Mereka yang Kool :)

Friday, July 20, 2012

Tadi Ramadhan Buat Apa?

Dengan nama Allah yang Maha Menyampaikan Kita kepada Ramadhan :)
Yeay yeayy! Ramadhan dah datang! :) [Kredit]
 Tadi Ramadhan menyapa saya
Dia suruh jaga diri dia baik-baik
Sebab ramai orang yang
Fizikalnya puasa tapi hatinya rakus bermaksiat

Tadi Ramadhan mencuit saya
Dia suruh jaga diri dia baik-baik
Sebab ramai orang yang
Tiada target Ramadhannya
Hanya puasa semata-mata
Dan amal lain tergendala

Tadi Ramadhan melambai saya
Dia suruh jaga diri dia baik-baik
Sebab ramai orang yang
Tak mahu jaga mulut
Tak mahu jaga hati
Tak mahu jaga telinga
Tak mahu jaga mata ketika berpuasa

Tadi Ramadhan bersalam dengan saya
Dia suruh jaga diri dia baik-baik
Sebab ramai orang yang liat nak baca Quran
Walhal syaitaniorjim sudah diikat
Habis, kalau liat jugak, siapa yang 'syaitan' sebenarnya?

Tadi Ramadhan berbual mesra dengan saya
Dia suruh jaga diri dia baik-baik
Sebab ramai orang yang tak reti bersyukur
Padahal ada orang yang sampai
Tak ada makanan untuk berbuka dan bersahur
Tapi kita sampai membazir-bazir

Tadi Ramadhan memanggil saya
Dia suruh jaga diri dia baik-baik
Sebab ramai orang yang masih curi-curi merokok
Curi-curi mencuri
Curi-curi menipu
Curi-curi menonton bahan porn
Curi-curi buka aurat
Sedangkan pintu taubat pintu syurga dibuka seluasnya?

Tadi Ramadhan menyentuh hati saya
Dan dia suruh peluk erat dirinya
Menangislah dalam dirinya
Merayulah dalam bulannya
Kerana DIA terlalu bahagia sangat hambaNya merintih kepadaNya

Tadi Ramadhan memandang saya
Dia suruh pesan kepada insan yang sedang ditimpa ujian
Yang maha berat di dalam bulannya
Senyumlah! Kerana rahmat Dia terlalu besar, ampunanNya tersedia untuk mereka.
Berdoalah! Kerana doa insan itu makbul benar, katanya.

Tadi Ramadhan menjenguk saya
Dia suruh hargai dirinya baik-baik
Barangkali
Ini pertemuan kita dengannya yang terakhir kali
Nanti mungkin saya tak dapat
Menjenguk
Memandang
Menyentuh
Menyapa
Memanggil
Berbual
Melambai 

Sebuah bulan yang penuh barakah.
Bulan Ramadhan al-Mubarak. 
ps: Salam Ramadhan Kareem buat semua pembaca Belog Diari Bulatan Gembira. Ayuh, rebutlah peluang keemasan ini! Sesungguhnya puasa ini untuk Dia, dan Dia sahaja yang akan membayar dan mengira ''keuntungan'' anda dalam bulan ini. 

ps II: Boleh saya minta tolong anda doakan sahabat saya yang sedang diuji ujian maha berat ketika ramadhan ini? Doakan dia memperoleh rezeki yang tidak disangka-sangka dan dikeluarkan daripada masalah yang melanda? Juga ditambah kuat imannya dan amalnya. Bukankah doa saudara seIslam itu suci lagi murni? 

ps III : Jazakillahu khairan katheera buat ukht S yang disayangi kerana Allah kerana menghadiahkan sepasang purdah yang sangat cantik subhanallah. Moga kebaikan buat dirimu, sis. Love u fillah abadan abada. *ok, jangan jeles. Sekian.

Wallahualam

No comments:

Post a Comment

''... Katakanlah, ''Apakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sebenarnya hanya orang yang berakal sihat yang dapat menerima pelajaran''

[Az Zumar 39:9]

Daisypath Happy Birthday tickers