Mereka yang Kool :)

Saturday, May 10, 2014

Ingat Suka Suka Ke?

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Nak sangat main-main? Hambek! [Kredit]
 [Nota lekat kat peti sejuk] : Entri ini mungkin mempunyai unsur satu per tiga sisi sensitif. Saya tidak akan bertanggungjawab atas segala keterasaan hati kalian. Saya juga tidak melayan sebarang tuduhan berunsur hasutan yang termaktub dalam Akta Hasutan 1948. Sekian. 

Alhamdulillah. Setelah sebulan membiarkan DBG berkawan sepi dengan internet, juga habuk-habuk laptop yang kian menebal, juga daun-daun kering coklat bercampur kuning sedikit kehijauan yang bertaburan di atas kibod ini. Ok. Over sudah.

Pokoknya alhamdulillah thummalhamdulillah, anda masih boleh melihat tulisan merepek Cik Prada.


Hari itu, ketika saya sedang membaca timbunan kes bunuh dan beberapa helai kes mengenai Criminal Breach of Trust atau ore kito dok panggil pecoh amanoh, rasuoh. Haa gitu. Ya, tiba-tiba whatsapp henpon Cap Ayam saya berbunyi. Bila melihat nama, nampaknya ini adalah seorang adik yang sudah lama tidak saya ketemu, bercipika cipiki (saya baru tahu makna perkataan ini minggu lepas. Lambat kan?) bersama. Apa yang penting, apa yang ditanya oleh adik osem ini yang meremangkan bulu lebat si haiwan Panda! Fuh!


''Salam akak. Apa habaq? Lama tak dengar khabar. Akak, sebenarnya saya rasa down akak. Down sangat. Saya sedih bila kat tempat saya, ada je bolatan gembira tu. Tapi err... Kenapa tak serupa bolatan gembira yang pernah saya rasa best dulu? Mana hilangnya semangat bina iman melalui tarbiyyah tu? Ini tak sudah-sudah ajak saya jadi AJK program umum. Bila berbulatan, saya nak cerita masalah DnT saya pun depa macam tak paham. Balik-balik diri saya yg disalahkan. Diri saya yang semangat nak ditarbiyyah ni boleh jadi tak ikhlas tau kalau lama-lama macam ni. [smiley hembus angin kat hidung tanda tak puas hati sebanyak tiga kali] Tolong lah akak...! Wuuu''


Ini kes berat. Lebih berat daripada Seksyen 300 kesalahan Membunuh dalam Kanun Keseksaan.
Seriyusli.

Bukanlah tujuan saya untuk menjadi skeptikal dan mengatakan bahawasanya semua program umum itu adalah tidak bagus. Tidak memberi tarbiyyah yang sepatutnya. Tidak saya nafikan, terdapat juga program umum yang sangat memberi manfaat kepada orang ramai. Alhamdulillah.

Cuma apa yang membuatkan Kak Limah jiran sebelah menangis tersedu-sedan adalah apabila hak mereka yang ingin tarbiyyah tidak diberikan. Bila kita mengakui kita sekarang sama keadaannya gayak jaman Makkah dahulu, seharusnya kita juga melakukan hal yang sama dengan apa yang Rasulullah SAW dan para sahabat dahulu lakukan. Selama 10 tahun, bukan lah laungan ke arah jemaah yang digegakgempitakan, bukan juga soal chenta, siapa imam ku, siapa makmumku, tetapi sesi pembersihan aqidah. Kembalikan semula Allah sebagai ilah. Sebagai titik fokus kita. Ya! Itulah yang dibuat oleh Rasulullah SAW sehingga baginda dijerut leher, dibaling najis, diboikot habis habisan!

Ingat suka-suka Rasulullah SAW mahu membina semula aqidah para sahabat waktu tu? Tidak! Bahkan baginda berstrategi. Baginda tahu, itu masalah pokok yang sedang kronik dalam hati masyarakat ketika itu. Masalah hati!
Sebenarnya dalam kesusahan ada keindahan. Seriyusli [Kredit]

Nah! Seerah telah membuktikan bahawa Rasulullah SAW dengan fokus mentarbiyyah sahabat, biarpun dalam keadaan sirr (rahsia), membuat halaqah yang hanya dihadiri sedikit orang pada mulanya, telah berjaya menaikkan Islam pada ketika itu. Biarpun masyarakat waktu itu tidak masuk universiti, tidak mempunyai segulung master atau PhD, yang hanya tahu soal syurga dan neraka, namun bila disuruh bertahan dengan kalimah ''Lailahaillallah'' , mereka tidak bertangguh-tangguh. Usaha membina orang lain juga giat diteruskan dengan tarbiyyah.

