Mereka yang Kool :)

Tuesday, July 22, 2014

OROT Pecutan 21 : Ini Kerja Gila!

Dengan nama Allah Maha Memanjangkan Usia, Maha Mengerti...

[Nota kalau baca tak sampai seminit]: Manifestasi daripada buku Muntalaq, maka puisi ini dicipta. Khas buat anda yang bersama-sama mahu melakukan kerja GILA!



**********************

Mahu bersama kami? JOM! [Kredit]



Kerja kami, 
Kerja gila
Siang kami kerja,
Malam kami mengembara.

Kerja kami,
Memang gila,
Adakalanya tidur dua jam cuma,
Penat menyusun program KITA.

Kerja ini,
Memang gila,
Walau tanpa sesen harta,
Langkah dihayun juga.

Terkadang,
Kami jatuh berkali-kali,
Sakit tak tertanggung,
Tapi mulut berat nak cerita,
Hanya pada Allah,
Kami menyapa.

Sebut sahaja ujian melanda,
Hampir semuanya kami rasa,
Gagal periksa,
Disindir keluarga,
Rosak kereta,
Duit tabung tiada,
Erm...
Pendek cerita...
Semualah!

Tapi,
Apa nak dikata,
Kan Allah janjikan syurga,
Haaa... Inilah kerja kami!
Inilah kerja gila kami!

Oleh, 
Cikprada
190714
Malaysia

**********

ps: Moga kegilaan ini dapat membina manusia. Ingatlah, pada setiap insan yang kita kenali, pasti ada hak mereka untuk ditunaikan.

'Tujuan KITA adalah untuk kembalikan manusia kepada Islam'
-As Syaheed Hassan al Banna

Oh yeah? [Kredit]


Wallahualam

Friday, July 18, 2014

OROT Pecutan 20 : Aku Minta Pelangi, Diberinya Terik Mentari

Dengan nama Allah yang Maha Menguasai Maha Memahami...  

OROT OROT OROT. [Kredit]

[Nota dalam poket baju melayu atok]: OROT stands for One Ramadhan One Taujih (saranan). InsyaAllah, dengan rahmat dan keizinanNya, Diari Bulatan Gembira akan mengeluarkan entri setiap hari sepanjang 10 hari terakhir Ramadhan 1435H ini, jika dipanjangkan umur. Doakan!


Sejujurnya, tak bertemu ucapan yang boleh saya ungkapkan. Alhamdulillah thummalhamdulillah, masyaAllah, tabarakallah, subhanallah, kerana dengan rahmatNya, izinNya, Allah swt mengijinkan saya menulis lagi di sini. Ramadhan ini, memang terlalu jauh bezanya dengan Ramadhan yang lepas. Lepas satu demi satu ujian yang Dia hidangkan, saya yang selama ini boleh lah dikategorikan sebagai hati kering, semakin murah pula dengan ayaq mata. Allahuuu... Tengsomac Allah. Dihantarnya akhawat fillah buat pengubat luka, adakalanya senyuman mereka sahaja cukup buatkan saya terlupa masalah yang dihadapi. 

Doa kita bersama buat saudara mara kita di Gaza, buat bridged al Qassam yang tak pernah luntur hamasah, buat semua yang dijemput Ilahi dalam penerbangan MH17, moga Allah swt memberkati, membantu dan mengasihi, biidznillah. 

Err... Anda tahu, 
Dulu-dulu, sebelum saya menaiki pesawat DnT ini, hidup terasa kurang ujian. Segalanya berjalan seperti yang diharapkan, err, kebanyakan masanya lah. Otak pun terasa ringan. Tak perlu susah payah memikirkan masalah orang lain, tak perlu memikir alasan apa lagi nak diberi untuk keluar rumah kerana program, tak perlu susah-susah berkongsi duit, kongsi kereta, kongsi segalanya tanpa rasa berkira. Ujian pun ringan-ringan sahaja. Bak kata omputih, ''pieces of cake'' je tu Cik Prada oiii..!
Dan kita belajar untuk berkongsi semua rasa lillahi ta'ala. [Kredit]
Tapi kini, hidup dah tak macam dulu. Semakin lama kita di jalan ini, semakin ''bukan-bukan'' ujian yang Allah beri, macam-macam kejutan Allah sediakan. Hingga kita terduduk, dah tak mampu nak hadam, apa lagi ujian seterusnya. Hehehe. 

Bagi yang mengenali diri yang marhaen ini, anda pasti tahu bahawa dengan umur sebegini, apalah sangat pengalaman diri saya jika dibandingkan dengan orang-orang lejen di jalan ini. Tapi, di usia beginilah, Allah swt menguji dengan hal-hal yang bertaraf 'dewasa' atau veteran. Seriyusli. Saya mungkin tak mampu nak ungkap atau bercerita dengan panjang lebaqnya kat sini, cukuplah saya mohon doa daripada anda semua. 

