Mereka yang Kool :)

Thursday, May 19, 2011

Ok, i'm the PREY :)

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah. Allah memberi lagi keizinanNya untuk satu lagi entry psl MANGSA = PREY.

Di akhir entry ni, sesiapa yang senaseb menjadi mangsa jujek, sila angkat kening anda! :)

Tika bermesej dengan kak Azwa terchenta, tiba-tiba teringat satu pertemuan dengannya dolu-dolu. Katanya, sudah ramai menjadi mangsa korban di jalan tarbiyyah ini.
Lantas, aku teringatkan diriku sendiri.
Mula-mula aku kenal jalan ni dan bulatan gumbeera.

Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang *credit*



Ya! Di sini segalanya bermula. Aku ditempatkan di sekolah yang masyaAllah, biah solehah nya sangat terjaga dan terasa.
Namun waktu itu, aku serasa macam CULTURE SHOCK!
Yelaa.. ''saya budak smk je,kak'' (ayat femes memes dolu-dolu)
Aku dapat satu group bulatan gembira dengan 2 org naqibah yang sangaaattt mantap,insyaAllah.
Palingku ingat, Kak Aisyah Hanani. (di mana la ukhti sekarang yaa...)
Dia sangat menjagaku, dan adek-adek yang lain. Gaya seorang ibu.
Kata kak Aisyah, usrah tak sekadar duduk je. Nanti akak belanja ABC makcik kafe ok!

Dan aku mengikut saja....

Namun...

Kenapa aku rasa macam tak best jugak bulatan gembira ni? Rasa macam skema je... (dulu lah)
Hmm.... 

Dan ya.. Takdir Allah sekali lagi inginkan aku untuk terus setia di jalan ini.
Aku terpaksa berpindah sekolah lama kerana sakit (moga Allah sembuhkan)
Dan, bermulalah episod AKU SEBAGAI MANGSA BG TAK JADI.
Alangkah senangnya hati ini, bila aku dah tak lagi berbulatan gembira. Subhanallah, terukkan??

Hari demi hari.. aku tetap dengan cara aku. Diri aku. Namun, ada sesuatu yang aku cari dalam hidup. Tapi apa ya?? Kenapa aku rasa lain macam bila nak buat jahat ni?


Rupa-rupanya...

Allah dah tetapkan, Najwa Farhana Bt Wahid @ Ab Wahid mesti terus di jalan tarbiyyah.
Aku ditemukan dgn seorang murobbi. Cantik, manis senyumnya. Fikir aku mula-mula pandang. Hehe
(Nikmat Allah bagi untuk pinjam je ya?, Hehe )


Kami ta'aruf dan dia mengajak aku menemaninya ke Kuantan.

Ok, bukan exactly kereta ini ya! :) Credit to Myvi

Wahh.. Baru kenal gitu-gitu, dah ajak gi sana sini? Hebaaattt...
Tapi, aku rasa dihargai.
Ok! Tak nak feeling lebih-lebih.
Tu semua adalah Dakwah Fardhiah (DF).
Ohhh.... Gitu rupaanyaaaa... Jeng jeng jeng.....

Sehinggalah sekarang...

Baru aku mengerti, Kak Aisyah Hanani juga menggunakan method yang sama.
Namun, mungkin bukan rezekiku di KISAS untuk JATUH CINTA.
Betullah kata orang, Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri.
Hujan batu jujek yang best!!!

Terima kasih buatmu, Naqibah juga Murobbiku... :) Semoga tsabat kita semua.
Pengalaman paling best pernah Allah titipkan buatku. Saaaaaaayyaaaaaangg Allah!!!


Yes! I'm the prey for the past... N though it was, still Allah is the one and only the BEST LAWYER and PLANNER :)
Ma fi Qalbi Ghairullah
Islamic Desire
Wallahualam~

Wednesday, May 18, 2011

Salam Terakhir di Bulatan Gumbeera ='(

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...

Assalamualaikum wbt antum. Maaf, blog tidak dihapdet kerana kedemaman. InsyaAllah, Allah sebaik-baik sandaran buat kita.

