Mereka yang Kool :)

Tuesday, December 8, 2015

Siapa Kata Baginda Mati, Meh Aku Pancung Lehernya!

Dengan nama Allah yang Maha Menghidupkan Maha Mematikan....



Journey of life is no eternity. Journey to Allah does.




''Tiap-tiap umat memiliki ajal (batas waktu); maka apabila telah datang waktunya, mereka tidak akan dapat mengundurkannya barang sesaatpun dan tidak dapat pula memajukannya. ''
(Al-A’raaf: 34)

''Tiap-tiap yang mempunyai jiwa akan merasakan kematian. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahala kalian. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.''
(Ali Imran: 185)


Dan hari itu suram. Bungkam, senyap sunyi. Di sudut-sudut tepi lorong jalan kelihatan masyarakat yang berwajah sugul dan tunduk. Akur pada Ilahi, bahawa insan yang paling mereka sanjung dan sayang telah pergi menarik nafas terakhir. Sungguh, baginda juga manusia. Tiada lagi ajakan-ajakan dari baginda untuk mengenali Allah SWT, tiada lagi dapat melihat sosok yang sumpah awal berjalan ke masjid bagi solat Subuh, tiada lagi yang dapat melihat barisan gigi tersusun rapi tersenyum ke arah mereka dan anak-anak yang meminta kasih dan sayang. 

Semuanya hilang. 

Sehinggakan...


"Ada orang dari kaum munafik yang mengira bahwa Rasulullah SAW telah wafat. Tetapi demi Allah, sebenarnya dia tidak meninggal, melainkan ia pergi kepada Tuhan, seperti Musa bin Imran. Ia telah menghilang dari tengah-tengah masyarakatnya selama 40 hari, kemudian kembali lagi ke tengah mereka setelah dikatakan dia sudah mati. Sungguh, Rasulullah pasti akan kembali seperti Musa juga. Orang yang menduga bahwa dia telah meninggal, tangan dan kakinya harus dipotong!"

Teriakan siapa lagi itu kalau bukan Umar. Beliau yang kencang bersuara dan berulang-ulang ini didengar oleh kaum Muslimin di masjid. Mereka pun kebingungan. Mereka kemudian mengerumuni Umar, ada yang mempercayai kata-katanya itu bahwa Rasulullah tidak meninggal. 



Tiba-tiba Abu Bakar As-Siddiq datang. Ketika dilihatnya kaum Muslimin dalam keadaan demikian, dan Umar sedang berpidato, ia tidak berhenti lama-lama di tempat itu. Dilajukan langkahnya ke rumah Saidatina Aisyah r.a.

Ketika masuk ke rumah putrinya, dilihatnya Nabi di salah satu bagian dalam rumah itu sudah diselubungi burd hibara (kain buatan Yaman). Abu Bakar menyingkap selubung itu dari wajah Nabi dan menciumnya seraya berkata, "Alangkah indahnya  di waktu engkau hidup, alangkah indahnya pula di waktu engkau mati. Demi ibu-bapakku, maut yang sudah ditentukan Allah kepadamu sekarang sudah sampai kau rasakan. Sesudah itu takkan ada lagi maut menimpamu."
Sesudah itu, Abu Bakar keluar. Ternyata Umar masih bicara dan meyakinkan orang-orang bahwa Muhammad SAW tidak meninggal. Orang banyak memberikan jalan kepada Abu Bakar. "Sabar, sabarlah Umar!" kata Abu Bakar, setelah ia berada di dekat Umar. "Dengarkan!"
Tetapi, Umar adalah Umar. Beliau terus sahaja berkata-kata tanpa memikirkan kedatangan Abu Bakar di situ.  Abu Bakar menghampiri orang-orang itu seraya memberi isyarat, bahwa dia akan bicara dengan mereka. 

Beliau pun mengucapkan ayat lejennya kepada masyarakat di situ termasuklah Umar. 

"Saudara-saudara, barangsiapa mau menyembah Muhammad, maka Muhammad sudah meninggal. Tetapi barangsiapa mau menyembah Allah, maka Allah selalu hidup dan tak pernah mati."



Kemudian Abu Bakar membacakan firman Allah, 

"Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul. Apakah Jika dia wafat atau dibunuh kamu berbalik ke belakang (murtad)? Barangsiapa yang berbalik ke belakang, maka ia tidak dapat mendatangkan mudharat kepada Allah sedikit pun, dan Allah akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur." 
(QS. Ali Imran: 144)


Setelah Umar mendengar ayat Al Quran yang dibacakan oleh Abu Bakar r.a kepadanya, beliau tidak dapat menahan kakinya lagi lantas terjelepuk ke tanah. 

Allah... Allah...

Sungguh, Umar juga seakan-akan terlupa bahawa Rasulullah saw itu juga manusia biasa. Sama seperti saya, beliau, awak, dan mereka.


Sebak. 

