Mereka yang Kool :)

Sunday, July 29, 2012

Kisah Jalut Bersumo Dengan Talut #2

Dengan nama Allah yang Maha Menghidupkan Maha Mematikan

Nota kosong: Menulis dengan sedikit perasaan terkejut yang tersisa. Seriyusli. 
Lawan! Lawan! [Kredit]
 Maka, peperangan meletus-letus. Islam melawan Kafir. Islam melawan Jahiliyyah. Dan tentunya anda sudah mengagak bukan apa yang akan terjadi..? 

Bukankah sunnatullah itu kompem berulang dengan izin Allah? Ya! Seperti yang ditakdirkan, Talut dan pasukan tentera yang berimandan bertaqwa tadi berjaya mengalahkan Jalut dan tenteranya itu. Betapa hebatnya Allah membantu hambaNya! 

 Maka, itulah kisah yang dihidangkan Allah dalam al-Quran khas buat kita yang mahu mengambil pelajaran. 

Justeru, tamatlah kisah Jalut berlawan dengan Talut. Wallahualam. 

********* 

Seperti selalu, dalam penghujung buku sebelum muka surat kosong yang terakhir, pasti sesebuah kisah diselitkan dengan ibrah atau moral of the story right? Selalunya, jika adik-adik bulatan gembira saya bertanya, pasti saya akan menyoal mereka semula, ''Awak rasa macam mana?''. Ok. Itu sungguh tipikal. Hehe. 

Kisah Jalut vs Talut ini banyak sungguh ibrahnya. Secara pokok, ia berkisar tentang ujian-ujian atau tapisan-tapisan Allah buat hamba-hambaNya yang DIA sayang. Seperti tentera  Talut, ada beberapa ujian dan 'trick' juga TAPISAN yang disediakan. Jom kita tengok satu per satu. Eh, bukan. Baca.

1. Sebenarnya, di awal kisah ini, Bani Israel telah meminta diangkat seorang raja lalu mereka berjanji akan berperang di jalan Allah. Tapi, bila perang diwajibkan kepada mereka, ada yang berkata ''talk to the hand'' lalu menyombongkan diri kecuali sebahagian kecil sahaja. Itu tapisan pertama.
[Al Baqarah : 246]

2. Apabila Talut diangkat menjadi raja mereka, mereka malah bertanya yang macam-macam dan tidak berpuas hati hampir-hampir buat rusuhan. Err. Bukankah telah dikatakan kepada mereka, Allah Maha Tahu? Itu pula tapisan kedua. 
[Al Baqarah: 247]

3. Kisah di sungai di mana tentera Talut tidak dibenarkan meminum air sungai kecuali mereka yang mencedok dengan satu cedokan tangan sahaja. Yang melanggar arahan tersebut, tidak dibenarkan ikut berperang. Tapisan ketiga menyusul.
[Al Baqarah : 249]

4. Ini pula berkenaan sebahagian tentera Talut yang sudah berjaya ujian minum air sungai tetapi berasa tak daya dan ragu-ragu pula untuk berlawan Jalut dan hulubalangnya. Maka mereka tidak ikut berperang. Alasan demi alasan diberi untuk tidak turut berperang. Tapisan keempat.
[Al Baqarah : 249]

Inilah antara ujian dan tarbiyyah buat hambaNya yang disayangi. DIA mahukan kualiti dalam diri seseorang yang mahu menjalankan kewajipan dakwah dan tarbiyyah ini. Bukan yang suka beralasan, bukan yang suka lari-lari, bukan yang manja-manja. Bukan sama sekali. DIA mahukan mereka yang tulus ikhlas, beriman dan berjihad dengan sebenar benarnya. *Ok. Saya sangat terasa dan sentap tahap panda dengan perenggan ni.

Maka itulah dia. Allah sangat-sangat mahukan kebaikan dalam diri kita. DIA sangat sayangkan kita. Tapi sejauh mana kita sayangkan DIA? 

Ayuh! Dalam bulan yang mulia ini, tingkat kan amal kita. Berdampinglah dengan al-Quran. Gerakkan kaki untuk solat. Puasa lah dengan makna yang sebenarnya. Kelak bila ajal menjemput, malaikat akan mencium kepala kita, hati kita dan kedua kaki kita dan di situ malaikat akan nampak Al Quran di kepala, puasa di hati, dan solat di kedua kaki. Alangkah bagusnya! 

Saya mohon keampunan dari Allah dan kemaafan dari anda semua andai entri ini mengguris hati sesiapa. Hanay berkongsi dan sebarang kesilapan mohon ditegur. :)

ps: Al Fatihah buat sahabat di Asasi Undang-Undang dahulu yang telah kembali ke pangkuan penciptaNya dalam keadaan yang sungguh tenang dan mudah, insyaAllah. Iye, meninggal dalam bulan mulia dan keadaan tidur. Moga allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang berjaya syahid. Ameen.