Entry kali ni ditulis dengan rasa agak sedih (sob sob). Yelah, nama pun salam terakhir di bulatan gembira,

Hari tu kan.... Aku ingat lagi...

Hari Selasa, Hari wesak (mak abah adik abang kakak semuuuuuaaaa cuti-cuti Malaysia di rumah, hehe)
Yang paling best, Allah takdirkan aku menghidap sakit Kedemaman yang panas hingga mencairkan ketholan-ketholan ais di peti sejuk. Hehe...

Entahlah... Rasa sebak serta dan merta menjengah tika aku mengemas buku catitan Bulatan Gembira. Rasa excited bergaul sebati dengan sebak dan sedih. Mungkin excited kerana aku berpeluang lagi bertemu dengan adek-adek terchenta. Laptop (check!), Quran (check!), Buku catitan (check jujek!)
Ok! Mari kita ke ladang~~

Ketika di bulatan gumbeera itu...

''Apa pandangan u all tentang BG before and after u all dah masuk ni?? Haa... Jawab2!''
Dan.. Pelbagai jawapan ku terima. Dengan kepala yang berat (kalau selsema memang rasa macam ni kott)
aku terhenti pada satu jawapan adekku.

''Saya tak pernah rasa apa itu ketenangan. Apa yang saya cari dalam hidup ni pun, entahlah. Saya pun tak tahu. Tapi setelah saya berbulatan gumbeera, alangkah bestnya BG ni. Baru saya tahu n ketenangan itu slowly ada dalam hati saya''.


Hmm... Mungkin ramai yang senasib dengannya. Dan ya, aku jua turut merasakan pengalaman itu. Dan di jalan ini, hanya yang berjaya JATUH CINTA sahaja akan merasai nikmat Allah itu..

Setelah sampai di resolusi, aku membawa adek-adek terbang. Ya, terbang!
Terbang memikirkan kembali matlamat dan alat yang sebenarnya. Hehe.. Apa yang menggelikan pancreas, adek-adek terus menyebut TELUR!!!


''Kenapa Kak Jiha, Kak Ain, Kak Putri dan akak bersusah payah (dengan demam) hehe, memberi alasan kepada Pak Guard u all yang tentunya ada senapang untuk jumpa jugak hari ni, masa ni ?? ''

Sebab...

Bila Allah kata dakwah dan tarbiyyah WAJIB diteruskan walau apa pun yang terjadi, jadi, here it is. Adek-adek akan jumpa dan berBG juga bersama kami. Sebab tiada kebetulan di dunia ini. Menyedari hakikat ini, biarlah pak guard tu nak kejar dengan senapang dia pun, tapi bila Allah kata BG WAJIB ADA,  takkan ada yang mampu menghalang!!!

Dan Allah sebaik-sebaik sandaran, wahai adekku...


Hari itu, secara rasmi padinya, aku dan adek-adek berbulatan gumbeera mungkin untuk terakhir kali. InsyaAllah, cuti SEM kita jumpa lagi ya!!!

Kalaulah Allah tak pilih kita untuk berada di jalan tarbiyyah ini, mungkin aku tak sekuat hari itu. Demam panas, selsema, batuk, sakit tekak dan apa sahaja yang Allah kurniakan, tetap aku gagahkan diri demi Deen.
Jazakillah buat sahabat terchenta... Kata-kata kalian memberi semangat!
  • Najihah Bt Abdul Raof
  • Putri Fadila Bt Meli@ Ramli
  • Nur Ain Adni Bt Effendy
 Semoga kami terus tsabat di jalanMu, ya Allah....
P/s: Demam ini mengajarku...

Tak tahu ade makna ke tak video ni, tapi lirik dia serba sikit terkesan. Hehe...* credit*



Ma fi Qalbi Ghairullah
islamic desire
Wallahualam~

Friday, May 13, 2011

Jangan Main-Main! Aku tembak nanti..!

