Mereka yang Kool :)

Wednesday, August 29, 2012

Ini Buat Anda yang Bergelar Rakan Baik.

Dengan nama Allah yang Maha Mengeratkan Ukhuwwah Kita :)

 Alhamdulillah tsumalhamdulillah, Allah masih berikan lagi satu detik untuk saya memberikan sedikit saham syurga untuk kita, biidznillah. Lagi dua jam, saya akan bergerak pergi untuk bulatan gembira yang terakhir (insyaAllah) bersama adik-adik yang sumpah dirindui! Dan selepas ini mereka bakal memperoleh 'mama' baru. Hehe. Mungkin ada yang tahu. Mungkin ramai yang tak. Saya bakal menamatkan kontrak sebagai penganggur di rumah yang hanya mempunyai sijil dan kembali menjalankan kerja sebagai pelajar undang-undang sivil sepenuh masa. Ya, itu pun satu lagi nikmat Allah bagi. Seriyusli. (kenapa tiba-tiba teringat Ijazah VS Risalah ya? )

[kREDit]
Entri ini sejujurnya ingin saya sampaikan buat usrati. Juga teman baik saya yang juga jiran saya sejak kami masih bayi. Omputih kata Bespren foebe en ever. 

Mustahil jika setiap seorang dari kita tidak mempunyai teman atau rakan, bukan? Anda masih ingat tak semasa tadika, atau pra sekolah, kita selalu bermain 'taknak kawan' dengan kelasmet sendiri. Hahaha. Hingga ada yang mengutus surat walaupun tak reti mengeja lagi. Ada yang lebih parah, siap lukis gambar. Hailaaaa. Pecah perut saya jika diingatkan kembali momen-momen itu.Oh ya, cikgu saya pernah merampas surat 'taknak kawan' daripada salah seorang kawan saya dan dia didenda naik atas kerusi hingga habis kelas. :)

As time goes by , kita semakin melangkah ke alam remaja dan kemudian dewasa atau tua. Kita tetap ada rakan. Eh, tapi... tapi... saya tak ada kawan baik pun. Kawan rapat tu ada lah. Acano tuu?
Ok, foine. Tapi anda masih ada rakan, bukan? Jangan tipu lah kalau anda tak pernah pinjam duit rakan, atau makan sama-sama, atau pinjam baju, tiru kerja rumah (ehem) atau et lis tahu nama nya? Haaa. Itu semua membuktikan anda baik dengan rakan anda itu.
  
Jika sebelum saya mengenali apa itu dakwah dan tarbiyyah, saya ada rakan baik. Saya berkawan dengannya sejak sebelum saya masuk alam pra sekolah lagi. Dan alhamdulillah, hingga kini ukhuwah kami seperti kasut dan stoking! Belangkas atau err... Apa apa jelah yang anda ibaratkan.
Jikalau dahulu, saya sayangkannya, hargainya kerana kami satu kepala. Kami berkongsi apa-apa sahaja. Saya akui beliau merupakan orang berada. Namun, dia tak pernah menunjukkan atau hidung tinggi dengan kekayaannya. Malah, dia gembira berkongsi. Saya masih ingat, kami dikejar ayam Belanda di rumahnya yang hanya selang sebuah dari rumah saya. Dan, kami juga berbasikal bersam-sama hingga jatuh di jalan raya. Juga, memanjat pokok mempelam sambil menikmati aiskrim dua posen sambil tergaru-garu kerana digigit kerengga. Oh, indahnya! Sumpah seronok!

Obviesli ini bukan kami. Haha. [Kredit]
 Lebih-lebih lagi kami mempunyai dua karakter yang sedikit berbeza tapi kami serasi. Dia sedikit pemalu dan kurang keyakinan diri (cuak-cuak gitu) dan saya sebaliknya. Dia kurang mahir membuat karangan, dan saya sebaliknya. Dia pandai mengira dan cekap mengira, dan saya sebaliknya. Dia mahir komputer dan saya sebaliknya. Semuanya kami ajarkan satu sama lain, dan hasilnya... Walah!

