Mereka yang Kool :)

Sunday, July 31, 2011

Fiesta Ramadhan atau Hamba Ramadhan ?

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..




Setiap amalan anak Adam itu baginya. Satu kebaikan dibalas dengan 10 ganjaran hingga 700 kali ganda.” Firman Allah ‘azza wa jalla: “Melainkan puasa, sesungguhnya ia adalah bagiKu dan Akulah yang akan membalasnya. Sesungguhnya dia meninggalkan syahwat, makanan dan minumannya semata-mata kerana Aku. Bagi orang yang berpuasa mendapat dua kegembiraan: kegembiraan ketika berbuka puasa dan kegembiraan ketika bertemu Tuhannya, dan bau mulut orang yang berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau kasturi.”
(Dikeluarkan oleh Bukhari, Muslim, Ahmad, an-Nasa’I, Ibnu Majah, al-Darimi)

 baru berkesempatan menge'post' entry Ramadhan 1432 H. Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah. Sangat bersyukur Allah memberi kesempatan untuk berasa terharu (sob sob) menikmati malam pertama Ramadhan. 

Ho yeah! Tahun ini insyaAllah Ramadhan lebih unik daripada biasa kerana saya menikmati Ramadhan bersama rakan-rakan seperjuangan di sini. Tak mengapa, segalanya mudah bagiNya.

''... Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu...'' 
(2: 185)

Fiesta Ramadhan VS Hamba Ramadhan

Fiesta Ramadhan kali ini akan dipenuhi dengan target target dan disertai dengan ibadah yang super saiya mengharapkan Mardhatillah!
Hamba Ramadhan pula menjadikan bulan ini sebagai bulan 'memendam' dan bulan seterusnya untuk membalas dendam.
contohnya: ramai yang pakai tudungnya litup dan berjubah (abaya nampak moden sikit, hehe) bila tiba Ramadhan tetapi masuk Syawal, hah! Ala ala Transformer dah....

Decide lah nak jadi hamba Ramadhan atau nak sertai Fiesta 30 Hari yang hoo yeahh!

Justeru... Kemaafan dihulurkan buat mak,kakak,abang,adik, atuk, nenek, dan semuaaaa :)

Saya ingin mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa 1432 Hijrah kepada semua. Jom, meriahkan FIESTA IBADAH DI BULAN RAMADHAN! InsyaAllah :)

-islamic desire-

Ooo Emm Gee..!! Esamsyen Orang Kita

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...

Ok. Jangan pening pening. Jom! Tengok video ni.

THE WORLD NEEDS MORE POSITIVE PEOPLE. PERHAPS THE ONE LIKE YOU!!!

Saya suka quotation di atas.
Ya! Ramai yang rajin. Rajin menilai manusia manusia sekitarnya.

10 Muwassafat Tarbiyyah - Matinul Khuluq
Matinul Khuluq (Akhlak yang Mantap).
Kata naqibah A, ''jangan suka suka merendahkan orang lain tau''

Dalam mencapai akhlak yang super saiya mantap, kita perlu mengelakkan diri dan hati daripada mengejek, mengumpat, memandang rendah orang lain, membuka aib orang dan baanyak lagi.
Kata nak capai tahapan tertinggi dalam tahapan ukhuwwah kan?

So, jom! Ubah perangai kita. Baru boleh mencontohi akhlak Rasulullah SAW. Jangan pula jadi macam ''kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa''
-aman-
p/s: Aseef jika entry tidak bersifat Islamik. Daie kan kena pendang segalanya dari perspektif Islam. Hehehe...

Ma fi Qalbi Ghairullah
-islamic desire-

Wednesday, July 27, 2011

Tag Line Hampagas!

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...



''Wahai saudara saudari sekalian, kita mestilah sentiasa bersatu hati, saling membahu, demi kesejahteraan 
AGAMA, BANGSA DAN NEGARA...!!! ''

*phewitt*

Biasa atau tidak antum dengar 'tag line' macam ni? Mesti lah kan. Dalam karangan Bahasa Melayu sekolah rendah, menengah dan juga ucapan masa di universiti atau di majlis majlis seumpamanya, 
memang tidak lepas kita dengar 'tag line ' ini. 