Tiada yang kekal. Sekalipun bunga yang mahal. Eh. [Kredit]
Itu kisah Umar. Tolong amik nota (baca: take note) yang Umar r.a ini bukanlah level kosong-kosong punya sahabat. Malah, beliau adalah manusia yang telah sekian lama ditarbiyyah, qaedah sulbah (stok lejen) Makkah pulak tu, malah yang paling penting, beliau juga antara insan yang paling rapat dengan Rasulullah saw. Jika difikir secara logik akal yang waras lagi cerdas dan sihat, mana mungkin sosok seperti ini sanggup mahu mengugut manusia lain untuk membunuh mereka di saat bukti jenazah Rasulullah masih belum dikebumikan! Hanya kerana tidak mempercayai bahawa Rasulullah saw yang selama ini menyokong, membantu tinggalkan jahiliyyah, bergelak tawa bersama, mendengar curahan hati, mentarbiyyah, menge-check hafazan setiap seorang telah dipanggil oleh Allah swt. 

Kerana Umar mungkin terlupa, bahawa Rasulullah saw itu manusia biasa.
Mungkin juga beliau teralpa, Allah swt hanya meminjamkan sekejap sahaja RasulNya kepada kita. 

Subhanallah MasyaAllah...


******************************************

Ladies and jentelmen,

Sirius banyak ibrah yang boleh diambil daripada kisah benar ini. Lagi-lagi apabila negara dikejutkan dengan pemergian seorang putera raja yang disayangi dan dikasihi ramai. Ramai yang menangis, tidak kurang yang terkesima dan pelik campur ajaib. ''Tuanku pergi terlalu cepat''. 

Sebenarnya tidak.

Jika itu had masa kita dipinjamkan Allah swt, maka setakat itu sahajalah. 

Saya, anda, mereka dan sesiapa sahaja ada ''tempoh expired'' nya. 

Apa yang saya mahu hailaitkan di sini adalah, bagaiman perilaku Abu Bakar r.a yang boleh keep calm and relax menenangkan Umar r.a yang kebingungan tatkala itu. Padahal Abu Bakar r.a adalah besty Rasulullah saw!

Apa rahsianya? 

Itulah iman. Makin tebal iman seseorang, semakin tinggi kemampuannya untuk menerima satu persatu ujian yang datang menimpa ke dalam diri. 

Saya boleh berkata begini, kerana tahun 2015, daripada awal tahun lagi, saya dan keluarga tersayang juga telah diuji dengan kehilangan dua insan yang kami chentai. 
Berturut-turut. Hingga tidak tahu siapa lagi yang bakal Allah swt panggil pulang ke pangkuanNya. 



[kredit Gugel]

Dan apabila berbicara soal peribadi Almarhum Tunku Abdul Jalil Iskandar, (moga Allah mengganjarinya syurga), saya tertarik pada kata-kata Almarhum Tunku.

''Jika saya sakit, saya tak cerita dengan orang. Saya akan berdiam diri. Cuma bila dah tak tahan sangat saya akan panggil doktor dan keluarga''

''Jangan risaukan saya. Masih ramai yang mengidap kanser. Bukan saya seorang''


Saya jadi terlihat pada diri. Daie apatah lagi. Adakah kita menjadikan alasan sakit, tak larat, penat, mengantuk, untuk tidak bergerak? Untuk tidak menyampaikan al haq?

Sedangkan Almarhum TJ telah menunjukkan bahawa pesakit kanser di tahap keempat, ada kalanya juga mampu menyebarkan kebaikan sebanyak-banyaknya kepada orang lain. Ramai yang berkata melihatnya seakan-akan tidak percaya Almarhum TJ sedang sakit kronik. 

Wahai.
Apa alasan kita?


“Maka istiqamahlah (kamu) sebagaimana yang Aku perintahkan…” 
(Qs. Hud: 112).

Moga usia kita ini tidak sia-sia. Usia muda yang Allah pinjamkan buat saya dan anda tidak bazir begitu sahaja. Kerana hakikatnya, kita sedar, kematian tak menunggu kita bersedia. 

Semoga Allah mengampuni keterlanjuran perangai, kebiadapan akhlak, keterpesongan kata-kata dan kelemahan iman. 

Saya doakan buat saya dan anda semua, kita pergi menemui Pencipta kita dengan redhaNya dan dalam kematian yang bisa menghidupkan hati-hati manusia lain.

Biidznillah!


Senyum dan tunduk kuis tanah.





ps: Sanah Helwah buat kekanda ku, NA. Moga usiamu dibersihkan, diberkati dan dilimpahi rezeki yang berkat. 

psII : DBG bakal berkolaberasi dengan sekumpulan beloger baru dan muda. Doakan dan nantikan! Biidznillah,



Wallahua'lam

Monday, September 14, 2015

Mu-Rabbi!

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Menyayangi.


Nota ikat tepi : Entri ini khusus buat anda yang mempunyai murobbi, baru mahu menjadi muorobbi atau anda sendiri telah lejen menjadi murobbi. Sesungguhnya, yang menulis lebih berat tanggungjawabnya. *lap peluh


Heh [Kredit]





“Tidak wajar bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya al-Kitab, hikmah dan kenabian, lalu dia berkata kepada manusia: ‘Hendaklah kamu menjadi penyembah penyembahku bukan penyembah Allah.’ Akan tetapi (dia berkata): ‘Hendaklah kamu menjadi orang-orang rabbani, karena kamu selalu mengajarkan al-Kitab dan disebabkan kamu tetap mempelajarinya.’ 
[Ali Imran 3:79]

Cuba hengat kembali, setelah beberapa tahun kita menapak di jalan ini, tentu sudah banyak sekali kakak-kakak yang bisa membuatkan kita tak berkelip mata saat tersentuh dengan kewarakannya, kecantikkannya (eh) dan aura seorang daie nya. Apatah lagi, jika sosok itu adalah sosok yang membawa kita kepada jalan bertemu Allah, iaitu jalan dakwah dan tarbiyyah. 

