Mereka yang Kool :)

Saturday, June 11, 2011

Adik minta maaf.

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah... Walaupun dengan fizikal yang belum pun sihat sepenuhnya, Allah bagi lagi satu momen menulis di sini. :)

Ingatlah ibu bapa anda di mana saja anda berada. Sob Sob

''Redha Allah terletak pada redha ibu bapa, murka Allah terletak pada murka ibu bapa''

Sangat sebak bila teringat ayat ni. Mungkin kerana kejadian itu...

Mungkin sangat super duper ramai yang mengalami masalah yang sama. 

DUIT.

Feeeewit! Ni lah duit yang selalu korang tak cukup kan?

Bersepah-sepah duit. Pada Allah, it's NOTHING man!
DUIT MAK BAGI KAU BUAT APA HAA???

Cer reflect balik. Apa yang dah kita belanjakan sepanjang masa ni? 
Untuk study je berapa? Makan? Enjoy (harap-harap kita tak termasuk dalam group ni)

Aku yang mula-mula melangkah masuk ke Universiti, sangat memerlukan kewangan yang elok lagi rapi. 
Bukan ke 10 Muwassafat Tarbiyyah dah jelaskan? 
Aku sangat-sangat malu bila terpaksa minta duit dengan mak. 
Berlinang air mata ni. Yelah, kalau lah aku bukak je paip air, kuar duit, takdelah macam ni kan??
Kadang-kadang terpaksa makan sekali je sehari. Itupun roti yang harga 60 sen. Air kosong untuk basahkan tekak. 
Tak apa, asalkan cukup duit nak bayar buku Law yang banyak, tebal pulak tu.

NAMUN....

Aku lupa. Astaghfirullah. 
Rezeki dari Allah. Buat mereka yang dikehendakiNya. 
Buat ISLAM. 
Kenapa nak berkira?? 
Mana pergi sedekah ? 
Mana pergi belanja untuk program dakwah?

ALLAH MAHA KAYA. ALLAH MAHA KAYA. ALLAH MAHA KAYA.

P/s: Buat sesiapa yang berasa duitnya semata-mata untuk buku dan assignment dan baju dan enjoy dan belanja boypren gurlpren, tolonglah. Ubah paradigma anda. Gunakan duit mak abah atuk nenek kakak abang anda bagi, untuk tujuan yang ALLAH inginkan. 

Buat bondaku tersayang...

Adik minta maaf. Bukanlah untuk membuka pekung di dada. Tapi, adik tahu mak runsing bila terpaksa belanjakan wang buat anak-anakmu. Adik sangat menjaga rapi soal kewangan sebab it's a part of my responsibility as a child and also as a servant of ALLAH. Maafkan adik untuk setiap air mata mak.
Allah pasti membantu kita. InsyaAllah. Doakan adik menjadi pelajar dan anak yang cemerlang untuk sama-sama bantu agama Islam. Adik sayang sangat mak. Nauzubillah menjadi anak derhaka. 

''Pleased ALLAH, surely ALLAH will please you....''

Ma fi Qalbi Ghairullah
-islamic desire-

No comments:

Post a Comment

''... Katakanlah, ''Apakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sebenarnya hanya orang yang berakal sihat yang dapat menerima pelajaran''

[Az Zumar 39:9]

Daisypath Happy Birthday tickers