Mereka yang Kool :)

Wednesday, February 19, 2014

Murobbi Sekular?

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

[Amaran satu per empat keras] : Entri ini mungkin tidak sesuai bagi anda yang belum berbulatan gumbira, yang belum membawa bulatan gembira tetapi ada keinginan untuk membawa, entri ini diharap dijadikan panduan. Juga tidak sesuai bagi yang anti kepada perkataan dakwah dan tarbiyyah. Juga tidak sesuai langsung bagi anda yang menyokong sekularisme. Heh. Padan muka. :p

Alhamdulillah thummalhamdulillah. Saat ini, saya baru sahaja sempat 'bernafas' daripada kesibukan dhonia yang semakin menarik-narik. Makin menjauh makin licik dia mengejar. Haila dhonia. 

Ya. Dakwah itu cinta. Mengapa tidak mahu berkasih sayang? [Kredit]

Thoib.

Masihkah anda ingat pada pokcik durjana bernama Mustafa Kamal Atartuk? Kejadian hitam 1924? Ingatkah 'sumbangan terbesar' pokcik itu kepada kehancuran dunia Islam kita hingga saat ini? Hengat? Ya! Bagus! Jika tidak ada memori mengenai pokcik ini di minda anda itu, mohon bersegera lari ke bilik anda dan lantas pergi menggeledah rak buku dan ambil buku Ini Sejarah Kita. Pssttt. Kalau takda buku tu kan, boleh tempah dengan Pustaka Buku Putih. Heh. Promosyen tak boleh belah. Kbai.


Jika dulu, kita telah dibukakan mata dan hati tentang ideologi sekularisme yang telah digembar gemburkan serta direalisasikan dengan kencangnya oleh pokcik yang namanya disebutkan seperti di atas. Ya. Kita tahu bahawa menurut kamus Cik Prada, sekularisme merupakan satu ideologi yang memisahkan antara perkara dunia dan agama. Kiranya bau-bau buah bacang, limau mahupun durian juga tidak ada! Bercerai habes! Jika kerja tidak menutup aurat, itu kerana tuntutan kerja, takda kaitan dengan agama. Atau, wujudnya sekolah jenis kebangsaan juga sekolah agama. Ohoiii! Adakah sekolah kebangsaan itu tidak Islam? Hoh. Pikiaq lah sendiri. 


Sesungguhnya kita sudah tahu bahawa ideologi seperti sekularisme, satu Malaysia, EH. Err, tidak perlu disokong sama sekali. Kerana bahawasanya telah termaktub dalam usul pertama dalam senarai usul dua puloh iaitu Islam itu Syumul, maka secara automatisnya sekularisme itu tertolak jatuh perigi Nenek si Ucop. Sekiang.

Ok. Sekarang, apa pulak kaitannya dengan murobbi sekular? Murobbi? Jadi sekular? Apakah itu maknanya? 

Jika anda sebagai murobbi atau bagi anda yang belum membawa bulatan gumbira (itu pasal lah kena bawak, baru dapat merasai keosemannya, hihihi), et lis anda mungkin tahu sindrom ini. 

TAKUT MUROBBI. 

Dah kenapa nak takut pada murobbi, ye dak? Kan takut hanya pada Allah swt. Heh.

Iya, ini berdasarkan pengalaman sendiri juga kengkawan yang lain yang pernah berhadapan situasi ini. Baik diri sendiri mahupun kepada hadek-hadek sayang. Ho yeah.

Kadangkala, terdapat segelintir hadek-hadek yang berasa kurang mesra dengan murobbinya walaupun telah bersama dalam jalan ini, secara bersama-sama, lebih kurang setahun! Wuish! Lama juga tu. Kalau baby, dah boleh mula merangkak dan bagi makan biskut cap Ping Pong. Eh, yeke? Ya. Masih berasa segan-segan ayam, malu-malu kucing Siam. Tika cuti juga tidak mahu berwhatsapp dengan murobbi mereka sendiri lantaran dek ketidakadaan rasa tsiqah itu. Mengapa ini berlaku?

Bila saya bertanya kepada segelintir rakan-rakan akhawat, ramai juga yang menjawab kerana kurangnya muayasyah. Tiada ikatan hati. Tiada rasa 'attached'. Ok, itu sedih. Namun, saya harus akui perkara ini memang betul!

Salah satu faktornya adalah kerana wujudnya sindrom murobbi sekular!

