Mereka yang Kool :)

Tuesday, April 9, 2013

Konferens Riang Memenggal Kepala Menyeret Hati

Dengan nama Allah yang Maha Mentarbiyyah Hati...
Senyum dulu boleh? [Kredit]
 Nota pelekat : Tajuk entri memang ekstreme. Dan sesungguhnya isi kandungan juga tambah ekstreme. Maka, sediakan hati yang ikhlas, sedia untuk ditarbiyyah dan di'sentap'kan seperti apa yang pernah penulis rasa. Mungkin masih rasa lah heyyy..!


indeed. [Kredit]


''Berapa kali dalam sebulan anda tak tidur di katil empuk kesayangan kerana menyantuni dan berukhuwwah dengan adik-adik dan orang lain, tidur di bilik mereka..?''

''Berapa kali anda tak makan kerana duit kurang kerana dihabiskan untuk dakwah?''

''Berapa kali anda sakit dan luka-luka sepanjang melakukan dakwah (itupun kalau buat) ?''   

''Hadis Arba'in 1-10, sudah hafal?''

''Tahukah anda apa itu Mormon?''


Okay. Itu semua persoalan daripada seorang ukht S kepada kami ketika di konferens keriangan wiken lepas. Ohoi! Terasa kepala saya diseret ke kiri dan kanan. Seriyusli! Hingga hati kecil saya berkata, ''cukuplah tanya. saya dah rasa lebih hina dari seekor semut. Wuuu''

  
 Dengan peristiwa sentap yang berlaku beberapa minggu lepas, ditambah dengan pengisian ini, cukuplah. Cukup membuatkan saya sedar, betapa semakin lama di jalan ini, semakin banyak perlu direfleksi. Diri perlu diedit serta-merta. Dan kerana itu, perlu ada 'push factor'. Dan hamba Allah yang mana lagi yang bisa menolak saya kalau tidak akhawat sendiri?


Iya. Di tahap ini, iman ku terasa stagnant. Bulatan gembira yang dibuat untuk adik-adik jujurnya terasa seperti hilang separuh daripada ruhnya. Curhat demi curhat didengar, atau diluahkan, namun tetap tidak menjumpai ruhnya. Entahlah. Hilang rasa nikmat itu. Atau anda nampaknya di mana-mana? Berlari meninggalkan saya, mungkin? Ok, nangis.


Lalu, cantik sungguh perancangan Allah itu. Ditemukan saya dengan figur-figur, susuk-susuk akhawat yang mampu mencairkan hati hanya dengan melihat semangat mereka. Sungguh ya Allah, saya lupa saya ada mereka, support system yang super duper kuat! 
Senyum dan teruskan berjuang! [Kredit]
 Lalu teringat kisah para Mujahidin Rusia, yang terpaksa berperang dalam salji tanpa sebarang kereta kebal, atau baju kalis api, tanpa baju besi. Hanya ditemani, sepasang kasut getah dan bekalan stokin yang hanya cukup buat sedikit hari. Lalu, apabila stokin sudah hancur semuanya dek kerana bergesel dengan kasut getah, mujahedeen tersebut tetap memakai kasut tanpa berstokin. Subhanallah! Anda tahu apa jadi pada mereka setelah perjalanan yang sumpah panjang untuk sampai ke lokasi peperangan? KAKI mereka HANCUR! Berdarah! Tak kurang yang sudah hilang rasa sakit dek kerana matinya 'nerve cell' . Namun, adakah mereka berhenti..? 

TIDAK. Tidak sama sekali. Perjalanan tetap diteruskan. Kerana mereka yakin, sangat yakin pertolongan Allah itu ada. Dekat. Hanya DIA mahu lihat usaha. 

Dan apa usaha kita untuk dakwah dan tarbiyyah ini? 

Jika saja setiap hari kita mampu menghabiskan masa menjadi part-time stalker profil mukabuku orang lain? Atau masih ada masa untuk tidur lapan jam di katil empuk sendiri? 

Allahu... Ampunkan kami. Lemahnya iman kami. Berbukitnya dosa kami. Terima taubat kami, ya Tuhan...


Kata Ukht S lagi, cuba jadikan dhonia yang dikejar, dibangga-bangga kan itu sebagai ''bird point of view''
EH? Mana kambing Makcik Jah ? [kredit]
 Pernah menaiki kapal terbang? Ok, cuba ingat semula panorama daripada atas kapal terbang lalu anda melihat ke bawah. Apa yang dapat dilihat? Bumbung rumah yang seperti rumah mainan, langit yang membiru, awan membawa hujan, sedangkan manusia juga tidak kelihatan sama sekali!

Lalu, mengapa dunia itu kita banggakan? Kita kejarkan? Beg Prada yang dibanggakan juga tidak kelihatan hokeyyy (ehem). 

Kerana itu, para daie, alang-alang kita susah di dunia (tidak bermewahan) biarlah kita susah terus demi dakwah dan tarbiyyah. Agar syurga kita dihiasi kekayaan yang tiada hujungnya. Biidznillah. Agar Firdaus melambai mengucapkan salam untuk kita memasukinya dengan senyuman lebar ke telinga. 

whoaaa... Tak teruja pong. [Kredit]
 Ingatlah, dunia itu tiada nilai di sisiNya. Moga, entri ini mampu menjadi antara push factor saya untuk all-out dalam jalan ini. Sangat bersyukur kerana di'sentap'kan oleh Allah melalui hambaNya yang cukup osem. Pinjam bahu anda menangis haru boleh?