Jika saya sendiri, walaupun usia ditarbiyyah tidaklah selama syuyukh dan qudama' sekalian alam buana, tetapi Allah telah mentakdirkan saya merasa sentuhan ramai kakaks murobbi. Lebih dari lima!

Dan setiap satu itu, tidak dapat tidak, memang berbeza. Yelah, sedangkan kembar si Upin Ipin pun berbeza, inikan pula Hajjah Zainab dan Puan Sri Rahmah ye dak?

Dan sesungguhnya, kita mengetahui bahawa Peranan Murobbi itu ada empat dan boleh jadi lima (sapa tak tahu, minta dengan kakak haibat anda, mohongg)


  • Ibu/Mummy/Mama/Umi/Emak - tempat luahan emosi, berkongsi masalah dan keinginan perut saat teringin makan sup bunjut
  • Ostajah - tempat rujukan dan ilmu
  • Syeikh (perempuan jadi syeikhah ke? lol) - berkaitan ruhi, hubungan dengan Allah 
  • Qoid - pemimpin dalam memberi arahan dan menghalakan sesuatu perkara
  • Sahabat

Ya, begitulah secara asasnya. 


Secara sempurnanya, jika kita yang bergelar murobbi ini perlu memiliki keempat-empat ciri ini dan wajiblah ke atas kita untuk menyesuaikan diri untuk mengaplikasikan setiap satu daripadanya mengikut sukatan atau portion dalam bahasa omputeh mengikut keadaan yang sesuai. 

Pening? Ya, begitulah selayaknya ayat undang-undang. Kbai.

Secara mudahnya, 

1. Murobbi wajib ada 4/5 ciri ini.
2. Tapi kena pandai-pandai sesuaikan ikut keadaan 
3. Mengikut portion yang sesuai.

Faham dah? [Kredit]

Contohnya, di saat adik binaan kita mengalami masalah keluarga, katakan Adik X baru sahaja kehilangan papa nya yang terchenta, jadi peranan manakah yang perlu dimainkan secara banyak pada ketika itu?

Qoid kah? Mengarahkan dengan tegas agar adik berhenti memikir soal kematian papanya dan konsentret handred persen kepada dakwah padahal baru sahaja beberapa jam yang lalu beliau mendapat khabar tersebut.

Mengarut bukan?

Sudah tentulah murobbinya berperanan sebagai mummy. Memahami kondisinya pada tika itu, mengucapkan takziah, menziarahi beliau dan keluarga beliau so on and so forth. 

Ya, kerana murobbi itu mempunyai kata dasar ''RABB'', berkasih sayang sebagaimana Allah berkasih sayang dengan hambaNya.


Pandak-wah! [Kredit]
Dan entri ini, bukanlah untuk membuat satu daurah khas untuk peranan murobbi (kalau nak bolehlah jumpa saya, biidznillah) tapi, lebih kepada refleksyen. 

Saya tak tahu bagaimana mahu berterima kasih, cium pipi kiri kanan setiap satu murobbi saya, mungkin itu pun takkan cukup untuk menghargai bagaimana jerih payah mereka bersabar mendidik saya yang boleh tahan nakal ni. 

Walaupun saya akui, kadangkala pasti ada saat saya terguris hati dengan murobbi, rasa murobbi tak dapat memenuhi kehendak hati sanubari, rasa murobbi poyo, rasa itu rasa ini, tetapi lebih banyak kebaikan yang anda semua telah berikan kepada saya.

Saya tak boleh nak ungkap nama-nama anda semua di sini, moga Allah swt yang menjaga dan membawa anda semua pertama-tamanya ke sorgaNya.

**********

Sebagaimana Rasulullah saw dikatakan 'bespren' kepada mad'unya, Abu Bakar, begitu juga seharusnya kita, tapi jangan sampai hilang tsiqah dan hormat dan elakkan ter'attach' yang amat sangat dengan murobbi. Boleh jadi selipar menjadi menu makanan anda pada hari esoknya. Kbai.


Ini juga bukan entri nak ucap Selamat Hari Murobbi ok?

Kerana mu-Rabbi, maka aku mohon agar dithabbatkan kami semua atas jalanMu,
Kerana mu-Rabbi, maka aku merayu agar ditemukan kami semua di JannahMu,
Kerana mu-Rabbi, maka aku mahu mengucapkan syukur,

Kerana kamu, Rabbi, murobbi aku. 





''Dan tiadalah Kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam” 
(QS. 21 : 107)



Ps: saya nak cakap... errr, on a small and unnoticed note, yang...err... Puan Mummy saya pun ada keempat-empat ciri di atas. Sebab beliau guru besar. Hihi. 







Monday, June 15, 2015

Ukhti, Mana Pergi Hati?

Dengan nama Allah Yang Maha Mengetahui Keadaan Hati-Hati Kami...