Jadi? TAHNIAH TAHNIAH. Maka, saya isytiharkan bahawasanya kita semua 
sedang di GHAZWUL FIKR kan. (Perang Pemikiran)

Apalah kaitan dengan AGAMA | BANGSA | NEGARA ?

Kata rakan ku, ''what's the big deal, dude?
It's common and yeah, we use it everytime. Even the prime minister does it!!'' 
''Dah tak ada benda lain nak kritik? Budak Law memang kerjanya cam ni ek?''

''Lebih lebih nampak. Kau nak kata cikgu BM dulu tak pandai ajar ke apa?''
Ok. Over pulak yang cikgu BM tu kan. Hehe. Namun, bukan lah niat saya untuk mengatakan sedemikian. 

Jangan cepat buat  assumption (andaian). 
Cuba sebut agama, bangsa dan negara. Kesemua perkataan dipisahkan dengan simbol koma, atau 'dan'. 
Betul tak? Seolah - olah segalanya di bidang yang berlainan.
Sedar kah bahawa bangsa dan negara memerlukan agama secara holistik. 
Kan ke kita nak bina Kerajaan Islam dan Daulah Islam? 
Kalau NEGARA DAN BANGSA terpisah dari AGAMA, macam mana?
OK. Kak Limah baru tahu. (Sigh)

Apa yang ingin penulis sampaikan bahawasanya, Malaysia yang secara fitrahnya negara ISLAM. Fikrah mungkin belum sepenuhnya, 
Ummat yang sedang sakit tenat sekarang ni semakin dan semakin dihadapkan dengan pelbagai hiburan huha huha yang sememangnya payah derr nak tolak kalau iman di dada nipis. 

Jadi, ubahlah paradigma kita agar landskap pemikiran yang islamik secara holistik dapat direalisasikan demi 
 AGAMA TERCINTA BUAT BANGSA DAN NEGARA!!!
(kredit ayat ni buat cikgu BM. Hehe)


Ma fi Qalbi Ghairullah
-islamic desire-

Monday, July 25, 2011

Surat untuk Abah

Pengalaman penulis sendiri. Tiada kaitan dengan sesiapa. 

Abah...
Bosan sungguh rasanya duduk membilang hari
Sudah hampir enam tahun abah pergi
Rasanya baru semalam abah peluk kitakan
Sejuk syahdu masih terasa lagi


Abah tau tak...
Itulah pertama kali abah peluk anak abah yang nakal ni
sejak kita dewasa
Dan itulah juga akhir kalinya
Erm... Rupa-rupanya abah dah tahu abah nak pergi jauh
Nak tinggalkan mak
Nak tinggalkan anak-anak
Nak tinggalkan dunia yang fana ini
Seminggu sebelum tu abah dah siap beli langsir baru
Kata abah ''takpelah, untuk raya kali ni, kita buat lawa sikit''
Abah kilatkan cermin tingkap
Abah tolong mak buat kuih
Akak kata kadang sampai ke pagi abah buat kerja

Lepas tu abah sapu sampah sekeliling rumah bersih-bersih
Abah jemur karpet-karpet
Abah ubah sofa antik ke tempat lain
Abah biar ruang depan tu kosong
Rupanya di situ jenazah abah diletakkan

Paling menarik sekali abah bagi tahu kat mana
Semua duit dan dokumen bank dan tanah
ada kat dalam almari
dalam beg
dalam ASB
dalam Tabung Haji

Masa tu abah perasan tak?
Kita gelak sakan masa abah bagi tahu duit dalam peti besi
kita kata abah ni memang fesyen lama laaa
abah cuma gelak
ermm.... bahagianya saat tu

Abah...
hari tu 23/11/2004 pukul 8.00 malam
abah tiba tiba hubungi kita
masa tu kan hari raya
kita kat rumah mak ngah
abah pesan
jangan nakal nakal duduk rumah orang
kumpul duit raya banyak-banyak
nanti balik tolong emak di rumah

Tapikan abah...
ada satu pesan abah yang kita rasa pelik
abah pesan tahun depan sekolah dengan emak
bukan ke sekolah rendah kita sebelah sekolah abah?
emak pun hairan bila kita tanya
abah kata mudah sikt
rupa- rupanya abah dah tahu
abah dah tak boleh ke sekolah dah nanti