Namun, setelah saya bersahabat baik dengan dakwah dan tarbiyyah, saya mula mengetahui, saya sepatutnya sayangkan rakan baik saya itu, kerana Allah semata-mata. Kerana itu suruhanNya!
Bukan kerana alasan satu kepala, dia comel, bergaya, kaya atau genius! Bukan! Subhanallah! Hal ini lebih terpukul apabila satu hari dalam bulatan gembira saya, kami berdiskusi mengenai dua hamba Allah yang sangat melengkapkan satu sama lain. Ya, dan saya sempat mencari beberapa bukti ayat-ayat Allah yang menceritakan tentang kisah dua sahabat baik ini :) Haa, agak-agak sapa ?

''Dia (Musa) berkata, ''Ya Tuhanku, sungguh aku telah membunuh seorang dari golongan mereka, sehingga aku takut mereka akan membunuhku. Dan saudaraku Harun, dia lebih fasih lidahnya daripada aku, maka utuslah dia bersamaku sebagai pembantuku untuk membenarkan (prkataan)ku;sungguh aku takut mereka akan mendustakanku''
[Al Qasas 28: 33-34]

''Kemudian setelah mereka, Kami utus Musa dan Harun kepada Firaun dan para pemuka kaumnya dengan membawa tanda-tanda kekuasaan Kami...''
[Yunus 10:75]

'' Dan jadikanlah untukku seorang pembantuku dari keluargaku, yaitu (Harun) saudaraku, teguhkanlah kekuatanku dengan (adanya) dia, dan jadikanlah dia teman dalam urusanku''
[Taha 20: 29-32]

''Dia (Musa) berkata, ''Ya Tuhanku sungguh aku takut mereka akan mendustakanku, sehingga dadaku terasa sempit dan lidahku tidak lancar, maka utuslah Harun bersamaku''
[As-Syu'ara' 26:12-14]

''Dan sungguh Kami telah melimpahkan nikmat kepada Musa dan Harun''
[As-Saffat 37: 114]

''Selamat sejahtera bagi Musa dan Harun''
[As- Saffat 37:120]

Hah, seee! Banyak bukan Allah mensyen nama mereka berdua dalam Al Quran? Tu lah, kakak naqibah suruh tadabbur banyak-banyak, tak nak! Malas! (pesanan untuk saya lah tuuu)

Dalam ayat-ayat di atas, jelas sekali Nabi Musa A.S mempunyai ciri-ciri sedikit cuak manakala Nabi Harun yakin dan fasih berbicara. Banyak sekali peristiwa yang melibatkan mereka bersama. Bagaimana manis! (How sweeeeeeeeet!)

Jadi, buat anda yang mempunyai rakan taulan yang rapat dan baik, hargailah mereka , sayangilah mereka dan bersama-samalah mereka dalam jalan dakwah dan tarbiyyah ini. Buat rakanbaik saya ini, saya sentiasa doakan anda agar ditemukan, dibukakan hati ke arah jalan islam yang syiok ini! Kau tahu kan kau kool! Lebih kool kalau berada dalam jalan ini! *senyum penuh makna
[Kredit]
Akhir kata :)

''Andaikan dakwah bisa tegak dengan seorang diri, 
Tak perlu Musa mengajak Harun,
Tak perlu Rasulullah SAW ajak Abu Bakar temani berhijrah,
Meskipun pendakwah itu seorang yang alim, faqih dan ada azam yang kuat, 
Tetap sahaja manusia itu lemah
Dan akan selalu
Memerlukan saudaranya.
Meskipun saudaranya itu memiliki banyak keterbatasan,
Peliharalah dia dan jangan 
Kau siakan saudaramu
Kerana dia sangat mahal harganya dan mungkin
Dialah yang selalu mendoakanmu di setiap langkahmu. ''
-Kak Paah- 

Sahabat terbaik dunia dan akhirat :)
Izzah Kamilia Binti Bahter Nasir
Najihah Binti Abd Raof
Nur Shafeeqa Farhaana Binti Rohezat
Nurul Salehah Binti Mohd Yusof
PUtri Fadila Binti Meli @ Ramli
dan
...
 
