Saya kira semuanya sudah berada di rumah masing-masing setelah penat berhari raya, 'melantak' lemang, rendang, nasi himpet dan kuah kacang (pebret) serta menebalkan poket dengan duit raya juga berkali-kali menjadi pelanggan setia stesen minyak Shell dan Petronas kerana ingin menziarahi sedare mare. Alhamdulillah.
[Kredit] |
Anda, kejap. Kibod saya bertakung air.
Ok. Sambung semula. Walaubagaimanapun, saya tidak memberitahu apa sebab musababnya seseorang itu mahu berubah, ada azam mahu berubah tetapi liatnya.... MasyaAllah! Kalah potong daging rusa bahagian urat. Liat sungguh!
Dan, setelah saya melakukan beberapa kaji selidik dan ditambah dengan pengalaman sendiri, hehe, maka ini resolusinya yang saya dapat senaraikan di sini.
1. Orang di sekeliling sokong dosa yang dilakukan
Sejujurnya, saya pernah merasakan hal ini. Tatkala kita riang gembira melakukan dosa dan perbuatan mungkar seperti mendedahkan aurat, tinggalkan solat, menyanyi (bagi wanita) dan lain-lain lagi, orang sekeliling kita turut menyokong. Malah sanggup berhabis demi kita. Lebih membuatkan air mata jatuh bak air terjun Panching, Kuantan, bila ahli keluarga sendiri yang menyokong! Jadi, bila mereka yang bertalian darah dengan kita pun memberikan lampu hijau, takkan kita tak nak bukan..?
2. Rasa normal bila ada 2 Golongan. Tudung labuh berjubah VS 'Biasa-biasa saja'
Kita cenderung untuk rasa normal terhadap kewujudan dua golongan ini. Heyyy... bangun lah! Bangun! Bukak mata awak tu! Saya akui bahawasanya ayat klise yang ditembak oleh masyarakat bahawa tak semua orang bertudung labuh baik. Namun, fikirlah semula. Fikirlah. Allah tak beri petunjuk kepada mereka yang fasik, bukan..?
3. Memilih untuk jadi 'biasa-biasa sahaja'
Kita banyak memilih untuk menjadi golongan ini. Mengapa? Jika menurut pengalaman saya dahulu, rasa macam menjadi kool dan boleh bergaya mengikut trend terkini yang masih panas meletop. Kemudian, takdelah rasa segan sangat kalau nak 'ringan-ringan' buat dosa. Bukankah kita 'biasa-biasa saja'?
4. Daie tidak menunjukkan qudwah
Masa mendapat maklum balas ini, sumpah saya sentap; rasa macam nak terjun swimming pool! Hehe.
Ya, adakalanya kita terlalu melihat kepada orang. Bagaimana orang itu berinteraksi, bergaul dengan kawan-kawan, cara bercakap, cara memandang, cara berjalan, cara berpakaian dan segala macam cara. Semuanya kalau boleh nak dinilai. Namun, orang itu juga manusia biasa. Ada kesilapan. Daie juga masih dalam proses mengubah diri ke arah kebaikan tahu..? Kerana proses perubahan ini bukan seperti mencipta robot semasa Pertandingan Robotik sekolah menengah. Ia mengambil masa yang lama.
Lihatlah Islam. Bukan penganutnya.
ps: Buat para du'at, mohon sentap sama-sama. Sekian. Ngee :)
5. Orang alim ni sombong
Wush! Memang lagi sentap. Oh ya! Saya pernah terdengar dalam radio IKIM slot bersama Muallaf. Dan katanya, semasa dia masih menganut Buddha, dia mendapati segelintir yang bertudung labuh dan berjubah serta berjanggut 'payah' nak lontarkan etlis senyuman kepada non-muslim. Apa salahnya jika senyum? Mana tahu dengan kita menunjukkan bahawa islam itu mudah dan mesra rakyat, non-muslim akan tertarik dan dibukakan pintu hati ke arah islam?
Dan begitu juga dengan saudara seislam kita yang mahu berubah tapi menangguhkan niat suci dan murni itu. Sepatutnya kita dulu yang bergegas genggam erat tangan mereka, bawa mereka hati-hati dalam mengenal semula fitrah islam. Fitrah diri kita yang suci bersih. Saya percaya semua orang baik. Dan suka akan kebaikan. Maka, tipulah jika takde langsung rasa nak berubah tu.
Sebenarnya, sangat banyak lagi maklum balas yang diterima. Namun, memandangkan saya nampak anda semakin temok selepas hari raya, maka bolehkah saya memberikan tugasan untuk mencari sebab musabab yang lain..? *angkat-angkat kening
Apa yang penting, seusai kita aidentifai masalah, kita wajib gandakan usaha untuk BERTINDAK!
Bergegas dan berlumba-lumbalah ke arah kebaikan kata Allah. Dan jika tanyakan saya, apa yang menyebabkan saya mahu setia untuk berubah meski kadangkala saya sendiri tergelincir dari landasan, saya akan jawab, USRAH atau nama comelnya, BULATAN GEMBIRA.
Saya perlukan anda. [Kredit] |
Dan tentunya pelbagai lagi cara yang lain yang ada, namun ini yang saya sarankan. Jika mahu istiqamah dalam berubah, larilah dan carilah bulatan gembira sekarang jugaaaaaaaa! Anda pasti memperoleh penamat yang bahagia selama -lamanya. (Happily ever after). Sekian. *buat muka comel.
Sendu mendu [Kredit] |
Will do, insyaAllah [Kredit] |
ps: Selamat belajar dan bekerja semula buat semua. Jazakumullahu khairan katheera buat akhawat dan ikhwah yang sudi datang ke rumah marhaen ini di hari raya. Moga Allah berkati ukhuwwah ini. InsyaAllah. Mohon ampun dan maaf buat semuanya. :)
Wallahualam
No comments:
Post a Comment
''... Katakanlah, ''Apakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sebenarnya hanya orang yang berakal sihat yang dapat menerima pelajaran''
[Az Zumar 39:9]