Mereka yang Kool :)

Monday, March 7, 2016

Bunuh Kucing Sendiri?!

Dengan nama Allah yang Maha Menguji Lagi Maha Membantu...




DariNya kita datang, kepadaNya kita kembali [Kredit]

25 Januari 2016


Buat yang mengenali saya, pasti anda tahu haiwan pertama yang saya gilakan adalah inche kucen dan diikuti rapat oleh inche panda perut bulat bermata hitam besar-ada-aku-kesah. Eh. 

Mungkin kerana faktor dibesarkan dalam sebuah keluarga yang sangat meminati haiwan berbulu dan bermisai lentik itu, maka, di rumah kami juga terdapat beberapa siri pewarisan kucing sehingga salasilah mereka kami boleh hafal. Tak kurang juga yang dah tak tahu nak panggil apa kerana perhubungan yang tidak-tidak. 

Err, err.... Maksud saya, ada mak kucing yang ''berkahwin'' dengan anak sendiri, ada nenek dan cucunya, ya! Pelik-pelik begitulah. 

Dalam banyak-banyak kisah suka duka membela kucing ini, saya sangat mahu berkongsi satu dengan anda wahai para pembaca yang budiman. Kisah ini mungkin telah berlaku dua bulan lalu tetapi ibrahnya pada saya sangat besar. Himalaya-kind-of-big gicew. 


Kami membela seekor kucing bernama Icha Faris (jangan tanya saya kenapa namanya sebegitu rupa lah heyy). Beliau merupakan keturunan daripada baka Himalaya. Boleh tanya inche gugel kalau nak tahu ghopenya bagaimana. Dengan bulunya yang kembang dan badan yang gemok gedempol, memang sesuai sangat lah dipeluk dan disayangi hingga menjilat jari, kbai.

Pada suatu hari, ketika saya balik ke rumah (birru walidain kenkononnya) semasa cuti, saya hairan dan ajaib kerana badan Icha terlalu banyak luka dan darahnya menitis-nitis ke lantai. Setiap hari, bahkan setiap kali darah itu menitis ke lantai, saya dan adik beradik terpaksa membersihkan darah itu. Kata Puan Mummy, Icha jadi begitu sebab gaduh dengan kucing kat luar rumah. Anak jantan katakan, memang la nak menang. Nak jadi jaguh bagai adiwira.

Kebiasaannya, jika para kucing sekalian di rumah tercedera, kami akan membersihkan luka, memandikan, dan dibubuh minyak gamat kerana gamat mempunyai khasiat menyembuhkan luka dengan segera biidznillah. Namun, pada Icha ketika itu, ia tidak sama sekali terjadi. Luka dan darah Icha tetap begitu malah makin teruk. Baunya makin busuk, beliau tak habis-habis menggaru badannya. 

Mind you, Icha Faris adalah antara kucing yang sangat menjaga penampilan bulu. Heheh. Maksudnya, beliau sangat gemar menjilat bulu hingga bersih, tiada kutu dan bulu sangat lembut. Err, dan kuat makan juga. 

Maka, esoknya, tergerak hati saya untuk membawa Icha Faris ke klinik haiwan bersama puan kakak dan anak sedara. 

Sesampainya di sana, doktor haiwan terus menutup pintu bilik rawatan dan memeriksa Icha Faris. Bulat mata saya saat dicuci luka di lehernya, kelihatan lubang di situ. Doktor lantas mengadap saya dan kakak, masih saya ingat biji butir kata-katanya.

''Dik, kenapa lambat sangat bawak kucing ni. Ni bukan luka biasa dik. Ni virus Sporo.'' (untuk maklumat mengenai virus ini, boleh baca di sini

Besikeli, virus ini sangat berbahaya dan boleh berjangkit kepada manusia juga. Duktur bagitahu kami, virus ini tidak dapat disembuhkan dengan anti-biotik. Tidak boleh. 

Duktur teruskan cakapnya,

''Kenapa bawak lambat sangat dik, kalau bawak awal, kita boleh prevent daripada merebak ke badan-badan dia. Sekarang dia dah teruk, dah berlubang.Patutnya, bila tahu je dia gaduh dan luka-luka, terus bawak datang sini. Jangan tunggu dah teruk.''

Saya bertanya,

''Kita boleh bagi rawatan apa, Doktor?''

