Mereka yang Kool :)

Monday, December 15, 2014

Berlagak Pasai Pa?

Dengan nama Allah yang Maha Memberkati Lagi Maha Menguji...


Nak bagi hadiah sebenarnya. Sudi tak..? 


[Kredit]


يَا عِبَادِي: إِنِّي حَرَّمْتُ الظُّلْمَ عَلَى نَفْسِي وَجَعَلْتُهُ بَيْنَكُمْ مُحَرَّماً فَلاَ تَظَالَمُوا. يَا عِبَادِي: كُلُّكُمْ ضَالٌّ إِلاَّ مَنْ هَدَيْتُهُ فَاسْتَهْدُونِي أَهْدِكُمْ. يَا عِبَادِي: كُلُّكُمْ جَائِعٌ إِلاَّ مَنْ أَطْعَمْتُهُ، فَاسْتَطْعَمُونِي أَطْعِمْكُمْ. يَا عِبَادِي: كُلُّكُمْ عَارٍ إِلاَّ مَنْ كَسَوْتُهُ فَاسْتَكْسُونِي أَكْسُكُمْ. يَا عِبَادِي: إِنَّكُمْ تُخْطِئُونَ بِاللَّيْلِ وَالنَّهَارِ، وَأَنَا أَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعاً، فَاسْتَغْفِرُونِي أَغْفِرْ لَكُمْ. يَا عِبَادِي: إِنَّكُمْ لَنْ تَبْلُغُوا ضُرِّي فَتَضُرُّونِي، وَلَنْ تَبْلُغُوا نَفْعِي فَتَنْفَعُونِي. يَا عِبَادِي: لَوْ أَنَّ أَوَّلَكُمْ وَآخِرَكُمْ وَإِنْسَكُمْ وَجِنَّكُمْ كَانُوا عَلَى أَتْقَى قَلْبِ رَجُلٍ وَاحِدٍ مِنْكُمْ، مَا زَادَ ذَلِكَ فِي مُلْكِي شَيْئاً. يَا عِبَادِي: لَوْ أَنَّ أَوَّلَكُمْ وَآخِرَكُمْ وَإِنْسَكُمْ وَجِنَّكُمْ كَانُوا عَلَى أَفْجَرِ قَلْبِ رَجُلٍ وَاحِدٍ مِنْكُمْ، مَا نَقَصَ ذَلِكَ مِنْ مُلْكِي شَيْئاً. يَا عِبَادِي: لَوْ أَنَّ أَوَّلَكُمْ وَآخِرَكُمْ وَإِنْسَكُمْ وَجِنَّكُمْ قَامُوا فِي صَعِيْدٍ وَاحِدٍ، فَسَأَلُونِي، فَأَعْطَيْتُ كُلَّ وَاحِدٍ مَسْأَلَتَهُ، مَا نَقَصَ ذَلِكَ مِمَّا عِنْدِي إِلاَّ كَمَا يَنْقُصُ الْمِخْيَطُ إِذَا أُدْخِلَ الْبَحْرَ. يَا عِبَادِي: إِنَّمَا هِيَ أَعْمَالُكُمْ أُحْصِيهَا لَكُمْ، ثُمَّ أُوَفِّيكُمْ إِيَّاهَا، فَمَنْ وَجَدَ خَيْراً فَلْيَحْمَدِ اللهَ، وَمَنْ وَجَدَ غَيْرَ ذَلِكَ فَلاَ يَلُومَنَّ إِلاَّ نَفْسَهُ رَوَاهُ مُسْلِمٌ