PS: Salam Merdeka buat semua pembaca blog DBG. Hayati erti merdeka yang sebenar, dan insaflah, renunglah mengapa kita kini dijajah pemikiran, mengapa acuan barat jadi ikutan? 
 

Salam sayang dari insan yang bersahabat baik,

Sunday, August 26, 2012

Berubah Tapi Liat. Mengapa?

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Maha Memujuk Hati :)

Saya kira semuanya sudah berada di rumah masing-masing setelah penat berhari raya, 'melantak' lemang, rendang, nasi himpet dan kuah kacang (pebret) serta menebalkan poket dengan duit raya juga berkali-kali menjadi pelanggan setia stesen minyak Shell dan Petronas kerana ingin menziarahi sedare mare. Alhamdulillah. 
[Kredit]
 Makanya tajuk entri kali ini sudah terang dan jelas tak perlu berteka-teki. Sudah lama juga saya terfikir-fikir hal ini. Memandangkan adik-adik bulatan gembira yang comel sudah meminta pencerahan, maka saya yang memang marhaen tanpa selindung lagi akan cuba menjawab. Seperti dalam post sebelum- sebelum ini, sejajar dengan konferens riang Saya Jujur (tak nak bagitahu maksud sebenar nanti bocor sebelum waktu kepada adik-adik, hehe) yang bakal dilangsungkan jika ada kesempatan dan keizinanNya, saya sudah memberitahu karat-karat jahiliyyah yang pernah saya dambakan dan hidup bersama sekian lama. Allah... 

Anda, kejap. Kibod saya bertakung air. 

Ok. Sambung semula. Walaubagaimanapun, saya tidak memberitahu apa sebab musababnya seseorang itu mahu berubah, ada azam mahu berubah tetapi liatnya.... MasyaAllah! Kalah potong daging rusa bahagian urat. Liat sungguh!

Dan, setelah saya melakukan beberapa kaji selidik dan ditambah dengan pengalaman sendiri, hehe, maka ini resolusinya yang saya dapat senaraikan di sini. 

1. Orang di sekeliling sokong dosa yang dilakukan

Sejujurnya, saya pernah merasakan hal ini. Tatkala kita riang gembira melakukan dosa dan perbuatan mungkar seperti mendedahkan aurat, tinggalkan solat, menyanyi (bagi wanita) dan lain-lain lagi, orang sekeliling kita turut menyokong. Malah sanggup berhabis demi kita. Lebih membuatkan air mata jatuh bak air terjun Panching, Kuantan, bila ahli keluarga sendiri yang menyokong! Jadi, bila mereka yang bertalian darah dengan kita pun memberikan lampu hijau, takkan kita tak nak bukan..?


2. Rasa normal bila ada 2 Golongan. Tudung labuh berjubah VS 'Biasa-biasa saja'

Kita cenderung untuk rasa normal terhadap kewujudan dua golongan ini. Heyyy... bangun lah! Bangun! Bukak mata awak tu! Saya akui bahawasanya ayat klise yang ditembak oleh masyarakat bahawa tak semua orang bertudung labuh baik. Namun, fikirlah semula. Fikirlah. Allah tak beri petunjuk kepada mereka yang fasik, bukan..?

3. Memilih untuk jadi 'biasa-biasa sahaja' 

Kita banyak memilih untuk menjadi golongan ini. Mengapa? Jika menurut pengalaman saya dahulu, rasa macam menjadi kool dan boleh bergaya mengikut trend terkini yang masih panas meletop. Kemudian, takdelah rasa segan sangat kalau nak 'ringan-ringan' buat dosa. Bukankah kita 'biasa-biasa saja'?