[Kredit]
Alhamdulillah thummalhamdulillah, harini, 16 Jun 2015, terasa mahu berkongsi dua surat yang cukup signifiken bagi insan-insan di jalan dakwah dan tarbiyyah ini. Khas untuk mereka yang kian merasakan diri itu menjadi sang daie robot. Yang bekerja tapi seolah tiada rasa, yang berkata-kata mengenaiNya, tapi tanpa hati. Mana hati?

Lari?
Hilang?

Tak. Sebenarnya, perasaan merasakan hati itu hilang atau mati, tanpa rasa adalah NORMAL sebagai manusia. Jadi, tak perlu sangat lah nak naik-naik kening, atau darah tinggi mengenangkan ke'stress'an berada di jalan ini. 

Semoga dengan perkongsian dua surat ini, kita dapat melangkah masuk ke unibersiti Ramadhan dengan hati yang bersih, lapang dan tentunya hidup! Hanya hati yang hidup dapat sensitif kepada dosa dan kefasadan. 

Biidznillah!



SURAT RIJAL TANPA HATI 


Yang terhormat ustaz Hassan al-Banna,

Assalamualaikum wbth,

Apakah anda pernah mendengar tentang lelaki tanpa hati? Maaf, jika hati yang dimaksudkan adalah salah satu anggota tubuh dari daging yang berwarna merah, yang menarik dan melepaskan darahnya, tentu saja lelaki itu memilikinya. Yang dengannya dia dapat hidup & menjalani kehidupannya. Akan tetapi hati yang bersemangat, kuat &hidup, sayang sekali dia tidak memilikinya.

Dia mengetahui kebaikan meskipun kecil, dia juga mengetahui keburukan meski pun samar-samar.Seringkali dia benar2 merasai & memahami perilaku seseorang dari wajahnya & dapat memberi respon terhadap hal itu. Akan tetapi, dia tidak memiliki hati. Jika bertemu dengan teman lamanya yang sudah lama tidak bersua, dia bersalam lalu menggenggam tangannya kuat, bahkan memeluknya. Namun hatinya, tetap beku, sama sekali tidak terpengaruh. Dia memberi nasihat kepada orang lain, ” Jadilah kalian begini & jadilah kalian begitu”, serta menyebutkan pelbagai dalil & bukti, namun hatimya semakin keras & tidak terpengaruh.

Dia tersenyum kala mendengar berita gembira. Dia juga mengerutkan dahi saat menerima berita duka. Akan tetapi, kegembiraan & kesedihannya hanyalah reaksi semula jadi semata, sedangkan hatinya tetap diam & tidak bergoncang. Dia menyatakan cinta & benci kepada seseorang. Tetapi ketika melihat hatinya, ia tetap diam tanpa memberi penjelasan.

Dia berdiri menunaikan solat MALAM; berusaha khusyuk, membaca al-Quran & berusaha menumpukan perhatiannya. Ketika menunaikan solat, dia membaca bacaan solat dengan nadanya sehingga orang-orang pun berkata, ” Dia itu khusyuk nampaknya.” Akan tetapi ketika meraba hatinya, dia mendapatinya tuli & tidak khusyuk, walaupun memahami apa yang dibaca. Ini adalah gambaran sebenar yang terjadi pada hati lelaki itu. Saya tidak melebih-lebihkan atau menguranginya. Menurut anda, apakah anda dapat mengatakan bahawa hatinya sama seperti kebiasaan hati orang-orang lain?

[Kredit]


Saya dianugerahi akal tetapi hati saya hilang. Saya merasakan akal fikiran saya cerdas berfikir, bekerja,hidup & menunjukkan kewujudannya. Akan tetapi, ketika saya ingin menghayati semua itu pada hati saya, sama sekali saya tidak menjumpainya. Saat ini, anda telah mendengar tentang seseorang lelaki yang tidak memiliki hati.

Dia adalah seorang yang membuat perjanjian(baiah) dengan anda & anda teah mengambil janji setia darinya. Apakah anda rela jika seorang tentera anda hidup tanpa hati? Apakah anda dapat membantu menghidupkan hatinya agar bergerak dan merasai apa yang diucapkan oleh lisannya?

Inilah penyakit salah seorang tentera anda yang akan membuat anda sedih jika mengetahuinya. Olehsebab itu, saya tidak akan menyebutkan namanya, hinggalah saya maklumkan anda bahawa dia telah sembuh.

 Waalaikumussalam wbth


[Kredit]



 *********************************************

[Kredit]



JAWAPAN ISHAB KEPADA RIJAL TANPA HATI

Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh,

Saya telah membaca suratmu dan sangat terpengaruh dengan kejujuran bahasamu, keindahan keberanianmu,halusnya kesedaranmu dan HIDUPNYA hatimu.

Saudaraku, kamu bukan orang yang hatinya mati seperti yang kamu sangka. Akan tetapi, kamu adalah seorang pemuda yang perasaannya tajam, jiwanya bersih dan nuraninya lembut. Seandainya tidak bersifat demikian, tentulah kamu engkari perasaanmu. Akan tetapi besarnya semangat & jauhnya tujuan( matlamat hidup) membuatmu menganggap kecil urusanmu yang besar & engkau mengharapkan tambahan untuknya. Tidak ada masalah dalam hal itu & memang itu yang sepatutnya berlaku.