 [Hadis riwayat al-lmam Muslim.]
-Hadith 24 Imam Nawawi-
Daripada Abu Zar al-Ghifari r.a. daripada Rasulullah SAW berdasarkan apa yang diriwayatkan oleh Baginda daripada Allah SWT bahawa Dia berfirman:
Wahai hamba-hambaKu! Sesungguhnya aku mengharamkan ke atas diriKu kezaliman dan Aku jadikannya di kalangan kamu sebagai suatu perkara yang diharamkan, maka janganlah kamu saling zalim-menzalimi.
Wahai hamba-hambaKu! Kamu semua sesat kecuali orang yang Aku hidayatkannya, maka hendaklah kamu meminta hidayat dariKu.
Wahai hamba-hambaKu! Kamu semua lapar kecuali orang yang Aku beri makan, maka hendaklah kamu meminta makan daripadaKu nescaya Aku akan berikan kamu makan.
Wahai hamba-hambaKu! Kamu semua telanjang kecuali orang yang Aku berikannya pakaian, maka hendaklah kamu meminta pakaian daripadaKu nescaya Aku akan berikan kamu pakaian.
Wahai hamba-hambaKu! Sesungguhnya kamu bersalah siang dan malam dan Aku mengampunkan semua dosa, maka mintalah keampunan daripadaKu nescaya Aku akan ampunkan kamu.
Wahai hamba-hambaKu! Selama-lamanya kamu tidak akan mampu memudharatkan Aku sehingga kamu boleh memudharatkan Aku.
Wahai hamba-hambaKu! Dan selama-lamanya kamu tidak akan mampu memberi manfaat kepada Aku sehingga kamu boleh memberi manfaat kepada Aku.
Wahai hamba-hambaKu! Sekiranya orang-orang yang terdahulu dan terkemudian dari kamu, manusia dan jin di kalangan kamu, sekiranya mereka semua mempunyai hati bertaqwa umpama hati orang yang paling bertaqwa di kalangan kamu, nescaya hal itu tidak menambahkan apa-apapun dalam kerajaanKu.
Wahai hamba-hambaKu! Sekiranya orang-orang yang terdahulu dan terkemudian dari kamu, manusia dan jin di kalangan kamu, sekiranya mereka semua mempunyai hati jahat umpama hati orang yang paling jahat di kalangan kamu, nescaya hal itu tidak mengurang-cacatkan apa-apapun dalamkerajaanKu.
Wahai hamba-hambaKu! Sekiranya orang-orang yang terdahulu dan terkemudian dari kamu, manusia
dan jin di kalangan kamu, sekiranya mereka semua berhimpun di suatu tempat, lalu mereka meminta daripadaKu (iaitu meminta sesuatu pemberian), lantas Aku kurniakan setiap orang dari kalangan mereka permintaannya, nescaya hal itu tidak mengurangkan sedikitpun apa-apa yang ada di sisiKu kecuali umpama berkurangnya air laut apabila dicelupkan sebatang jarum.
Wahai hamba-hambaKu! Bahawa sesungguhnya hanya amalan kamu yang Aku akan perhitungkannya bagi kamu, kemudian Aku sempurnakan pembalasannya. Maka barangsiapa yang mendapat kebaikan maka hendaklah dia memuji Allah dan barangsiapa yang mendapat selain kebaikan, maka janganlah dia mencela kecuali mencela dirinya sendiri.

Dan... sesungguhnya, kita tak memunya apa apa. Kecuali dengan seizinNya.
Jadi, nak berlagak apa lagi? Heh.

Wallahualam

Tuesday, December 9, 2014

Sebab Memang Panjang!

Dengan nama Allah yang Maha Memberkati...

[Nota di kaki lima]: Buat yang mencari-cari kemanisan berada di jalan ini, sewaktu awal-awal dahulu...



Tak selamanya janji itu terasa manis... [Kredit]

Dulu, ingat lagi masa awal-awal zaman ditarbiyyah, kita berjanji untuk sama-sama berada di jalan ini walau selama mana pun ia, zaman riang gembira, saat tarbiyyah dirasakan sangat manis, pengisian demi pengisian yang kian tak sabar ditunggu, terasa sangat basah dan menyenangkan jiwa. ''Ya, inilah yang aku mahukan dan inilah yang aku cari selama ini!''


Dulu, bulatan yang kita hadiri, bulatan yang besar. Kalau kita lukis bulatan kat tanah, cantikk je. Sebab ramai. Jadi, bulatan yang kita lukis tu pun jadi bulatan yang sempurna. Masing-masing, waktu itu dirasakan bagai adik beradik. Rapat, segalanya kita mampu kongsi dan ceritakan bersama. Jadi, apabila ada ramai, kita jadi bersemangat untuk ke program-program yang murobbi kita sediakan. Masa tu, kalau ada rasa malas atau berat nak pergi pun, kawan-kawan yang lain mesti tarik jugak sampai kita berjaya pergi program sampai habis. Seronok sangat waktu tu!


Dulu, disebabkan rasa tarbiyyah yang basah dan bulatan gembira yang ideal, ada setiap minggu, buku nota kita penuh dengan tulisan dan idea. Hafalan ayat quran yang best-best pun kita catat dalam buku nota tu kan? Amalan kita makin baik, dah mula pandai solat sunat Dhuha, dah mula membaca surah Kahfi setiap Jumaat, dah tak kekok nak berjinak-jinak memakai skirt, baju yang labuh dan longgar sikit dan mula errr.. bertudung labuh. Semuanya dirasakan seronok bila dibuat. 

Namun...

Realiti jalan ini tak selamanya basah, cantik, ideal, indah dan sempurna. Makin lama, ia makin beranjau. Makin lama, makin banyak membutuhkan masa kita, sudah tidak punya banyak masa membuat hal yang kita suka, makin banyak hak yang perlu ditunaikan, banyak benda perlu difikirkan dan diatur. Lalu, segala rasa manis dan basah itu kadangkala hilang, atau pudar sebentar. Ada ketikanya, pergi ke program dengan hati yang kering, semangat yang tumpul. 

Mengapa begitu?

Kerana sunnatullah, jalan ini memang sangat lama dan tersangat panjang. Sampaikan kita sudah tidak tahu mahu ke mana, terlupa tujuan asal kita ditarbiyyah, tujuan asal kita berada di jalan ini. Maka, ramai juga rakan-rakan kita yang tersungkur. Mungkin kita juga ada kalanya berkira-kira merancang strategi, untuk berhenti di jalan ini. Namun, Allah swt tetap memilih kita, masih ada tangan-tangan yang sudi dihulur membimbing kita kembali. 