Imam Hassan al Banna berkata :
''Aku rindukan pemuda yang tidur malamnya tidak lena kerana memikirkan ummat''

Indeed.

 Buat tanda aman sambil senyum kelat.

Sekian.


Ps: Mabruk alaik buat sepupu tersayang dan zawjah yang baru mendirikan baitul musleem, moga pernikahan antuma menjadi titik tolak kepada mujahid dan mujahidah, biidznillah.

Pps: Tolong doakan kelancaran daurah bersama adik-adik pre-ipt Khamis ini. Juga kecemerlangan keputusan test yang bakal diumumkan sangat tak lama lagi. Allahu...

Ppps : Maafkan saya kerana tidak mampu menunaikan hak semua orang. Tegurlah, ingatkan saya bahawa anda punya hak ke atas saya. [ladies only]

Wallahualam
                      
  

Monday, April 1, 2013

Desperate Murabbi.

Dengan nama Allah yang Maha Memberi Ujian...
Murabbi? apa tu? [Kredit]
[Amaran] : Baca entri ini dengan dada yang lapang. Seriyusli. Indeed. Seriyusli.

''Apa? Dah desperate sangat ke sampai kalau boleh hari-hari nak hantar mesej, setiap minggu kene jumpa, ajak iftar sama-sama, setiap bulan ada program kena pergi , hishhh! Aku bosan lah dengan kakak ni!''


Saya tak nak menuduh mahupun menuding mana-mana jari saya yang sepuluh ini kepada sesiapa. Namun, ingin benar saya tanyakan, adakah pernah anda ucapkan dialog seumpama ini dalam hati anda? Kerana 'meluat'nya anda dengan kakak murabbiah anda itu?

Isu ini sangat panas dan sensitif. Saya tahu. Dan saya merasakan urgensi untuk kita muhasabah semula diri kita sebagai mutarabbi atau juga murabbi yang bertungkus lumus membawa anak-anak bulatan kegirangan mereka. 

Niat.

Jika anda perasan, setiap kali anda duduk beriman, pasti murabbi atau murabbiah anda akan mengajak kita bersama-sama memperbaharui niat. Mengapa? Kerana hati kita yang kecil di dalam tubuh badan itu sangat nakal dan 'cunning'. Licik sungguh. Sekejap ia kata suka, sekejap ia kata benci. Sekejap ia kata sayang , sekejap ia kata meluat tahap gaban!

Jika anda merupakan seorang mutarabbi (ahli usrah yang belum membawa usrah), mungkin dialog seumpama ini pernah didendangkan dalam telinga dan hati anda sewaktu mula-mula nada mengenali dakwah dan tarbiyyah. Betul, bukan? Iyalah, sebelum ini mungkin tiada siapa (yang sama jantina) mahu mengajak anda berpuasa sunat bersama-sama, berbuka bersama, mesej comel-comel hari-hari, ajak anda solat berjemaah, dan yang paling penting, mengajak anda mengubah diri perlahan-lahan melalui usrah!

Namun, tarbiyyah mengajar anda. Namun, fikirkan semula, berapa lama anda ditarbiiyah? Jika sudah setahun pun dialog di atas masih terngiang-ngiang di hati sanubari anda, then there must be something wrong everywhere. Seriously.
Atau, jika kakak murabbiah anda berkali-kali sudah menyatakan kepentingan usrah dan wasilah lain yang sangat perlu diikuti, anda seolah-olah membutakan mata dan hati. Na'udzubillah. Ini bukan kata-kata retorik. Lalu, alasan demi alasan dberikan. Hinggakan, anda berasa 'seronok' dengan alasan yang dicipta semata-mata mahu mengasingkan diri daripada program dakwah dan tarbiyyah. 

Anda, percayalah. Apa yang kita buat pada hari ini, satu masa nanti Allah akan perlihatkan. Mungkin tidak kepada umum. Namun, jika anda sudah mula bergerak membawa adik-adik comel yang dahagakan belaian dakwah dan tarbiyyah, anda akan mula terkenang sedikit demi sedikit kesalahan yang pernah anda lakukan. Bukan kepada murabbiah anda, tapi kepada ALLAH SWT!


Anda bilang Murabbi dan Murabbiah ini desperate?

Ya! Memang pun!

Exactly! 

Kerana mereka ini desperate mahu melihat anda diberkati Allah, menjadi insan yang baru, seolah-olah baru dilahirkkan daripada rahim dakwah dan tarbiyyah, jauh daripada jahiliyyah hitam dan pekat yang anda dambakan sewaktu dahulu kala. Percayalah. 

Kerana mereka ini desperate, mereka sanggup tidur hanya 3 atau 4 jam sehari, walhal mereka juga adalah insan biasa, yang bekerja dan belajar dan mungkin juga sudah mendirikan baitul musleem, namun mereka lah yang mesej anada, tanya khabar anda, malah tak putus mendoakan anda untuk tetap teguh di jalan sumpah panjang ini. Lalu, anda katakan mereka ini desperate? 

Kerana mereka ini desperate, hujung minggu mereka dikorbankan, kadangkala terpaksa berlari-lari mengejar masa, demi kepentingan anda, dia tidak mahukan wang anda, jauh sekali ucapan terima kasih, namun anda masih katakan mereka desperate?


Ya! Memang mereka desperate. Desperate ingin memasuki syurga Firdaus sambil berpimpinan tangan bersama anda! 


Masih mahu katakan mereka murabbi desperate? Yes, they are!


Tepuk dada, tanya iman.


Sekian.


Wallahualam
Daisypath Happy Birthday tickers