Mereka yang Kool :)

Tuesday, August 30, 2016

Tiga Satu Bulan Lapan Lima Puluh Tujuh Haribulan Negaraku...?

Dengan nama Allah yang Maha Mengetahui apa yang di langit juga di bumi...




Image result for quote merdeka
[Kredit]

Alhamdulillah thummalhamdulillah atas nikmat kehidupan, keimanan dan keislaman kita sehingga ke harini. Memandangkan Cik Prada sudah menyepi sekian lama (oh yeke , tak peduli, heh) maka tergerak lah hati sanubari nak menulis sempena Merdeka. Malas dah nak resaikel entri merdeka yang lepas-lepas, ye dak?


MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Semenjak sudah meningkat umur ini, saya tidak tahu, mungkin saya seorang sahaja yang berperasaan begini, anda mungkin lah tidak, saya terasa seolah-olah semangat kemerdekaan makin hilang rasanya. Makin pudar apinya. Kalau dulu pagi-pagi lagi dah mandi, dan terpacak depan televisyen cap Sharp kepunyaan Inche Abah itu nak tengok pancaragam dalam Perarakan Kemerdekaan. Namun, makin hilangnya rasa itu, sehinggakan ketika membelek kalendar minggu lepas, baharu saya sedar ''Weh, minggu depan Merdeka!'' Berbanding dahulu, semangat kemerdekaan itu sudah saya rasakan sejak awal awal bulan Ogos lagi. Ya, sekali lagi disklemer, mungkin saya yang alpa dengan bulan ini. Heh. 


Tetapi, saya sedar satu perkara, sebenarnya Allah ciptakan kita semua dengan sesuatu yang namanya ruh. Apa yang ajaib dengan ruh ini adalah, dia takkan menipu dengan keinginannya. Ruh ini perlu kita fill in the blank! Ia perlukan sesuatu yang kita tak boleh tidak mesti mendapatkannya. 

Itulah TARBIYYAH!

Ok, apa kaitan dengan merdeka?


Saya tak menafikan, mungkin antara punca kurangnya rasa nak sambut kemerdekaan ini adalah kerana negara Malaysia yang saya chentai kerana Allah swt ini terlampau sendat dengan masalah dan polemik negara setiap hari. Dari isu wanemdibi (baca: 1MDB), isu dua perpuluhan enam billion yang tidak juga selesai, isu Nabi palsu yang tak berkesudahan, masalah rasuah sana sini dan jenayah yang tak penat-penat menyapa diri. Mungkin ini yang saya lebih runsingkan hingga teralpa sebentar bersama Kitkat  tentang kemerdekaan negara kita. 


Saya jadi hairan dan tertanya, bagi kita umat islam, apakah erti MERDEKA bagi kita? Dahulu, murobbi saya yang dichentai kerana Allah swt pernah berkata, 

''Senang je nak faham erti merdeka ni. Ingat semula tujuan hidup awak. Kalau 'abid dan khalifah itu berjaya awak laksanakan, in shaa Allah awak akan merdeka daripada syaitanonirojim dan taghut. Merdeka adalah bila JIWA yang bebas dari menjadi hamba maksiat. Menurut sahaja hawa nafsu yang serakah, mahukan kesenangan hidup di dunia tanpa persediaan bertemu Allah swt. Ingat, Al Baqarah 2:30 dan Ad-Dzariyat 51:56!!!''




“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.” 
(QS. An-Nahl : 125)

Lebih kurang begitulah kata-kata beliau. Ya! Mungkin bagi pakar sejarawan, pakar perundangan, pakar kejuruteraan dan pakar fotografi (eh) ada makna kemerdekaan yang tersendiri. Terpulanglah masing-masing. 


Saya suka mengingati semula kisah Pembukaan Kota Makkah oleh lejen-lejen pada zaman Rasulullah saw. Pada saya, nothing can beat their spirit and enthusiasm though! Anda boleh membaca kisah FATHU MAKKAH di sini.




''Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan.
Dan kamu lihat manusia masuk agama Allah dengan berbondong-bondong,
maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima taubat.''
[An Nashr 110:1-3]



Allah Allah... Pada saya, jika mahu mencontohi semangat patriotisme, tak payah pening-pening menggaru tudung bawal Kangaroo tu, lihat sahaja manusia-manusia lejen pada zaman Rasulullah saw dan sahabat baginda. Bukan itu sahaja, lihat juga bagaimana Sultan Muhammad al Fateh yang genius dengan semangat berkobar-kobar pergi menakluk Konstantinopel. Dengan bekal apa? Bukan setakat peralatan yang canggih dan import dari luar negara, tetapi bekal RUH! Pemilihan tentera yang mempunyai akidah yang mantap, ibadah wajib dan ibadah sunat yang terpelihara, dan akhlak yang terpuji opkos. 

RUH yang bersama-sama dengan Allah swt akan menjadikan seseorang itu LUAR BIASA hebatnya! Apatah lagi jika misinya mempertahankan kemerdekaan yang diperoleh, maka sepatutnya kita lebih-lebih lagi menjaga hubungan kita dengan Allah swt. 

Image result for i love malaysia
[Kredit]

Sudah-sudahlah kita terus melayan kehilangan semangat kemerdekaan itu. Kembalilah fokus kepada agenda utama kita. Mengejar kemerdekaan jiwa dan ruh yang sebenar! Seerah dah terbentang di depan mata, alat canggih moden dah tersedia, tinggal hati je yang perlu dibungkus bawa bersama. Chewah! 



*******************************************


Apa-apa jalan, saya cuma nak bagitahu, yang saya teramat sayangkan bumi Malaysia ini. Kerana itu, saya tak nampak jalan lain yang membawa kepada kemerdekaan sebenar selain mengikuti jalan para Nabi dan Rasul. Bukan laungan merdeka hingga sakit anak tekak, bukan semata-mata pancaragam yang saya sukai ketika perarakan, atau bukan sekadar pameran aset-aset negara seperti kereta kebal dan helikopter yang berbagai-bagai itu. 
Image result for quote merdeka islam
Selawat ke atas Baginda SAW [Kredit]
Ternyata, Tiga Satu Bulan Lapan Lima Puluh Tujuh Haribulan, Negaraku.... 

Anda sambunglah ya. 





ps: Penat dengan isme-isme segala. Bila nak islam-ISME? 

Wallahua'lam.



Daisypath Happy Birthday tickers