Mereka yang Kool :)

Wednesday, May 16, 2012

Cikgu Itu dan Pelajar Ini

Dengan nama Allah Yang Maha Pengampun :)

[Nota secebis]: Entri ini bukan bertujuan untuk mengaibkan. Hanya berkongsi. Pengalaman dari si dia, bergelar pelajar. True story. Dan jika anda tanyakan identiti sebenar pelajar ini, cukuplah saya katakan, dia hanya insan biasa.  Yang hanya mahukan perhatian dan penjelasan daripada seorang insan, bergelar CIKGU.

2003.

Dia seorang pelajar Tahun Empat Arif. Di Sekolah Kebangsaan XY. Ya, dia yang pada awalnya sungguh teruja. Teruja kerana tahun itu dia memakai baju uniform berwarna biru. Bangga seketika kerana dipilih menjadi Pengawas Sekolah. Wuhu...! Siapa tak bangga, menjadi anak cikgu yang serba-serbi pandai, kan..?

Dan, ditakdirkan Allah SWT, kepandaian dia hampir tidak ada dalam satu subjek di sekolah. Matematik. Nombor-nombor. Kira-mengira. Sungguh lambat, lembap, *lampi. Biarpun, emaknya merupakan cikgu cemerlang matematik, namun dia tidak mewarisi kepandaian itu. Hurm... Bayangkan, satu soalan mendarab mengambil masa kira-kira hampir setengah jam lamanya. Duhai, bukankah encik siput lebih laju berfikir untuk berjalan..?

*lambat pikap
Matematik. Kadangkala alergik. [Kredit]
Lalu, pada suatu hari yang hening, masuklah guru Matematiknya ke dalam kelas. Cantik guru itu. Kemas pakaiannya. Lembut rautnya. Dan, apa yang dia suka tentang guru ini, adalah, dia memiliki pen berisi kapur berwarna kuning. Comel katanya. Cikgu itu lalu mulakan sesi pengajarannya. Dan seperti biasa, pelajar ini akan berasa mengantuk, dan kadangkala berkerut dahinya tanda tidak memahami apa yang diajarkan. Dia cuba bertanya, namun eksplenasyen guru itu tidak juga dapat membantu. Berulang kali pun, masih tidak faham. Dia pelik dan ajaib tatkala melihat rakan-rakan yang lain menyalin soalan dan itu dan ini di papan hitam dengan pantas dan efisyennya. ''Aku ni lembap betul. Orang lain dah nak siap dah'', katanya.

Dan seperti biasa, cikgu itu bekalkan para pelajarnya ole-ole matematik untuk 'dimakan' di rumah masing-masing. Sungguh, pelajar ini kebiasaannya akan menyiapkan ole-ole Bahasa Inggeris dan Pemahaman dahulu. Baru beralih kepada ole-ole Matematik. ''Payahnyaaa....!!!! Susahlah nak buat! Bagi banyak-banyak. Macam orang takda kerja lain je.''. dan pelajar ini suka mengomel. 
Yelah, benda kita tak suka. Memang lah asyik merungut je. Hihihi.

Satu perkara tentang pelajar ini, adalah, bukannya dia tak mencuba untuk buat. Jika ada 15 soalan, maka 15 soalanlah dia akan cuba. Hingga nak makan pun susah, kerana takutkan kerjanya yang tak siap. Belajar dengan emak, sudah semestinya. Namun setakat itu saja. Dia belum boleh menguasai dengan cepat dan cekap seperti rakannya di kelas. Maka, pelajar ini hanya menyiapkan soalan yang dia boleh buat sahaja. Dengan harapan, esok bolehlah dia bertanya kepada rakan-rakan atau cikgu itu tentang soalan yang tidak dapat dijawab. Fulamak! Bagus juga pelajar ini. Haha. (selingan)

Esoknya. 

Esoknya, kelas Matematik pada awal pagi. Sebelum rehat. Dan, cikgu itu masuk ke kelas 4 Arif seperti biasa. ''Ok, cikgu nak kamu keluarkan buku tulis semalam dan hantar ole-ole kamu. Siapa dah hantar, boleh duduk''

Menggelabah puyuh pelajar ini. Mana taknya, bukankah dia tak siap beberapa soalan? 
Lantas, dengan tangan yang menggeletar ala-ala kerusi urut Ogawa, dia minta tolong rakan baiknya untuk menolongnya buat. 

Tiba-tiba....