[Kredit]
Wallahualam

 

Saturday, July 28, 2012

Kisah Jalut Bersumo Dengan Talut #1

Dengan nama Allah yang Maha Memberkati Usia-Usia Kita.

Bersumolah dengan Jahiliyyah! [Kredit]
[Nota koyak] : Sudah hari ke-9 di bulan Ramadhan. Tapi macam mana dengan 8 hari yang sudah lepas? Gulp.

Pada suatu hari, terdapat sekumpulan kaum  yang sombong lagi bongkak serta tidak kurang kereknya. Pada ketika itu, kaum tersebut masih tercari-cari siapakah yang akan memimpin mereka sebagai raja. Yelah, adat sebuah masyarakat, mestilah ada ketua, bukan? Sedangkan di dalam kelas tadika saja sudah ada ketua kelas. Hehe. 

Lalu, datanglah seorang nabi yang sungguh berwibawa dan sangat bersemangat untuk membawa peringatan dan khabar yang sungguh riang lagi gembira. Khabar dari Tuhan mereka. Nabi tersebut lalu berkata kepada kaumnya, ''Nak tahu tak? korang mesti tertanya-tanya siapakah yang akan menaiki takhta kegemilangan sebagai rajamu yang sejati bukan? Hoho. Sini aku bagitahu. Sesungguhnya, Allah telah 'melantik' Talut sebagai rajamu. 

Mendengar sahaja perkhabaran itu, kaum yang dimensyen, dengan kuasa sombong yang tidak dapat dibendung lagi seraya berkata sambil mencebik, ''Cane pulak si Talut tu yang jadi raja? Dapat kerajaan pulak tu? Heyy, kitorang ni lebih layak tahu...? Dahlah si Talut tu tak kaya! Ada ke orang papa kedana nak dijadikan raja?''
Nabi mereka mereplai, ''Suka hati Allah lah! DIA telah memilih Talut sebagai raja u olls, DIA memberinya kelebihan dari segi fizikal dan ilmu tau! U olls hado? Allah lebih tahu lah siapa yang lebih layak. DIA kan Maha Mengetahui, ilmu Allah Maha Luas.'' *ok. over sikit. 

Sambung Nabi mereka, ''Kalau u olls nak tahu tanda kerajaannya ialah datangnya Tabut (peti menyimpan Taurat) kepadamu, dan dalam tu ada ketenangan serta tinggalan keluarga Musa dan Harun yang dibawa oleh malaikat''. Haa! Osem bukan tanda kekuasaan Allah tu? Kalau u olls beriman, pasti u olls akan nampak tanda kebesaran Allah di situ''

Wehh, biar betol Talut jadi raja? [Kredit]
Maka, tibalah masanya Talut yang telah dipilih oleh Allah sebagai raja memimpin kaumnya memerang kaum kafir laknatullah. Lalu pada suatu hari yang hening dan bening, burung kicau-kicauan, cengkerik bersahut-sahutan, angin sepoi-sepoi bahasa Mandarin... Talut membawa bala tenteranya yang gagah lagi perkasa untuk berlawan dengan si jahat, Jalut. Dan this is the best part. Mengenai ujian kepada mereka. 
Oh ya, obvieslli mereka berdua bukan lah si kembar dua.  Hehe.

Dalam perjalanan yang panjang dan berliku liku itu, tiba-tiba Talut berkata, 
''Wahai tenteraku yang disayangi, Allah akan menguji korang dengan sebatang sungai. Siapa saja yang meminum air sungai tu, dia tersingkir, tak boleh ikut aku.Kecuali mereka yang cedok dengan satu cedok tangan saja. Haaa.... Is that can be understood?''

Wahai... Wahai... Dah diberi amaran sepertiga keras pun masih ada yang melanggarnya. Hailaa. Maka, tinggal lah ciput sahaja bilangan tentera garuda milik Talut yang tinggal bersamanya. 
Ok. Meh cite tentang yang tinggal ni. 

Maka, ketika tentera yang tinggal ini menyeberangi sungai yang luas itu, sebahagian daripada mereka berkata dengan kepenatan. ''Alaaaa.... Rasa macam dah tak daya nak serang Jalut dan tenteranya. Tak larat. Nak back-off boleh dak..?''

Maka tinggal lagi seciput-ciput sahaja bilangan tentera Talut yang betul-betul berimandan bertaqwa, 
''Hisy korang ni, be tough men! Korang tak ingat ke berapa ramai golongan yang tinggal ciput macam kita ni dimenangkan Allah dalam peperangan? Bukan kuantiti yang Allah kira, tapi kualiti tahu..? Korang sabar lah. Allah sentiasa bersama dengan orang-orang yang sabar!

*Cer listkan, Perang Badar dalam lebih kurang 300 lebih saja lawan dengan 1000, dahlah puasa Ramadhan pulak tu. Ok yang ni saya tambah. Ngee. Refleksi seerah sekejap.