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah. Sabtu yang cerah dan sejahtera. Apa khabar iman antum? Apa khabar mutaba'ah amal ?
Macam selalu, (takkan tak tahu kot, hehe ) Jom, kita perbaharui taubat kita, Astaghfirullah~


Haa... Takut tak baca tajuk entry ni? Ada apa hal dengan tembak-menembak ni?

InsyaAllah.. Bila kita semakin dihidangkan dengan hidangan hiburan yang lazat-lazat di Tv mahupun Astro, Akademi Fantasia semakin digilai, Maharaja Lawak semakin ditontoni, AYUH!!! Sampai, bila nak teruskan karat-karat jahiliyyah ni? Nak tunggu kena tembak dulu??

Sebenar-benar dan benarnya....

Entry kali ini berkisar tentang pengalaman ku sekali lagi di Program Latihan Khidmat Negara. (PLKN).
Macam wira dan wirawati lain, aku sempat melakar pengalaman hidup untuk menembak menggunakan senjata COLT M-16.

Berat tanpa peluru saja dah mencecah 2.9 Kg. Dengan aku yang terketar-ketar ni, digagahkan juga diri aku menembak. Sebab, aku tahu inilah saja peluang aku untuk merasai bagaimana pejuang-pejuang di Palestina sana daripada sekecil-kecil umur sehingga sebesar-besar ketua keluarga akan berjihad!


Aku diberi peluru sebanyak 40. 10 untuk pelarasan atau sebagai persediaan untuk membiasakan diri menembak. 30 lagi akan dicatat markahnya. Haa... Best tau! Bunyi tersangat KUAT, DUM sana, DAM sini.
Sehingga aku terlupa bahawasanya aku juga turut menyumbangkan bunyi-bunyi tembakan itu. 
Memandangkan 40 biji peluru sudah ku bazirkan (hehe), ditambah pula dengan berat senapang itu, bahu masing-masing menjadi sakit. Ada juga yang lebam dan luka.

Sampai di dorm, aku berehat. Dan, yang lebih aku renungkan bila aku tadabbur ayat  yang berjaya menitiskan air mata Perdana Menteri Palestin, Ismail Hanieh ketika mengimami solat  tarawikh. 

''Musa berkata kepada kaumnya,''Mohonlah pertolongan kepada Allah dan bersabarlah. Sesungguhnya bumi ini milik Allah; diwariskanNya untuk sesiapa saja yang Dia kehendaki di antara hamba-hambaNya. Dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa''. 
(Al-A'raf:128)





Lantas...
Aku tersedar, PALESTINA bukan bermusim kesengsaraan nya. Bahkan, setiap detik mereka berjihad.





Pada kita, APA??
Hanya sekadar berita biasa.
''Alah... Ni salah AMERIKA tu.''
''Nanti Allah tolongnya Palestina tu''
''ALHAMDULILLAH, Negara kita aman dari peperangan''

Klise kan jawapan dan ayat-ayat tu semua?? BANGKITLAH MUSLIMIN OI!
APA PENGORBANAN ANDA UNTUK MEREKA??? 


Pengalaman menembak ini takkan sesekali aku lupakan. Kalaulah ALLAH izinkan, akan aku tembak satu-persatu ZIONIS LAKNATULLAH!


Ma fi Qalbi Ghairullah~
Wallahualam~

Sunday, May 8, 2011

Sentap Hati Mak, nak! Saturday Special Edition:)

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...

Jom istighfar 30 kali dulu. Astaghfirullah~

LIVE KAMI BAWAKAN SATURDAY SPECIAL EDITION BERSAMA BULATAN GEMBIRA.
(Mereka yang gabra juga boleh membaca, hehe :) )

Seperti biasa, D&T takkan sepi dan kekosongan dari program. 
Maka, menyedari hal itu, aku dan adek beradek berbulat hati utk bersama akhawat dan murobbi kami. 

Tarikh : 7 Mei 2011
Tempat: Selesa buat kami yang qana'ah
Pengisian: Cukup terisi! Macam-macam ada...



Waduh2,  tak sia-sia aku berlama-lamaan bersama mereka.
Benarlah kata Allah dalam Al-Mujadalah : 11

''Wahai orang-orang yang beriman!  Apabila dikatakan kepadamu, ''Berilah kelapangan di dalam majlis-majlis'', maka lapangkanlah, nescaya Allah akn nemberi kelapangan untukmu........''