Cuba tanya soalan-soalan ini pada diri kita lantas bermuhasabah :

1. Anda pernah keluar membeli baju tidur, baju err, kecik,  sama-sama dengan adek-adek Quranic Circle anda?

2. Anda tahu saiz kasut atau jenama kegemaran bagi beg sandangnya atau jam tangannya atau kasutnya? Mungkinkah Prada? Errr.

 3. Anda pernah berbual mengenai zaman kecik-kecik zaman hingusan, pengalaman bersunat (wehh relevan untuk ikhwah la kotttt) bersama hadek-hadek usrah anda? 

4. Anda pernah guntingkan rambut, atau ikatkan rambut, atau main jalin-jalin rambut macam masa kenit-kenit dolu bersama hadek-hadek anda?


Ok. Cukup empat soalan ini. 

Jika bagi keempat-empat soklan di atas jawapannya ya, maka, mungkin sekali (saya tak tahu situasi anda bagaimana) tetapi, besar kemungkinan, hadek-hadek anda tidak mengalami sindrom takut murobbi! 

Kerana apa? Jika dilihat soklan-soklan di atas, banyaknya macam saya tanyakan mengenai perkara yang tidak islami. Atau macam perkara lagho lah kiranya. Atau senang kata, yang tak ada kaitan dengan urusan masalah ummat. Atau kepeningan kepala untuk berqodhoya dan sebagainya. Ramai murobbi yang mungkin terlepas pandang. Sehinggakan, bila hadek bulatan gembira bertemu dengan murobbinya, mungkin saja topik pertama yang dibincangkan atau sepanjang perbualan tak de langsung menyentuh isu-isu so called lagho ini. 
[Kredit]

Bukanlah saya ingin katakan bahawasanya mesti borak pasal perkara di atas, tetapi yang jelas, murobbi mesti pandai mengambil hati sanubari hadek-hadek dengan tidak menjadi sekular dalam dakwah dan tarbiyyah! Takut-takut, asal jumpa adek-adek, agenda nya mesti berceghite soal umat lain, tanpa mengambil kira langsung perkara mengenai adik itu sendiri. Apa? Adik itu kebal, badan berbatu-batu macam Hulk kah? 

Jadi, apa yang saya mahu tekankan ialah, jangan sampai kita abaikan masalah dan perkara-perkara yang kita nampak macam ''alah, setakat nak tahu saiz kasut adik, erghh. Banyak lagi benda kene pikiaq!''

atau

''Baju tidoq pon nak kena beli sama-sama kee? Haip! Gerak kerja macam Encik Kura-Kura, ada hati nak keluar beli baju tidoq dengan hakak lagi. Choyy!''


Jadi, jangan terkezut panda sekirangan adik-adik takut dengan anda. Dekat dengan anda, tetapi hatinya terasa jauh dari anda. 

Pinjam cebis kain hujung katil tu, saya nak lap mata. Berpeluh. Heh.

Kerana inilah kita perlu 'all out' dengan kasih sayang [Kredit]

Jadi, sekularisme dalam murobbi juga adalah satu perkara TIDAK-TIDAK.

Jangan lupa, islam itu syumul. Maka, buatlah projek memikat hati adik-adik dengan sekali sekala main kejar kejar dengannya, menghantar gambar smiley mata bentuk lep lep dalam Whatsapp itu, mahupun, berceghite soal anda dikejar monyet ketika kecil. Heh. Percayalah! Benda -benda yang nampak kecil ini sebenarnya menjadikan kita semakin rapat dengan hadek-hadek. 


 Rasulullah shallallahu'alaihi wa sallam bersabda:
"Sesungguhnya diantara hamba-hamba Allah itu ada beberapa orang yang bukan nabi dan syuhada menginginkan keadaan seperti mereka, karena kedudukannya disisi Allah."

Sahabat bertanya:
"Ya Rasulullah, tolong kami beritahu siapa mereka?"

Rasulullah shallallahu'alaihi wa sallam menjawab:

"Mereka adalah satu kaum yang cinta mencintai dengan ruh Allah tanpa ada hubungan sanak saudara, kerabat diantara mereka serta tidak ada hubungan harta benda yang ada pada mereka. Maka, demi Allah wajah-wajah mereka sungguh bercahaya, sedang mereka tidak takut apa-apa dikala orang lain takut, dan mereka tidak berduka cita dikala orang lain berduka cita." 
(H.R. Abu Daud)



 Faham kelas?

Fahammmm chekduuu!


Ok. Maceh. Kelas bersurai dengan senyuman.