''Dua pilihan je ada. Pertama, bagi ubat. Tapi kos ubat sangat mahal dan kita tak boleh pasti berapa lama baru kucing ini akan sembuh. Mungkin setahun, mungkin sembilan bulan. Itu pun kena kuarantin dia sebab dia berdarah, takut jangkit kat manusia dan kucing-kucing lain. Pilihan kedua, ialah, kita ''TIDURKAN DIA'' Awak fikir dulu nanti bagitahu doktor ok.''


Allah Allah.

Maybe it sounds dramatic, tapi memang betul saya terduduk. Terduduk kerana memikirkan pilihan hidup dan mati kucing adalah di tangan kami sekarang, yes, with Allah's will of course. Tapi seolah-olah Allah menguji untuk membuat pilihan yang sumpah besar dan berat. 

Saya tak tahu anda, tapi ini pertama kali saya membuat keputusan ini. Maka kami keluar sebentar dari bilik doktor dan mula berbincang. Ya, banjir sudah mata saya. Rasanya dah lama tak menangis kerana seekor kucing. Sebegitu teruk. 
Inilah Icha Faris! [Kredit]


Apa lagi mendengar kucing itu meow meow di dalam. Memandang tepat ke mata kami. 

Ok, boleh tolong hulur tisu Royal Gold sebelah meja anda itu?


Maka, setelah membuat panggilan kepada Puan Mummy, Kakak, maka, kami membuat keputusan untuk ''TIDURKAN DIA''.

Doktor memberitahu prosedur yang beliau akan lakukan. Bius, pengsankan dan cucuk ubat untuk matikan. Begitulah lebih kurang. 


Dan untuk terakhir kali, kami masuk dan usap kepala Icha Faris dan minta maaf kepadanya. Sebelum kami beri keizinan untuk doktor pengsankannya. 

Inilah yang dikatakan sebagai ''mercy killing'' atau dalam bahasa Sanskritnya dipanggil ''Euthanasia''. Dulu hanya belajar di sekolah undang-undang, tetapi sekarang, saya pula yang berhadapan dengannya.

Senyum kelat. 

*********************************************************************************************************


Apa ibrah daripada peristiwa ini..?

Allah swt takkan uji orang yang mahu berbuat kerja gila atau luar biasa dengan ujian yang biasa-biasa. Maka, jangan tanya kenapa asyik ujian yang maha besar je yang kita dapat. Itu tandanya ALLAH SWT sediakan diri kita untuk menjadi daie yang jiwanya kental, jiwanya memahami alam dan ciptaanNya, yang sedar dengan waras bahawa hidup ini sementara. Hidup ini tak menunggu kita bersedia menemui Dia atau tidak. Daie yang sensitif dengan semua emosi di sekeliling.

Daie yang hatinya tak kering!


Selain itu, saya sangat teringatkan kata-kata duktur tentang mengapa lambat membawa kuicng ke klinik. Hanya bila keadaan sudah semakin parah dan tidak boleh diubati lagi, baru kita mencari solusi kepada masalah itu. 


Ini sangat berkaitan dengan masalah-masalah terpendam terutama dalam kalangan akhawat. Mereka sangka hati mereka besar sangat, hingga semua masalah oleh dipendam. Rasa nak futur, pendam. Rasa marah, pendam. Rasa tak cukup duit, pendam lagi. Rasa tak sihat, pendam lagi. Pendam sedalam bumi. 


Guruh! [Kredit]

Maka, apabila tiba saat Allah swt bongkarkan semua rasa itu, kita jadi meletup!
Kita tahu kita ada simptom-simptom yang sangat berbahaya yang jika tidak diubati dengan segera, kita bahkan boleh melarikan diri dari jalan dakwah dan tarbiyyah yang kita claim mahu hidup dengannya poreber and eber eternity. 

Kita menunggu wabak futur itu membuat lubang di hati kita, baru kita mahu menceritakan kepada orang lain atau mencari solusi. 

Saya tidak berkata ini kepada orang lain, malah nasihat ini khas dan ekslusif kepada saya terutamanya. 


Hingga akhirnya.... Allah swt menarik nyawa kita, tanpa kita sempat mencari solusi dan ubat itu. 


Atau setidaknya, Allah swt sudah tidak mahu lagi kita berada di jalan ini. Mengotori dan melambatkan jalan ini dengan diri kita yang membawa wabak itu!


Allah, nad'uzubillahi min zalik. 


Moga Allah swt memelihara kita daripada semua hal yang tidak-tidak ini biidznillah.
Tidak hingga kita yang syaheed atau UA datang kepada kita!