Haa.. super Maha Hebat kan? Integriti.

Hari tu merupakan hari kami dihujani dengan pertanyaan yang bisa membuat medulla oblongata bergetar hebat. Kata Kak Iti, ''Yeke?'' dan dengan riak wajah yang kadangkala kiut miut kadangkala  berubah,
''Eh? Betul ke tak aku jawab ni??''

Tapi apa yang aku sedari, kita tak akan rasa apa perasaan dan kita juga tak akan berfikir secara KBKK. Jika, kita tak dihujani dengan pelbagai soalan itu.

Antara soalan yg membuatkan hati ter'sentap' oleh bakal penggubal soalan, Kak Iti dan Naqibah Nik Aida :


  • Kalau ditakdirkan, Ahad ada program, Isnin ade test penting, sanggup ke korban program?
  • Apa objektif dan matlamat u all untuk anak usrah ?
  • Usrah ni ada silibus ke?
  • Sanggup tak korban cuti sem untuk gi program? Macam mana kalau mak panggil balik?
  • Kalau u all terlibat dgn MPP atau anak usrah u all yg cam tu, macam mana nak buat?
  • Apa relation UA dgn tarbiyyah ni?
Dan pelbagai tanda soal yang dicipta khas untuk kami pada hari itu. Mana lah kami tak tersentap hati nak oiii...
Apapun, kami seronok dan yang paling penting, KEFAHAMAN DALAM HATI DAN PEMIKIRAN.

Kata naqibah Nik Aida,
Dalam Mutaba'ah amal juga ada berkenaan dgn inchek bapak dan puan omak.
Berapa kali call dlm 1 minggu? Dan sebagainya...
Wahhh... Inilah tarbiyyah Allah untuk hambaNya. Best kan? UNIVERSAL lagi.
Selepas ini, aku, Najihah, Ain dan Adik Pupu tentunya akan melangkah setapak lagi ke 'ALAM' lain.
Bagaimana TAWAZUN kami agaknya?
Moga Allah permudahkan.
Moga muwassafat tarbiyyah itu sentiasa dijadikan amalan utk mencapai apa, anak-anak...??
Ya... Individu Muslim. Pandai anak-anak. Hehe

5 Method in Dakwah (Usrah) juga perlu berstrategi. Macam nak perang gitu...
Kata Kak Azwa, memang banyak yang telah terkorban di jalan ini..
Tapi, hikmahnya lagi besar. Ramai lagi yang terselamat dari Jahiliyyah. Alhamdulillah.
Lain orang, lain metod approach nya...
Daie kena bijak mengatur langkah memastikan mad'u sentiasa rasa hati dan jiwa mereka berada dalam jalan ini.

PESANAN KHIDMAT MASYRAKAT OLEH KAK SITI, KAK AZWA DAN NAQIBAHKU :

**JANGAN TERPEDAYA DENGAN KESIBUKAN 'STUDY' DAN HAL 'UNIVERSITI'.
** CONTACT DENGAN MUROBBI ANTUM SELAGI ANTUM BELUM ADA PENGGANTI BARU

''Tolong agama Allah, PASTI Allah tolong dirimu..''
Ma fi Qalbi Ghairullah~
Wallahualam~

Puan Mommy yang Dichenta.

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...

Makin hari makin pendek umurku. Makin dekat waktu bertemu Allah SWT.
Ade orang yg tanya, ''Ga po dio ado hari ahad tuh?''
''Tohla kok, ore dok sibuk denge haghi ibu''.
Hmm.. Hari ibu, mak, mommy, ummi, mek, dan entah apa lagi yang bisa dipanggil biasa disambut pd 8 mei stiap tahun.
Tapi, pada aku dan keluarga yg tak tahu dan tak ambil 'port' sangat dengan event seperti ni, mcam biasa sajelah.
Sebab, stiap masa, mak kita ....
Cantik
Menarik
Mak memang The Best!!!