Saya merasakan apa yang kamu rasakan, saya berjalan sebagaimana kamu berjalan & saya akan berusaha untuk memberikan beberapa nasihat. Jika nasihat-nasihat ini bermanfaat bagimu & dengan melaksanakannyakamu lihat dapat menghapuskan dahaga serta mengubati sakitmu, maka alhamdulillah atas taufikNya. Namun jika tidak demikian, maka saya senang untuk bertemu denganmu agar kita saling bekerjasama untuk mengenal pasti penyakitmu & menentukan ubatnya.

Berteman dengan orang-orang yang khusyuk yang selalu merenung, bergaul dengan orang yang selalu berfikir & menyendiri, dekat dengan orang yang bertaqwa & soleh yang dari mereka terpancar hikmah & dari wajah mereka terpancar cahaya, & dari hati mereka bertambah makrifat -dan jumlah mereka adalah sedikit- adalah ubat yang mujarab. Berusahalah berteman dengan orang-orang seperti mereka, selalu bersama mereka, kembali kepada mereka & kamu sambungkan rohmu dengan roh mereka, jiwamu dengan jiwa mereka serta kamu habiskan kebanyakan waktu kosongmu bersama mereka. Hati-hatilah dengan orang yang mengaku-ngaku. Carilah orang yang keadaannya membuatmu bangkit bersemangat, perbuatannya membawamu berbuat baik & jika kamu melihatnya maka kamu mengingat Allah. Berteman dengan orang-orang seperti ini adalah salah satu ubat yang mujarab kerana watak manusia sering mencuri, sehinggalah hati terpengaruh dengan hati yang lain dan jiwa pun mengambil contoh dari jiwa yang lain. Oleh kerana itu, berusahalah untuk menemukan jiwa-jiwa yang soleh sebagai teman.

Saudaraku, berfikir, berzikir di waktu-waktu yang suci, menyendiri, bermunajat serta merenung alam yang indah dan menakjubkan, menggali rahsia keindahan & keagungan alam, meneliti dengan hati & berzikir dengan lisan tentang tanda keagungan yang menakjubkan serta hikmah yang agung ini, termasuk hal yang memberi kehidupan kepada hati dan menyinari kalbu dengan keimanan & keyakinan. Allah swt berfirman;

 “Sesungguhnya dalam penciptaan langit & bumi, dan silih bergantinya malam & siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal.” (Ali-Imran : 190)

Saudaraku, seterusnya berfikir tentang masyarakat, melihat pelbagai penderitaan, kebahagiaan, kesulitan serta keamanan, menjenguk orang sakit, menggembirakan orang yang ditimpa bencana & mengetahui sebab kesengsaraan yang berbentuk pembangkangan, kekafiran, kezaliman, pelanggaran, sikap mementingkan diri, egois, terpedaya oleh hal-hal yang semu, semua ini merupakan cantuman bagi rantaian hati yang menyatukan cerai berainya & menghidupkannya dari kematian. Maka berusahalah agar kewujudanmu menjadi penghibur bagi orangorang yang sengsara & tertimpa bencana. Tidak ada perkara yang pengaruhnya lebih kuat terhadap perasaan daripada berbuat baik kepada orang yang sangat memerlukan, membantu orang yang teraniaya atau berkongsi rasa dengan orang yang susah atau sedih.
[Kredit]

Saudaraku, hati ada di tangan Allah. Dia mengubahnya sesuai dengan kehendakNya. Oleh kerana itu, bersungguh-sungguhlah dalam berdoa, agar Dia memberikan kehidupan kepada hatimu, membuka dadamu dengan iman & melimpahkan keyakinan kepadamu sebagai anugerah serta nikmat dariNya. Berdoalah di waktu-waktu mustajab & waktu sahur kerana doa pada watu sahur adalah ibarat anak panah yang meluncur tidak terhenti sehingga sampai ke Arasy. Saya tidak meragui keikhlasanmu dalam mencapai tujuan & kejujuran dalam pengakuanmu. Allah swt berfirman;

“Sesungguhnya Allah hanya menerima (korban) dari orang-orang yang bertaqwa.”  (Al-Maidah : 27)


Saudaramu, Hassan Al-Banna .






ps : Sanah helwah buat ukht I, yang sudah menginjak usia. Moga umurmu terus diberkati, terus thabbat di jalan dakwah dan tarbiyyah. Di jalan ini, moga Allah meneguhkan. Tak reti bagi ayat-ayat bunga, nak bagi hadiah 19:33. Senyum.

psII: Sanah helwah buat abang, walaupun mungkin belum lagi bersama saya berada di jalan ini, i know, i pray that Allah will always be with you, thank you jzkk for supporting me and family, thank you for the unexpected surprise that you always give. (selalunya outcome dia macam pfffttt. lol.) Moga kita semua ke Jannah Nya bersama-sama. Biidznillah. 

ps III: Selamat menduduki peperiksaan dhonia buat semuanya...! Moga ini menjadi alat yang sumpah berguna buat ummah. Doakan saya dan saya juga turut mendoakan anda semua. Selamat berpanda. Heh. Kbai. 