Akhawatfillah, saya rindu ingin bersama-sama anda. Kita menyanyi lagu ''Semanis Gula'' lagi. Saya tahu suara saya tak sedap, tapi, kita seronok kan? Haha. 

Senyum sambil jelir lidah. 

Jazakillahu khairan katheera kakak, untuk hadiah Tafsir Da'awi. 

Dalam bab Pertolongan dan Kemenangan Allah swt, Dr. Muhammad Al-Ghazali menegaskan, ''bahawa permulaan kita mendapat kemenangan yang hakiki adalah saat kita memulai lembaran hidup baru dengan taubat yang ikhlas, niat yang lurus penuh suka cita dan ketundukan total kepada Allah swt''

''Dan barang siapa yang taat kepada Allah dan Rasul Nya, dan takut kepada Allah dan bertaqwa kepadaNya, maka mereka adalah orang-orang yang menang''
[An Nur:52]

''Menurut Syed Qutb, pertolongan Allah swt akan diberikan kepada mereka yang tsabat hingga akhir hayat, bagi mereka yang tetap terus bergerak meskipun mengalami penderitaan dan kesengsaraan, dan akhirnya mereka ini meyakini tiada pertolongan lain selain daripada Allah swt.''

Teringat pula pada kisah Khabbab, bilamana badan beliau dipanggang hidup-hidup, hingga titisan lemak-lemak beliau yang kurus kering itu menutupi bara api,  hanya kerana kantoi masuk Islam, beliau lantas bertemu Rasulullah saw, dan meminta agar Rasulullah saw berdoa padaNya agar dimudahkan kemenangan Islam. Dan dengan rileks je Rasulullah meminta Khabbab bersabar, teruslah bergerak, kerana dolu-dolu sudah ada insan yang kerana Islam, dia disikat dengan sikat besi, dibelah dua tubuh badannya, dan mengapa kita mengharap Islam yang mudah-mudah sahaja?

Lencun. 
''Jika saya jatuh, saya perlukan tangan untuk bangun, jika saya tempang, saya masih perlukan tongkat untuk berjalan''- Atok [Kredit]
Buat seorang kakak yang baru saja saya kenali, walaupun anda mungkin tidak membaca entri ini, ketahuilah, walaupun kita tidak kenal, tidak berjumpa, kita masih bersaudara. Bertabahlah kak, kita masing-masing diuji dengan cara yang berbeza mengikut kemampuan kita. 

Buat akhawatifillah, yang mana masing-masing pandai berlagak gembira, sedang dalam hati dan alam realiti, remuk redam (eceh ayat, tak tahan) perasaan, yang bila kita susah, dialah yang paling caring, bila senang, dialah yang turut berbahagia, saya doakan kalian terus thabbat. 

Buat keluarga tersayang, masing-masing antara kita perlukan sokongan itu. Dan anda, penguat saya. Apa lagi ikatan darah yang paling suci selain keluarga sendiri? 

Buat semua pembaca, jazakumullahu khairan katheera kerana terus menyokong, yang memujuk, yang memberi motivasi, Allah swt sahaja yang mampu membalas. Di blog yang marhaen ini, apalah sangat yang mampu dikongsi. Harapnya kelak ia menjadi saksi kita bersama. Inilah antara 'kerja' kita.

Jangan risau andai diminta pelangi, tetapi DIA memberi kita terik mentari. Kerana dengan terik mentari ini, tenaga solar rumah saya berfungsi dengan haibattt! Eh. 

Nantikan sembilan lagi entri ekslusif OROT spesel daripada Diari Bulatan Gembira! Biidznillah! walaupun tak lah osem mana...
Ameen [Kredit]
Allahumma balighna fil lailatul qadr. 



Wallahua'lam


Wednesday, July 2, 2014

Ya, Kita Perlukan Tolakan Itu!

Dengan nama Allah yang Maha Memberkati lagi Maha Mengasihani...


Dah sedia? [Kredit]

Alhamdulillah thummalhamdulillah. Tak henti-henti memanjat syukur pada DIA, yang telah menyampaikan kita semua di bulan yang penuh dengan lubuk pahala, penuh bonus bonanza rahmat, penuh dengan rahmat yang ekstravaganza! Ini, Madrasah Ramadhan untuk kita semua. Ahlan ahlan ya Ramadhan...


Sesungguhnya saya yakin dan pasti semua orang yang telah memulakan langkah di jalan dakwah dan tarbiyyah ini, sejak awalnya, telah berkobar-kobar, berapi-api semangat untuk menjadi musleem yang super duper hebat, laju melangkah malah bisa menjadi ikon yang ada umpphhh untuk ummah sekaliannya. MasyaAllah... Indah bukan azam kita itu? Berwarna warni seindah pelangi di awan biru. Heh. 