4. Daie tidak menunjukkan qudwah

Masa mendapat maklum balas ini, sumpah saya sentap; rasa macam nak terjun swimming pool! Hehe. 
Ya, adakalanya kita terlalu melihat kepada orang. Bagaimana orang itu berinteraksi, bergaul dengan kawan-kawan, cara bercakap, cara memandang, cara berjalan, cara berpakaian dan segala macam cara. Semuanya kalau boleh nak dinilai. Namun, orang itu juga manusia biasa. Ada kesilapan. Daie juga masih dalam proses mengubah diri ke arah kebaikan tahu..? Kerana proses perubahan ini bukan seperti mencipta robot semasa Pertandingan Robotik sekolah menengah. Ia mengambil masa yang lama. 
Lihatlah Islam. Bukan penganutnya. 

ps: Buat para du'at, mohon sentap sama-sama. Sekian. Ngee :)

5. Orang alim ni sombong

Wush! Memang lagi sentap. Oh ya! Saya pernah terdengar dalam  radio IKIM slot bersama Muallaf. Dan katanya, semasa dia masih menganut Buddha, dia mendapati segelintir yang bertudung labuh dan berjubah serta berjanggut 'payah' nak lontarkan etlis senyuman kepada non-muslim. Apa salahnya jika senyum? Mana tahu dengan kita menunjukkan bahawa islam itu mudah dan mesra rakyat, non-muslim akan tertarik dan dibukakan pintu hati ke arah islam? 
Dan begitu juga dengan saudara seislam kita yang mahu berubah tapi menangguhkan niat suci dan murni itu. Sepatutnya kita dulu yang bergegas genggam erat tangan mereka, bawa mereka hati-hati dalam mengenal semula fitrah islam. Fitrah diri kita yang suci bersih. Saya percaya semua orang baik. Dan suka akan kebaikan. Maka, tipulah jika takde langsung rasa nak berubah tu.


 Sebenarnya, sangat banyak lagi maklum balas yang diterima. Namun, memandangkan saya nampak anda semakin temok selepas hari raya, maka bolehkah saya memberikan tugasan untuk mencari sebab musabab yang lain..? *angkat-angkat kening


Apa yang penting, seusai kita aidentifai masalah, kita wajib gandakan usaha untuk BERTINDAK!


Bergegas dan berlumba-lumbalah ke arah kebaikan kata Allah. Dan jika tanyakan saya, apa yang menyebabkan saya mahu setia untuk berubah meski kadangkala saya sendiri tergelincir dari landasan, saya akan jawab, USRAH atau nama comelnya, BULATAN GEMBIRA.

Saya perlukan anda. [Kredit]
 Kerana saya tahu, saya tak kuat sorang-sorang. Saya bukan malaikat. Saya bukan telefon selular. Dan masa untuk saya mengarang karangan autobiografi 'aku sebuah kereta' sudah lama tamat. Cukuplah. Dan kerana itu, saya perlukan sokongan. Bantuan dari yang Maha Esa melalui akhawat akhawat yang disayangi kerana Allah. Pegang tangan saya erat-erat ya? Jangan bagi saya terjatuh dah. Saya tak nak dah jadi macam dulu.

Dan tentunya pelbagai lagi cara yang lain yang ada, namun ini yang saya sarankan. Jika mahu istiqamah dalam berubah, larilah dan carilah bulatan gembira sekarang jugaaaaaaaa! Anda  pasti memperoleh penamat yang bahagia selama -lamanya. (Happily ever after). Sekian. *buat muka comel.


Sendu mendu [Kredit]

Will do, insyaAllah [Kredit]


ps: Selamat belajar dan bekerja semula buat semua. Jazakumullahu khairan katheera buat akhawat dan ikhwah yang sudi datang ke rumah marhaen ini di hari raya. Moga Allah berkati ukhuwwah ini. InsyaAllah. Mohon ampun dan maaf buat semuanya. :)

Wallahualam

Thursday, August 16, 2012

Permainan Mencari Percaya.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Membahagiakan :)
Mungkin dalam daurah kita boleh buat game macam ni? Gulp. [Kredit En. Gugel]
 Ok, nampak tak habuk kat diari bulatan gembira ni? Tolong ambilkan vacuum cleaner berjenama Panasonic itu boleh? *bunyi vacuum kedengaran

Err. Okay. Dah siap. 

