Mereka yang Kool :)

Friday, July 18, 2014

OROT Pecutan 20 : Aku Minta Pelangi, Diberinya Terik Mentari

Dengan nama Allah yang Maha Menguasai Maha Memahami...  

OROT OROT OROT. [Kredit]

[Nota dalam poket baju melayu atok]: OROT stands for One Ramadhan One Taujih (saranan). InsyaAllah, dengan rahmat dan keizinanNya, Diari Bulatan Gembira akan mengeluarkan entri setiap hari sepanjang 10 hari terakhir Ramadhan 1435H ini, jika dipanjangkan umur. Doakan!


Sejujurnya, tak bertemu ucapan yang boleh saya ungkapkan. Alhamdulillah thummalhamdulillah, masyaAllah, tabarakallah, subhanallah, kerana dengan rahmatNya, izinNya, Allah swt mengijinkan saya menulis lagi di sini. Ramadhan ini, memang terlalu jauh bezanya dengan Ramadhan yang lepas. Lepas satu demi satu ujian yang Dia hidangkan, saya yang selama ini boleh lah dikategorikan sebagai hati kering, semakin murah pula dengan ayaq mata. Allahuuu... Tengsomac Allah. Dihantarnya akhawat fillah buat pengubat luka, adakalanya senyuman mereka sahaja cukup buatkan saya terlupa masalah yang dihadapi. 

Doa kita bersama buat saudara mara kita di Gaza, buat bridged al Qassam yang tak pernah luntur hamasah, buat semua yang dijemput Ilahi dalam penerbangan MH17, moga Allah swt memberkati, membantu dan mengasihi, biidznillah. 

Err... Anda tahu, 
Dulu-dulu, sebelum saya menaiki pesawat DnT ini, hidup terasa kurang ujian. Segalanya berjalan seperti yang diharapkan, err, kebanyakan masanya lah. Otak pun terasa ringan. Tak perlu susah payah memikirkan masalah orang lain, tak perlu memikir alasan apa lagi nak diberi untuk keluar rumah kerana program, tak perlu susah-susah berkongsi duit, kongsi kereta, kongsi segalanya tanpa rasa berkira. Ujian pun ringan-ringan sahaja. Bak kata omputih, ''pieces of cake'' je tu Cik Prada oiii..!
Dan kita belajar untuk berkongsi semua rasa lillahi ta'ala. [Kredit]
Tapi kini, hidup dah tak macam dulu. Semakin lama kita di jalan ini, semakin ''bukan-bukan'' ujian yang Allah beri, macam-macam kejutan Allah sediakan. Hingga kita terduduk, dah tak mampu nak hadam, apa lagi ujian seterusnya. Hehehe. 

Bagi yang mengenali diri yang marhaen ini, anda pasti tahu bahawa dengan umur sebegini, apalah sangat pengalaman diri saya jika dibandingkan dengan orang-orang lejen di jalan ini. Tapi, di usia beginilah, Allah swt menguji dengan hal-hal yang bertaraf 'dewasa' atau veteran. Seriyusli. Saya mungkin tak mampu nak ungkap atau bercerita dengan panjang lebaqnya kat sini, cukuplah saya mohon doa daripada anda semua. 

Akhawatfillah, saya rindu ingin bersama-sama anda. Kita menyanyi lagu ''Semanis Gula'' lagi. Saya tahu suara saya tak sedap, tapi, kita seronok kan? Haha. 

Senyum sambil jelir lidah. 

Jazakillahu khairan katheera kakak, untuk hadiah Tafsir Da'awi. 

Dalam bab Pertolongan dan Kemenangan Allah swt, Dr. Muhammad Al-Ghazali menegaskan, ''bahawa permulaan kita mendapat kemenangan yang hakiki adalah saat kita memulai lembaran hidup baru dengan taubat yang ikhlas, niat yang lurus penuh suka cita dan ketundukan total kepada Allah swt''

''Dan barang siapa yang taat kepada Allah dan Rasul Nya, dan takut kepada Allah dan bertaqwa kepadaNya, maka mereka adalah orang-orang yang menang''
[An Nur:52]

''Menurut Syed Qutb, pertolongan Allah swt akan diberikan kepada mereka yang tsabat hingga akhir hayat, bagi mereka yang tetap terus bergerak meskipun mengalami penderitaan dan kesengsaraan, dan akhirnya mereka ini meyakini tiada pertolongan lain selain daripada Allah swt.''

Teringat pula pada kisah Khabbab, bilamana badan beliau dipanggang hidup-hidup, hingga titisan lemak-lemak beliau yang kurus kering itu menutupi bara api,  hanya kerana kantoi masuk Islam, beliau lantas bertemu Rasulullah saw, dan meminta agar Rasulullah saw berdoa padaNya agar dimudahkan kemenangan Islam. Dan dengan rileks je Rasulullah meminta Khabbab bersabar, teruslah bergerak, kerana dolu-dolu sudah ada insan yang kerana Islam, dia disikat dengan sikat besi, dibelah dua tubuh badannya, dan mengapa kita mengharap Islam yang mudah-mudah sahaja?

Lencun. 
''Jika saya jatuh, saya perlukan tangan untuk bangun, jika saya tempang, saya masih perlukan tongkat untuk berjalan''- Atok [Kredit]
Buat seorang kakak yang baru saja saya kenali, walaupun anda mungkin tidak membaca entri ini, ketahuilah, walaupun kita tidak kenal, tidak berjumpa, kita masih bersaudara. Bertabahlah kak, kita masing-masing diuji dengan cara yang berbeza mengikut kemampuan kita. 

Buat akhawatifillah, yang mana masing-masing pandai berlagak gembira, sedang dalam hati dan alam realiti, remuk redam (eceh ayat, tak tahan) perasaan, yang bila kita susah, dialah yang paling caring, bila senang, dialah yang turut berbahagia, saya doakan kalian terus thabbat. 

Buat keluarga tersayang, masing-masing antara kita perlukan sokongan itu. Dan anda, penguat saya. Apa lagi ikatan darah yang paling suci selain keluarga sendiri? 

Buat semua pembaca, jazakumullahu khairan katheera kerana terus menyokong, yang memujuk, yang memberi motivasi, Allah swt sahaja yang mampu membalas. Di blog yang marhaen ini, apalah sangat yang mampu dikongsi. Harapnya kelak ia menjadi saksi kita bersama. Inilah antara 'kerja' kita.

Jangan risau andai diminta pelangi, tetapi DIA memberi kita terik mentari. Kerana dengan terik mentari ini, tenaga solar rumah saya berfungsi dengan haibattt! Eh. 

Nantikan sembilan lagi entri ekslusif OROT spesel daripada Diari Bulatan Gembira! Biidznillah! walaupun tak lah osem mana...
Ameen [Kredit]
Allahumma balighna fil lailatul qadr. 



Wallahua'lam


No comments:

Post a Comment

''... Katakanlah, ''Apakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sebenarnya hanya orang yang berakal sihat yang dapat menerima pelajaran''

[Az Zumar 39:9]

Daisypath Happy Birthday tickers