Ahdaful tarbiyyah. Ya, boleh saja kita lantang dan kencang berdiskusi tentangnya. Kita mahu ditarbiyyah dan mentarbiyyah hingga akhirnya kita mendapat satu cara pandang islam yang paling jelas. Bila dikatakan haram, maka kita sudah tidak kata ''Alaa, sekali ni je. Puhliss.... atau ni kecik je ni.'' Tak, haram maknanya haram. Halal maknanya halal lah. Takda tengah-tengah ya ladis n jentelmen.

Kita juga mahukan end point bila ditarbiyyah ini, kita mampu beramal dan berinteraksi dengan tarbiyyah ini. Maka, segala perasaan kita, keyakinan kita, fikiran kita dan fokus kita segalanya untuk islam. Untuk bekerja demi islam. 



Agreed? [Kredit]

Memang malu tatkala membaca kisah-kisah perjuangan Hassan al Banna dalam pelbagai siri buku tentang diri beliau, bukannya beliau seorang yang imannya stagnant. Adakalanya beliau juga suka mempersoalkan itu dan ini. Beliau juga banyak kali ditentang, gila-gila ditentang, contohnya semasa kisah pembinaan masjid pertama Ikhwanul Muslimin, hanya kerana ada seorang bukan islam yang mahu menyumbang, maka, orang ramai tidak mahu meneruskan usaha ke arah pembinaan masjid tersebut, namun, itu tidak mematahkan semangat beliau. Contoh kedua, ketika hanya beliau dan rakannya, dua orang sahaja yang mempertahankan prinsip mahu memakai jubah ketika di Universiti, hingga dipanggil oleh pengetua, adakah beliau berasa segan selepas itu? Tidak! 

Dan cerita femes beliau yang berdakwah di kedai-kedai kopi tepi jalan, berjalan dari satu kedai ke ekdai yang lain, adakah beliau berhenti hanya kerana orang tidak mahu mendengarnya? Tidak! Sama sekali tidak. Kerana apa? Beliau jelas dengan ahdaf nya. Jelas dengan matlamatnya. 

Dan kita? Hanya beberapa bulan atau tahun ditarbiyyah (itupun kalau kita buat kerja tarbiyyah lah). dah banyak merungut dan bising. Bak kata ukht X, ''tangan tak jalan, mulut je bising''. Ok, perit rasanya. 


[kredit]

Jangan pula kita menjadi seperti Bani Israel. Tatkala di zaman Firaun, mereka menjadi hamba abdi, dibunuh anak mereka yang lelaki, lalu datang Nabi Musa a.s mengajarkan islam, dan memberikan mereka satu kebebasan mutlak sebagai hamba Allah swt yang merdeka, mereka malah ''rindu'' kembali untuk menjadi hamba abdi untuk Firaun itu. 
Hingga mereka yang ditarbiyyah, yang ikut Nabi Musa a.s menyebarangi Laut Merah, kembali kufur kepada Allah swt. 




[127]
Pengikut-pengikut Nabi Musa merayu, lalu) Musa berkata kepada kaumnya: “Mintalah pertolongan kepada Allah dan bersabarlah, sesungguhnya bumi ini kepunyaan Allah, diwariskannya kepada sesiapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambaNya; dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa”.

[129]
Mereka berkata: “Kami telah dianiaya dan diperhambakan (oleh Firaun) sebelum engkau datang kepada kami dan sesudah engkau datang kepada kami”. Nabi Musa menjawab: “Mudah-mudahan Tuhan kamu akan membinasakan musuh kamu dan menjadikan kamu khalifah di bumi, kemudian Ia akan memerhati bagaimana pula perbuatan kamu?”

[130]
Dan sesungguhnya Kami telah menimpakan Firaun dan kaumnya dengan musim kemarau dan kekurangan buah-buahan, supaya mereka insaf mengambil pelajaran.

[131]
Kemudian apabila datang kepada mereka kesenangan mereka berkata: “Ini ialah hasil usaha kami”, dan jika mereka ditimpa kesusahan, mereka mengatakan nahas dan malang itu disebabkan oleh Nabi Musa dan pengikut-pengikutnya. (Tuhan berfirman): Ketahuilah, sesungguhnya nahas dan malang mereka itu hanya di tetapkan di sisi Allah, akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui.


[132]
Dan mereka berkata: “Walau apa sahaja (jenis-jenis) keterangan (mukjizat) yang engkau bawa kepada kami; (wahai Musa), untuk menjalankan sihirmu kepada kami, maka kami tidak sekali-kali akan beriman kepadamu”.

[133]
(Allah berfirman): Kami pun menghantarkan kepada mereka taufan, dan belalang, dan kutu, dan katak, dan darah, sebagai tanda-tanda dan bukti yang jelas nyata, maka mereka juga tetap berlaku sombong takbur dan menjadi kaum yang menderhaka.

[134]
Dan apabila azab yang tersebut itu menimpa mereka, mereka (merayu dengan) berkata: “Wahai Musa! Pohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami dengan (kehormatan) pangkat Nabi yang diberikanNya kepadamu (yang menjadikan permohonanmu sentiasa makbul). Sesungguhnya jika engkau hapuskan azab itu daripada kami, tentulah kami akan beriman kepadamu, dan sudah tentu kami akan membebaskan kaum Bani Israil (pergi) bersamamu”.