Tuesday, May 12, 2015

''AKU telah memilihmu, untuk diriKU''

Dengan nama Allah yang Maha Menyayangi... Maha Mencintai.
Pulang semula segala rasa padaNYA. [Kredit Inche Gugel]

Sesungguhnya Allah menjadi saksi... Entri ini ditulis sepenuh hati, memulangkan rasa sunyi dan sepi kepada cinta hakiki pada Rabbul Izzati.



''Dan Aku telah memilihmu, untuk diriKU''
[Surah Thoha 20:41]

Entah mengapa, semenjak ayat ini saya tadabbur beberapa minggu yang lepas, ia makin lama, makin terngiang-ngiang. Teringat-ingat, terbayang-bayang. Nampak macam over kan? Tapi, itu realiti yang saya terasa sangat pelik. Sampaikan ke dalam mimpi, saya boleh tersenyum dengan ayat ini. 


Saya selalu tertanya-tanya, apalah yang Allah swt nak sampaikan pada saya?


Dan sebenarnya, saya juga seperti manusia biasa yang lain, sedang melalui fasa-fasa terasa bawah (baca:down). Terasa bawah yang amat sangat, terasa lupa dari kotak ingatan bahawa saya memegang status ''khalifah'', status ''abid'' dan status ''akhawat serta daie''. Saya tak tipu. Sampai satu tahap, punyalah rasa berada di bawah tanah hingga ke kerak bumi, saya pernah menghantar whatsapp kepada Puan Mummy terchenta, 

''Mummy, i want to go back home. Mummy, adik rasa malas nak buat baik. Malas nak gi usrah, malas nak buat semua benda. Takda jiwa, takda perasaan, rasa nak jadi kambing ke kucing ke, tak tahu apa dah jadi... Boleh tak nak balik..? Rasa serabut. Huwarghhhhhh''

Dan Puan Mummy akan seperti biasa akan balas, 

''Takyah gi program. Gi balik rumah kakak kejap. Cari balik hati kau tu''

Saya mula-mula tak dapat otakkan apa yang Puan Mummy cuba nak sampaikan. ''Cari hati''. Apa pasal Puan Mummy cakap cenggini? Hailaaaaa. 

Saya mungkin tak dapat nak ceritakan dengan sebenarnya di sini, apa yang saya alami. Cuma, ayat ke empat puluh satu daripada surah ke dua puluh itu, sememangnya apa yang saya cari selama ini. 


Cinta Allah. 


Baru-baru ini juga, ketika berbulatan gembira yang sememangnya gembira (joget joget ciked), ada seorang ukhti manes yang saya sayangi kerana Allah tulis di sehelai kertas milik saya, ''(cikprada), kenapa macam melemah? Awak kuat dulu-dulu...''


Dalam otak saya, berfikir, obvies sangat ke saya tengah serabut? Saya tak pernah cerita yang saya rasa bawah masa tu. Haihhh. Akhawat, adakalanya pandai sungguh membaca hati.

Mungkin ini yang saya minta pada Allah swt selama ini, minta kekuatan. Minta penuhkan hati saya dengan cintaNya sahaja. Cukuplah. Walaupun sakit nak terima, nak kejar, saya terima. Lalu, satu persatu Allah tarik dari saya. Bukan sedikit air mata tumpah. Bukan sekali dua saya rebah. Hakikatnya, walaupun akhawat lain melihat saya kuat (qowiy), saya juga masih memegang status manusia biasa di galaksi bima sakti. Menumpang bumi Ilahi.

Kerana saya dah merasai, pertarungan untuk menjadikan Ilah kita hanyalah Allah swt dan bukan makhlukNYA, adalah pertarungan hidup dan mati. Dan di jalan dakwah ini, hanya mereka yang betul-betul bersih dan niat tulus seratus peratus kepada Allah swt saja yang akan thabbat melaju. Jangan rasa kita masih bergerak laju seiring jahiliyyah kita, maka, kita ''okay'' untuk teruskan jahiliyyah itu. Bahkan tidak!!!

Perlu diingat, semakin lama kita di jalan dakwah dan tarbiyyah ini, makin menggila ujian yang Allah akan bagi. Makin kencang hati kita Allah goyangkan. Tapi, ketahuilah, percayalah, setelah kita lepaskan ILAH kita itu, kita akan melaju. Kita akan rasa tenang. Kita akan dapat nikmat-nikmat yang tidak terjangka. 


Allahu.... 


Siapa tumpahkan air atas kibod saya ni?


Seorang mukmin itu, perlu rasa malu jika dia terjatuh ke dalam lubang yang sama. Dan saya, saya tak mahu menjadi manusia itu lagi. Saya tak mahu menjadi daie robot. Kerana mungkin pada tahap sekarang, menghadirkan diri ke sesuatu program itu bukanlah satu kesukaran, tetapi ujian membawa hati yang ikhlas, dan sedia untuk disusun itu lah yang maha susah.

Jom pimpin tangan sama-sama, dear akhawatifillah? [Kredit]

Saya selalu meminta kekuatan agar melepaskan satu persatu ILAH selain dariNYA. Dan kini, jika ditanya apakah perasaan saya, saya boleh tersenyum kembali dan katakan, 

''Dan aku memilihMU untuk diriku, ya Allah''


Maka, cukuplah. Cukuplah Allah swt bagi diri saya. DIA memberi kekuatan untuk saya terus melangkah selepas ini. Berfikir super duper besar. Jika ditakdirkan saya mati, moga Allah swt mengira mujahadah kita semua sebagai amalan untuk kita masuk ke syurgaNya. Firdausi.