Tapi, dalam kita mengejar azam kita itu, satu persatu mehnah dan tribulasi yang kita perlu tempuhi. Bukan untuk adek-adek yang baru bertapak dalam jalan ini sahaja, malah ujian ini silih berganti berlaku kepada mereka yang sudah bertahun-tahun lamanya di jalan ini! Seriyus tak tipu! (sambil mengangkat dua belah tangan ala-ala orang mengaku bersalah) Mungkin kita lihat ukhti itu semacam lemau dan lama menyepi, padahal dia adalah orang yang bekerja tanpa mulutnya bergerak pot pet pot pet bercerita segala amal yang telah beliau lakukan. 


Mungkin juga kita lihat ukhti lain kencang berkata-kata, namun jauh di sudut hatinya, beliau terasa kefuturannya kian berkembang biak lalu melambatkan gerak kerja beliau. 


Anda... Semua itu adalah ujian. 


Anda tahu, kadangkala bila tiba saat kita makin melemau, alasan demi alasan kita cipta kepada Cik Murobbi kita, dan ada yang jenis pandai tu, pergi 'berghulam' pulak dengan Cik Murobbi, haihhh. Ajaran sapa tak tau? Huhuhu... Ya, bila semua itu berlaku, kadangkala kita perlukan satu faktor tolakan. Kata Miss Cindy cikgu Pendidikan Seni saya, ''push factor'' haaa gituuu. 


Kadangkala kita perlu mencari semula tolakan atau muntalaq (eh) yang boleh menaikkan kembali hamasah kita satu ketika dahulu. Adakalanya kita perlu ayat-ayat sentap daripada akhawat atau ikhwah (saya taktahu kes ikhwah macam mana) yang boleh membuatkan kita sedar kembali apa tujuan kita berada di jalan ini. Mengapa kita begini sekarang? 


Adakalanya kita perlu berhenti seketika daripada dunia kita yang sering memikirkan kefuturan kita yang nampaknya macam tidak berkesudahan, lalu kita renung dan hayati figur-figur, sosok-sosok manusia yang sedang laju bekerja. 


Meskipun dia hanya seorang....


Ya, ini betul-betul! Bukan cobaan!


Kerana sudah menyaksikan sendiri perkara ini, menjadikan saya berdiri semula, kembali masukkan gear dan bergerak. Kita mungkin sudah lali bila Murobbi kita yang cun melecun bercerita kisah para sahabat yang dihantar ke sana sini untuk membina islam dalam diri manusia di situ. Kita juga mungkin sudah tidak punya rasa ''Walaweh! Sahabat tu osem buangaettt! Ngapain gue ga kayak gitu sih?'' setelah mendengar hampir seratus enam puluh empat kali contoh yang sama bila dikupas tentang seerah para sahabat. Kerana itu, pergilah berkelana, dan carilah figur-figur hebat di jaman ini! Seriyus! Siapa yang mencari, pasti dia akan ketemu! Kerana bila kita bersama, berbual, bercakap dan berkongsi cerita dengan sosok hebat ini, pasti hamasah itu akan terbias kepada diri kita juga hendaknya biidznillah!



Moga ditemukan dengan Lailatul Qadr biidznillah! [Kredit]


Yes, ukhti dan akhi...


Saya juga tidak terkecuali daripada menghadapi ujian-ujian yang pada orang, nampaknya macam ''Eleh! Ujian kamu tu, takat adek-adek baru sebulan ucerah sajorh... Takkan laa tak boleh lepas kootttt''. Ya, begitulah. Dan, saya juga telah menemukan satu tolakan padu daripada seorang ukhti ini. Cukuplah saya katakan saya sayang anda sangat-sangat lillahita'ala. Walaupun dengan sedikit pertanyaan, ''Awak ok ke? Kalau ada apa-apa, update tau'' cukup membuatkan saya err sedikit terharu... dan err cair. Kbai.


Sebagaimana Allah mengulang banyak kali, 


''Maka, tidakkah mereka menghayati firman Allah...''
[Al-Mu'minun 23: 68]

''Tidakkah kamu mengerti''
[Al Baqarah 2:44]
[Al-Baqarah 2:76]
[Al-Anbiyaa' 21:67]

Kita hanya perlukan sedikit usaha untuk menghayati semula perjalanan kita ini.
Kita hanya perlukan sedikit hamasah sahaja untuk kembali bersemangat.
Kita hanya perlukan satu tolakan untuk menjadi hebat.

