyik terfikir kenapa saya masih berfikir soal , ''Aku nak hadiah apa ya?''

Bungkam. Diam. 

Dan saya teruskan buat omwek dan persediaan bahan buat hadek-hadek Ohana (nama baru bulatan gembira kami-mohon-jeles-kuasa-seribu )seperti biasa seusai Mathurat pagi.


 *****************
[Kredit]


Habis buat kerja. 

Saya masih lagi terfikir. Bukanlah saya memang tegar dan bertekad sungguh-sungguh mahu meminta hadiah daripada seseorang. Tapi, saya tertanya dah 20 tahun hidup, apa lagi yang saya mahukan. 


Dan wajah itu. Susuk itu. Ternyata bagi saya satu jawapan. 

Dia yang sudah berehat bersama bidadari-bidadari sorga Firdausi mungkin.

Dia yang sama umur dengan saya. 

Dia yang sudah pergi dahulu dari kita. 

Dia yang perjuangkan apa yang saya, anda dan para Rasul terdahulu perjuangkan. 




Anda, jika lepas ini, ada lagi yang bertanya saya mahu hadiah apa?

Ingat jawapan ini. 

Saya mahu mengikuti langkahnya. Saya mahu mengambil semangat yang beliau tinggalkan di dunia. 
Saya mahu bersama-sama Rasul dan pengikutNya. Saya mahu.... Err...

Allah...

Saya pun tak boleh habiskan ayat. Setiap kalinya. Pasti teresak. (someone i need your shoulder please)

Berat nak ucap satu perkataan itu. Berbanding diri yang tak lekang dosa.


Saya tak nak yang lain. 

Saya mahu...

SYAHEED DIPELUK ALLAH SWT. 
FAMOUS DI LANGIT ILAHI.
BALIK KE PANGKUANNYA DENGAN UCAPAN SALAM.
DAN SAYA JUGA. BISA TINGGALKAN SEMANGAT SAYA BUAT MEREKA DI DUNIA.
BILA SAYA PERGI.
BIIDZNILLAH.


Saya tak nak yang lain.

Cukuplah itu. Cukuplah. 

Andai selepas ini, jika saya inginkan ''hadiah'' selain dari yang atas, anda ketuk kepala saya ya?

 
''Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta-benda mereka dengan (balasan), bahawa mereka akan beroleh syurga (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah didalam (kitab- kitab) Taurat dan Injil, serta Al Quran dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jualbelinya itu dan (ketahuilah bahawa) jualbeli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.''
 [At Taubah 9:111]

  

 

 ps: Jzkk ya semua yang mendoakan. Allah swt mampu membalas kebaikan dan doa dari anda. Doakan saya terus thabbat dan kuat melangkah. Baki usia saya semakin sikit dan pendek ni! 


Wallahualam


 
 

Daisypath Happy Birthday tickers