Lalu, aku teringat sesuatu baru-baru ni, sungguh FEELING sekali. Kalau anda nak turut feeling pun dijemput. :)

KISAH AKU DAN PUAN MUMMY.

Pada suatu malam yang hening bening, tiba-tiba GEMPAR satu rumah!
Mengapakah?
Ohh... Reult UPU dah keluar rupanya.
Laaa....
Tapi, apa yg lebih merunsingkan fikiran ku.
Macam mana nak bagitahu mak ni yang aku dapat Asasi Undang-Undang ?
Macam lah aku tak tahu menahu yang mak mmg tak setuju anak dia amik bidang guaman.
Aiseh... Dengan dada yang berdebar macam motorbot laju, DUP DAP DUP DAP, aku mencari jalan.
Lantas, tika maghrib aku bersolat sunat Rawatib disertai doa agar dilembutkan hati emak.

Sabda rasulullah s.a.w yang maksudnya: “Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.”
Riwayat al-Hakim

Tika terbaca hadis ini dalam Buku Bahasa Arabku dolu-dolu, aku jadi keliru dan gentar.
Kalau mak tak redha dengan aku, bagaimanakah? Lagi aku tak sanggup hadapi MURKA Allah.
Ohh.. Tak sanggup!!
Tapi, aku bertekad. Kebenaran mesti di 'reveal'kan. Lantas, aku menarik perlahan tangan kakakku yang sulung, sebagai sumber ke'power'an di situ. :)
''Adik, dapat UPU tak ?''
''Err.. adik dapat, mak. UITM SHAH ALAM.''
''Alhamdulillah. Course ape?''
Aku terdiam sekejap. Sambil tersengih macam ketam belum masak kat dapur tu, aku menjawab sekali nafas.
''ASASI UNDANG-UNDANG KPTM, PROGRAM 1 TAHUN , MAK''.
''Undang-undang??? Kau mintak ya?''


Allahuakbar!! Saat tu, aku rasa sangat kerdil. Tapi dikuatkan juga diri, aku terangkan segalanya tentang mengapa dan bagaimana aku memilih kursus itu.

Akhirnya, sambil tersenyum, mak memuji. Dan, kata mak, kalau boleh dielakkan turun naik court, baguslah. :)
InsyaAllah...
Gembira rasa nak main lompat-lompat tilam macam zaman dolu dolu. Tapi, jangan gumbira sangat . Kena ingat apa yang Allah pesan.


''Agar kamu tidak bersedih hati terhadap apa yang luput dari kamu, dan tidak pula TERLALU GEMBIRA terhadap apa yang diberikanNya kepadamu. dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong dan membangga diri''.
(AL-Hadid:23)

Jadi, inilah logam yang insyaAllah akan diteguhkan buat Islam. Aku akan memper'alat'kan ia sebagaimana anasir thagir yang lain. InsyaAllah...


Jazakillah buat Bonda Puan Khairiah Binti Ahamad yg sudi menjaga ku, menjadi murobbi awal bagiku... Kasihmu membawaku ke syurga~

Ma fi Qalbi Ghairullah~
Wallahualam~

Wednesday, May 4, 2011

Pesanan dari Kubur

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...

''Wahai orang tua yang telah bongkok dan DEKAT AJALNYA...
Apakah engkau telah bersiap-siap menghadapi malam pertama???
Wahai pemuda gagah yang bergelumang harta dan sejuta asa
Apakah engkau telah bersiap-siap menghadapi malam pertama???
Ia adalah malam pertama dengan 2 wajah
Mungkin malam pertama yang menjadi malam-malam syurga berikutnya
Atau mungkin malam pertama bagi malam-malam neraka selanjutnya...''
Dr.A'idh Al-Qarni,M.A

Malam itu, aku seperti biasa menemani puan kakak dan puan emak, untuk menghantar abangku ke Kolej Kediamannya di Kuantan, Pahang. Kata mak, kami singgah di kedai Terus Maju dulu. Nak beli barang abang. 
Tiba di sana, kami ke tingkat atas. Mak mencari barang, kakak menjaga anak buahku dan abangku bersama puan emak. Aku pula berjalan 'cuci-cuci mata je gitu'. Hehe...
Memandangkan aku sukaaaaa membaca (berkat tauladan dan contoh mak dan abah, alhamdulillah) aku ke 'Book Section'. Membelek dan terus membelek apa saja buku yang terhidang di depan mata...