[135]


(Tuhan berfirman): Setelah Kami hapuskan azab itu daripada mereka, hingga ke suatu masa yang tertentu yang mereka sampai kepadanya, tiba-tiba mereka mencabuli janjinya


[Al A'raf 7:127-135]

Kerana jalan ini memang panjang, hingga mereka yang qowiy (kuat) juga boleh tersadung. Kerana itu, ingatkan semula diri, apa hadaf atau objektif kita mahu ditarbiyyah ini. Jika kerana manusia, kita akan kecewa. Jika kerana cinta, cinta tidak selamanya ada, jika kerana nama, mati kelak tak membawa nama. 



[Kredit]


Obsesi kita sepatutnya hanya RedhaNYA. 


''Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang di jalan Allah, sehingga mereka membunuh atau terbunuh..''



[At Taubah 9:111]


Moga amal kita makin lama makin kencang. Moga terus thabbat, semuanya. Salam sayang.




ps: Sanah helwah kakak. Sanah helwah semua. Moga diberkati usia kita. Ameen.




Wallahualam

Sunday, October 12, 2014

Nikmat yang Pelik.

Dengan nama Allah yang Maha Memberkati Maha Memelihara...


''Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?''
[Ar Rahman 55:13]


Saya pasti ramai yang familiar dengan ayat di atas. Dalam surah Ar Rahman sahaja, sebanyak tiga puluh ayat daripada kesemuanya tujuh puluh enam ayat. (correct me if i'm wrong) Saya ripit, 30 per 76. Allah swt mengulang ayat yang sama sejibik. Kita tahu, jika sesuatu itu tidak penting, maka Allah takkan sesekali letakkan ia di dalam Al Quran. Apatah lagi, jika ayat itu berulang-ulang lebih dari sepuluh kali!

Saya terhengat, satu tips daripada Puan Pensyarah Undang-Undang saya yang sungguh kiut miut itu, beliau mengatakan, jika mahu tahu isi-isi penting atau 'hint' tentang tajuk yang bakal masuk hekzem, maka, datang kuliah dan perhatikan, bahagian mana yang beliau tekankan banyak-banyak kali. Maka, itulah yang paling penting dan sangat perlu diberi perhatian. 

cc: adik-adik freshies. Heh.


[Kredit]

Satu dua tiga empat menjak ni, saya tidak putus-putus dikelilingi mereka dan mungkin saya sendiri, yang mengalami satu persatu kejadian yang jika difikir logik akalnya, takkan mampu selamat atau masih hidup di donia ini. Paling koman pun, anda bakal berjumpa saya di Wad Aisiyu. Mungkin. 

Seperti adek bulatan gumbira kesayangan yang baru sahaja kemalangan ketika beliau dalam perjalanan pulang  menaiki kereta bersama rakannya. Kerana terlelap sebentar, kereta itu telah hilang kawalan dan berpusing-pusing hampir terbalik kereta tersebut. Subhanallah, kepalanya terhantuk agak kuat ke tepi kereta. Dan lebih memburukkan suasana, akibat kereta yang berpusing-pusing itu telah masuk ke laluan kenderaan bertentangan, maka, ada kereta yang dari arah bertentangan itu hampir merempuh mereka! 

Saya teringat kata-kata adik ini, ''Masa tu saya ingat Allah je. Dah bersedia nak mati''

Tapi ditakdirkan, belum masanya. Belum lagi. 

Masih ada sesuatu yang belum selesai sebelum pergi bertemuNya. Mungkin. Kerana Dia tahu masih belum bersedia untuk menemuiNya.


Allah.

Besar pertolonganNya, kan adik?

Dan semalam, saya juga melalui detik-detik mencemaskan, apabila hampir dirempuh dengan sebuah kereta yang melanggar lampu isyarat merah, dengan kelajuan yang memang boleh membunuh, seriyusli. Jarak antara kereta saya (setelah brek kecemasan) dan kereta tersebut hanyalah 1 cm. Ya,saya berani katakan sedemikian kerana jika saya boleh keluarkan jari saya melalui cermin hadapan, saya sudah boleh pegang body kereta tersebut. Haila incik atau puan atau cik (tak sempat tengok siapakah gerangan hamba Allah ini), moga anda berubah dan moga Allah ampunkan dosa kita. 

Jadi bagi anda yang memandu, jangan ambil remeh soal ini. Jika hari siang, dan terafik lait disediakan, ditambah pula berada di Bandar Kelumpo, kereta sesak dan banyak, saya mohon, mohon dan mohon, jangan jadi rempit. Lebih-lebih lagi kita yang kununnya bergelar daie, tunjukkan qudwah yang baik. 

Itu baru contoh di jalan raya. Banyak lagi kejadian lain yang menuntut pengorbanan dan tak tipu, air mata udah gaya air terjun Ulu Yam mengalir tanpa diminta.

Tak perlu rasanya saya ceritakan semua, kerana kita masing-masing diuji. 

''Kalau senang je, tu bukan dakwah, dik oi'' kata si kakak itu. 

Guruh.



