Mereka yang Kool :)

Tuesday, February 4, 2014

Mumtazah Maridi. Wanita Bergelar Ummi.

Dengan nama Allah yang Maha Mencintai Hamba-HambaNya...

Kenangan di walimah Ummi. 

Ah tiada apa yang dapat diungkapkan,
Tiada apa yang mahu diomelkan,
Pada hari penuh dengan coretan,
Pada hari yang sudah ditentukan,
Awak dan saya sudah dijodohkan,
Akhirnya akur memegang gelaran,
Isteri yang sah kepada kematian. 

[Kredit angelwearsgucci.blogspot.com]



Baru hari ini dapat saya tuliskan. Berikutan demam panas yang tiba-tiba menyerang. Ummi, anak ummi sorang ni demam. :( Terkejut agaknya. 

Jika anda mengikuti entri sebelum ini, ya, Kerana Ohana ertinya Keluarga. Bisa Ngerti Kamu? pasti di nota bawah sekali ada saya updatekan bahawasanya Ummi bakal di discharge daripada wad. Subhanallah, dan entri itu saya nukilkan belum sampai seminggu pun lagi. Hari Jumaat, 31 Januari 2014. Dan rupanya 1 Februari atau keesokan harinya, Ummi telah pun dikeluarkan daripada wad dan dibawa ke rumahnya di Seri Kembangan. 

Dan jika saja anda ingat pada post Ummi 1.0, saya sangat sangat berharap agar akan ada kesempatan untuk saya nukilkan mengenai ummi. Mungkin 2.0, 3.0, hatta 100.0 sekalipun. Huh. Mungkin saya saja rasa saya sayangkan ummi, saya terlupa agaknya, Allah swt yang memegang usia beliau dan kita semua. Allah swt ternyata lebih sayangkan dirinya. Allahu... Astaghfirullah.

2 Februari 2014

Entah kenapa malam itu saya tidur agak lewat. memang penat. Seharian mengisi hati. Menunaikan hak-hak orang juga. Setiap satu jam, saya terbangun. Pukul 2, pukul 3, pukul 4. Sejuk agaknya, fikir saya. Namun, ternyata sukar untuk saya lena. 

Lantas lebih kurang 4 pagi itu saya bangun dan membersihkan diri. Berwuduk dan menghadapNya. Hingga saat menanti Subuh. Quran Pink kesayangan saya ambil dan teruskan berODOJ*

one day one juzu'*

Tiba-tiba, mesej itu. 
''ummi dah takda''

Quran saya hampir terlepas dan saya sendiri terkaku. Tak ada respon langsung. Membalas pun tidak.

Cuma yang saya tahu, telekung hampir lencun. Lalu seseorang yang saya anggap kakak memeluk saya erat. Katanya, ''sabar banyak-banyak. Dia ke syurga kan? Bukan ke mana pun. Ke syurga.''

Allahu... Makin lencun.

Subhanallah, dan subuh itu, solat saya agak lama sedikit berbanding biasa. Tersedu sedan.

Pagi itu, seorang kakak yang saya panggil Kak A, mengajak saya untuk ziarah ummi di Masjid UPM. ''tapi kena kuat. Jangan nangis''.Pesannya. 
Sempat berada di sini. Terasa 'puas' [Kredit]

Lalu, setibanya saya di sana, van jenazah baru saja sampai. Orang juga mulai ramai memenuhi perkarangan masjid. Alhamdulillah tabarakallah, ramai sungguh akhawat, mereka yang memakai tudung labuh dan masing-masing tidak berbual banyak. Masing masing setia dengan bacaan quran dengan penuh syahdu dan khusyuk. 

Benarlah kata orang, jika mahu dilihat bagaimana hubungan seseorang itu dengan Allah tika di dunia, lihatlah orang-orang yang bersamanya tika pemergiannya. Ummi, ramai sungguh yang mahu menemanimu. 

Saya hanya melihat dari jauh. Dari luar bilik mandi jenazah. Hati ini teringin benar mengucup ummi. Namun, ingin menghormati urusan memandikan jenazah. Lalu, saya bersama akhawat lain dan teruskan bacaan Quran kami,

Bau kapur barus juga menusuk-nusuk hidung. Entahlah, pagi itu terasa tenang dan damai. Walaupun rasa sayu, namun rasa gembira bila melihat semakin ramai jemaah yang bersiap-siap untuk solat jenazah.Ummi, beruntung sungguh ummi!