Tengsomac Allah, hambaMu yang selama ini, asyik mengulang kesalahan yang sama. Yang malam harinya menangis konon memohon ampun, tetapi di siang hari kembali mengerjakan kesalahan yang sama. Astaghfirullahal'azeem. 


Semoga awak, saya dan kita semua dijaga oleh Allah swt. Berlarilah pulang kepadaNya. DIA Maha menunggu kita. Selagi nyawa masih ada, Allah swt tak pernah pilih kasih. 

''A lot of people have trouble balancing the love of the Creator and the love of creation. It is something I myself have struggled with much of my life.... The problem is when we confuse ''OWNERSHIP'' and ''COMPANIONSHIP''. We take the creation as Owners and take the Creator as only a companion. And God knows best''

-Anonymous-


Anda...

Jalan dakwah dan tarbiyyah ini tak pernah menunggu kita. Kita kene mengejarnya. Sedikit sahaja lagi, sabar sedikit sahaja lagi. Kuatlah, yakinlah, lepaskanlah apa sahaja yang masih mengikat hati kita untuk pulang padaNYA. 

Jangan sampai satu masa, Allah mencabut nyawa... Kita masih belum lagi ''bersih''.


[Kredit]


Ini entri sumpah jujur dan telus daripada Cik Prada. Jika tak faham, tak mengapa. Moga mesej-mesej tertentu itu sampai. Somehow...some things are better left unsaid, right?

''Dan sesungguhnya Kami telah memberi nikmat kepadamu pada kesempatan yang lain''
[Surah Thoha 20:37]


Doakan saya terus melaju dan tak pandang belakang dah, ok? Moga syaitan gemok tembam yang menghasut saya selama ini, menangis sampai kuruih cekeding sebab tak berjaya menghasut ke arah kefuturan. 


Head up! Masalah client, (EH) masalah ummah, menunggu anda! Ho yeahhhh!!!

[On the unnoticed, small note] : 

 Puan Mummy, sebab tu lah anda menjadi Puan Mummy saya. Ada benda yang mungkin saya tak mampu nak ceritakan, tapi anda tahu. Anda boleh teka, dan setiap taujihat (chewahhh) yang anda berikan, semuanya tepat masuk hati. Itulah Puan Mummy. Itulah murobbi. Minta maaf aseef jiddan 'ala kulli hal kerana tidak menjadi anak yang purely solehah, but you do know right, adik will never get someone better other than you. May Allah grants you HIS Jannah, and you, Puan Mummy dear will be among the early birds entering the Jannah, with Inche Abah, of course. I love you lillahi ta'ala, i do really am.
With that, Happy Mummy's Day as every day is your day. 


Lotsa love and hugs for you,
-adik-


Indeed [kredit]

Ily, Puan Mummy. I really do. Just like what kakaks and abangs do. Anddd, abah, eternally for you. [kredit]





ps: Sanah helwah buat kakak Y. Moga Allah berkati usia kamu, anugerahkan kamu sebanyak-banyaknya nikmat untuk dimanfaatkan buat ummah. Ily. Lillah.

ps II : Siapa rasa hak-hak dia tak tertunai, sila lah habaq mai. Soli moli jiddannnn. Terasa menjadi raksasa yang saban hari bergelumang dengan kerja dhonia. 

psIII : Ramadhan is kameng. Macam mana persediaan semua?



Wallahua'lam




Tuesday, April 21, 2015

Ya Allah, Kau Maha Tahu Kami Sudah Bersedia!

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Menyayangi...

Pesanan penaja DBG : [Entri ini ditulis dengan mata yang panda. Jika ada sebarang ketidakfahaman, err, ia disengajakan. Heh. Disklemer juga, entri ini ekstrimli adalah bagi mereka yang only-you-know dan pasti sudah bersama-sama dalam gerabak dakwah dan tarbiyyah.]

Susun elok-elok! Nnati kita dah nak kena simen! [kredit]

Woha! Err, ok. Maksud saya, Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah thummalhamdulillah, kerana setelah satu dua bulan! Ya! Hampir dua nak jengah tiga bulan dah blog ini sunyi sepi disapa krikk krikk yang agak dahsyat. Hanya post-post di Mukabuku sahaja yang kelihatan kencang. Moga amal sekencang status mahupun kicauan. Heh. 

Jika ditanya apakah perasaan saya saat ini, err. Susah nak ungkapkan. Terasa bagai pertama kali jatuh chenta dengan Allah swt. Anda tahu bagaimana rasa jatuh chenta bukan? Teringat-ingat, rasa tak sabar nak berjumpa, rasa nak selalu ada dengannya, dan paling osem, kita pasti nak buat apa sahaja perintahnya meskipun kita sendiri meluat dengan perkara itu. 