Moga anda mendapat ibrah daripada peristiwa marhaen yang saya kongsikan. Ya, jika anda yang tanya, saya masih boleh menitiskan air mata saat teringatkan kisah ini. Apa lagi, jika kita yang menggali lubang kubur dan memegangnya saat dia sakit. 

Tenanglah Icha di sana. Kita jumpa di sorgaNya ya, biidznillah!




Wallahua'lam. 
















Tuesday, December 8, 2015

Siapa Kata Baginda Mati, Meh Aku Pancung Lehernya!

Dengan nama Allah yang Maha Menghidupkan Maha Mematikan....



Journey of life is no eternity. Journey to Allah does.




''Tiap-tiap umat memiliki ajal (batas waktu); maka apabila telah datang waktunya, mereka tidak akan dapat mengundurkannya barang sesaatpun dan tidak dapat pula memajukannya. ''
(Al-A’raaf: 34)

''Tiap-tiap yang mempunyai jiwa akan merasakan kematian. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahala kalian. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.''
(Ali Imran: 185)


Dan hari itu suram. Bungkam, senyap sunyi. Di sudut-sudut tepi lorong jalan kelihatan masyarakat yang berwajah sugul dan tunduk. Akur pada Ilahi, bahawa insan yang paling mereka sanjung dan sayang telah pergi menarik nafas terakhir. Sungguh, baginda juga manusia. Tiada lagi ajakan-ajakan dari baginda untuk mengenali Allah SWT, tiada lagi dapat melihat sosok yang sumpah awal berjalan ke masjid bagi solat Subuh, tiada lagi yang dapat melihat barisan gigi tersusun rapi tersenyum ke arah mereka dan anak-anak yang meminta kasih dan sayang. 

Semuanya hilang. 

Sehinggakan...


"Ada orang dari kaum munafik yang mengira bahwa Rasulullah SAW telah wafat. Tetapi demi Allah, sebenarnya dia tidak meninggal, melainkan ia pergi kepada Tuhan, seperti Musa bin Imran. Ia telah menghilang dari tengah-tengah masyarakatnya selama 40 hari, kemudian kembali lagi ke tengah mereka setelah dikatakan dia sudah mati. Sungguh, Rasulullah pasti akan kembali seperti Musa juga. Orang yang menduga bahwa dia telah meninggal, tangan dan kakinya harus dipotong!"

Teriakan siapa lagi itu kalau bukan Umar. Beliau yang kencang bersuara dan berulang-ulang ini didengar oleh kaum Muslimin di masjid. Mereka pun kebingungan. Mereka kemudian mengerumuni Umar, ada yang mempercayai kata-katanya itu bahwa Rasulullah tidak meninggal. 



Tiba-tiba Abu Bakar As-Siddiq datang. Ketika dilihatnya kaum Muslimin dalam keadaan demikian, dan Umar sedang berpidato, ia tidak berhenti lama-lama di tempat itu. Dilajukan langkahnya ke rumah Saidatina Aisyah r.a.

Ketika masuk ke rumah putrinya, dilihatnya Nabi di salah satu bagian dalam rumah itu sudah diselubungi burd hibara (kain buatan Yaman). Abu Bakar menyingkap selubung itu dari wajah Nabi dan menciumnya seraya berkata, "Alangkah indahnya  di waktu engkau hidup, alangkah indahnya pula di waktu engkau mati. Demi ibu-bapakku, maut yang sudah ditentukan Allah kepadamu sekarang sudah sampai kau rasakan. Sesudah itu takkan ada lagi maut menimpamu."
Sesudah itu, Abu Bakar keluar. Ternyata Umar masih bicara dan meyakinkan orang-orang bahwa Muhammad SAW tidak meninggal. Orang banyak memberikan jalan kepada Abu Bakar. "Sabar, sabarlah Umar!" kata Abu Bakar, setelah ia berada di dekat Umar. "Dengarkan!"
Tetapi, Umar adalah Umar. Beliau terus sahaja berkata-kata tanpa memikirkan kedatangan Abu Bakar di situ.  Abu Bakar menghampiri orang-orang itu seraya memberi isyarat, bahwa dia akan bicara dengan mereka. 

Beliau pun mengucapkan ayat lejennya kepada masyarakat di situ termasuklah Umar. 

"Saudara-saudara, barangsiapa mau menyembah Muhammad, maka Muhammad sudah meninggal. Tetapi barangsiapa mau menyembah Allah, maka Allah selalu hidup dan tak pernah mati."