Namun, satu benda yang saya sedar, setiap kali Allah datangkan ujian dan peristiwa yang menggugah jiwa saya yang marhaen ini, DIA pasti tidak pernah lupa, menunjukkan sekali kasih sayangNya. Walaupun, di fasa itu, mungkin saja kita tidak melakukan kerja dakwah sungguh-sungguh, kita masih berbuat jahiliyyah berulang kali dan mengharapkan Allah menutup aib kita, yang mana jika dibuat dengan sesama manusia, kita pasti diberi pakej percuma caci dan maki. Seriyusli tak tipu. (sambil angkat sumpah)


Dan nikmat merasakan ujian itu satu kemanisan adalah satu benda yang... err...

Hulur tisu kejap. 





Ok sudah.

Dan nikmat merasakan ujian itu satu kemanisan adalah satu benda yang undiskraibebel.
Yang diperoleh jika kita punya satu kefahaman yang mendalam terhadap Islam. Dan percayanya kita pada Allah swt. 

Manis kalah gula-gula seposen lima. Heh. [Kredit]
Agaknya, sebab itulah rukun pertama yang perlu dihadam ialah FAHAM. Maaf, saya tak bercadang mahu menulis panjang. Takut amal tak kencang, sembang saja gebang. 


*********************



Buat du'at yang bekerja,
Yang kerjanya membina manusia,
Yang pernah disindir,
Yang pernah dikeji,
Yang pernah diboikot,
Yang pernah difitnah,


Buat du'at yang berlelah,
Yang lelahnya kerana Allah,
Ada tikanya,
Menangis seorang,
Tak mampu bercerita,
Ada tikanya,
Berkira-kira duit,
Biar lebih untuk membina manusia,
Tak cukup untuk diri sendiri tidak mengapa,
Ada tikanya,
Mampu bertemu keluarga satu hari sahaja,
Ada juga yang melalui panggilan telefon sahaja.

Buat du'at yang merapuh,
Kenang kembali hatimu,
Apakah ikhlas keranaNya,
Apakah kerana sayangkan manusia,
Sudah jauh kamu melangkah,
Sudah banyak DIA membantu,

Teruskanlah,
Walau satu persatu hilang dari kamu,
Teruskanlah,
Walau kau tidak mampu meluahkan,
Walau mereka tidak memahami,
Kerana hakikatnya,
Kamu yang bekerja,
Kamu yang alami,
Kamu jangan lupa.
Kamu rapuh, Allah masih ada.

Ya, Allah masih ada.
Dan tetap ada. 





Wallahualam

Friday, September 26, 2014

Cermin Cermin Di Dinding

Dengan nama Allah yang Maha Memberkati Lagi Maha Pengasih

Hoh? [Kredit]
Alhamdulillah thummalhamdulillah, saya baru selesai menyiapkan beberapa permintaan tugasan yang tergendala. Apabila saya yang marhaen ini, diminta untuk menulis tentang bagaimana saya ditarbiyyah dahulu, sebenarnya terasa tidaklah layak untuk berkongsi. Usia empat tahun ditarbiyyah sebenarnya sangat sekejap dan sangat muda lagi. Kalau anak empat tahun, mungkin boleh bercakap dengan lancar, boleh bermain bola dengan ligat, tetapi masih meminta susu botol daripada Puan Mummynya. Heh. 

Tapi sejujurnya, siapalah saya tanpa DIA yang memilih. Memilih untuk saya terus dan masih teguh di jalan ini sehingga ke hari ini. Saat ini. Walaupun sudah banyak rasanya, hasil kerja yang tidaklah sehebat syuyukh, pak ostad juga ostadjah luar sana, ditambah dengan kefuturan dan bayang-bayang jahiliyyah yang suka menjengah, Allah masih sudi memilih. Nak nanges sekejap boleh? 



Ok sudah.

Dalam jalan ini juga, saya semakin mengenali orang ramai. Saya akui, siapa-siapa pun takkan kuat jika dirinya dibiarkan sendiri. Tiada tangan yang menolong saat tangan sendiri patah, tiada kaki yang membawa saat kaki sendiri tempang, tiada mulut yang tolong ketika diri sendiri terdiam membisu. Lumpuh sepenuhnya. Jenuh begitu. Saya juga seperti anda, memerlukan akhawat di sisi. Yang saya boleh ceritakan segala-galanya tanpa rahsia. Tanpa segan dan bimbang cerita panas sensasi akan diaplod ke MukaBuku. Heh. Jazakumullahu khairan katheera semua. Meh nak sayang sikit. Heheh.


Sebenarnya, satu hakikat yang perlu difahami adalah, erti teguh (baca:thabbat) bukanlah umur kita ditarbiyyah. Allah swt  mungkin takkan kisah dengan tempoh berapa lama kita ditarbiyyah. DIA hanya kisahkan AMAL. Berapa banyak yang sudah diberi, dikorbankan untuk jalan ini. 

''Yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya...''

[Al Mulk 67:2]


Kerana itu, sangat krusyel untuk disemak balik, apakah setelah tiga, empat, lima, enam , sepuluh tahun kita claim kita ditarbiyyah, kita ligat ke sana sini berdiskusi mengenai hadek-hadek bulatan gumbira, bersengkang mata bermesyuarat untuk program akan datang, cuba kita semak semula, muhasarawak, apakah kita sudah betul-betul, benar-benar boleh dikatakan ditarbiyyah?

