Mereka yang Kool :)

Wednesday, May 18, 2011

Salam Terakhir di Bulatan Gumbeera ='(

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...

Assalamualaikum wbt antum. Maaf, blog tidak dihapdet kerana kedemaman. InsyaAllah, Allah sebaik-baik sandaran buat kita.

Entry kali ni ditulis dengan rasa agak sedih (sob sob). Yelah, nama pun salam terakhir di bulatan gembira,

Hari tu kan.... Aku ingat lagi...

Hari Selasa, Hari wesak (mak abah adik abang kakak semuuuuuaaaa cuti-cuti Malaysia di rumah, hehe)
Yang paling best, Allah takdirkan aku menghidap sakit Kedemaman yang panas hingga mencairkan ketholan-ketholan ais di peti sejuk. Hehe...

Entahlah... Rasa sebak serta dan merta menjengah tika aku mengemas buku catitan Bulatan Gembira. Rasa excited bergaul sebati dengan sebak dan sedih. Mungkin excited kerana aku berpeluang lagi bertemu dengan adek-adek terchenta. Laptop (check!), Quran (check!), Buku catitan (check jujek!)
Ok! Mari kita ke ladang~~

Ketika di bulatan gumbeera itu...

''Apa pandangan u all tentang BG before and after u all dah masuk ni?? Haa... Jawab2!''
Dan.. Pelbagai jawapan ku terima. Dengan kepala yang berat (kalau selsema memang rasa macam ni kott)
aku terhenti pada satu jawapan adekku.

''Saya tak pernah rasa apa itu ketenangan. Apa yang saya cari dalam hidup ni pun, entahlah. Saya pun tak tahu. Tapi setelah saya berbulatan gumbeera, alangkah bestnya BG ni. Baru saya tahu n ketenangan itu slowly ada dalam hati saya''.


Hmm... Mungkin ramai yang senasib dengannya. Dan ya, aku jua turut merasakan pengalaman itu. Dan di jalan ini, hanya yang berjaya JATUH CINTA sahaja akan merasai nikmat Allah itu..

Setelah sampai di resolusi, aku membawa adek-adek terbang. Ya, terbang!
Terbang memikirkan kembali matlamat dan alat yang sebenarnya. Hehe.. Apa yang menggelikan pancreas, adek-adek terus menyebut TELUR!!!


''Kenapa Kak Jiha, Kak Ain, Kak Putri dan akak bersusah payah (dengan demam) hehe, memberi alasan kepada Pak Guard u all yang tentunya ada senapang untuk jumpa jugak hari ni, masa ni ?? ''

Sebab...

Bila Allah kata dakwah dan tarbiyyah WAJIB diteruskan walau apa pun yang terjadi, jadi, here it is. Adek-adek akan jumpa dan berBG juga bersama kami. Sebab tiada kebetulan di dunia ini. Menyedari hakikat ini, biarlah pak guard tu nak kejar dengan senapang dia pun, tapi bila Allah kata BG WAJIB ADA,  takkan ada yang mampu menghalang!!!

Dan Allah sebaik-sebaik sandaran, wahai adekku...


Hari itu, secara rasmi padinya, aku dan adek-adek berbulatan gumbeera mungkin untuk terakhir kali. InsyaAllah, cuti SEM kita jumpa lagi ya!!!

Kalaulah Allah tak pilih kita untuk berada di jalan tarbiyyah ini, mungkin aku tak sekuat hari itu. Demam panas, selsema, batuk, sakit tekak dan apa sahaja yang Allah kurniakan, tetap aku gagahkan diri demi Deen.
Jazakillah buat sahabat terchenta... Kata-kata kalian memberi semangat!
  • Najihah Bt Abdul Raof
  • Putri Fadila Bt Meli@ Ramli
  • Nur Ain Adni Bt Effendy
 Semoga kami terus tsabat di jalanMu, ya Allah....
P/s: Demam ini mengajarku...

Tak tahu ade makna ke tak video ni, tapi lirik dia serba sikit terkesan. Hehe...* credit*



Ma fi Qalbi Ghairullah
islamic desire
Wallahualam~

No comments:

Post a Comment

''... Katakanlah, ''Apakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sebenarnya hanya orang yang berakal sihat yang dapat menerima pelajaran''

[Az Zumar 39:9]

Daisypath Happy Birthday tickers