Masih terbayang betapa cerianya dan gembiranya abah
bila kita umum keputusan peperiksaan akhir tahun darjah lima
kita dapat 100% untuk subjek Sains
tapi kita kata nak jadi peguam
abah dan emak tak bagi
kita kata nak jadi doktor
tolong abah kalau sakit
abah dan emak peluk kita erat-erat

Abah...
Jam 1.45 petang 24/11/2004
Pak ngah tiba-tiba suruh kita kemas baju
Kita tanya kenapa
pak ngah senyap
kita ingat pak ngah nak bawa gi berkelah
tapi perjalanan tu lama sangat
lepas kita gelak gelak dan berborak dengan sepupu Ipah, kita tertidur

Abah...
Kita ingat lagu
kita nampak jambatan depan rumah kita
dari situ kita nampak
rumah kita ramai orang
kita fikir ada pasar malam
langsung tak terfikir hari itu hari Rabu
kan pasar malam selalunya hari Ahad je?
Tiba-tiba maksu peluk kita
maksu kata ''adik, sabar banyak-banyak. Abah dah takda''
Kita tak tahu nak kata apa
Ini rupa rupanya ''berkelah'' tu

Abah...
Perasan tak?
kakak pujuk kita
dia kata ''dik, kalau sayang abah... jangan nangis ya...''
bila kakak kata macam tu
lagi laju air mata ni

Tapi kita kawal juga supaya tak menitis atas abah
di kubur
baru kita dapat tengok wajah abah
itupun kita mintak pada imam
Abah rasa tak
masa itu kita cium dahi abah
sejuk sangat
semua orang kata wajah abah mcam sedang senyum saja
akak pula terkulai dalam pelukan makcik
badan akak panas

Abah... 
hari hari yang kita lalui selepas ini tanpa abah lagi
begitu terasa kehilangan abah
lagi-lagi sekarang
Kakak sulung dah jadi ibu
Emak dah dapat gelaran nenek
Abah tahu...
Abah pun dah jadi atuk

Abah..
Bila rindu menjelma lagi
kita hanya mampu doakan dan sedekahkan al-Fatihah
rasa ngilu hati kita, abah
sebab rindu dah sampai ke hulu hati

Abah...
Cukuplah sampai di sini dulu
Emak dah panggil kita
Kejap lagi nak solat Maghrib berjemaah
Selalunya abah jadi imamkan?
Sekarang abang Nuruddin dan Naqiuddin pula
Esok kita ingat nak tulis surat untuk abah lagi...
Mula-mula kita tak tahu nak hantar ke mana
Lepas tu akak kata simpan saja untuk kenangan

Kita cuma tahu alamat ni je
Takpe ye abah kita bagi orang lain baca
Kita berhenti dahulu
Akhir kata untuk abah
Kita doakan abah berjaya di sana
Sentiasa tunggu kita untuk bertemu
Jasa abah takkan mampu kita balas
KITA SAYANG ABAH SANGAT.


-anakanda yang merinduimu, abah-
najwa farhana bt wahid @ ab wahid

Sunday, July 10, 2011

Bicara Hati

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...

Setiap kali baca post dia, dia selalu mengeluh.
Kenapa nak kecewa?
Kan Allah ada untuk kita.


EVERYTIME . EVERYWHERE. ALLAH IS THERE.

Banyakkan sabar ya.
Kau bukan dilahirkan untuk menyayangi orang semata tapi
untuk DISAYANGI juga.

Ma fi Qalbi Ghairullah
-islamicdesire-
-ygselalusetiamendengar-

Sumpah, busuk dan tak larat Cikgu oiii...!

 Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...

Busuknye kebencian...Ada maksud tersirat...


Seorang Guru taman kanak-kanak telah mengadakan satu
"permainan". Si Guru
telah menyuruh tiap-tiap anak muridnya membawa satu
kantong plastic
transparen bersama dengan beberapa buah kentang.
Kentang-kentang tersebut
akan di beri nama berdasarkan nama orang-orang yang
dibenci, jumlah
kentangnya tidak ditentukan berapa...tergantung jumlah
orang-orang yang
dibenci.

