Mereka yang Kool :)

Sunday, November 27, 2011

Semua Orang Boleh Terbang

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah...
 
 Abaikan gambar ini [kredit]

Hello guys! Err...Ops! Assalamualaikum wbt anda di sana..! Hehe. Ketepi sikit boleh? Sikit je... Saya nak buang habuk kat belog ini. Terima kaseh untuk anda.

Ok, mari sambung semula. 

Kini saya berada di Kelana Jaya. Semalam baru pulang dari Bandar Encik dan Puan Kuchen di Sarawak kerana meraikan walimah maksu tersayang. Isk isk isk. Kahwin dah dia. Ehh. Mengarut apa ni heyy..?

Dan, lebih kurang 30 orang bersama saya yang terdiri daripada encik uncle dan puan aunty serta anak-anak mereka yang juga sepupu spare part saya. Err. Saya tak mahu katakan vekesyen ini satu percutian biasa, kerana ia sebenarnya jaulah yang sungguh mantap terbaik. 
Heyy, anda tahu bukan berjaulah itu juga satu metod tarbiyyah? Ok. Adek-adek bulatan gembeera, esok jugak kita ke Mumbai..! Hahaha. Ehh.

Mungkin ramai yang sudah biasa dan sering terbang ke sana dan ke mari. Dan pada saya yang daif lagi hina ini, berasa bertuah amat dapat merasai nikmat berada di awan nano yang terapung tanpa tiang seri itu. Sumpah kool! Lagi-lagi kalau tengok dengan sepasang mata biru anda itu..!

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi; dan (pada) pertukaran malam dan siang; dan (pada) kapal-kapal Yang belayar di laut Dengan membawa benda-benda Yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan Yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta ia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan Yang tunduk (kepada Kuasa Allah) terapung-apung di antara langit Dengan bumi; Sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, dan keluasan rahmatNya) bagi kaum Yang (mahu) menggunakan akal fikiran .
[Al-Baqarah 2:164]


Dan... Sungguh banyak lagi tanda kekuasaan yang tumbuh melata di bumi Allah ini. Nah! Pegilah vekesyen dan holidei! Moga anda lebih yakin dengan Nya.
Mungkin saya ini jenis yang sangat suka berjalan dan melancong. Mungkin kerana itu juga, puan naqibah saya dahulu selalu bawak saya ke sana dan ke mari hanya untuk mencairkan hati saya demi dakwah dan tarbiyyah ini. 

Wahai... Kenapalah saya tak sedar yang pergi ke pelbagai konferensi riang dan pengisian yang cukup mantap lagi gojes dari akhawat dan ikhwah sekalian juga boleh dianggap jaulah..? Lagi best tahuu..! 
Sekarang, hambek kau!  *Terduduk sambil terkedu*


Moga holidei kelmarin merapatkan silaturrahim dan ukhuwwah kami sekeluarga besar dengan cara hidup Islami. InsyaAllah. 
Stesen berikutnya..?  Haha. Daurahbersama akhawats terchenta mungkin? 
ps: Saya mengucapkan Salam Maal Hijrah 1433H buat semua pembaca tegar belog ini. Moga hijrah dipikul sebagai satu amanah. Ameen. 
Oh ya! Belog ini kini dinamakan DIARI BULATAN GEMBEERA. *Senyum sambil tunjuk tanda best*

Wallahualam
-islamic desire-

No comments:

Post a Comment

''... Katakanlah, ''Apakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sebenarnya hanya orang yang berakal sihat yang dapat menerima pelajaran''

[Az Zumar 39:9]

Daisypath Happy Birthday tickers