******************************



ps: Buat angah (you know who you are), selamat terbang ke Aussie dan teruskan langkah tarbiyyah di sana. Definitely will be missing you and hey! You owe me a kangaroo! :p

psII : Doakan rakan/teman/hadek-look saya yang sedang berusaha untuk mengejar keretapi dakwah dan tarbiyyah. Moga awak melaju dan terus menderu yaa! Ramai doakan ni tahu?

psIII : Doakan juga saya dan rakan-rakan yang sudah mula persekolah di sekolah undang-undang untuk terus menyuburkan bumi itu dengan Islam. Seriyusli, kena tajdid niat sokmo sokmo deyh! Biidznillah. Oh ya! Tahniah maksu untuk baby girl yang soooomeeellllll! Gerammm!


Wallahualam






Tuesday, February 4, 2014

Mumtazah Maridi. Wanita Bergelar Ummi.

Dengan nama Allah yang Maha Mencintai Hamba-HambaNya...

Kenangan di walimah Ummi. 

Ah tiada apa yang dapat diungkapkan,
Tiada apa yang mahu diomelkan,
Pada hari penuh dengan coretan,
Pada hari yang sudah ditentukan,
Awak dan saya sudah dijodohkan,
Akhirnya akur memegang gelaran,
Isteri yang sah kepada kematian. 

[Kredit angelwearsgucci.blogspot.com]



Baru hari ini dapat saya tuliskan. Berikutan demam panas yang tiba-tiba menyerang. Ummi, anak ummi sorang ni demam. :( Terkejut agaknya. 

Jika anda mengikuti entri sebelum ini, ya, Kerana Ohana ertinya Keluarga. Bisa Ngerti Kamu? pasti di nota bawah sekali ada saya updatekan bahawasanya Ummi bakal di discharge daripada wad. Subhanallah, dan entri itu saya nukilkan belum sampai seminggu pun lagi. Hari Jumaat, 31 Januari 2014. Dan rupanya 1 Februari atau keesokan harinya, Ummi telah pun dikeluarkan daripada wad dan dibawa ke rumahnya di Seri Kembangan. 

Dan jika saja anda ingat pada post Ummi 1.0, saya sangat sangat berharap agar akan ada kesempatan untuk saya nukilkan mengenai ummi. Mungkin 2.0, 3.0, hatta 100.0 sekalipun. Huh. Mungkin saya saja rasa saya sayangkan ummi, saya terlupa agaknya, Allah swt yang memegang usia beliau dan kita semua. Allah swt ternyata lebih sayangkan dirinya. Allahu... Astaghfirullah.

2 Februari 2014

Entah kenapa malam itu saya tidur agak lewat. memang penat. Seharian mengisi hati. Menunaikan hak-hak orang juga. Setiap satu jam, saya terbangun. Pukul 2, pukul 3, pukul 4. Sejuk agaknya, fikir saya. Namun, ternyata sukar untuk saya lena. 

Lantas lebih kurang 4 pagi itu saya bangun dan membersihkan diri. Berwuduk dan menghadapNya. Hingga saat menanti Subuh. Quran Pink kesayangan saya ambil dan teruskan berODOJ*

one day one juzu'*

Tiba-tiba, mesej itu. 
''ummi dah takda''

Quran saya hampir terlepas dan saya sendiri terkaku. Tak ada respon langsung. Membalas pun tidak.

Cuma yang saya tahu, telekung hampir lencun. Lalu seseorang yang saya anggap kakak memeluk saya erat. Katanya, ''sabar banyak-banyak. Dia ke syurga kan? Bukan ke mana pun. Ke syurga.''

Allahu... Makin lencun.

Subhanallah, dan subuh itu, solat saya agak lama sedikit berbanding biasa. Tersedu sedan.

Pagi itu, seorang kakak yang saya panggil Kak A, mengajak saya untuk ziarah ummi di Masjid UPM. ''tapi kena kuat. Jangan nangis''.Pesannya. 
Sempat berada di sini. Terasa 'puas' [Kredit]

Lalu, setibanya saya di sana, van jenazah baru saja sampai. Orang juga mulai ramai memenuhi perkarangan masjid. Alhamdulillah tabarakallah, ramai sungguh akhawat, mereka yang memakai tudung labuh dan masing-masing tidak berbual banyak. Masing masing setia dengan bacaan quran dengan penuh syahdu dan khusyuk. 