Pada hari yang tersebut masing-masing murid membawa
kentang dalam kantong
plastik. Ada yang berjumlah 2, ada yang 3 bahkan ada
yang 5. Sepertimana
perintah si guru mereka, tiap-tiap kentang di beri
nama dengan nama-nama
orang yang dibenci.

Seterusnya murid-murid dikehendaki membawa kantong
plastik berisi kentang
tersebut kemana saja mereka pergi, bahkan ke toilet
sekalipun, selama 1
minggu.

Hari berganti hari, kentang-kentang pun mulai
membusuk, murid-murid mulai
mengeluh, apalagi yang membawa 5 buah kentang, selain
berat dan baunya juga
tidak menyenangkan. Setelah satu minggu murid-murid
tersebut merasa lega
karena penderitaan mereka akan segera berakhir.

Si Guru bertanya: " Bagaimana rasanya membawa kentang2
tersebut selama 1
minggu ?"
TAK LARAT CIKGU..! TOLON TOLON!!

Keluarlah keluhan dan rungutan dari murid-murid
tersebut, secara umumnya
semua tidak senang dan selesa ketika membawa
kentang-kentang busuk tersebut
terutamanya ke mana sahaja mereka pergi.


Si Guru pun menjelaskan apa erti dari "permainan" yang
mereka jalankan. Si
Guru berkata : " Seperti itulah kebencian yang selalu
kita bawa-bawa apabila
kita tidak dapat memaafkan orang lain. Busuk dan tidak
menyenangkan kerana
membawa kentang busuk tersebut kemana saja kita pergi.
Itu baru hanya satu
minggu. Bagaimana jika kita membawa (kentang2 busuk)
kebencian itu seumur
hidup ? Alangkah tidak menyenangkan dan
tersiksanye..."


Moral of the story :

Sempena bulan mulia ini, barang sesiapa yg ada
kebencian terhadap orang lain
tu, eloklah dibuangkan dari hati masing2 supaya kita
tidak menanggung dosa
sepanjang bulan yg mulia ni…


Credit to : http://jamzuchiha.xanga.com/235826388/item/

Aku dan Si Dia :)

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...

Sungguh BEST Allah untuk pertemukan aku dan dirinya. Alhamdulillah. Hubungan yang baru berputik ni akan aku jaga selama-lama-lama-lamanyaaa.... Hingga ke syurga insyaAllah. Sayang 'dia'.

21 MEI 2011

DIA: Assalamualaikum, Najwa. Daftar Uitm hari ni kan? 
Ada apa2 nak ditolong?

AKU: Eh, tak apelah. Cuma harapnya dapatlah kita cepat-cepat jumpa, ek?

DIA: Ok,insyaAllah. Selamat datang ke Uitm Shah Alam :)

AKU: Thank you. Nanti kita borak lagi ye?Assalamualaikum...

ITU PERTAMA KALI KAMI BERBUAL DI TELEFON.


The more the merrier!!! :)

Sejak itu, pertemuan demi pertemuan dirancang.
Alangkah malu dan segannya aku bila teringatkan saat-saat aku menangis di hadapannya. Ohh! 
Sweet sekali hubungan kami.
Bukan berhenti setakat itu, dia bawak jalan-jalan, jumpa teman-teman seperjuangan yang lain. 
Kadang-kala dia belanja aku makan. 
Teman-temannya juga sangat baik dan menerima aku seadanya. 
Kadang-kadang aku terfikir, ''baru jumpa sehari, tapi dah mesra macam best friend dari kecik''

ITULAH UKHUWWAH DARI ALLAH....



Si dia yang dimaksudkan ialah Kakakku Siti Nurul Ain. Naqibahku yang baru. Alhamdulillah...
Sungguh seronok bila dapat berusrah bersama.
Kak Ain yang cukup tabah dan sentiasa merendah diri tika berbicara.
(Mak kata boleh jadi menantu ni) Hehe..

Dan kini, aku masih mengagumi semua akhawat-akhawat yang telah aku jumpai sepanjang berada di jalan tarbiyyah ini.
Berlainan rupa, asal tempat lahir, tapi jiwa kasih sayang sesama MUSLIM sangaaaaaaatttt kuat! Phewit!