Datang cikgu tadi memungut buku tersebut seorang demi seorang. Dan pelajar ini berasa takut yang teramat. Dia tahu dia akan 'kena'. Namun, dia berlagak normal. Berborak dengan kawan baiknya seperti tidak ada apa. Seperti kerjanya semua komplit. 

5 minit kemudian...

''(nama pelajar itu)...!!!!!!!!!!, meh sini kat cikgu! Apa yang awak buat ni! Rompong sana, kosong sini! Awak ingat awak dah cukup pandai ke tak buat kerja cikgu bagi...???!!! Orang lain siap, takkan awak tak boleh! Harap je anak cikgu!!!''

Buku pelajar itu DICAMPAK ke depan kelas. 

''Awak keluar kelas sekarang! Pergi amik buku kosong awak tu! Carilah mana-mana cikgu Matematik yang sudi NAK AJAR AWAK. Jangan masuk sampai habis kelas! Tak nak tengok muka awak!''
Dia redha. [Kredit]

Kelas serentak terdiam. Senyap. Sunyi. Bunyi cengkerik pun hampir-hampir tak kedengaran. Pelajar ini dengan mata yang berair mengambil buku itu, dan pandang wajah cikgunya. Mengharap simpati. Namun, cikgu itu tidak langsung memandangnya. Dan terus menanda buku tulis rakan-rakannya yang lain. Dia mula menangis dan melangkah keluar. 

Dengan kapasiti fikiran seorang budak berumur 10 tahun, apa lagi yang boleh difikirkannya selain daripada emaknya sendiri. Lalu, dia menuju ke bilik guru dan menemui emaknya. Untuk 10 minit, hanya buku tulis itu yang ditunjukkan dan air mata yang tak sudah-sudah menitis atas meja guru milik emaknya. Tanpa sebarang suara, tak berkata apa-apa. Bukannya dia tak mahu bercerita, namun sebak, rasa terluka masih berbekas. Lalu, dengan sendu, dia menceritakan segala yang terjadi. Padanya, lantaklah cikgu itu nak kata dia mengadu atau apa, dia hanya tahu dia terasa sakit hati dan merajuk. Merajuk yang terlalu dalam. Tak pernah dalam sejarah hidupnya di sekolah itu, dia diherdik, ditengking, dihalau seburuk itu. (sebab itu saya tulis semuanya dalam tanda seru)

Apa yang lebih menyedihkan dirinya, tatkala melihat emaknya menundukkan wajah. Dan menangis. Ya, mujurlah dalam bilik guru itu hanya ada cikgu bahasa Inggeris dan emaknya sahaja. Malu juga jika terlihatkan dirinya yang merah wajah kerana menangis. Dan selepas rehat sahaja, barulah dia masuk kembali ke kelas. Dan senyap membisu hingga tamat waktu sekolah. 
Young Student Crying in Class
Air mata. Teman sejati tika belajar Matematik. [Kredit]
 ********** 
 Ok. Itu kenangan si pelajar ini ketika zaman sekolah rendahnya. Setiap kali 16 Mei, kisah ini akan terbayang-bayang di medulla oblongatanya. Dan kini, apa terjadi kepada pelajar ini..? Dipendekkan kisah, dia akhirnya berjaya memperoleh nombor 1 di dalam kelas dengan peratus matematik 100%. 

Namun, kisah ini tetap akan terpahat selamanya walaupun ia telah berlalu selama hampir sembilan tahun lamanya....

 ps: Selamat Hari Guru dan Murobbi kepada semua guru saya. Jasamu akan ku kenang.
  • Puan Emak, Encik Arwah Abah, keluarga ku sayang
  • Murobbiahku. 
  • Pra Sekolah SK Tanah Putih
  • Sk Tanah Putih
  • Sk Chini 2
  • Sk Ahmad
  • Sk Tanjung Agas
  • SMK Ahmad
  • Kolej Islam Sultan Alam Shah
  • Universiti Teknologi Mara
 dan.... terima kasih yang tidak terhingga buat guru nombor satu, PENGALAMAN dan TARBIYYAH Allah SWT .  

Wallahualam

3 comments:

  1. Wahai... Ini memang true story.... Saya pun dulu ada seorang kawan dekat asasi undang undang yang pernah menceritakan kisah yang sama :) Kesian dekat student tu... Tapi akhirnya dia jadi student yang berakhlak kan :)

    ReplyDelete
  2. touched~~ T_T

    ReplyDelete
  3. touched ke kak..? berat mata memandang, berat lagi bahu yang pikul

    ReplyDelete

''... Katakanlah, ''Apakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sebenarnya hanya orang yang berakal sihat yang dapat menerima pelajaran''

[Az Zumar 39:9]