Untuk kali ini, tiga benda saja yang kita cek. Yang pada saya UTAMA. 

1. Sanggup belajar daripada kesalahan

Saya tahu kita boleh belajar daripada kesilapan kita yang lepas. Tapi, berapa ramai yang mampu mengaku dia berbuat kesalahan itu. Menuding jari pertama-tamanya kepada diri sendiri. Ada akhawat osem pernah berkata, ''kesalahan kita bukanlah aib, tak belajar dari kesalahan itu sebenarnya mengaibkan''

Dan saya juga tak terlepas daripada melakukan kesalahan itu. 
Ampun pak ampunnn!!!


Sesungguhnya orang yang paling aku cintai dan paling dekat denganku tempat duduknya pada hari kiamat adalah orang yang paling baik akhlaknya. Dan sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh dariku pada hari kiaat adalah orang yang suka berbuat keributan yang berbicara dengan cara dibuat-buat dan berpura-pura alim''

[Riwayat at Tirmizi]


2. Terbuka terhadap perubahan

Kita tahu bahawa produk akhir daam tarbiyyah adalah satu transformasi. Perubahan. Jika ditarbiyyah, tetapi masih lah begitu, fikir semula, pasti ada sesuatu yang tidak kena berlaku. Jika semasa setahun ditarbiyyah, kita tidur 8 jam sehari, lalu, setelah empat tahun ditarbiyyah, kita masih lagi punya lapan jam untuk tidur, errr, saya rasa itu tidak sepatutnya berlaku. 

Begitu juga ilmu pengetahuan kita, buku sudah berapa kita khatam? Peta dunia sudah dikajikah? Hukum nun mati settle kah?

Bom datang. 


3. Bejiwa sensitif BUKAN emosi

Pergh ini sumpah terkena tepat bagi wanita. Lagi-lagi yang bergelar akhawat. Sensitif maksudnya peka pada siapa kita berkata-kata, situasi apa kita sedang berada dalam (ayat direct translate English), dan juga apa yang kita mahu katakan. Jika emosi lebih, pasti ramai yang akan terasa hati, lebih dikhuatiri, ramai yang lari kerana faktor emosi. 
Hailaaa... Sensitif juga pada fitrah manusiawi. Adakah kita menggunakan tempoh masa kita kononnya LAMA ditarbiyyah tu, untuk meletakkan salah kepada adik-adik? A big NO. 
Belajarlah untuk rasional. Kerana segala pertimbangan dan keputusan akan menjadi semanis gula dalam puding triffle. Okbai.

Adakalanya kita perlu jatuh, dan buat kesilapan untuk kenal erti perubahan [Kredit]
Anda tahu empat ciri akhlak seorang Muslim itu?
1. Tidak cepat marah
2. Berkata yang baik/diam
3. Jauhi perkara sia-sia/ jahiliyyah
4. Mencintai saudara seperti mencintai diri sendiri. 

I ripit. Chenta. Okbai.

Ya, cukuplah tiga ciri itu. Saya yang dahulu kena buat semua ini kan? Ohoiiii. Besaq punya amanah habaq hang!

Kerana dakwah adalah cinta. Berilah sehabis daya mu [Kredit]
Ya, sebenarnya banyak kita boleh belajar daripada cermin. Walaupun ada yang kata cermin itu mengejek, errr, tidak mengapa. Selagi kita boleh melihat diri, itu dah cukup. Heh. 


Selamat memperbaharui niat, semoga kita tidak sekadar 'suka' buat kerja ini, kerana kita 'suka'kan kesibukan. Belajarlah untuk memikul dan memahami erti 'amanah'.

Err... Apa lagi...?

Selamat bercermin!




 Ps: Selamat bertebaran semuanya. Moga semua dirahmati Allah swt. Buat akhawat, Ukht A yang selamat berwalimah, asif jiddan 'ala kulli hal tak dapat datang. Tunggu walimah saya, nanti kamu datang yaa. Kbai.

ps II: Syafahallah buat Puan Mummy yang diuji kesihatannya tapi masih degil nak gi opis buat kerja,adik ikat baru tahu. Lebiyu mami.



Wallahualam

Sunday, August 31, 2014

Merdeka Yang Tidak Tidak Merdeka

Dengan nama Allah yang Maha Memberkati Lagi Maha Mengampuni
Merdeka, letaknya pada jiwa. Bukan kata semata. [Kredit]
[Nota picisan] : Sebenarnya, entri ini memang khas untuk Merdeka. Ya, rasanyalah. Heh. 


Err. Sekejap yaa... Ada habuk lima inci. 

Ok. Boleh sambung. 


Alhamdulillah thummalhamdulillah, Allah swt masih lagi mengijinkan kita bersama-sama meraikan hari bersejarah untuk negara terchenta, Malaysia. Err, raikan? Betul ke? Sejujurnya, saya sudah penat melihat siaran yang 'sama' setiap kali tiba Hari Kemerdekaan. Ya, untuk sedikit panjang (baca: to some extend), saya masih lagi boleh meng-otakkan bahawa perbarisan saban tahun itu sedikit sebanyak mengembalikan semangat sayangkan negara dan memperkenalkan pelbagai aset-aset negara berbentuk kereta dan kuda. Namun, persoalannya, sampai bila mahu terus-terusan kita mengumpulkan pelbagai jenis golongan dari seluruh pelusuk negara, dari sektor kerajaan, budan bukan kerajaan mahupun persendirian, anak-anak sekolah, dan golongan pencen (eh), hanya untuk melaungkan ''Merdeka!'' tapi kesannya tidak lah selama mana. 