 Apakah cukup untuk kita katakan kepadaNYA nanti bahawa, 

''Ya Rabb, inilah hasil kerja saya di dunia.'' sambil kita tersenyum dan DIA pula tersenyum kepada kita.

Buat kita semua yang sudah berjanji setia dengan Allah sewaktu kita di alam ruh dahulu, bahawa kita semua akan menjadi penolong agamaNya, sesungguhnya... Ingatlah. Allah Maha Mengetahui diri kita, apa yang terjadi sebenarnya pada kita dan apakah alasan yang kita beri itu benar atau dusta. Dan perhengatan ini sesungguhnya sejuta kali ditujukan buat Cik Prada yang marhaen ini.


Marilah, sama-sama kita koreksi diri, cari kembali titik tolak kita. Lebih-lebih lagi kita sudah diberi waktu dan kesempatan sebelum dijemputNya untuk berada di bulan Ramadhan, tika syaitanirojim dan konco-konconya sudah diikat dan dirantai. Kita ambil peluang ini, untuk nilai kembali sumbangan kita untuk islam. 


Oh ya, jangan lupa, mutabaah amal kita. 

Yang mana lompong tu, mohle kita pakat-pakat tampal yeee...

  • Infaq untuk Palestine, Syria, Mesir, Rohingya, Malaysia etc
  • Al Quran et lis satu juzu' sehari
  • Tasbih, tahmid, takbir 100 kali
  • Senyum dan tak mengumpat manusia mahupun kucing jiran sebelah (eh)
  • Qiam fardhi 
  • Call Puan Mummy dan Encik Daddy (bagi yang di perantauan)
dan apa-apa sahaja ceklist Ramadhan anda itu...!


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه وسلم : إِنَّ اللهَ تَعَالَى قَالَ : مَنْ عَادَى لِي وَلِيًّا فَقَدْ آذَنْتُهُ بِالْحَرْبِ، وَمَا تَقَرَّبَ إِلَيَّ عَبْدِي بِشَيْءٍ أَحَبَّ إِلَيَّ مِمَّا افْتَرَضْتُهُ عَلَيْهِ، وَلاَ يَزَالُ عَبْدِي يَتَقَرَّبُ إِلَيَّ بِالنَّوَافِلِ حَتَّى أُحِبَّهُ، فَإِذَا أَحْبَبْتُهُ كُنْتُ سَمْعَهُ الَّذِي يَسْمَعُ بِهِ وَبَصَرَهُ الَّذِي يُبْصِرُ بِهِ، وَيَدَهُ الَّتِي يَبْطِشُ بِهَا، وَرِجْلَهُ الَّتِي يَمْشِي بِهَا، وَلَئِنْ سَأَلَنِي لأُعْطِيَنَّهُ، وَلَئِنِ اسْتَعَاذَنِي لأُعِيْذَنَّهُ  
[رواه البخاري]
Terjemah hadith / ترجمة الحديث :
Dari Abu Hurairah radhiallahuanhu berkata : Rasulullah saw bersabda : “Sesungguhya Allah ta’ala berfirman : Siapa yang memusuhi waliku maka Aku telah mengumumkan perang dengannya. Tidak ada taqarrubnya seorang hamba kepada-Ku yang lebih aku cintai kecuali dengan  beribadah dengan apa yang telah Aku wajibkan kepadanya. Dan hambaku yang selalu mendekatkan diri kepada-Ku dengan nawafil (perkara-perkara sunnah diluar yang fardhu) maka Aku akan mencintainya dan jika Aku telah mencintainya maka Aku adalah pendengarannya yang dia gunakan untuk mendengar, penglihatannya yang dia gunakan untuk melihat, tangannya yang digunakannya untuk memukul dan kakinya yang digunakan untuk berjalan. Jika dia meminta kepadaku nescaya akan aku berikan dan jika dia minta perlindungan dari-Ku nescaya akan Aku lindungi “
 (Hadis Riwayat Bukhori daripada Hadith 38 Imam Nawawi]
 Moga Madrasah Ramadhan 1435H ini menjanjikan rahmat, keampunan dan keberkatanNya yang berbondong-bondong untuk kita. 
Senyum. [Kredit DBG]

Salam tiga puluh hari mencari chentaNya... Ho yeah!


ps: Boleh saya tahu tempat di sekitar Kelumpo tempat-tempat yang mempunyai kanak-kanak jalanan? Terutama kanak-kanak pelarian Rohingya? Juga kanak-kanak jalanan Malaysia atau Indonesia yang tiada permit sah?Jika ada, mohon post di Mukabuku DBG. Sedang menjalankan kajian mengenai ''Street Kids'' dan Undang-Undang berkaitan mereka. Moga bermanfaat buat ummah! Jzkk!


Wallahualam. 





Daisypath Happy Birthday tickers