 
Ukhuwwah itu juga ada tahapannya.trylah, anda akan rasa kemanisannya...




Rasulullah pernah bersabda,

''Tak sempurna iman seseorang jika dia tak mengasihi
saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri
atau melebihi daripada mengasihi dirinya sendiri.''

Credit to:
  • Sis Nik Aida Mastura
  • Sis Siti Nurul Ain
  • Adik beradik qc
  • Adik adik BG
  • Usrahmate Uitm
  • Akhawat sekalian

Tonik untuk Kekal KUAT dan SIHAT!

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...


Entry kali ni sebenarnya bukan nak cerita sangat tentang Inchek Transformer tu... Bukan juak nak 'compare' dengan Papa Hijau Hulk. Hehe.
Cuma teringat dan semoga dapat 'refresh' minda tentang pengisian QAEDAH SULBAH oleh Kak Nik Nur (kini dalam proses mendapatkan PhD) . (mantap  kan? ^_^)

QAEDAH SULBAH

MAKNA
QAEDAH : ASAS
SULBAH : KUAT/MANTAP

''Sungguh, orang-orang yang sebelum mereka telah mengadakan tipu daya, maka Allah menghancurkan rumah-rumah mereka mulai dari PONDASINYA (ASAS) lalu atap (rumah itu) jatuh menimpa mereka dari atas, dan siksa itu datang kepada mereka dari arah yang mereka tidak sedari.''
(An-Nahl:26)

Kenapa mesti ada QAEDAH SULBAH ni?

Mestilah ASAS untuk mencapai UA :)

QAEDAH SULBAH TU DITANGGA INDIVIDU MUSLIM TAU!

Kata HASSAN AL-BANNA :
''Apabila ada seorang mukmin yang SAHIH, akan ada segala macam cara untuk kejayaan''

MASA BERIMAGINASI BERSAMA  TEAM KAK LIMAH


Bayangkan dan bandingkan.
Semua MENARA TINGGI perlu ADA ASAS KUAT!!!





Komplikated kan asas MENARA PETRONAS ni??

Kebanggan Malaysia, mestilah ada ASAS yang SUPERB,kalau tak runtuh laaa :)

HIPOTESIS: Semakin tinggi tangga atau menara yang hendak dibangunkan, semakin kuat asas yang perlu dibina! 

(CIKGU BAHASA SAINS KATA DAPAT MARKAH PENUH! HO YEAAHH!)


APA CARA QAEDAH SULBAH NI YA?

Simple...
1. Tahu METHOD
2. Tahu TUJUAN

Dalam persamaan kuadratik yang mudah, ia kelihatan begini :

HOW+WHY= MAQBUL (DITERIMA)

HOW: CARA RASULULLAH S.AW. (USRAH dan method dakwah yang berkesan)
WHY: UNTUK ALLAH S.W.T DAN SAHAJA
INSYAALLAH MAQBUL!

Haa... Jadi, mudah tak? 
ANDA PASTI BERKOBAR-KOBAR INGIN MENJADI SALAH SEORANG 
QAEDAH SULBAH KAN? 
Bagus bagus. Macam ni lah anak omak! :)

PERSIAPAN UNTUK MENJADI
QAEDAH SULBAH YANG SUPER SAIYA


  • SIAPKAN MENTAL DAN FIZIKAL UNTUK BERDAKWAH
  • TURUN PADANG TENGOK SENDIRI REALITI UMAT YANG KRONIK
  • KREATIF DALAM CARA BERDAKWAH
  • TAHAN UJIAN-UJIAN DAN TAPISAN-TAPISAN :)
Jalan TARBIYYAH tak ditaburi bunga mawar yang 'fresh' okay :)
Karpet merah lagi lah, JANGAN HARAP! Hehe.

P/s: Semoga kita teus tsabat dalam jalan yang penuh ujian dan mencabar ini. Sebab tu, ALLAH S.W.T dah sediakan TONIK untuk kita. AL-QURAN DAN AS-SUNNAH. :)
Berpegang lah dengan kedua itu, insyaAllah anda akan jadi OCTOMUS PRIME yang HEBAT!

Ma fi Qalbi Ghairullah'
-islamicdesire-
Daisypath Happy Birthday tickers