Mereka yang Kool :)

Monday, November 28, 2011

Makcik Markonah Si Pembelot..!

Dengan nama Allah, Yang Maha Menyaksikan :)

Pada suatu pagi yang hening, terdapat 3 orang wanita bergaya berjalan bersama-sama untuk pergi ke pasar ikan. Pasar ikan tersebut terletak di sempadan Kampung Pot Pet yang tidak jauh dari rumah mereka. Makcik Markonah, Cik Nur Kasihan dan Datin Moli berhasrat untuk membeli pelbagai jenis lauk-pauk buat hidangan makan tengah hari nanti. 

Kegembiraan mereka untuk pergi ke pasar ikan direnggut dengan begitu sadis sekali apabila Cik Nur Kasihan telah dilanggar dan lari oleh Pakcik Mat Slamber yang menggunakan pacuan empat roda jenama Pajero. Lebih mengeruhkan senario itu pabila setibanya di Hospital, Cik Nur Kasihan telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di pangkuan Datin Moli. 

Lalu, bagi menuntut bela atas kematian Cik Nur Kasihan itu tadi, Datin Moli bersetuju untuk mengupah seorang loyer berkaliber, kool dan bergaya dari sebuah firma guaman terkemuka di kampung tersebut. Setibanya di mahkamah, Datin Moli dan Makcik Markonah dipanggil seDatin Moli, sebagai dua orang saksi utama kejadian sadis itu. 

Arakian, loyer tersebut bertanya ''Tolong ceritakan kembali situasi ketika perlanggaran itu..?''
Datin Moli dengan penuh emosi bercerita. ''Akak ni baru lah senang hati nak gi pasar dengan Cik Nur tu, memang kesian. Kereta Pajero milik Mat Slamber tu datang entah dari mana langgar macam tu je. Dah lah tu, berhenti pun tidak! Memang dia patut dipenjarakan!!!''

Tiba saat Makcik Markonah pula untuk bercerita. ''Saya rasa itu bukan Pajero si Mat tu. Sebab saya kenal sangat dia tu, baik orangnya. Takkanlah dia tergamak nak lari macam tu je kan..?''
Incek Loyer dan Puan Hakim sudah terkompius. Sorang saksi kata begini, sorang kata begitu. 
Ini bisa membuatkan darah Puan Hakim tinggi mencapai tahap maksima..!

Dipendekkan kisah, rupa-rupanya Makcik Markonah telah bersubahat dengan Pakcik Mat Slamber yang juga keponakannya kerana berasa sungguh cemburu dengan kejelitaan Cik Nur Kasihan. Wahai... Ada juga orang begini ya..? Maka, keterangan oleh Datin Moli tadi diambil kira sebagai fakta kes dan menang!

***

Siapa tahu ibrahnya? Saya tahu jawapan tipikal dan common yang anda akan bagi. Tentu tidak bukan..? 
Hahaha. Sama juga macam cikgu bertanya..''Faham tak?'' Murid menjawab, ''Faham'' kendatipun mereka tidak. Huhu. 

Lurus ke titik.

Syahadatul Haq sama dengan kisah di atas. Apabila seseorang mengatakan ''Aku BERSAKSI tiada Tuhan selain ALLAH, Nabi Muhammad Pesuruh Allah'' dia sebenarnya perlu memberitakan kepada orang ramai sama macam apa yang dibuat oleh Datin Moli tersebut. 

Betulkan..? Ibaratnya anda duduk dalam kandang saksi lalu anda kena ceritakan Syahadah anda itu kepada setiap orang lain sampai mereka faham. Phew~ *peluh menitik laju*
Dengar sini rakyat jelataku..! Praktis SH anda..! [Kredit]


Mampukah..? InsyaAllah. Itulah antara tugas dan perjuangan yang mesti kita selesaikan sebagai seorang yang memegang jawatan da'ie. 

Ps: Tepuk dada tanya hati. Ada masa lagi nak main-main dengan masa yang singkat ni ke..?
*Tertunduk sambil menangis hiba*
Wallahualam
-islamic desire-



Daisypath Happy Birthday tickers