Ini produk yang kita mahukan. 

Kalau lah kerana suka-suka Rasulullah SAW melakukan kerja dakwah dan tarbiyyah, menekankan soal tarbiyyah yang syumul, lebih baik Rasulullah SAW duduk diam-diam je bila dapat wahyu; bila dapat perintah dakwah daripada Allah SWT. Ya, kerana suka-suka. Tidak ada matlamat besar, cita-cita besar. Takda motivasi ke arah mencapai maratib amal yang paling tinggi.

Kalaulah kerana suka-suka, takkan Sumayyah bertahan diseksa, direjam di hadapan keluarga, suami dan anak sendiri. 
Kalaulah kerana suka-suka, takkan Saidina Ali r.a jadi persis harimau berani mati mahu menggantikan tempat tidur Rasulullah SAW.
Kalaulah kerana suka-suka, takkan Khabbab rela dipanggang hingga nampak putih tulangnya,


Dan...

Jika anda rasa, dakwah dan tarbiyyah ini benda yang hanya untuk 'suka-suka', yang dapat bersuka ria dan gembira, segembira bila bercakap soal chenta, soal baitul muslim, kerja mengumpulkan orang tanpa membina mereka, saya mohon, fikir lagi. Akal Allah SWT beri untuk digunakan semaksimumnya. Seriyusli.
 
Hakikatnya, kita harus bersabar. Kerja mentarbiyyah manusia ini banyak halangannya. Kata seorang ustaz, ''silakan bermasalah. Itu tandanya anda bekerja''. Saya faham benar perasaan adik tersebut. Bila mana beliau merasakan bahawa hatinya dahagakan tarbiyyah dan perasaan 'basah' setiap kali pengisian. Tidak hairan lah, kita diumpamakan seperti buih di lautan. Nampaknya banyak. Tapi bila dicucuk, pecah begitu sahaja.

 ''...Adapun buih itu, akan hilang sebagai sesuatu yang tak ada harganya; adapun yang memberi manfaat kepada manusia, maka ia tetap di bumi. Demikianlah Allah membuat perumpamaan-perumpamaan.''
[Surah Ar Ra'd 13: 17]
 

Mohon hulur kotak tisu bunga-bunga atas meja tu?

Ok. Tenkiyu.

Buat adik yang berkenaan, insyaAllah, carilah tarbiyyah yang anda mahukan itu. Bumi ini luas. Jika perlu berhijrah, dengan segala maksud (baca: by all means) silakan. Moga Allah membimbing kita. 

Senyum lebar. 

Ni ada sedikit bekal buat anda yang osem membaca entri ini. Bekal kalau nak lebih-lebih, pergi baca buku okay?

''Wahai saudara, permulaan jalan ini mudah,
kemudian datang kesedihan,
Permulaannya: korbankan kegembiraan,
Pertengahannya : korbankan NYAWA''.
 [Sumber: Kitab Muntalaq oleh Muhammad Ahmad ar-Rasyid bab 14 : Generasi Ta'sis]

Dari Lisan al-Din bin al-Khatib ,
''Ya, sesungguhnya jalan ummat ini dibina atas 'al-maut'.''
 [Sumber: Kitab Muntalaq oleh Muhammad Ahmad ar-Rasyid bab 14 : Generasi Ta'sis]
Kita mentarbiyyah perlu berstrategi. Bukan hanya mengikut membuta tuli. Itu robot namanya. [Kredit]

Ahmad Bin Daud Abu Said al- Waasiti telah berkata:
''Aku telah masuk ke dalam penjara untuk menemui Imam Ahmad bin Hambal sebelum beliau disebat. Antara kata-kataku kepada beliau, ''Wahai Abu Abdullah (gelaran Imam Ahmad), engkau ada keluarga, engkau ada anak-anak kecil. Engkau diberi keuzuran oleh syarak (boleh mengambil rukhsah)''. Rupa-rupanya kata-kataku itu memudahkan padanya untuk menjawab. Maka berkata Imam Ahmad kepadaku  : ''Wahai Abu Said, kalau beginilah cara fikirmu, engkau sebenar telah BEREHAT''

[Sumber: Kitab Muntalaq oleh Muhammad Ahmad ar-Rasyid bab 14 : Generasi Ta'sis]



Mohon maaf andai entri ini tidak begitu teratur atau anda sendiri tak faham, apa yang Cik Prada bebel entah apa entah. Et lis, ini adalah peringatan sinis dan satu pertiga seriyus buat saya, agar tidak membuat kerja 'suka-suka'. 


Wallahua'lam.



 
Daisypath Happy Birthday tickers