Mereka yang Kool :)

Sunday, October 12, 2014

Nikmat yang Pelik.

Dengan nama Allah yang Maha Memberkati Maha Memelihara...


''Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?''
[Ar Rahman 55:13]


Saya pasti ramai yang familiar dengan ayat di atas. Dalam surah Ar Rahman sahaja, sebanyak tiga puluh ayat daripada kesemuanya tujuh puluh enam ayat. (correct me if i'm wrong) Saya ripit, 30 per 76. Allah swt mengulang ayat yang sama sejibik. Kita tahu, jika sesuatu itu tidak penting, maka Allah takkan sesekali letakkan ia di dalam Al Quran. Apatah lagi, jika ayat itu berulang-ulang lebih dari sepuluh kali!

Saya terhengat, satu tips daripada Puan Pensyarah Undang-Undang saya yang sungguh kiut miut itu, beliau mengatakan, jika mahu tahu isi-isi penting atau 'hint' tentang tajuk yang bakal masuk hekzem, maka, datang kuliah dan perhatikan, bahagian mana yang beliau tekankan banyak-banyak kali. Maka, itulah yang paling penting dan sangat perlu diberi perhatian. 

cc: adik-adik freshies. Heh.


[Kredit]

Satu dua tiga empat menjak ni, saya tidak putus-putus dikelilingi mereka dan mungkin saya sendiri, yang mengalami satu persatu kejadian yang jika difikir logik akalnya, takkan mampu selamat atau masih hidup di donia ini. Paling koman pun, anda bakal berjumpa saya di Wad Aisiyu. Mungkin. 

Seperti adek bulatan gumbira kesayangan yang baru sahaja kemalangan ketika beliau dalam perjalanan pulang  menaiki kereta bersama rakannya. Kerana terlelap sebentar, kereta itu telah hilang kawalan dan berpusing-pusing hampir terbalik kereta tersebut. Subhanallah, kepalanya terhantuk agak kuat ke tepi kereta. Dan lebih memburukkan suasana, akibat kereta yang berpusing-pusing itu telah masuk ke laluan kenderaan bertentangan, maka, ada kereta yang dari arah bertentangan itu hampir merempuh mereka! 

Saya teringat kata-kata adik ini, ''Masa tu saya ingat Allah je. Dah bersedia nak mati''

Tapi ditakdirkan, belum masanya. Belum lagi. 

Masih ada sesuatu yang belum selesai sebelum pergi bertemuNya. Mungkin. Kerana Dia tahu masih belum bersedia untuk menemuiNya.


Allah.

Besar pertolonganNya, kan adik?

Dan semalam, saya juga melalui detik-detik mencemaskan, apabila hampir dirempuh dengan sebuah kereta yang melanggar lampu isyarat merah, dengan kelajuan yang memang boleh membunuh, seriyusli. Jarak antara kereta saya (setelah brek kecemasan) dan kereta tersebut hanyalah 1 cm. Ya,saya berani katakan sedemikian kerana jika saya boleh keluarkan jari saya melalui cermin hadapan, saya sudah boleh pegang body kereta tersebut. Haila incik atau puan atau cik (tak sempat tengok siapakah gerangan hamba Allah ini), moga anda berubah dan moga Allah ampunkan dosa kita. 

Jadi bagi anda yang memandu, jangan ambil remeh soal ini. Jika hari siang, dan terafik lait disediakan, ditambah pula berada di Bandar Kelumpo, kereta sesak dan banyak, saya mohon, mohon dan mohon, jangan jadi rempit. Lebih-lebih lagi kita yang kununnya bergelar daie, tunjukkan qudwah yang baik. 

Itu baru contoh di jalan raya. Banyak lagi kejadian lain yang menuntut pengorbanan dan tak tipu, air mata udah gaya air terjun Ulu Yam mengalir tanpa diminta.

Tak perlu rasanya saya ceritakan semua, kerana kita masing-masing diuji. 

''Kalau senang je, tu bukan dakwah, dik oi'' kata si kakak itu. 

Guruh.



Namun, satu benda yang saya sedar, setiap kali Allah datangkan ujian dan peristiwa yang menggugah jiwa saya yang marhaen ini, DIA pasti tidak pernah lupa, menunjukkan sekali kasih sayangNya. Walaupun, di fasa itu, mungkin saja kita tidak melakukan kerja dakwah sungguh-sungguh, kita masih berbuat jahiliyyah berulang kali dan mengharapkan Allah menutup aib kita, yang mana jika dibuat dengan sesama manusia, kita pasti diberi pakej percuma caci dan maki. Seriyusli tak tipu. (sambil angkat sumpah)


Dan nikmat merasakan ujian itu satu kemanisan adalah satu benda yang... err...

Hulur tisu kejap. 





Ok sudah.

Dan nikmat merasakan ujian itu satu kemanisan adalah satu benda yang undiskraibebel.
Yang diperoleh jika kita punya satu kefahaman yang mendalam terhadap Islam. Dan percayanya kita pada Allah swt. 

Manis kalah gula-gula seposen lima. Heh. [Kredit]
Agaknya, sebab itulah rukun pertama yang perlu dihadam ialah FAHAM. Maaf, saya tak bercadang mahu menulis panjang. Takut amal tak kencang, sembang saja gebang. 


*********************



Buat du'at yang bekerja,
Yang kerjanya membina manusia,
Yang pernah disindir,
Yang pernah dikeji,
Yang pernah diboikot,
Yang pernah difitnah,


Buat du'at yang berlelah,
Yang lelahnya kerana Allah,
Ada tikanya,
Menangis seorang,
Tak mampu bercerita,
Ada tikanya,
Berkira-kira duit,
Biar lebih untuk membina manusia,
Tak cukup untuk diri sendiri tidak mengapa,
Ada tikanya,
Mampu bertemu keluarga satu hari sahaja,
Ada juga yang melalui panggilan telefon sahaja.

Buat du'at yang merapuh,
Kenang kembali hatimu,
Apakah ikhlas keranaNya,
Apakah kerana sayangkan manusia,
Sudah jauh kamu melangkah,
Sudah banyak DIA membantu,

Teruskanlah,
Walau satu persatu hilang dari kamu,
Teruskanlah,
Walau kau tidak mampu meluahkan,
Walau mereka tidak memahami,
Kerana hakikatnya,
Kamu yang bekerja,
Kamu yang alami,
Kamu jangan lupa.
Kamu rapuh, Allah masih ada.

Ya, Allah masih ada.
Dan tetap ada. 





Wallahualam

Daisypath Happy Birthday tickers