Mereka yang Kool :)

Monday, July 9, 2012

Makhluk Asing yang Dihormati Lagi Disegani

Dengan nama Allah yang Maha Memuliakan Mereka yang Asing :)
Sumpah pelik manusia ini! [Kredit]
 Subhanallah! Sudah semakin dan semaaakkiiinnnn dekat dengan Ramadhan 2012. Persiapan dah siap? ;)

Alhamdulillah tsumalhamdulillah, berkat masa yang Allah kurniakan, berjaya menghadiri konferens riang bersama akhawats terchenta yang saya kira tak putus dengan senyuman dan air mata yang tumpah tak sudah-sudah. Izinkan kami bertaut tangan erat-erat, masuk ke dalam Jannah Mu ya Rahman. Benarlah, bila kita lemas dalam kasih sayang Allah dan cintaNya, serta 'sibuk' berukhuwwah sesama akhawats, terkadang serasa diri saya tidak memerlukan cinta daripada kaum Adam. Err. Lalala~

Baiklah. Dengan izin yang Maha Berkuasa, saya mohon berkongsi tentang makhluk asing. Mohon khusyuk membaca. Huhu.
JOM! Generasi Ghuraba' [Kredit]

Anda pernah dengar tentang kewujudan UFO? Makhluk asing? Anda tahu tak, mereka benar-benar wujud? Haaaa. Tu lah, asyik tengok Kilauan Emas. Maria Clara je, mana nak tahu ye dak? Err. OK. Itu sentap cik Prada. 


Iye,iye. Saya tahu anda dah mula mencebik tanda meluat. Saya bukan mahu bersharing is kongsi mengenai makhluk asing itu.

Cuba anda flashback semula diri anda. Ketika mula-mula anda dikenalkan dengan tarbiyah dan dakwah ini, atau paling koman pun anda mahu berubah ke arah lebih islamik, pernah tak anda rasa anda ini pelik dari yang biasa? Pelik dari orang lain? Pelik di hadapan keluarga dan rakan -rakan? Anda rasa macam anda sorang je yang 'macam tu' kat tempat anda berada. 

Sejujurnya bagi saya, saya merasakannya di saat hati saya di buka ke arah Islam, untuk mula mengamalkan islam sepenuhnya. Bayangkan, kalau sebelum ditarbiyah, mahu membuka dan membawa al-Quran kemana-mana sudah terasa pelik, mahu pakai tudung di hadapan sepupu sepapat juga terasa pelik, dan yang paling obvies! Tika saya mula pandai 'menghilang' kan diri dari rumah secara selalu kerana berprogram di sana dan di sini. Sumpah famili saya pelik! Bukan mereka saja, kadangkala saya juga pelik dengan diri sendiri.  

Tak mengapa jadi pelik. Pelik itu kool tahu? [Kredit]

Pernah saya terasa asing sekali tatkala melangkah ke Sekolah Undang-Undang, di mana bumi tarbiyah saya diteruskan di sana. Puas saya mencari mereka yang 'sama' dengan saya. Namun sedikit hampa. Mungkin ini ujian bagi saya untuk meramaikan mereka yang 'sama' seperti saya. Kawan-kawan yang Allah temukan alhamdulillah, memang fitrahnya baik. Dan saya sangat berharap, jika saya tidak mampu menarik seramai-ramainya, cukuplah jika seorang dari mereka di sana 'sama' dengan saya. Sumpah saya sangat berdoa dan gembira jika mereka mampu mengecapi nikmat yang meluhur, memberkati dan memersihkan usia seseorang bak kata Syed Qutb. Jika kalian membaca entri ini, ketahuilah, saya sentiasa mendoakan anda bertemu dengan tarbiyah dan dakwah ini. Dan sama-sama dalam redhaNya.

Dan sudah semestinya bagi anda yang baru berjinak-jinak di dalam jalan ini, mahu berubah ke arah yang super duper baik, perasaan 'pelik' dan asing itu seperti sudah sebati bukan? 


Ketahuilah dan fahamilah, anda lah yang paling mulia.Kerana apa?


''Berkata Rasulullah SAW, Islam telah bermula dagang dan akan kembali dagang, maka beruntunglah mereka yang bersama Islam di waktu ia dagang''
[Riwayat Muslim]

Ya, Rasulullah SAW dan para sahabat juga mengalami 'keasingan'. Gelombang pertama itu. Dan kini, kita pula merasainya. Sebab itu, setiap kali anda terasa asing di tengah-tengah jahiliyah yang memuncak, bayangkan andalah yang disuluh dengan sportlight Allah. 

''''Dan berjihadlah kamu di jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dia telah memilih kamu, dan Dia tidak menjadikan kesukaran untukmu dalam agama...''
(Al Hajj 22: 78)


Dan kerana Allah telah memilih kita untuk menjadi asing, maka wajiblah bagi kita untuk meramaikan orang orang yang 'asing' juga supaya bila dah ramai-ramai rasa asing, bumi ni takkan jadi asing lagi..! Betul tak? 


Jadi, apa tunggu lagi? Banyakkkkk lagi kerja kita sebenarnya. Berderet lagi orang yang perlu kita 'asing'kan. Selamat bekerja!


ps: Baru menerima khabar yang sungguh menggud=gah jiwa kerdil ini. Sungguh tarbiyah Allah itu mengajar diri ini. Syurga itu kan mahal harganya, takkan cikai-cikai je 'bayaran' nak masuk nya?



Wallahualam


No comments:

Post a Comment

''... Katakanlah, ''Apakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sebenarnya hanya orang yang berakal sihat yang dapat menerima pelajaran''

[Az Zumar 39:9]

Daisypath Happy Birthday tickers