Mereka yang Kool :)

Monday, August 6, 2012

Beruang Polar Sudah Berhijrah. Anda Bila Lagi?

Dengan nama Allah yang Maha Memegang Hati-Hati :)

Err. Izinkan saya menyentuh langit. Hehe. [Kredit]
 Alhamdulillah tsummalhamdulillah. 17 Ramadhan 1433 H. Ya! Dan tentunya senyum lebar buat anda yang masih bercuti pada hari. Nuzul Quran. Bagaimana pecutan di hampir penghujung Ramadhan ni? 

Baiklah. Entri ini sebenarnya sudah lama ingin disiarkan. Memerah otak mencari ayat demi ayat yang sesuai. Sesuai dengan tema ramadhan TV Al Hijrah kali ini, ramadhan: satu perjuangan. Hehe. Ok, yang pasti saya bukan dibayar untuk tujuan promosi. 

Pagi tadi, sewaktu bersiap-siap ingin ke bulatan gembira bersama mereka yang tersayang (chewah), puan emak yang dikasihi leka menonton siaran Selamat Pagi Malaysia di TV3. Jika saya tidak silaplah. Lalu, sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, mereka memanggil seorang ikon yang saya rasa semua orang pasti teruja sambil melompat-lompat kegirangan jika beliau berada di hadapan mata. Yelah, masakan muka yang ganteng (sebut dialek Indonesia), suara yang merdu, tidak disukai, bukan?
Itulah dia, Abdullah Ahmad atau nama glemernya Lah VE. 
Tenang melihat wajah-wajah ini [Kredit]

Mungkin ramai lagi artis yang sememangnya sudah diketahui ramai telah berhijrah kepada Islam yang syumul. Seperti Syam Kamikaze, Adam AF2 dan ramaiiii lagi. Tapi, biarlah saya fokuskan kepada hambaNya yang seorang ini. Tika diwawancara, seperti biasalah, soalan yang femes, bagaimana tergerak hati mahu hijrah? Dan saya sangat tertarik bila mendengar jawapannya. Katanya selama ini dia menyanyi dan ligat mencipta lagu. Lalu lagu itu didengarkan kepada para peminat yang rata-ratanya gemarkan irama R&B dan Rap. Tapi katanya, untuk apa didengarkan pada mereka? Mesej keduniaan? Yang tiada objektifnya. Mereka tahu ke , atau faham ke lagu itu ditujukan buat mereka?


Dan kini setelah beliau beralih angin , mulai menyanyikan lagu bersama-sama rakan seperjuangan yang lain hanya kerana mencari redhaNya, rasa ketenangan itu muncul. Dan kosong yang selama ini dirasakan, hilang begitu saja. Barulah beliau tahu inilah 'jalan' yang beliau cari. 


Subhanallah! Indahnya hidayah milik Allah itu. Jika dulu, sumpah saya pun tak sangka yang seorang penyanyi yang kejap rambutnya warna hitam, kadangkala coklat, kadangkala merah, pakai rantai, dan macam-macam lagi yang pelik akan berubah sebegitu rupa. Alhamdulillah. Siapalah saya dan anda untuk menghukum sesiapa bukan? 


Errm. Mungkin boleh saya panggil LAH VE untuk sesi konferens riang ''SAYONARA JAHILIYYAH'' ? Hehe. Mimpi di siang hari gitu. 


Dan, apa yang penting, kita sokong dan doakan golongan ini untuk sentiasa istiqamah dalam 'jalan' ini. Mungkin betul, Allah tidak buat segalanya dengan sia-sia. Boleh jadi jahiliyyah yang dulu dapat dijadikan alat yang betul dan tepat untuk menarget mereka yang masih tercari-cari apa yang kosong dalam hati tu. InsyaAllah. 


Oh, dah lancar bercerita ini, nak juga saya bercerita pengalaman saya. Hisy, sebok je. Baru berangan-angan nak jumpa LAH VE ni. Kacau daun lah dia ni! Ngomel anda.  Haha. 

Mungkin ada yang pelik jika manusia muda seperti saya ke sana dan ke mari, sibuk sepanjang hujung minggu atau sepanjang minggu menguruskan hal dakwah dan tarbiyyah. Lalu, tika saya di sebuah tempat orang ramai, ada seorang insan menegur, ''dik, akak perasan awak selalu ke sana sini. Jangan salah anggap tau, akak tak intip awak. Tapi awak muda lagi. Awak join politik ke yang gi ceramah sana sini tu?''


Gulp. Ah sudah. Saya dan politik? Tidak dapat dipisahkan. Ya! Bukankah hari-hari kita berpolitik? Dengan mak ayah kita, dengan adik beradik kita, dan orang ramai. Politik bukan bermakna kempen pilihan raya je tau! Saya semakin lali apabila ada insan yang menyapa dan bertanya saya ni 'under' apa atau 'orang' apa. Dan jawapan saya simple. ''Saya orang islam saya under islam, kak''. Sambil membuat muka selamber. Hehehe.  Bukan apa, sesetengah orang tak dapat terima jika saya katakan saya under badan persatuan tertentu. Entahla, pada mereka itu ekstrem. Tapi hakikatnya saya tidak salahkan mereka. Saya juga pernah menjadi salah seorang yang berpikiran sebegitu rupa. Seriyusli. Hihi.

Kita nampak macam berbeza. Kita tetap adik beradik se Islam bukan?? [Kredit]

Tapi, ada juga yang terus bertanya, awak ni IKRAM ke ABIM ke PAS ke ISMA? Haih. Letih juga memahamkan orang ni ya? Hehe.

Pada saya, tak kiralah kita 'orang' apa pun, yang penting hadafnya sama. Mencari redha Allah. Allah tujuan utama. Dan tentulah  cara pendekatan kita berbeza, bukan? Seperti Muslim Cina dan Muslim Melayu, kedua duanya tetap ISLAM. Namun, adakah kerana sorang memakai Cheongsam dan sorang memakai Baju Melayu dikatakan tidak muslim? Tentu tidak. 


Juga, roti canai di Warung Encik P Romli dan roti canai di warung Encik Ajijis keduanya tetap saja roti canai. Namun, cara membuatnya tentu saja berbeza kerana dah tentu tentu orangnya juga berbeza! Konklusinya, pelanggan akan tetap datang ke kedua-dua warung untuk mendapatkan roti canai. 
(sila jangan terliur bagi anda yang berpuasa, haha)
[Kredit]


Dan akhirnya, saya mengharapkan bulan Ramadhan kali ini memberi sejuta makna dan perubahan bagi kita. Alangkah celakanya bagi kita yang tak dapat merasai 'umphh' nya Ramadhan. Moga sentiasa istiqamah melakukan amal baik. Biidznillah. 




ps: Doakan urusan saya lancar demi dakwah dan tarbiyyah. Tak sabar nak tengok hasil lakonan adik-adik comel Jumaat minggu ini. Aiwah! Dan... Dan... tahniah buat sahabat, Siraj Munirah dan zauj atas kelahiran putera sulung tersayang. Moga menjadi ikhwah hebat! Ameen. :)



Wallahualam




No comments:

Post a Comment

''... Katakanlah, ''Apakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sebenarnya hanya orang yang berakal sihat yang dapat menerima pelajaran''

[Az Zumar 39:9]

Daisypath Happy Birthday tickers