Mereka yang Kool :)

Tuesday, July 22, 2014

OROT Pecutan 21 : Ini Kerja Gila!

Dengan nama Allah Maha Memanjangkan Usia, Maha Mengerti...

[Nota kalau baca tak sampai seminit]: Manifestasi daripada buku Muntalaq, maka puisi ini dicipta. Khas buat anda yang bersama-sama mahu melakukan kerja GILA!



**********************

Mahu bersama kami? JOM! [Kredit]



Kerja kami, 
Kerja gila
Siang kami kerja,
Malam kami mengembara.

Kerja kami,
Memang gila,
Adakalanya tidur dua jam cuma,
Penat menyusun program KITA.

Kerja ini,
Memang gila,
Walau tanpa sesen harta,
Langkah dihayun juga.

Terkadang,
Kami jatuh berkali-kali,
Sakit tak tertanggung,
Tapi mulut berat nak cerita,
Hanya pada Allah,
Kami menyapa.

Sebut sahaja ujian melanda,
Hampir semuanya kami rasa,
Gagal periksa,
Disindir keluarga,
Rosak kereta,
Duit tabung tiada,
Erm...
Pendek cerita...
Semualah!

Tapi,
Apa nak dikata,
Kan Allah janjikan syurga,
Haaa... Inilah kerja kami!
Inilah kerja gila kami!

Oleh, 
Cikprada
190714
Malaysia

**********

ps: Moga kegilaan ini dapat membina manusia. Ingatlah, pada setiap insan yang kita kenali, pasti ada hak mereka untuk ditunaikan.

'Tujuan KITA adalah untuk kembalikan manusia kepada Islam'
-As Syaheed Hassan al Banna

Oh yeah? [Kredit]


Wallahualam

1 comment:

  1. Part awal puisi tu ada bunyi mcm dalam scene Pendekar Bujang Lapok. Waktu Pendekar Mustar tanya diorang bertiga kerja apa. Mana tahu, bujang lapok pun DnT juga. Sungguh ini mmg kerja gila :) Thumbs up!

    ReplyDelete

''... Katakanlah, ''Apakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sebenarnya hanya orang yang berakal sihat yang dapat menerima pelajaran''

[Az Zumar 39:9]

Daisypath Happy Birthday tickers