Saya sangat teruja, mata berkaca-kaca saat menonton saluran History di Astro sebentar tadi bersama Puan Emak, Cik Kakak dan Incik Abang mengenai pendudukan Jepun di Tanah Melayu serta ''Darurat'' oleh British. 

Ya, makcik dan pakcik sekalian. Saya sedang bercakap mengenai SEJARAH. 

Sejarah yang dipandang satu teori semata-mata.
Sejarah yang belajar untuk kita dapat A tambah dalam Espiyem.
Sejarah yang bosan dan kuat menipu. 

KIta perlu kembali kepada Sejarah itu. Saya tidak nafikan, sebelum saya mengenali jalan ini, sejarah pada saya adalah satu raksasa yang jelek, kadang-kadang suka berubah ikut kata orang, jika diceritakan hensem, maka saya bayangkan hensem, jika dikhabarkan jelek, maka saya turut berasa meluat. Itu tipikal saya. Namun, ehem, setelah disentuh dengan Ini Sungguh Kool, setiap apa yang terjadi hatta merdeka atau tidaknya kita, semuanya berkisar di sekeliling isi-isi penting dalam pengisian itu. 

Faham? Tak faham? Tulah, lepas ni gi lari mintak Ini Sungguh Kool hokey..?

Maka, apalah erti merdeka kita tanpa mengenali sejarah kita sendiri. 
 Aku rindukan pemuda yang tidak tidur malam memikirkan masalah umat. [Kredit]
Di saat kita yang melaungkan merdeka di Dataran Merdeka yang sungguh luas itu, tidak sampai lima puluh meter dari kita, wujudnya anak-anak gelandangan yang masih menyelongkar tong-tong sampah mencari sisa-sisa makanan mereka yang hadir untuk ''countdown''. 

Di saat kita menyuruh ibu di rumah jahitkan baju kurung bendera Jalur Gemilang, negara kita masih mempunyai rakyat yang baju seluarnya tidak bertukar tiga empat hari. 


Dan di saat kita sibuk menghapdet status dan gambar-gambar sensasi sempena Merdeka, masih ada lagi orang tua yang dibiarkan saja oleh anaknya, derhaka tahap tujuh petala langit mendung.

Akhlak kita.
Itukah merdeka kita?
Yang susah semakin susah. Yang kaya teruslah kaya. 

Senyum sinis. 


Anda tahu, sejak 24 Ogos 1511, ala, masa kita dijajah oleh Portugis nun, macam-macam yang cuba Portugis buat pada kita. Perubahan demi perubahan. Kemudian, diikuti oleh Belanda pada tahun 1641 dan diekori rapat oleh Inggeris pada tahun 1824 melalui Perjanjian Inggeris-Belanda. Kemudian, kita sangat tahu bahawa pada 1945, tahun bermulanya siri penyeksaan demi penyeksaan, dan akhirnya datanglah ''HERO'' iaitu British. 

Ok, itu secara kasar dan singkatnya. Namun, adalah sangat krusyel ya tuan-tuan dan puan-puan sekalian, untuk kita melihat, apa sebenarnya yang telah terjadi, di sebalik siri penjajahan ini. 

Err, ada orang Melaka kat sini? Mohon angkat tangan. 

Ya, jika dilihat di Melaka, pada awal-awal penjajahan Belanda, mereka sudahpun menjajah dengan mendirikan pelbagai jenis bangunan bersejarah yang kini menjadi tumpuan pelancong untuk berselfie dan 'done!'. Jom balik! 

You can just name it. 

Kota A' Famosa, Muzium Melaka, Muzium Kapal Selam, Makam Hang Tuah, err, ceritakan pada saya, dalam berapa juta pelancong yang melawat saban tahun, berapa ramai yang boleh ceritakan semula iktibar atau ibrah daripada lawatan mereka ke tempat-tempat bersejarah tersebut dengan mengaitkan ia dengan merdeka kita dan negara yang masih begini? 


[kredit]
Kadangkala, kita yang belajar Sejarah bermula daripada seawal umur tiga belas tahun ini juga akan terlupa. (ok fine, tu sejarah tak betul kan, takyah ingat takpe, Cik Prada. Heh)

Maksud saya di sini ialah, keterujaan kita melihat bangunan bersejarah ini tidak membantu kita sangat pun untuk memahami ibrah-ibrah daripada penjajahan ini. Kita tidak pula membenci Belanda kerana menukar pakaian menutup aurat kita kepada dress, skirt pendek dan sebagainya seperti yang terjadi di dalam ceghite P.Ramlee itu. 


Kita masih boleh bergelak ketawa dan komen yang tidak tidak.
''Oh! Mungkin Kota ini patut dicat warna merah jambu.''