Saya tidak dapat berlama-lamaan di sana. Kerana ukht A ada urusan kecemasan pula. Maka, saya menemaninya pula selepas itu. Terkilan kerana tidak sempat menatap dan mengucup dahi ummi buat kali terakhir masih tersisa. Tapi tak apalah kan Ummi, kita berpisah sekejap je kan? Nanti kita reunion tau di Sorga Allah swt. Tunggu kami yaa?

Dan satu hal yang lebih mengagumkan saya mengenai manusia yang sangat bergantung pada Allah swt, tika melihat zauj (suami) ummi yang sangat tabah. Tidak menangis langsung. Sentiasa tersenyum. Allahu, jagakanlah hambaMu yang seorang ini juga anak mereka yang bakal mengikuti jejak langkah papa dan mamanya. Biidznillah.
Saat jenazah tiba di rumah di Keratong, Pahang. [Kredit]

Ustaz Hasanuddin sempat menjadi imam solat jenazah [Kredit]

Lebih mengharukan, apabila seorang sahabat saya di Sekolah Undang-Undang, menghantar gambarnya imej terbaru, dengan berhijab dan menutup aurat dengan sempurna. Katanya, saya adalah rakannya yang pertama tahu. 

Dan dia juga bercerita, antara sebab pendorong dia untuk berubah adalah inspirasi daripada Ummi. Kisah hidup dan kematiannya yang benar-benar menghidupkan hati sekalian manusia. Ehem! Beliau juga minta dibulatan gembirakan tau! Ummi, walaupun sahabat saya ini tidak mengenali ummi, tapi pahala untuk ummi masih mengalir deras. Mesti banyak unta merah ummi kan? 

Moga terus istiqamah ya sahabat. Kita ada untuk saling menyokong. Senyum nampak gigi putih.

*************************

Mathurat yang disusun oleh Ummi Mum. Beserta hadith untuk rujukan. [Kredit]

Ummi,
Jazakillahu khairan katheera
Untuk penat lelah,
Teguran,
Kasih sayang,
Agar kami tak main-main di jalan dakwah ini.

Setiap kerja kami selepas ini,
Pasti ada kaitannya dengan ummi,
Kerana ummi adalah rantaian yang membawa
Kami di jalan ini.

Ummi Mumtazah,
Terlalu ramai yang mendoakan,
Terlalu banyak yang tersedar,
Umur muda bukan jaminan takkan mati,
Umur tua bukan jaminan akan mati,
Dan apalah gunanya,
Glamer di dunia,
BUKAN sebab dakwah dan tarbiyyah.
Kerana bila kita tiada nanti,
BUKAN harta kita yang orang sebutkan
BUKAN gelaran kita yang orang ingatkan
Tetapi amal kita, perjuangan kita.

Dan ummi,
Ummi dah pun selesaikan tugas itu,
Maka tenanglah ummi bertemu Rabbul 'Izzati.
Moga kami pula menyusul langkah ummi
Selepas ini
Sama-sama berpimpin tangan, 
Kita menuju syurgaNya yaa,
Biidznillah. 

Al fatihah buat Ummi Mumtazah Binti Maridi. 
1988-2014


[Kredit]

[kredit]


ps: Bila dakwah menjadi keutamaan yang paling tertinggi, baru lah fikir untuk berbaitul muslim. Jika tidak, bisa saja anda tenggelam dalam keasyikan cinta berumah tangga. 
Tazkeerah sentap. Sekian.

ps II : Doakan saya cepat sembuh. Banyak hak tak tertunai lagi. Dan buat yang demam juga tu, Allahuyashfeek. Buat yang baru baru nak sakit tu, mohon jangan sakit. Gi ambik obat ya.


Wallahualam.

3 comments:

  1. ayat yang benar2 lencun..''sabar banyak-banyak. Dia ke syurga kan? Bukan ke mana pun. Ke syurga.''
    kagum..
    semoga Allah tempatkan beliau dikalangan orang yang solehah dan beriman, serta diampunkan segala dosa..

    ReplyDelete
  2. Kak Mum tu kakak ipar kwn sy. Mmg seorang wanita yg berperibadi hebat sampai ramai yg mendoakan utk Kak Mum even x kenal skali pun. Semoga syurga menjadi miliknya.

    ReplyDelete

''... Katakanlah, ''Apakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sebenarnya hanya orang yang berakal sihat yang dapat menerima pelajaran''

[Az Zumar 39:9]

Daisypath Happy Birthday tickers