Mereka yang Kool :)

Tuesday, August 23, 2011

Rindu

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Pemurah, Penyayang :)

Masa makin pantas berlalu.
Hingga tidak terkejar.
Hingga aku terduduk lesu.
Ya, aku rindu.
Rindu tika itu
Biah yang menenangkan
Kini
Yang ada
Biah yang mematangkan
Moga langkah kaki ini
Terus tsabat di jalanMu
Moga rindu ini terubat
Andai ada izinMu
Ya Allah, Ya Tuhanku...

Monday, August 22, 2011

Bersama Boss Besar MPP Uitm Shah Alam

Dengan nama Allah, Rabbku.... :)

Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah (dan terus nyanyi lagu Maher Zain-Alhamdulillah *perlu ke heyy?)
Ya! Segala jenis puji-pujian untuk cintaku, Allah SWT kerana masih menghidupkan saya, jari-jari boleh lagi menari atas papan kekunci (keyboard) dan ingatan masih lagi kuat. 22 hari sudah. Ok! Dah masuk Fasa 3 Ramadhan :)
(Berharap dan berdoa agar dipertemukan dengan malam yg lebih hoo yeah dari 1000 bulan, Lailatul Qadar, insyaAllah)


Jadi, hari ini, Isnin seperti biasa rutin harian di Fakulti berjalan seperti biasa. Rasa agak sunyi lonely lantaran rakan-rakan Fakulti Perakaunan kebanyakannya dah bawak diri balik rumah masing-masing. Tak mengapa, Bulatan Gembira kan ada. Hehe.

Saya berasa agak kurang sabar (excited ) sebab akhirnya kertas kerja dah diapproved oleh Pentadbiran (awwwsome sungguh Ketua Program, hehe). Jadi, tandatangan orang-orang besar pun kenalah ada jugak kan. Ditakdirkan Allah Maha Pengasih untuk bersua dengan Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2011/2012, yang dikenali dengan Encik FZ.

Ok! Ni bukan kes skandal. Sila jangan cepat buat esamsyen. Hehe. Bersua atas dasar kerja dan sharing jelah sikit. Tambahan pula, sama fakulti. In the same boat gituuu.

Apa yang menariknya, meeting yang tak seberapa itu menjadi titik tolak untuk saya merasai rasa keinsafan yang tentunya beliau rasakan lebih lebih lagi ketika di Tanah Suci ketika menunaikan Umrah. Alhamdulillah. Katanya, dia menyimpan niat sudah lama mungkin masa sekolah menengah lagi. Dan kini Allah izinkan untuk bersama ayahanda menunaikan umrah.
Kiblat umat Islam seantero global . Osemnya Islam!


Kata Encik FZ :
''Bila suasana masa baca doa lepas tarawikh,yang saya pun tak faham sangat Bahasa Arabnya, tapi bila semua orang sayu, ia membuatkan saya turut berasa sayu hingga mengalirkan air mata''

''Berada di sana (Tanah Suci) menjadikan saya berpandangan dan berparadigma baru. Setiap apa yang dilakukan akan dikaji falsafahnya. Say, like tawaf 7 kali. Semua ada story behind it. Rasa semangat baru! ''

''Awak nanti pasanglah niat. Mana tahu, rezeki Allah takdirkan, dapat juga gi sana. Jadikan impian tunaikan HAJI dan Umrah sebagai salah satu perkataan 'wajib ada' dalam senarai itu.''


....................................................
Itu kisah Encik FZ.
Best kan?
Semoga saya juga dapat merasai kenikmatan menjadi Tetamu Allah. InsyaAllah.
Jazakallah Encik FZ untuk sharing dan bantuan kerja-kerja terbengkalai. Hehe.
Moga Allah bersamamu...

Wallahualam.
Ma fi Qalbi Ghairullah
-islamic desire-
Daisypath Happy Birthday tickers