 Assalamualaikum wbt anda semua! Acano hari ke dua puluh lapan ramadhan? Anda, jangan buat Ramadhan menangis tau. Saya penat pujuk dia. Dia terasa hati dengan kita, katanya kita eksaited sangat nak tinggalkan dia. Kenapa tak manfaatkan dua hari yang berbaki? 

Ok. Sentap dan zass. Terima kasih. Sekianggg. 

 Entri kali ini saya tulis dengan perasaan berbunga riang. Bagi mereka yang setia mengikuti laman muka buku saya, sudah tentu banyak yang perasan di pertengahan Ramadhan saya banyak mengepost status berkenaan futur, jiwa kacau, serabut, rasa down dan sebagainya. Ya, secara jujurnya itulah yang saya rasa pada waktu itu. Kadangkala bila saya terasa begitu, hampir-hampir saya terlupa akan kata-kata hekmat yang dilontarkan kepada adik-adik bulatan gembira selama ini berkenaan sabar. Haihh. Tapi itulah tarbiyyah, apa yang kita cakapkan, pasti akan diuji. 

Dan, pada satu petang yang aman damai, ketika menemani kakak tersayang membeli lauk pauk, (haritu malas masak) hehe, saya termenung seketika tatkala melihat sebuah kren sedang mengalihkan sebijik batu yang cukup besar saiz jumbo. Apa yang saya kagum, ialah apabila seorang pekerja setia menunggu di bawah kren itu. Sangat terserlah rasa percayanya dia kepada pemandu kren tersebut. Yalah, kalau saya, mana mungkin saya berani untuk duduk di bawah kren yang sedang mengalih batu besar tu. Buatnya batu besar itu menghempap saya, tak ke leper? Hehehe. Ok. Cukup.

Lantas, saya teringat satu game yang cukup seronok malah mencabar keegoan saya di konferens riang tempoh hari. 

Mungkin ramai yang sudah tahu. Game tersebut saya memberi namanya, ''Permainan Mencari Percaya''. 
Sungguh simple. Game ini memerlukan dua orang sahaja. Seorang berada di hadapan dan seorang lagi di belakang. Manusia yang berada di hadapan, perlu menjatuhkan badan secara kebelakang dan dia perlu PERCAYA kepada manusia di belakang untuk menyambut dirinya daripada terjelepuk ke lantai. Hehe. Comel bukan?

Err. Gambar kecil saja. Sila tundukkan pandangan. Hehehe. [Kredit]

Oh, dan satu lagi permainan yang cukup menggugah jiwa dan fizikal saya. 

Permainan kedua ini memerlukan sekurang-kurangnya lima hingga enam orang. Dan, seorang daripada hamba Allah ini perlu baring. Lalu, yang lain perlu mengangkat orang yang terbaring tadi dengan hanya menggunakan satu jari! Jika ada 6 orang, maka 6 jari sahaja. Dan tentunya jari yang digunakan ialah jari telunjuk!


Feww~ 

Ok. Motif saya bercerita tentang 2 permainan ini? Tentulah mengenai menaruh kepercayaan. 
Adakah kita benar-benar percaya bahawa setiap kesusahan akan ada kesenangan? Adakah kita percaya dan sangat-sangat yakin bahawa malam Qadr itu ada? 

Lalu, jika kita yakin, mengapa masih malas dan liat mahu beramal ke arahnya?

Percayalah pada Allah. DIA tak pandai mungkir janji. [Kredit]
Refleksi kembali diri saya yang diuji dengan masalah hati baru-baru ini. Ya Allah ya Rabbi, DIA je tahu betapa susahnya nak mujahadah. Seriyusli. Dan apa yang saya suka tentang tadabbur, ialah setiap kali saya membaca quran, pasti ada saja ayat yang memujuk. Yang mengetuk. Yang menumbuk. Bagi saya sedar. 

Sesungguhnya... 

Di sebalik setiap kesusahan, memang ada kemudahan. 

''Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan''
[Al Syarh 94:5-6]

Tanggal 14 Ogos 2012. Tarikh itu. Akan saya ingat sampai bila-bila. 