Kemudian Abu Bakar membacakan firman Allah, 

"Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul. Apakah Jika dia wafat atau dibunuh kamu berbalik ke belakang (murtad)? Barangsiapa yang berbalik ke belakang, maka ia tidak dapat mendatangkan mudharat kepada Allah sedikit pun, dan Allah akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur." 
(QS. Ali Imran: 144)


Setelah Umar mendengar ayat Al Quran yang dibacakan oleh Abu Bakar r.a kepadanya, beliau tidak dapat menahan kakinya lagi lantas terjelepuk ke tanah. 

Allah... Allah...

Sungguh, Umar juga seakan-akan terlupa bahawa Rasulullah saw itu juga manusia biasa. Sama seperti saya, beliau, awak, dan mereka.


Sebak. 

Tiada yang kekal. Sekalipun bunga yang mahal. Eh. [Kredit]
Itu kisah Umar. Tolong amik nota (baca: take note) yang Umar r.a ini bukanlah level kosong-kosong punya sahabat. Malah, beliau adalah manusia yang telah sekian lama ditarbiyyah, qaedah sulbah (stok lejen) Makkah pulak tu, malah yang paling penting, beliau juga antara insan yang paling rapat dengan Rasulullah saw. Jika difikir secara logik akal yang waras lagi cerdas dan sihat, mana mungkin sosok seperti ini sanggup mahu mengugut manusia lain untuk membunuh mereka di saat bukti jenazah Rasulullah masih belum dikebumikan! Hanya kerana tidak mempercayai bahawa Rasulullah saw yang selama ini menyokong, membantu tinggalkan jahiliyyah, bergelak tawa bersama, mendengar curahan hati, mentarbiyyah, menge-check hafazan setiap seorang telah dipanggil oleh Allah swt. 

Kerana Umar mungkin terlupa, bahawa Rasulullah saw itu manusia biasa.
Mungkin juga beliau teralpa, Allah swt hanya meminjamkan sekejap sahaja RasulNya kepada kita. 

Subhanallah MasyaAllah...


******************************************

Ladies and jentelmen,

Sirius banyak ibrah yang boleh diambil daripada kisah benar ini. Lagi-lagi apabila negara dikejutkan dengan pemergian seorang putera raja yang disayangi dan dikasihi ramai. Ramai yang menangis, tidak kurang yang terkesima dan pelik campur ajaib. ''Tuanku pergi terlalu cepat''. 

Sebenarnya tidak.

Jika itu had masa kita dipinjamkan Allah swt, maka setakat itu sahajalah. 

Saya, anda, mereka dan sesiapa sahaja ada ''tempoh expired'' nya. 

Apa yang saya mahu hailaitkan di sini adalah, bagaiman perilaku Abu Bakar r.a yang boleh keep calm and relax menenangkan Umar r.a yang kebingungan tatkala itu. Padahal Abu Bakar r.a adalah besty Rasulullah saw!

Apa rahsianya? 

Itulah iman. Makin tebal iman seseorang, semakin tinggi kemampuannya untuk menerima satu persatu ujian yang datang menimpa ke dalam diri. 

Saya boleh berkata begini, kerana tahun 2015, daripada awal tahun lagi, saya dan keluarga tersayang juga telah diuji dengan kehilangan dua insan yang kami chentai. 
Berturut-turut. Hingga tidak tahu siapa lagi yang bakal Allah swt panggil pulang ke pangkuanNya. 



[kredit Gugel]

Dan apabila berbicara soal peribadi Almarhum Tunku Abdul Jalil Iskandar, (moga Allah mengganjarinya syurga), saya tertarik pada kata-kata Almarhum Tunku.

''Jika saya sakit, saya tak cerita dengan orang. Saya akan berdiam diri. Cuma bila dah tak tahan sangat saya akan panggil doktor dan keluarga''

''Jangan risaukan saya. Masih ramai yang mengidap kanser. Bukan saya seorang''


Saya jadi terlihat pada diri. Daie apatah lagi. Adakah kita menjadikan alasan sakit, tak larat, penat, mengantuk, untuk tidak bergerak? Untuk tidak menyampaikan al haq?

Sedangkan Almarhum TJ telah menunjukkan bahawa pesakit kanser di tahap keempat, ada kalanya juga mampu menyebarkan kebaikan sebanyak-banyaknya kepada orang lain. Ramai yang berkata melihatnya seakan-akan tidak percaya Almarhum TJ sedang sakit kronik. 