Senyum ciked. [kredit]

Dengan usia tarbiyyah yang baru menjangkau hampir enam tahun, sudah pasti ramai yang menjangkakan bahawa kita adalah seorang figur yang qowiy (kuat), tawadhu' dan mampu menjadi contoh ikutan wa tauladan buat adik-adik binaan. Tak, sebenarnya bukan itu yang menjadi kayu ukur. Kerana kayu ukur sebenarnya bukanlah berapa lama kita ditarbiyyah, berapa tebal buku ucerah kita, berapa banyak bahan sudah kita khatamkan, tetapi yang super duper saiya penting adalah jiwa kita. 

Mungkin mereka yang baru sahaja menapak di jalan ini, hatinya ikhlas dan dia sendiri ikhlas menyucikan Allah. Tiada niat lain melainkan mengilahkan Allah semata mata. Mungkin juga mereka yang sudah lama, amalnya kadangkala rongak di sana sini. Kerjanya tidak total kerana Allah swt. Boleh jadi. Kerana itu, jangan sesekali rasa pelik-pelik terbeliaq mata hang tu jika hadek-hadek binaan menjadi lemah dan lemau. Kerana Allah tahu, boleh jadi, kita belum bersedia untuk betul-betul ''menang'' di ''tempat kerja'' kita. Kerana Allah swt mahu, kita betul-betul sucikan DIA. 


Dan sesungguhnya, menjadi Ansarullah itu bukan percuma. Ada harga yang perlu dibayar. Menjadi seorang penolong agama Allah SWT, menuntut hati kita. Ya! Hati yang suka sangat berbolak balik, bergoncang like oyemji, kalah air pantai. Shew sheww...(bunyi ombak, abaikan, kbai)


A014



Wahai orang-orang yang beriman! Jadikanlah diri kamu pembela-pembela (agama) Allah sebagaimana (keadaan penyokong-penyokong) Nabi Isa ibni Maryam (ketika ia) berkata kepada penyokong-penyokongnya itu: "Siapakah penolong-penolongku (dalam perjalananku) kepada Allah (dengan menegakkan agamaNya)?" Mereka menjawab: "Kamilah pembela-pembela (agama) Allah!" (Setelah Nabi Isa tidak berada di antara mereka) maka sepuak dari kaum Bani Israil beriman, dan sepuak lagi (tetap) kafir. Lalu Kami berikan pertolongan kepada orang-orang yang beriman untuk mengalahkan musuhnya, maka menjadilah mereka orang-orang yang menang.

[Surah As Saff 61: 14]


Jika lihat ayat di atas, 

Hawariyyun = penyokong agama Allah
Ansarullah = pembantu agama Allah

Jelasnya, tak sama dua orang di atas. Ibaratnya, seorang penyokong atau tukang sorak atau dalam bahasa omputihnya, pompomgerl, dan satu lagi pemain utama. Hah, begitulah.

Dan, bila Allah swt tahu kita sudah bersedia, maka, DIA sendiri yang melantik kita, menukar posisi kita daripada Hawariyyun atau penyokong atau pengikut biasa-biasa, kepada Ansarullah; mereka yang sumpah lejen dan osem dalam menjadi pembantu agamaNYA. Maka, tanggungjawabnya makin berat. 

''Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh''
[Surah As Saff 61:4]


Tapi, Allah swt itu Maha Sweet. DIA tak suruh kita kerja sorang-sorang. Atau perasan rasa berat sorang-sorang. Mesti ada support system. Iaitu mereka yang sama-sama bekerja dengan kita. Akhawatifillah.

Kerana Allah swt mencintai saff yang teratur rapi, maka wajiblah bagi kita untuk sama-sama bersedia menjadi batu-bata yang sedia untuk disimen. Sedia juga untuk dibersihkan dan disusun atur. Hoyeahhh!


Batu bata kita menuju Allah, kan? [kredit]


Dan bila bersama, kita lebih kuat! Biidznillah! 




**********


Bila duduk sorang-sorang, jadi terkenang, susah senang di sini. Waktu dicampak, waktu takda yang mahu ambil, waktu tak tahu mahu mengadu pada siapa, waktu merasakan tempat ini sudah tidak ada sinar dan harapan, hehehe, tergelak sendiri. 

Cantik sangat susunan Allah swt, DIA mahu mengajar hambaNya yang satu ini bersabar, jangan kalut nak tengok hasil, proses itu yang paling penting. Jangan kerana diri ini, dakwah itu terencat. Jangan kerana dosa ini, kemenangan itu lambat. Jangan kerana jahiliyyah ini, binaan itu jadi singkat. 

Moga bukan kerana diri ini....


Kerana mungkin kini kita sama-sama sudah bersedia, maka, Allah SWT ijinkan kita bersama-sama bekerja. Moga hambatan-hambatan kita dulu tidak lagi menajdi hambatan sekarang, ok? 

Allahu yusahhil!



PS: Sebenarnya baaaannnnyaaakkkkk nak tulis. Tapi CikPrada tengah dalam kesibukan tahap sotong kurita menyiapkan kertas kajian jenayah sihir yang krikk krikk itu. Jika ada hak-hak yang tak tertunai, culik je saya ok dan bawa lah ke taman-taman syurga (tempat yang ruhi lah tuuuu). Kbai.


 PS II: Ahlan-ahlan ya Rajab. Moga persediaan ke arah Ramadhon yang mulia makin kencang! 








Wallahua'lam