Benarlah kata orang, jika mahu dilihat bagaimana hubungan seseorang itu dengan Allah tika di dunia, lihatlah orang-orang yang bersamanya tika pemergiannya. Ummi, ramai sungguh yang mahu menemanimu. 

Saya hanya melihat dari jauh. Dari luar bilik mandi jenazah. Hati ini teringin benar mengucup ummi. Namun, ingin menghormati urusan memandikan jenazah. Lalu, saya bersama akhawat lain dan teruskan bacaan Quran kami,

Bau kapur barus juga menusuk-nusuk hidung. Entahlah, pagi itu terasa tenang dan damai. Walaupun rasa sayu, namun rasa gembira bila melihat semakin ramai jemaah yang bersiap-siap untuk solat jenazah.Ummi, beruntung sungguh ummi!

Saya tidak dapat berlama-lamaan di sana. Kerana ukht A ada urusan kecemasan pula. Maka, saya menemaninya pula selepas itu. Terkilan kerana tidak sempat menatap dan mengucup dahi ummi buat kali terakhir masih tersisa. Tapi tak apalah kan Ummi, kita berpisah sekejap je kan? Nanti kita reunion tau di Sorga Allah swt. Tunggu kami yaa?

Dan satu hal yang lebih mengagumkan saya mengenai manusia yang sangat bergantung pada Allah swt, tika melihat zauj (suami) ummi yang sangat tabah. Tidak menangis langsung. Sentiasa tersenyum. Allahu, jagakanlah hambaMu yang seorang ini juga anak mereka yang bakal mengikuti jejak langkah papa dan mamanya. Biidznillah.
Saat jenazah tiba di rumah di Keratong, Pahang. [Kredit]

Ustaz Hasanuddin sempat menjadi imam solat jenazah [Kredit]

Lebih mengharukan, apabila seorang sahabat saya di Sekolah Undang-Undang, menghantar gambarnya imej terbaru, dengan berhijab dan menutup aurat dengan sempurna. Katanya, saya adalah rakannya yang pertama tahu. 

Dan dia juga bercerita, antara sebab pendorong dia untuk berubah adalah inspirasi daripada Ummi. Kisah hidup dan kematiannya yang benar-benar menghidupkan hati sekalian manusia. Ehem! Beliau juga minta dibulatan gembirakan tau! Ummi, walaupun sahabat saya ini tidak mengenali ummi, tapi pahala untuk ummi masih mengalir deras. Mesti banyak unta merah ummi kan? 

Moga terus istiqamah ya sahabat. Kita ada untuk saling menyokong. Senyum nampak gigi putih.

*************************

Mathurat yang disusun oleh Ummi Mum. Beserta hadith untuk rujukan. [Kredit]

Ummi,
Jazakillahu khairan katheera
Untuk penat lelah,
Teguran,
Kasih sayang,
Agar kami tak main-main di jalan dakwah ini.

Setiap kerja kami selepas ini,
Pasti ada kaitannya dengan ummi,
Kerana ummi adalah rantaian yang membawa
Kami di jalan ini.

Ummi Mumtazah,
Terlalu ramai yang mendoakan,
Terlalu banyak yang tersedar,
Umur muda bukan jaminan takkan mati,
Umur tua bukan jaminan akan mati,
Dan apalah gunanya,
Glamer di dunia,
BUKAN sebab dakwah dan tarbiyyah.
Kerana bila kita tiada nanti,
BUKAN harta kita yang orang sebutkan
BUKAN gelaran kita yang orang ingatkan
Tetapi amal kita, perjuangan kita.

Dan ummi,
Ummi dah pun selesaikan tugas itu,
Maka tenanglah ummi bertemu Rabbul 'Izzati.
Moga kami pula menyusul langkah ummi
Selepas ini
Sama-sama berpimpin tangan, 
Kita menuju syurgaNya yaa,
Biidznillah. 

Al fatihah buat Ummi Mumtazah Binti Maridi. 
1988-2014


[Kredit]

[kredit]


ps: Bila dakwah menjadi keutamaan yang paling tertinggi, baru lah fikir untuk berbaitul muslim. Jika tidak, bisa saja anda tenggelam dalam keasyikan cinta berumah tangga. 
Tazkeerah sentap. Sekian.

ps II : Doakan saya cepat sembuh. Banyak hak tak tertunai lagi. Dan buat yang demam juga tu, Allahuyashfeek. Buat yang baru baru nak sakit tu, mohon jangan sakit. Gi ambik obat ya.


Wallahualam.

Daisypath Happy Birthday tickers