Wahai.
Apa alasan kita?


“Maka istiqamahlah (kamu) sebagaimana yang Aku perintahkan…” 
(Qs. Hud: 112).

Moga usia kita ini tidak sia-sia. Usia muda yang Allah pinjamkan buat saya dan anda tidak bazir begitu sahaja. Kerana hakikatnya, kita sedar, kematian tak menunggu kita bersedia. 

Semoga Allah mengampuni keterlanjuran perangai, kebiadapan akhlak, keterpesongan kata-kata dan kelemahan iman. 

Saya doakan buat saya dan anda semua, kita pergi menemui Pencipta kita dengan redhaNya dan dalam kematian yang bisa menghidupkan hati-hati manusia lain.

Biidznillah!


Senyum dan tunduk kuis tanah.





ps: Sanah Helwah buat kekanda ku, NA. Moga usiamu dibersihkan, diberkati dan dilimpahi rezeki yang berkat. 

psII : DBG bakal berkolaberasi dengan sekumpulan beloger baru dan muda. Doakan dan nantikan! Biidznillah,



Wallahua'lam

Monday, September 14, 2015

Mu-Rabbi!

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Menyayangi.


Nota ikat tepi : Entri ini khusus buat anda yang mempunyai murobbi, baru mahu menjadi muorobbi atau anda sendiri telah lejen menjadi murobbi. Sesungguhnya, yang menulis lebih berat tanggungjawabnya. *lap peluh


Heh [Kredit]





“Tidak wajar bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya al-Kitab, hikmah dan kenabian, lalu dia berkata kepada manusia: ‘Hendaklah kamu menjadi penyembah penyembahku bukan penyembah Allah.’ Akan tetapi (dia berkata): ‘Hendaklah kamu menjadi orang-orang rabbani, karena kamu selalu mengajarkan al-Kitab dan disebabkan kamu tetap mempelajarinya.’ 
[Ali Imran 3:79]

Cuba hengat kembali, setelah beberapa tahun kita menapak di jalan ini, tentu sudah banyak sekali kakak-kakak yang bisa membuatkan kita tak berkelip mata saat tersentuh dengan kewarakannya, kecantikkannya (eh) dan aura seorang daie nya. Apatah lagi, jika sosok itu adalah sosok yang membawa kita kepada jalan bertemu Allah, iaitu jalan dakwah dan tarbiyyah. 

Jika saya sendiri, walaupun usia ditarbiyyah tidaklah selama syuyukh dan qudama' sekalian alam buana, tetapi Allah telah mentakdirkan saya merasa sentuhan ramai kakaks murobbi. Lebih dari lima!

Dan setiap satu itu, tidak dapat tidak, memang berbeza. Yelah, sedangkan kembar si Upin Ipin pun berbeza, inikan pula Hajjah Zainab dan Puan Sri Rahmah ye dak?

Dan sesungguhnya, kita mengetahui bahawa Peranan Murobbi itu ada empat dan boleh jadi lima (sapa tak tahu, minta dengan kakak haibat anda, mohongg)


  • Ibu/Mummy/Mama/Umi/Emak - tempat luahan emosi, berkongsi masalah dan keinginan perut saat teringin makan sup bunjut
  • Ostajah - tempat rujukan dan ilmu
  • Syeikh (perempuan jadi syeikhah ke? lol) - berkaitan ruhi, hubungan dengan Allah 
  • Qoid - pemimpin dalam memberi arahan dan menghalakan sesuatu perkara
  • Sahabat

Ya, begitulah secara asasnya. 


Secara sempurnanya, jika kita yang bergelar murobbi ini perlu memiliki keempat-empat ciri ini dan wajiblah ke atas kita untuk menyesuaikan diri untuk mengaplikasikan setiap satu daripadanya mengikut sukatan atau portion dalam bahasa omputeh mengikut keadaan yang sesuai. 

Pening? Ya, begitulah selayaknya ayat undang-undang. Kbai.

Secara mudahnya, 

1. Murobbi wajib ada 4/5 ciri ini.
2. Tapi kena pandai-pandai sesuaikan ikut keadaan 
3. Mengikut portion yang sesuai.

Faham dah? [Kredit]

Contohnya, di saat adik binaan kita mengalami masalah keluarga, katakan Adik X baru sahaja kehilangan papa nya yang terchenta, jadi peranan manakah yang perlu dimainkan secara banyak pada ketika itu?

