Mereka yang Kool :)

Sunday, November 6, 2011

Senyuman Incek Lembu dan Tawa Puan Unta di Eidul Adha

Dengan nama Allah, Yang Maha Berkuasa :)




[Kredit]

Assalamualaikum wbt anda semua..! Dan err... Salam Eiduladha ikhlas dari saya. Ha,korban biar ikhlas heyy..!

Alhamdulillah. Hari yang syahdu dengan takbir raya. Serooonoookk kan? Terhengat masa zaman purbakala dolu-dolu, ketika berada di masjid dengan Incek Abah (al-fatihah), ada seorang Pak Arab yang suka tersenyum menampakkan giginya yang tersusun rapi. 

Dan yang menariknya, dia sangat gumbeera tak terkata ketika melaungkan takbir raya. Sedangkan orang tipikal Melayu di situ tidak pula begitu. 
Arakian, akibat tanda soal yang banyak tumbuh di kepala brader-brader masjid, Pak Arab tadi menjelaskan bahawa, senario di Arab Saudi (of kos lah dia cerita tempat asal dia kan) berbeda amat dengan di Malaysia ketika sesi bertakbir.

Di Malaysia, almost semua orang berasa sedih, sayu, syahdu dan tidak kureng yang mengalirkan air mata ketika bertakbir. (Allah Maha Besar).  Sedangkan di Arab Saudi, nada dan tone  takbir itu jaaaaauuuuhhh lebih terasa kemeriahan, kegembiraan dan ke-hooyeeaahhh-an kalimat Allahuakbar tanda puji-pujian kepadaNya. 

Tapi, insyaAllah. Apa yang lebih penting, rasa kehambaan dan keinsafan kita setiap kali mengucapkannya. 
Lain tempat, lain budaya, tak gitu?

Dan, tentunya ibadah korban yang sungguh unik. Masa inilah Pak Samad belakang rumah berkenalan dengan Haji Michael Orang Kaya Kampung Batu. Mamat anak Pakcik Hudson bermain kejar-kejar dengan Meor anak Lebai Hussen serta seluruh penduduk Kampung Talang dapat berasa nikmat sharing is kongsi dengan sedekah daging korban tersebut.

Sumpah bagus bukan?
Lembu, kambing, unta semua suka dikorbankan tahu..? [Kredit]

Daripada Aisyah R.A, Rasulullah SAW bersabda :
“Tidak ada satu amalan anak Adam di hari-hari Nahar (Hari-hari ‘Eidul Adha) yang paling Allah sukai selain daripada menumpahkan darah (sembelih), kerana ia (binatang korban) itu akan datang di hari kiamat nanti dengan tanduk dan kukunya dan bulu-bulunya (sebagai saksi ke atas ibadah korban tuannya), dan sesungguhnya darah (binatang korban itu) akan tumpah di sisi Allah di suatu tempat sebelum tumpah ke bumi, oleh itu pilihlah olehmu binatang terbaik (paling menarik) untuk dikorbankan. ” (Hadis riwayat Hakim, Ibnu Majah dan Tirmizi dan dianggap sebagai Hadis Hasan Gharib)

Juga...

Sesungguhnya Kami (Allah) telah memberi engkau (ya Muhammad) akan kebajikan yang banyak. Oleh itu dirikanlah solat kerana Tuhanmu ( pada Hari Raya Haji) dan sembelihlah (binatang) korbanmu (sebagai ibadah dan mensyukuri nikmat Tuhanmu).” 
[Surah al-Kauthar : ayat 1-2]
PS: Salam AidilAdha buat anda, pembaca stia Belog Riang Ria Bulatan Gembeera ini. Berkorbanlah, sesungguhnya korban nafsu itu juga sungguh besar pahalanya. Pis untuk anda. ;)

Wallahualam
-islamic desire-

No comments:

Post a Comment

''... Katakanlah, ''Apakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sebenarnya hanya orang yang berakal sihat yang dapat menerima pelajaran''

[Az Zumar 39:9]

Daisypath Happy Birthday tickers