Dan mereka yang masih kental dan berjiwa buraq, melangkah dengan penuh harapan dan tawakkal kepada Allah SWT. Ketika mereka bertekad dan maju melawan Jalut dan bala tenteranya, mereka berdoa, 

''Ya Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami, kukuhkan langkah kami dan tolonglah kami menghadapi orang-orang kafir''
[Al Baqarah 2:250] 

Dan peperangan meletus-letus. Islam melawan Kafir. Islam melawan Jahiliyyah. Adakah Allah masih ingin menguji Talut dan tenteranya lagi? Menangkah mereka? Adakah kisah ini berakhir dengan happy ending story...? Atau Allah menguji sebagaimana Allah menguji hambaNya dalam peperangan Uhud yang berakhir dengan kekalahan yang hakiki?

 Jeng jeng jeng... Nantikan sambungannya dalam entri yang akan datang. *senyum sampai telinga

 ps: Selamat Hari Lahir kepada adik bulatan gembiraku yang sungguh comel, ukht J dan ukht Q, moga Allah memberkati usia antunna. Lebiyuuuu<3

Wallahualam
 

Friday, July 20, 2012

Tadi Ramadhan Buat Apa?

Dengan nama Allah yang Maha Menyampaikan Kita kepada Ramadhan :)
Yeay yeayy! Ramadhan dah datang! :) [Kredit]
 Tadi Ramadhan menyapa saya
Dia suruh jaga diri dia baik-baik
Sebab ramai orang yang
Fizikalnya puasa tapi hatinya rakus bermaksiat

Tadi Ramadhan mencuit saya
Dia suruh jaga diri dia baik-baik
Sebab ramai orang yang
Tiada target Ramadhannya
Hanya puasa semata-mata
Dan amal lain tergendala

Tadi Ramadhan melambai saya
Dia suruh jaga diri dia baik-baik
Sebab ramai orang yang
Tak mahu jaga mulut
Tak mahu jaga hati
Tak mahu jaga telinga
Tak mahu jaga mata ketika berpuasa

Tadi Ramadhan bersalam dengan saya
Dia suruh jaga diri dia baik-baik
Sebab ramai orang yang liat nak baca Quran
Walhal syaitaniorjim sudah diikat
Habis, kalau liat jugak, siapa yang 'syaitan' sebenarnya?

Tadi Ramadhan berbual mesra dengan saya
Dia suruh jaga diri dia baik-baik
Sebab ramai orang yang tak reti bersyukur
Padahal ada orang yang sampai
Tak ada makanan untuk berbuka dan bersahur
Tapi kita sampai membazir-bazir

Tadi Ramadhan memanggil saya
Dia suruh jaga diri dia baik-baik
Sebab ramai orang yang masih curi-curi merokok
Curi-curi mencuri
Curi-curi menipu
Curi-curi menonton bahan porn
Curi-curi buka aurat
Sedangkan pintu taubat pintu syurga dibuka seluasnya?

Tadi Ramadhan menyentuh hati saya
Dan dia suruh peluk erat dirinya
Menangislah dalam dirinya
Merayulah dalam bulannya
Kerana DIA terlalu bahagia sangat hambaNya merintih kepadaNya

Tadi Ramadhan memandang saya
Dia suruh pesan kepada insan yang sedang ditimpa ujian
Yang maha berat di dalam bulannya
Senyumlah! Kerana rahmat Dia terlalu besar, ampunanNya tersedia untuk mereka.
Berdoalah! Kerana doa insan itu makbul benar, katanya.

Tadi Ramadhan menjenguk saya
Dia suruh hargai dirinya baik-baik
Barangkali
Ini pertemuan kita dengannya yang terakhir kali
Nanti mungkin saya tak dapat
Menjenguk
Memandang
Menyentuh
Menyapa
Memanggil
Berbual
Melambai 

Sebuah bulan yang penuh barakah.
Bulan Ramadhan al-Mubarak. 
ps: Salam Ramadhan Kareem buat semua pembaca Belog Diari Bulatan Gembira. Ayuh, rebutlah peluang keemasan ini! Sesungguhnya puasa ini untuk Dia, dan Dia sahaja yang akan membayar dan mengira ''keuntungan'' anda dalam bulan ini. 

ps II: Boleh saya minta tolong anda doakan sahabat saya yang sedang diuji ujian maha berat ketika ramadhan ini? Doakan dia memperoleh rezeki yang tidak disangka-sangka dan dikeluarkan daripada masalah yang melanda? Juga ditambah kuat imannya dan amalnya. Bukankah doa saudara seIslam itu suci lagi murni? 

ps III : Jazakillahu khairan katheera buat ukht S yang disayangi kerana Allah kerana menghadiahkan sepasang purdah yang sangat cantik subhanallah. Moga kebaikan buat dirimu, sis. Love u fillah abadan abada. *ok, jangan jeles. Sekian.

Wallahualam

Daisypath Happy Birthday tickers