Qoid kah? Mengarahkan dengan tegas agar adik berhenti memikir soal kematian papanya dan konsentret handred persen kepada dakwah padahal baru sahaja beberapa jam yang lalu beliau mendapat khabar tersebut.

Mengarut bukan?

Sudah tentulah murobbinya berperanan sebagai mummy. Memahami kondisinya pada tika itu, mengucapkan takziah, menziarahi beliau dan keluarga beliau so on and so forth. 

Ya, kerana murobbi itu mempunyai kata dasar ''RABB'', berkasih sayang sebagaimana Allah berkasih sayang dengan hambaNya.


Pandak-wah! [Kredit]
Dan entri ini, bukanlah untuk membuat satu daurah khas untuk peranan murobbi (kalau nak bolehlah jumpa saya, biidznillah) tapi, lebih kepada refleksyen. 

Saya tak tahu bagaimana mahu berterima kasih, cium pipi kiri kanan setiap satu murobbi saya, mungkin itu pun takkan cukup untuk menghargai bagaimana jerih payah mereka bersabar mendidik saya yang boleh tahan nakal ni. 

Walaupun saya akui, kadangkala pasti ada saat saya terguris hati dengan murobbi, rasa murobbi tak dapat memenuhi kehendak hati sanubari, rasa murobbi poyo, rasa itu rasa ini, tetapi lebih banyak kebaikan yang anda semua telah berikan kepada saya.

Saya tak boleh nak ungkap nama-nama anda semua di sini, moga Allah swt yang menjaga dan membawa anda semua pertama-tamanya ke sorgaNya.

**********

Sebagaimana Rasulullah saw dikatakan 'bespren' kepada mad'unya, Abu Bakar, begitu juga seharusnya kita, tapi jangan sampai hilang tsiqah dan hormat dan elakkan ter'attach' yang amat sangat dengan murobbi. Boleh jadi selipar menjadi menu makanan anda pada hari esoknya. Kbai.


Ini juga bukan entri nak ucap Selamat Hari Murobbi ok?

Kerana mu-Rabbi, maka aku mohon agar dithabbatkan kami semua atas jalanMu,
Kerana mu-Rabbi, maka aku merayu agar ditemukan kami semua di JannahMu,
Kerana mu-Rabbi, maka aku mahu mengucapkan syukur,

Kerana kamu, Rabbi, murobbi aku. 





''Dan tiadalah Kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam” 
(QS. 21 : 107)



Ps: saya nak cakap... errr, on a small and unnoticed note, yang...err... Puan Mummy saya pun ada keempat-empat ciri di atas. Sebab beliau guru besar. Hihi. 







Monday, June 15, 2015

Ukhti, Mana Pergi Hati?

Dengan nama Allah Yang Maha Mengetahui Keadaan Hati-Hati Kami...



[Kredit]
Alhamdulillah thummalhamdulillah, harini, 16 Jun 2015, terasa mahu berkongsi dua surat yang cukup signifiken bagi insan-insan di jalan dakwah dan tarbiyyah ini. Khas untuk mereka yang kian merasakan diri itu menjadi sang daie robot. Yang bekerja tapi seolah tiada rasa, yang berkata-kata mengenaiNya, tapi tanpa hati. Mana hati?

Lari?
Hilang?

Tak. Sebenarnya, perasaan merasakan hati itu hilang atau mati, tanpa rasa adalah NORMAL sebagai manusia. Jadi, tak perlu sangat lah nak naik-naik kening, atau darah tinggi mengenangkan ke'stress'an berada di jalan ini. 

Semoga dengan perkongsian dua surat ini, kita dapat melangkah masuk ke unibersiti Ramadhan dengan hati yang bersih, lapang dan tentunya hidup! Hanya hati yang hidup dapat sensitif kepada dosa dan kefasadan. 

Biidznillah!



SURAT RIJAL TANPA HATI 


Yang terhormat ustaz Hassan al-Banna,

Assalamualaikum wbth,

Apakah anda pernah mendengar tentang lelaki tanpa hati? Maaf, jika hati yang dimaksudkan adalah salah satu anggota tubuh dari daging yang berwarna merah, yang menarik dan melepaskan darahnya, tentu saja lelaki itu memilikinya. Yang dengannya dia dapat hidup & menjalani kehidupannya. Akan tetapi hati yang bersemangat, kuat &hidup, sayang sekali dia tidak memilikinya.

