Mereka yang Kool :)

Sunday, May 20, 2012

Awak Asal Mana Ya?

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengenali Diri ini...

Mungkinkah Diari Bulatan Gembira seperti ini? [Kredit]

 Pernah suatu ketika, ada seorang adik bertanya, ''mana akak dapat nama blog akak ni? bulatan gembira? diari bulatan gembira? pastu kenapa akak tegar menulis blog? saya tengok dah banyak banget blog kat internet ni. naik boring sudah...!''

Wah wah wah. Boleh lemah jantung dengan adik ni. Hehe. Takpelah dik oi. Walaupun dah berbulan kamu tanya, saya dengan rela hati menjawabnya di sini. (sian adik tu, lambat sangat jawapan nya)

 Macam mana saya boleh terlibat dalam kancah pembelogan ini?

Sejujurnya blog ini lahir pada November 2008. Ya, pada masa itu saya masih lagi di bangku sekolah. Dan sebagai manusia yang tak pernah tahu tujuan hidupnya diciptakan pada ketika itu, maka obviesli saya tidak ada fikrah Islami. Dan tentunya fungsi blog ini hanya untuk kepentingan saya. Oh! Mungkin bukan untuk kepentingan saya pun, kerana saya sendiri malas  dan tak semangat langsung untuk mengapdet segala bagai masalah dan isu kontemporari zaman ini. Apatah lagi untuk memberi faedah yang mantap buat orang lain yang membaca blog ini, membasahkan jiwa mereka? Memberi kesedaran buat saya dan mereka? Harommmmm.... Tak pernah terlintas langsung di hati untuk mempopularkan blog ini untuk tujuan Islamik Islamik ni. Saya kan biasa-biasa saja. (ayat epik)


Lalu, jika mereka yang pernah membaca blog ini di zaman purba itu, ternyata jauhhhhhh bezanya dengan penulisan yang kini. Kerana apa? 


Hai lah Dolah, kan sudah ku bilang, tarbiyyah itu mengubah manusia tahu..?


Dan pada 2009, setelah saya bergelumang dengan Dakwah dan Tarbiyyah ini, unsangkarabel murobbi saya yang shuwit itu memulakan langkah pensaikoan dakwahnya. 


''Awak ni suka mengarang kan? Kat sekolah pun cepat je kalau cikgu mintak tolong buatkan teks ucapan. Apa kata, awak mengarang untuk dakwah? Baru best. Tulis blog kee... Et lis, untuk jadi ingatan untuk awak, kan?''


''Err. Tapi..Tapi... Saya dah ada satu.''


''Saya tahu awak ada. Saya dah tengok. Tapi... Kurang 'umph' laa... Awak try tulis dari hati. Baru boleh basahkan jiwa''


Ok. Itu sungguh epik. Haha. Tapi, dulu, manalah saya faham sangat erti membasahkan, melembapkan, mencairkan jiwa ni. Sungguh kanak-kanak ribena dulu kala! Tapi alhamdulillah, sekarang dah faham. Maklumlah, sampai bila nak duduk takuk lama kan..?

Saya pun taknak tahu asal usul Parameswara. Huhu [Kredit]
 Jadinya, ditakdirkan Allah Yang Maha Esa, blog saya bertukar wajah! Lebih Islamik kata orang. Ala-ala blog Ustaz Ustazah gitu. Tapi, saya bukanlah insan yang layak digelar sebegitu rupa. Sungguh!
Apa yang lebih penting, bahan atau entri yang diupdate semakin nampak perubahannya... Dan saya tidak minta anda wahai pembaca mengagung-agungkan blog ini, kerana ternyata saya hanya insan biasa. Malah, bukan lah layak untuk dijadikan blog rujukan. Masih ramai syuyukh dan expertise yang patut anda jadikan rujukan, ya?


Blog ini tak hebat. Tapi inilah yang mampu saya hidangkan... [Kredit]

Maka... Bermulalah usaha ke arah dakwah menerusi penulisan pula.... 


Tapi, kenapa namanya DIARI BULATAN GEMBIRA?


Oh! Itu senang saja. Kerana cinta matinya saya terhadap jalan ini, dan bulatan gembira lahyang menjadi wasilah pertama saya mengenali jalan ini, dan sehingga kini ia wasilah yang utama, maka saya bangga untuk mengisytiharkan bahawa nama anak blog saya mesti mengandungi BULATAN GEMBIRA.


Dan DIARI? 


Eh anda ni. Banyak tanya lah! Haha. Seperti yang anda sudah maklum, jalan ini penuh rintangan dan phancharoba nya. Chewah! Jadinya, seperti hidup kita, banyak juga kisah suka dan duka. Dan sesetengah manusia pasti akan menulisnya di dalam diari mereka. Jadi, Diari Bulatan Gembira mengisahkan cara hidup seorang muslimah bernama Cik Prada yang sedang berhati-hati dalam perjalanan menuju Tuhannya. Banyak mehnah dan rintangan. Tak kurang juga gelak dan tawa. 

Jadi? Apa tunggu lagi..? Ini mungkin sebahagian daripada usaha saya untuk bertemu Allah. Jangan bertangguh! Gunakan 'logam' anda dan kemahiran anda itu untuk ISLAM!!!! JOM!


Senarai nama Blog ini sebelum bertukar kepada Diari Bulatan Gembira :
  • My Life My Desire
  • Tentang Saya
  • Aku Dan Bulatan Gembira
  • Diari Bulatan Gembira

Dan, saya mendoakan kesejahteraan buat anda, wahai pembaca yang budiman. Nikmat ukhuwwah ini tentunya selazat Kek Coklat ditaburi hirisan kacang hazel dan walnut. Jumpa anda di syurga, insyaAllah..!


ps: Bilakah pula saya akan memasuki kancah penulisan buku dan majalah? Wohaa!


Wallahualam

No comments:

Post a Comment

''... Katakanlah, ''Apakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sebenarnya hanya orang yang berakal sihat yang dapat menerima pelajaran''

[Az Zumar 39:9]

Daisypath Happy Birthday tickers