Oh ya, dalam tarikh itu juga, kucing saya Cheeq telah selamat melahirkan 5 ekor anak kucing baka Himalaya yang sangat comel. 4 jantan 1 saja betina. :)


Konklusinya, ibarat pekerja yang sangat percaya dengan kren yang sedang mengalih batu besar, sesungguhnya keprcayaan kita terhadap Allah perlu LEBIH lagi. Bukankah DIA yang memberi angin sebagai khabar gumbira? 



Semoga Ramadhan yang akan berkata babai nanti menjanjikan rahmat dan keampunan dariNya untuk kita semua. InsyaAllah. 


ps: Tolonglah hati-hati memandu di jalan raya. Semalam baru sahaja melawat orang meninggal accident di depan rumahnya sendiri. Moga berita gembira saja untuk lebaran kali ini ya! Biidznillah.
 

Wallahualam

Wednesday, August 8, 2012

Lailatul Qadr Bukan Sebuah Beg Prada.

Dengan nama Allah yang Maha Membuka Pintu Syurga dan Menutup Pintu Neraka

[Kredit]
Subhanallah tsumalhamdulillah! Tika kita berbuka sebentar tadi, maka secara ofisyelnya kita sudah diizinkan Allah untuk masuk ke hari kedua puluh. Ya! Bagai menaiki kereta Ferrari berwarna merah berkelajuan hampir 400 kuasa kuda lagaknya bila berada di Bulan Ramadhan ini. Macam baru semalam saya excited mendengar pengumuman puasa di kaca televisyen. 

Lalu, kita juga sudah memasuki fasa ketiga iaitu fasa yang paling crucial. Fasa yang maha menguji ketabahan, kesabaran dan daya tahan kardiovaskular untuk sama-sama tingkatkan amalan. Err. Untuk apa ya? Haihh. Tanya lagi? Tentulah untuk mengejar Lailatul Qadr! 


[Kredit Encik Google]
 ''Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Quran) pada malam qadar. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu turun para malaikat dan Ruh (Jibril) dengan izin Tuhannya untuk mengatur semua urusan. Sejahteralah (malam itu) sampai terbit fajar.'' 
[Al Qadr 97:1-5]

Subhanallah! Alangkah seronoknya malam qadr ini. Dan kalau dulu masa zaman kecik-kecik, saya selalu takut bila sebut malam qadr ini. Yelah, dulu nenek saya cerita pokok semua tunduk dan sujud. Sata jadi kecut perut membayangkan pokok lambai-lambai saya kemudian sujud pula. Hehe. Tapi, itu kisah zaman muda mudi dulu. 

Ramai antara kita yang tahu akan kewujudan malam ini. Sudah tentu. Malah di akhbar, di majalah Jom (ehem), Solusi, Gen Q, dan banyak lagi semuanya ada sebut tentang malam ini. Namun, mengapa ramai yang masih tak tergerak hati mahu beria-ria beramal dengannya? 

Jawapannya, simple. Kerana ramai yang belum kenal siapa Lailatul Qadr ini. Kerana itu, diturunkan surah Qadr khas untuk Allah ceritakan apa eceli malam ini. 

Saya sangat tertarik apabila terbaca satu post ini yang mengatakan sepatutnya semakin dah nak habis Ramadhan, semakin banyak eyeback kita kerana berjaga malam, semakin bertambah rakaat tahajjud kita, semakin bersungguh-sungguh kita membaca dan bertadabbur Al-Quran. Dan tentunya mengurangkan masa di Muka Buku, Kicauan, Tumblr (sentap) dan Blog. Eh.