Dia mengetahui kebaikan meskipun kecil, dia juga mengetahui keburukan meski pun samar-samar.Seringkali dia benar2 merasai & memahami perilaku seseorang dari wajahnya & dapat memberi respon terhadap hal itu. Akan tetapi, dia tidak memiliki hati. Jika bertemu dengan teman lamanya yang sudah lama tidak bersua, dia bersalam lalu menggenggam tangannya kuat, bahkan memeluknya. Namun hatinya, tetap beku, sama sekali tidak terpengaruh. Dia memberi nasihat kepada orang lain, ” Jadilah kalian begini & jadilah kalian begitu”, serta menyebutkan pelbagai dalil & bukti, namun hatimya semakin keras & tidak terpengaruh.

Dia tersenyum kala mendengar berita gembira. Dia juga mengerutkan dahi saat menerima berita duka. Akan tetapi, kegembiraan & kesedihannya hanyalah reaksi semula jadi semata, sedangkan hatinya tetap diam & tidak bergoncang. Dia menyatakan cinta & benci kepada seseorang. Tetapi ketika melihat hatinya, ia tetap diam tanpa memberi penjelasan.

Dia berdiri menunaikan solat MALAM; berusaha khusyuk, membaca al-Quran & berusaha menumpukan perhatiannya. Ketika menunaikan solat, dia membaca bacaan solat dengan nadanya sehingga orang-orang pun berkata, ” Dia itu khusyuk nampaknya.” Akan tetapi ketika meraba hatinya, dia mendapatinya tuli & tidak khusyuk, walaupun memahami apa yang dibaca. Ini adalah gambaran sebenar yang terjadi pada hati lelaki itu. Saya tidak melebih-lebihkan atau menguranginya. Menurut anda, apakah anda dapat mengatakan bahawa hatinya sama seperti kebiasaan hati orang-orang lain?

[Kredit]


Saya dianugerahi akal tetapi hati saya hilang. Saya merasakan akal fikiran saya cerdas berfikir, bekerja,hidup & menunjukkan kewujudannya. Akan tetapi, ketika saya ingin menghayati semua itu pada hati saya, sama sekali saya tidak menjumpainya. Saat ini, anda telah mendengar tentang seseorang lelaki yang tidak memiliki hati.

Dia adalah seorang yang membuat perjanjian(baiah) dengan anda & anda teah mengambil janji setia darinya. Apakah anda rela jika seorang tentera anda hidup tanpa hati? Apakah anda dapat membantu menghidupkan hatinya agar bergerak dan merasai apa yang diucapkan oleh lisannya?

Inilah penyakit salah seorang tentera anda yang akan membuat anda sedih jika mengetahuinya. Olehsebab itu, saya tidak akan menyebutkan namanya, hinggalah saya maklumkan anda bahawa dia telah sembuh.

 Waalaikumussalam wbth


[Kredit]



 *********************************************

[Kredit]



JAWAPAN ISHAB KEPADA RIJAL TANPA HATI

Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh,

Saya telah membaca suratmu dan sangat terpengaruh dengan kejujuran bahasamu, keindahan keberanianmu,halusnya kesedaranmu dan HIDUPNYA hatimu.

Saudaraku, kamu bukan orang yang hatinya mati seperti yang kamu sangka. Akan tetapi, kamu adalah seorang pemuda yang perasaannya tajam, jiwanya bersih dan nuraninya lembut. Seandainya tidak bersifat demikian, tentulah kamu engkari perasaanmu. Akan tetapi besarnya semangat & jauhnya tujuan( matlamat hidup) membuatmu menganggap kecil urusanmu yang besar & engkau mengharapkan tambahan untuknya. Tidak ada masalah dalam hal itu & memang itu yang sepatutnya berlaku.

Saya merasakan apa yang kamu rasakan, saya berjalan sebagaimana kamu berjalan & saya akan berusaha untuk memberikan beberapa nasihat. Jika nasihat-nasihat ini bermanfaat bagimu & dengan melaksanakannyakamu lihat dapat menghapuskan dahaga serta mengubati sakitmu, maka alhamdulillah atas taufikNya. Namun jika tidak demikian, maka saya senang untuk bertemu denganmu agar kita saling bekerjasama untuk mengenal pasti penyakitmu & menentukan ubatnya.

