Mereka yang Kool :)

Saturday, June 11, 2011

Adik minta maaf.

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah... Walaupun dengan fizikal yang belum pun sihat sepenuhnya, Allah bagi lagi satu momen menulis di sini. :)

Ingatlah ibu bapa anda di mana saja anda berada. Sob Sob

''Redha Allah terletak pada redha ibu bapa, murka Allah terletak pada murka ibu bapa''

Sangat sebak bila teringat ayat ni. Mungkin kerana kejadian itu...

Mungkin sangat super duper ramai yang mengalami masalah yang sama. 

DUIT.

Feeeewit! Ni lah duit yang selalu korang tak cukup kan?

Bersepah-sepah duit. Pada Allah, it's NOTHING man!
DUIT MAK BAGI KAU BUAT APA HAA???

Cer reflect balik. Apa yang dah kita belanjakan sepanjang masa ni? 
Untuk study je berapa? Makan? Enjoy (harap-harap kita tak termasuk dalam group ni)

Aku yang mula-mula melangkah masuk ke Universiti, sangat memerlukan kewangan yang elok lagi rapi. 
Bukan ke 10 Muwassafat Tarbiyyah dah jelaskan? 
Aku sangat-sangat malu bila terpaksa minta duit dengan mak. 
Berlinang air mata ni. Yelah, kalau lah aku bukak je paip air, kuar duit, takdelah macam ni kan??
Kadang-kadang terpaksa makan sekali je sehari. Itupun roti yang harga 60 sen. Air kosong untuk basahkan tekak. 
Tak apa, asalkan cukup duit nak bayar buku Law yang banyak, tebal pulak tu.

NAMUN....

Aku lupa. Astaghfirullah. 
Rezeki dari Allah. Buat mereka yang dikehendakiNya. 
Buat ISLAM. 
Kenapa nak berkira?? 
Mana pergi sedekah ? 
Mana pergi belanja untuk program dakwah?

ALLAH MAHA KAYA. ALLAH MAHA KAYA. ALLAH MAHA KAYA.

P/s: Buat sesiapa yang berasa duitnya semata-mata untuk buku dan assignment dan baju dan enjoy dan belanja boypren gurlpren, tolonglah. Ubah paradigma anda. Gunakan duit mak abah atuk nenek kakak abang anda bagi, untuk tujuan yang ALLAH inginkan. 

Buat bondaku tersayang...

Adik minta maaf. Bukanlah untuk membuka pekung di dada. Tapi, adik tahu mak runsing bila terpaksa belanjakan wang buat anak-anakmu. Adik sangat menjaga rapi soal kewangan sebab it's a part of my responsibility as a child and also as a servant of ALLAH. Maafkan adik untuk setiap air mata mak.
Allah pasti membantu kita. InsyaAllah. Doakan adik menjadi pelajar dan anak yang cemerlang untuk sama-sama bantu agama Islam. Adik sayang sangat mak. Nauzubillah menjadi anak derhaka. 

''Pleased ALLAH, surely ALLAH will please you....''

Ma fi Qalbi Ghairullah
-islamic desire-

Famousnya aku?? Oh yeah!

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...


Glamour meletops di hadapan manusia tapi tiada nilai di sisi Allah takda guna juga!!

Hadoyai... Pengsan mak Minah baca title entry ni.
Sabar ye mak Minah oii... Hehe.
Title je nak gempak, ceritanya....... Ha, baca baru tahu!


'' Dan tetaplah memberi peringatan kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang beriman''
(51:55)



PROGRAM: PALESTINE: WE ARE WITH YOU (''ARE U WITH ME? WITH!!!, hehe)
TARIKH : 11 JUN 2011 bersamaan 9 Rejab 1432
Tempat : Majid Ubudiyyah Shah Alam (wink wink kat shah alam)

Indahnya ukhuwwah Allah bagi... :)

Petang itu, aku dan Kak Ain, Kak Lili juga beriringan melangkah masuk ke masjid yang tersergam indah. (Tak tahan  ke ayat ini? Hehe) 
Buka saja pintu dewan seminar, aku melangkah ke kerusi yang banyak-banyak itu. Tiba-tiba...

''Najwa Farhana ya? Selamat Datang.''
''Ni Najwa, kan? Akak kenal awak. Nanti approve kat FB ok!''
''Haa... Ni adik Kak Nik Aida kan?Najwa?''