''MALAM PERTAMA DI ALAM KUBUR''. Ya, melihat kepada tajuknya saja, rasa gerun. Mungkin inilah kesan penyakit wahan (cintakan dunia dan takutkan mati), nauzubillah. Aku hanya sempat membaca sedikit sinopsis cerita di kulit belakang. Lagipun melihat riak wajah akak yang berkerja di sekitar section situ, persis berkata ''NAK BACA LEBIH, BELILAH DIK OII.....'' 
jadi apa lagi, aku pun beli. :)

Tapi tak sia-sia mak tolong berkorban membayarkan buku ini. P/S: thank you mak! :)
Buku ini berjaya membuatkan aku insaf dan menyedari hakikat aku sebenarnya sering terlupa mengenai MATI. Ya, dengan ditambah perisa nafsu oleh geng-geng syaitan durjana, aku maklum dengan kelemahan hati aku. Tak seperti Rasulullah S.A.W serta para sahabat sewaktu berperang. 

Persoalan ini sering bermain-main di kepala otak persis aku bermain POLICE AND THIEF dan BALING SELIPAR juga TENG TENG. 
Aku tahu aku adalah CALON MAYAT. Tapi...
  • Kenapa aku masih berFACEBOOK tanpa tujuan penting??
  • Kenapa susah untuk aku bertahajjud di 1/3 malam??
  • Kenapa aku KEDEKUT AIR MATA menangis takutkan ALLAH SWT?
  • Kenapa aku lambat kerjakan SOLAT FARDHU ??
  • Kenapa ibadah SUNATKU kadang ON kadang OFF??
  • Hutang piutang aku DAH BAYAR BELUM??
  • Kenapa MENGUMPAT jadi HOBI??
Ya Allah... Sungguh banyak kenapa itu...
Kata 'MALAM PERTAMA DI ALAM KUBUR', amalan yang baik akan datang menemani kita dalam kuburan seperti PEMUDA TAMPAN. Dia menyapa mesra, mengucapkan salam. Malaikat pula mendoakan kita dan datang ddan duduk di kepala dengan mesra dan lemah lembut . Lalu, malaikat mengucapkan nama yang indah-indah. Alangkah indahnya waktu itu... insyaAllah.

Namun, kalau kenapa dan kenapa tadi terus menjadi kenapa tanpa ada tindakan...
Amalan BURUK HODOH BUSUK BANGKAI akan datang menjelma menjadi makhluk GELAP HITAM PEKAT BUSUK lalu menghina jasad. Malaikat pula melaknat selaknatnya dan malaikat juga datang di kepala sambil melutut dan berwajah HITAM.. Nauzubillah.

Jadi, JOM kita hyati falsafah KEMATIAN yang mungkin menjemput kita BILA-BILA MASA TAK KIRA DI MANA ANDA BERADA...


Monday, May 2, 2011

Ohh... Pakcik baru tahu...!! (sambungan sudahku bilang bukan)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah... Pertemuan dengan Ukhti Siti dan 2 adik usrahnya, Ukhti Fatin dan Ukhti Emy menambahkan lagi semangat di jalan tarbiyyah ini. Credit to naqibah Nik Aida for arranging this 'dating'. :)

Dalam perbincangan kami, aku tertarik dengan soalan-soalan Kak Iti (lebih mesra panggil macam ni ;)

1. Perlu tak kita usrah semua orang??
2. Kenapa kita usrah ni? Tak ada metod lain ke?
3. Agak-agak kalau satu hari naqibah kita kata dah tak payah usrah @ dia tersilap dolu-dolu, kita nak teruskan tak?