Ya! Kerana malam qadr bukan sebuah beg Prada. Jika malam qadr ibarat beg Prada, tentu sahaja anda yang gemarkan Dolce & Gabbana atau Polo atau Sembonia atau Calvin Klein atau Cap Ayam Sahaja akan bertindak untuk tidak mempedulikan malam tersebut. 
Buat apa ya? [Kredit]
Dan kerana Lailatul Qadr bukan berjenama Prada lah, kita mesti beramal dengannya. Siapa tahu, Allah mengurniakan rezeki buat kita untuk bertemu dengannya! ^_^
Dan ia bagai shortcut ke Syurga buat kita, biidznillah! Jadi, ayuh start enjin Ferrari anda, err jika saya cukuplah dengan Nissan Murrano sahaja. Kita pecut dengan iman dan taqwa hingga akhirnya! InsyaAllah, semua orang layak menang. :)

ps: Sedikit kurang sihat sejak semalam. Doakan kesihatan diri ini untuk memecut laju di fasa terakhir. Buat rakan-rakan yang sibuk mengapplai laman sesawang JPA, mohon bersabar. Kan sabar itu sebahagian daripada nama Puan Sabariah? Hehe. Moga rezeki itu milik kita bersama. Ameen.

Wallahualam
 

Monday, August 6, 2012

Beruang Polar Sudah Berhijrah. Anda Bila Lagi?

Dengan nama Allah yang Maha Memegang Hati-Hati :)

Err. Izinkan saya menyentuh langit. Hehe. [Kredit]
 Alhamdulillah tsummalhamdulillah. 17 Ramadhan 1433 H. Ya! Dan tentunya senyum lebar buat anda yang masih bercuti pada hari. Nuzul Quran. Bagaimana pecutan di hampir penghujung Ramadhan ni? 

Baiklah. Entri ini sebenarnya sudah lama ingin disiarkan. Memerah otak mencari ayat demi ayat yang sesuai. Sesuai dengan tema ramadhan TV Al Hijrah kali ini, ramadhan: satu perjuangan. Hehe. Ok, yang pasti saya bukan dibayar untuk tujuan promosi. 

Pagi tadi, sewaktu bersiap-siap ingin ke bulatan gembira bersama mereka yang tersayang (chewah), puan emak yang dikasihi leka menonton siaran Selamat Pagi Malaysia di TV3. Jika saya tidak silaplah. Lalu, sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, mereka memanggil seorang ikon yang saya rasa semua orang pasti teruja sambil melompat-lompat kegirangan jika beliau berada di hadapan mata. Yelah, masakan muka yang ganteng (sebut dialek Indonesia), suara yang merdu, tidak disukai, bukan?
Itulah dia, Abdullah Ahmad atau nama glemernya Lah VE. 
Tenang melihat wajah-wajah ini [Kredit]

Mungkin ramai lagi artis yang sememangnya sudah diketahui ramai telah berhijrah kepada Islam yang syumul. Seperti Syam Kamikaze, Adam AF2 dan ramaiiii lagi. Tapi, biarlah saya fokuskan kepada hambaNya yang seorang ini. Tika diwawancara, seperti biasalah, soalan yang femes, bagaimana tergerak hati mahu hijrah? Dan saya sangat tertarik bila mendengar jawapannya. Katanya selama ini dia menyanyi dan ligat mencipta lagu. Lalu lagu itu didengarkan kepada para peminat yang rata-ratanya gemarkan irama R&B dan Rap. Tapi katanya, untuk apa didengarkan pada mereka? Mesej keduniaan? Yang tiada objektifnya. Mereka tahu ke , atau faham ke lagu itu ditujukan buat mereka?


Dan kini setelah beliau beralih angin , mulai menyanyikan lagu bersama-sama rakan seperjuangan yang lain hanya kerana mencari redhaNya, rasa ketenangan itu muncul. Dan kosong yang selama ini dirasakan, hilang begitu saja. Barulah beliau tahu inilah 'jalan' yang beliau cari. 


Subhanallah! Indahnya hidayah milik Allah itu. Jika dulu, sumpah saya pun tak sangka yang seorang penyanyi yang kejap rambutnya warna hitam, kadangkala coklat, kadangkala merah, pakai rantai, dan macam-macam lagi yang pelik akan berubah sebegitu rupa. Alhamdulillah. Siapalah saya dan anda untuk menghukum sesiapa bukan? 