SUBHANALLAH...

Terpana aku sekejap sambil istighfar dalam hati nurani. Hehe. 
Sebesar-besar planet bumi ni, aku yang kerdil ni pun ada orang recognize. 
Indahnya ukuwwah ALLAH bagi...

Itulah akhawats sekalian yang sangat baik hati boleh jadi menantu emak. Hehe..
Namun, bukan lah bila orang kenal kita, kita nak jadi SNOBBISH* hidung ke atas pulak kan?
Jadikan ia satu jalinan untuk memudahkan usaha dakwah dan tarbiyyah.

*bangga

Program Palestin insyaAllah bukan isu bermusim apatah lagi untuk insan bertudung litup saja. 

BARE IN MIND!!!

JIHAD DI BAITUL MAQDIS

Kata Prof Dr Yusuf Qardhawi (yang belum kenal, sila GOOGLE) : 

'' Umat ini sakit sebagaimana tubuh seseorang sakit. Sebagaimana penyakit pada batang tubuh sembut, maka penyakit pada batang tubuh umat juga akan sembuh''

Sampai bila nak sakit ? Kata sis Yasmin dari Gaza, Palestine, kalau antum tak dapat berjihad di Palestine pun takpe, asalkan jadilah muslim sejati @ realiti. 

Jadi, tepuk dada, tanya iman ya...

Wallahualam
Ma fi Qalbi Ghairullah
-islamic desire-


Kudaku Lari Gagah Berani!!

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

Kuda perang yang tangkas berlari sangat digemari anak-anak muda di zaman ini. Wahh.. Benarkah?

Segalanya bermula di suatu hari yang hening bening... Dengan diriku yang kini bergelar mahasiswi. Alhamdulillah.
Bulatan gembira kami malam itu penuh dengan pelbaaaaaaaagai hinput yg cantik menarik tertarik.

KUDA KU LARI GAGAH BERANI..!!!


Ketepi-ketepi!!! I'M ON ISLAM'S MISSION!




(Sila nyanyi lagu Kudaku Lari Gagah Berani) hehe..
Teringat pula kata-kata kak Ain (naqibah baru *wink wink), semasa kita tadabbur surah
Kuda Perang :100.

''Demi kuda perang yang berlari kencang terengah-engah,
dan kuda yang memercikkan bunga api (dengan pukulan kuku kakinya), 
dan kuda yang menyerang (dengan tiba-tiba) pada waktu pagi, 
sehingga menerbangkan debu,
lalu menyerbu ke tengah-tengah kumpulan musuh...''

(Al-'Adiyat:1-5)

Kenapa Allah membuat perumpamaan kuda? Cer kita tengok...
Ada 3 jenis kuda.

  • Kuda Jinak
  • Kuda Buat Main
  • Kuda Perang-Perangan
  • Kereta Kuda
  • Rambut ekor kuda (merepek sudaaa)

Haa... Kuda jinak ceciri fizikal dia macam mana?
  • Manja
  • Makan bersuap (yeke)
  • Suka berjalan slow persis lembu tak makan seminggu (sambil kepala goyang-goyang ikut rentak, aiseh!)
  • Tak bersedia untuk dibawa jalan lasak , perang apatah lagi!

Kuda Perang
  • Tangkas
  • Laju giler lari macam 10,000 kuasa kuda
  • Berdikari
  • Lasak
  • SENTIASA BERSEDIA IKUT PERANG
  • Tak kisah rupa comel ke tak
  • Jalan dengan penuh bergaya tanpa menggoyangkan kepala (hehe)

Jadi, anak-anak....

Kita nak jadi kuda tak? (mesti korang taknak ye tak)

Tapi... nak tak kalau...

Jadi KUDA PERANG ALLAH? Haa... Best tau korang. Hanya yang sanggup berjihad, sampai ke akhirnya yang mampu merebut pahala syurgaNya.

Ingat! JIHAD BUKAN BERMUSIM.
Dia tak macam MUSIM BUAH, MUSIM BUNGA, MUSIM SALJI ATAU MUSIM NAEK HARGA.

Berharap dapat bermain lempar-lempar salji dengan yg tersayang?? Ho yeh!

 Jihad sepanjang hayat!

Allahuakbar!


Ma fi Qalbi Ghairullah
-islamic desire-
Daisypath Happy Birthday tickers