Blergh.

Lalu, belajarlah daripada British. Et lis. 

Mengapa?

Kerana mereka telah melihat bahawa mendirikan bangunan-bangunan bercirikan Inggeris tidak akan mampu membuatkan rakyat kita, umat Islam semuanya menurut cara hidup orang Kuffar. Tidak.
Lalu, mereka menjajah dengan Pendidikan.

Penang Free School.
Malay College Kuala Kangsar (MCKK).

MCKK jika dilihat, mereka yang berhak menjadi para pelajar di situ adalah dalam kalangan anak-anak raja, anak-anak bangsawan dan paling tidak, mereka yang berpengaruh. Ala-ala CEO gitu. Diajar untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris dan memakai kot sebagai pakaian rasmi. 

Err, sesungguhnya Malaysia ini beriklim panas dan lembap sepanjang tahun, bukan..?

Pnadai tak pandainya they ols ni, lihat sahaja apa terjadi kepada sistem pendidikan kita pada hari ini. 
Silibus ditentukan oleh mereka. 
Buku teks dan rujukan juga diambil contohnya daripada mereka.
Sehinggakan, (haaa, point ni saya memang suka!), bagaimana keadaan di mahkamah, hitam putih peguam, cara bertutur semuaaanyaaa ada etika. 


Haihhh.

Dan sayang sekali, 'merdeka' kita juga disambut dengan cara mereka. 

Tunduk nangis.


Sayang Malaysia. Ya. Saya sayangkannya. [Kredit]
Kita tak peduli kita bercampur lelaki perempuan, asalkan kita dapat laungkan merdeka.
Kita tak kisah jika sampah bertaburan hasil tangan kita yang tak pandai nak buang sampah, asalkan kita dapat kibarkan Jalur Gemilang.
Kita tak heran kita terlepas solat, asalkan persembahan perbarisan kita 'perfect!'


Jika inilah merdeka yang kita banggakan...

Kita silap.
Silap besar.
Ini bukan merdeka.
Ini penjajahan. 

Ya, Islam sangat sangat sangat menganjurkan kita sayangkan negara kita, tanah air kita.  Jika tidak, mana mungkin Rasulullah saw dan para sahabat berhempas pulas berjuang untuk kembalikan semula Makkah. 

Anda...

Kerana sayangkan Malaysia, yang lebih penting kerana Muslim, seorang daie yang sudah faham itu tugasnya tersangat berat dan banyak. Merdeka Malaysia, boleh jadi letaknya di tangan kita?

Tidak mengapa jika terasa tidak merdeka di dunia, asalkan kita sama-sama merdeka di sorga sana. 

''Ilal jannati zumaro'' kan?

Kerana di sorga, lahirnya sebuah chenta. 


Selamat Menyambut Hari 'Kemerdekaan' yang ke 57.
Sinis.

**********************



Berkurun terukir sejarah alpa,
manusia dihanyut indah yang fana,
terlupa pada fitrah wujudnya,
hanya ditaraf hamba.

Tenggelam pada bisikan dunia,
tak sedar langkah mudik ke sengsara,
tergoda pada hasut sengketa,
rebut fatamorgana.

Telah disuluhkan laluan,
diberi segala pedoman,
seiring akal dan fikiran,
mengapa kehilangan.

Telah tertulis pengakhiran,
pada selembar takdir insan,
jiwan yang penuh penyerahan,
Itu yang dijanji syurga.

-Hanyut by Unic-


Wallahualam

Tuesday, July 22, 2014

OROT Pecutan 21 : Ini Kerja Gila!

Dengan nama Allah Maha Memanjangkan Usia, Maha Mengerti...

[Nota kalau baca tak sampai seminit]: Manifestasi daripada buku Muntalaq, maka puisi ini dicipta. Khas buat anda yang bersama-sama mahu melakukan kerja GILA!



**********************

Mahu bersama kami? JOM! [Kredit]



Kerja kami, 
Kerja gila
Siang kami kerja,
Malam kami mengembara.

Kerja kami,
Memang gila,
Adakalanya tidur dua jam cuma,
Penat menyusun program KITA.

Kerja ini,
Memang gila,
Walau tanpa sesen harta,
Langkah dihayun juga.

Terkadang,
Kami jatuh berkali-kali,
Sakit tak tertanggung,
Tapi mulut berat nak cerita,
Hanya pada Allah,
Kami menyapa.

Sebut sahaja ujian melanda,
Hampir semuanya kami rasa,
Gagal periksa,
Disindir keluarga,
Rosak kereta,
Duit tabung tiada,
Erm...
Pendek cerita...
Semualah!

Tapi,
Apa nak dikata,
Kan Allah janjikan syurga,
Haaa... Inilah kerja kami!
Inilah kerja gila kami!

Oleh, 
Cikprada
190714
Malaysia

**********

ps: Moga kegilaan ini dapat membina manusia. Ingatlah, pada setiap insan yang kita kenali, pasti ada hak mereka untuk ditunaikan.

'Tujuan KITA adalah untuk kembalikan manusia kepada Islam'
-As Syaheed Hassan al Banna

Oh yeah? [Kredit]


Wallahualam
Daisypath Happy Birthday tickers