Errm. Mungkin boleh saya panggil LAH VE untuk sesi konferens riang ''SAYONARA JAHILIYYAH'' ? Hehe. Mimpi di siang hari gitu. 


Dan, apa yang penting, kita sokong dan doakan golongan ini untuk sentiasa istiqamah dalam 'jalan' ini. Mungkin betul, Allah tidak buat segalanya dengan sia-sia. Boleh jadi jahiliyyah yang dulu dapat dijadikan alat yang betul dan tepat untuk menarget mereka yang masih tercari-cari apa yang kosong dalam hati tu. InsyaAllah. 


Oh, dah lancar bercerita ini, nak juga saya bercerita pengalaman saya. Hisy, sebok je. Baru berangan-angan nak jumpa LAH VE ni. Kacau daun lah dia ni! Ngomel anda.  Haha. 

Mungkin ada yang pelik jika manusia muda seperti saya ke sana dan ke mari, sibuk sepanjang hujung minggu atau sepanjang minggu menguruskan hal dakwah dan tarbiyyah. Lalu, tika saya di sebuah tempat orang ramai, ada seorang insan menegur, ''dik, akak perasan awak selalu ke sana sini. Jangan salah anggap tau, akak tak intip awak. Tapi awak muda lagi. Awak join politik ke yang gi ceramah sana sini tu?''


Gulp. Ah sudah. Saya dan politik? Tidak dapat dipisahkan. Ya! Bukankah hari-hari kita berpolitik? Dengan mak ayah kita, dengan adik beradik kita, dan orang ramai. Politik bukan bermakna kempen pilihan raya je tau! Saya semakin lali apabila ada insan yang menyapa dan bertanya saya ni 'under' apa atau 'orang' apa. Dan jawapan saya simple. ''Saya orang islam saya under islam, kak''. Sambil membuat muka selamber. Hehehe.  Bukan apa, sesetengah orang tak dapat terima jika saya katakan saya under badan persatuan tertentu. Entahla, pada mereka itu ekstrem. Tapi hakikatnya saya tidak salahkan mereka. Saya juga pernah menjadi salah seorang yang berpikiran sebegitu rupa. Seriyusli. Hihi.

Kita nampak macam berbeza. Kita tetap adik beradik se Islam bukan?? [Kredit]

Tapi, ada juga yang terus bertanya, awak ni IKRAM ke ABIM ke PAS ke ISMA? Haih. Letih juga memahamkan orang ni ya? Hehe.

Pada saya, tak kiralah kita 'orang' apa pun, yang penting hadafnya sama. Mencari redha Allah. Allah tujuan utama. Dan tentulah  cara pendekatan kita berbeza, bukan? Seperti Muslim Cina dan Muslim Melayu, kedua duanya tetap ISLAM. Namun, adakah kerana sorang memakai Cheongsam dan sorang memakai Baju Melayu dikatakan tidak muslim? Tentu tidak. 


Juga, roti canai di Warung Encik P Romli dan roti canai di warung Encik Ajijis keduanya tetap saja roti canai. Namun, cara membuatnya tentu saja berbeza kerana dah tentu tentu orangnya juga berbeza! Konklusinya, pelanggan akan tetap datang ke kedua-dua warung untuk mendapatkan roti canai. 
(sila jangan terliur bagi anda yang berpuasa, haha)
[Kredit]


Dan akhirnya, saya mengharapkan bulan Ramadhan kali ini memberi sejuta makna dan perubahan bagi kita. Alangkah celakanya bagi kita yang tak dapat merasai 'umphh' nya Ramadhan. Moga sentiasa istiqamah melakukan amal baik. Biidznillah. 




ps: Doakan urusan saya lancar demi dakwah dan tarbiyyah. Tak sabar nak tengok hasil lakonan adik-adik comel Jumaat minggu ini. Aiwah! Dan... Dan... tahniah buat sahabat, Siraj Munirah dan zauj atas kelahiran putera sulung tersayang. Moga menjadi ikhwah hebat! Ameen. :)



Wallahualam




Daisypath Happy Birthday tickers