Phew~ Rasa macam batu hempap kepala ni. (hiperbola sikit).
Kata kak iti, memang perlu kita usrah semua orang. Persoalannya, mampu ke?? Tapi apa-apa pun, kita kena ingat, untuk mencapai Ustaziatul Alam (UA) , semuuuuuuuuuaaaaaa orang kenalah faham Islam agama syumul kita.
5 kaedah dalam dakwah lebih terkesan melalui usrah @ quranic circle@bulatan gumbira atau apa saja anda menggelarnya.

Jadi, kenapa susah-susah kita berusaha selama ni, ada yang berkorban hujung minggu (credit to naqibahku), ada yang jalan kaki jauh-jauh, ada yang mencipta alasan untuk keluar rumah berusrah, ada juga yang berkorban duet minyak dan waktu shopping masa tengah SALE ??
Bukan kerana...
  • Ganjaran Allah semata-mata
  • Tugas kita di Bumi Allah sahaja

    Tapi... Yang paling penting...
    Untuk mendapat keredhaan Allah (MARDHATILLAH) dan mencapai UA, insyaAllah.



    Dan, walaupun aku tak 'surrounded' by biah yang solehah, aku tahu aku mesti menjalankan kewajipan aku. Allah pasti takdirkan seseorang yang BERPOTENSI untuk ditarbiyyah. :) Melihat kesungguhan naqibahku, baru pakcik tahu~~~ (nada dlm pendekar bujang terlapok) , bahawa mana-mana kita ditempatkan Allah kewajipan kita untuk istiqamah dalam menarik semula sedare mare kita untuk kembali pada Islam . (DIVERT BUKAN CONVERT)


    WAHAI PEMILIK CINTAKU....

    Aku mengerti 
    Indahnya rencana Mu buatku
    Untuk itu Ya Rahman
    Pandulah aku dan mereka
    Agar langkah kami ini
    Ditaburi redha dan barakahMu
    Moga Tuhanku...
    Langkah kami tidak longlai
    Saat Mu menjemputku
    Untuk 'menuntut' janjiMu
    Ameen...

    Sudah ku bilang bukan? ALLAH pasti LEBIH TAHU!!

    Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

    1 MEI 2011

    Bila teringatkan tarikh ni, hati aku serta-merta rasa terharu.
    Omputih kata apa tu, ALL IN ONE ye tak? All in one sebab dalam satu hari macam-macam boleh terjadi.
    Begitu jua aku, dan 'mereka'.

    Petang itu...

    Aku ditemani Najihah, Putri dan Ain (dah macam belangkas je) ke Riverfront Pekan. Ya, Allah aturkan satu 'DATE' cukup bermakna buat kami dengan seorang akhawat dari Ibu Negara, Kuala Lumpur. Thank you, Allah! Semangat yang ada menjadikan kami tidak merungut menunggu dan terus menunggu sehingga...

    'kring..kring... Putri, ayah amik putri ya'. Deringan itu memecahkan keriangan sahabatku tersayang.
    Sudahlah nak keluar rumah (walaupun tujuan mulia) sukar, hingga terpaksa mencipta alasan, dan belumpun sempat ketemu sama Ukhti Siti , sudah dijemput pulang. Tabahlah Putri.. Allah bersamamu~Jelas aku lihat hampir berlinang air matanya...

    Kami kemudian ke Taman Permainan kerana Ukhti Siti udah sampei. Alhamdulillah, dapat pun jumpa. Dengan langkah laju persis cartoon berjalan,  kami ke sana.
    Subhanallah~ sampai nya di sana, Allah tunjukkan kami kekuasaanNya. Bertemu lagi dengan Putri.
    Secepat kilat, idea ku dan Najihah bergabung ala-ala Dragon Ball gitu.
    ''Jom cucuk Putri, tapi mintak izin Uncle Bob dulu''. Hehe..

    Akhirnya, kami bertiga dapat berjumpa dengan ukhti siti. Sambil berbisik ''Kan saya dah kata.. Allah Maha Tahu. Dia LAGI bijak merancang... Cuma Dia nak tengok kesabaran hamba dia sorang ni~''

    Indahnya petang itu bersama-sama 'mereka'... Hadiah ukhwah dari Allah untukku~