Berteman dengan orang-orang yang khusyuk yang selalu merenung, bergaul dengan orang yang selalu berfikir & menyendiri, dekat dengan orang yang bertaqwa & soleh yang dari mereka terpancar hikmah & dari wajah mereka terpancar cahaya, & dari hati mereka bertambah makrifat -dan jumlah mereka adalah sedikit- adalah ubat yang mujarab. Berusahalah berteman dengan orang-orang seperti mereka, selalu bersama mereka, kembali kepada mereka & kamu sambungkan rohmu dengan roh mereka, jiwamu dengan jiwa mereka serta kamu habiskan kebanyakan waktu kosongmu bersama mereka. Hati-hatilah dengan orang yang mengaku-ngaku. Carilah orang yang keadaannya membuatmu bangkit bersemangat, perbuatannya membawamu berbuat baik & jika kamu melihatnya maka kamu mengingat Allah. Berteman dengan orang-orang seperti ini adalah salah satu ubat yang mujarab kerana watak manusia sering mencuri, sehinggalah hati terpengaruh dengan hati yang lain dan jiwa pun mengambil contoh dari jiwa yang lain. Oleh kerana itu, berusahalah untuk menemukan jiwa-jiwa yang soleh sebagai teman.

Saudaraku, berfikir, berzikir di waktu-waktu yang suci, menyendiri, bermunajat serta merenung alam yang indah dan menakjubkan, menggali rahsia keindahan & keagungan alam, meneliti dengan hati & berzikir dengan lisan tentang tanda keagungan yang menakjubkan serta hikmah yang agung ini, termasuk hal yang memberi kehidupan kepada hati dan menyinari kalbu dengan keimanan & keyakinan. Allah swt berfirman;

 “Sesungguhnya dalam penciptaan langit & bumi, dan silih bergantinya malam & siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal.” (Ali-Imran : 190)

Saudaraku, seterusnya berfikir tentang masyarakat, melihat pelbagai penderitaan, kebahagiaan, kesulitan serta keamanan, menjenguk orang sakit, menggembirakan orang yang ditimpa bencana & mengetahui sebab kesengsaraan yang berbentuk pembangkangan, kekafiran, kezaliman, pelanggaran, sikap mementingkan diri, egois, terpedaya oleh hal-hal yang semu, semua ini merupakan cantuman bagi rantaian hati yang menyatukan cerai berainya & menghidupkannya dari kematian. Maka berusahalah agar kewujudanmu menjadi penghibur bagi orangorang yang sengsara & tertimpa bencana. Tidak ada perkara yang pengaruhnya lebih kuat terhadap perasaan daripada berbuat baik kepada orang yang sangat memerlukan, membantu orang yang teraniaya atau berkongsi rasa dengan orang yang susah atau sedih.
[Kredit]

Saudaraku, hati ada di tangan Allah. Dia mengubahnya sesuai dengan kehendakNya. Oleh kerana itu, bersungguh-sungguhlah dalam berdoa, agar Dia memberikan kehidupan kepada hatimu, membuka dadamu dengan iman & melimpahkan keyakinan kepadamu sebagai anugerah serta nikmat dariNya. Berdoalah di waktu-waktu mustajab & waktu sahur kerana doa pada watu sahur adalah ibarat anak panah yang meluncur tidak terhenti sehingga sampai ke Arasy. Saya tidak meragui keikhlasanmu dalam mencapai tujuan & kejujuran dalam pengakuanmu. Allah swt berfirman;

“Sesungguhnya Allah hanya menerima (korban) dari orang-orang yang bertaqwa.”  (Al-Maidah : 27)


Saudaramu, Hassan Al-Banna .






ps : Sanah helwah buat ukht I, yang sudah menginjak usia. Moga umurmu terus diberkati, terus thabbat di jalan dakwah dan tarbiyyah. Di jalan ini, moga Allah meneguhkan. Tak reti bagi ayat-ayat bunga, nak bagi hadiah 19:33. Senyum.

psII: Sanah helwah buat abang, walaupun mungkin belum lagi bersama saya berada di jalan ini, i know, i pray that Allah will always be with you, thank you jzkk for supporting me and family, thank you for the unexpected surprise that you always give. (selalunya outcome dia macam pfffttt. lol.) Moga kita semua ke Jannah Nya bersama-sama. Biidznillah. 

ps III: Selamat menduduki peperiksaan dhonia buat semuanya...! Moga ini menjadi alat yang sumpah berguna buat ummah. Doakan saya dan saya juga turut mendoakan anda semua. Selamat berpanda. Heh. Kbai.