Mereka yang Kool :)

Thursday, October 27, 2011

Heyy...! Ada aku kesah?

Dengan nama Allah, Yang Maha Teliti :)

''If ignorance is a bliss, then who would care about ummah's critical condition?''
-islamic desire-


Ya. Itu status Cik Mukabuku yang baru dipost bebaru ini. 

Ilham ini terlintas of kos dari Yang Esa, dan ketika itu saya sedang menyiapkan kerja-kerja pengkeranian seorang chegu. 
Arakian, oleh kerana rasa bawah yang mula menjengukkan diri dek kerja yang sumpah bertimbun, saya terasa seolah-olah mahu DEAR. (Drop everything and Relax).
Phew~ Lemahnya ketahanan iman kamu, wahai cik adek!

Dan dan... Tika inilah pepatah dari bahasa Kuwait datang. ''Ignorance is a bliss'' atau ''Ketidakpedulian adalah rahmat''.

Holoh holoh... Sepiking London pulak. Mestilah, kenalah guna selalu supaya Bahasa Inggeris jadi super duper saiyya kan? Sudah. Sudah. Itu bukan point saya lah heyy...!

Apa yang saya nak sampaikan berkenaan pepatah Kuwait itu, jika dilihat dari sudut keprihatinan kita terhadap masalah ummat, memang pepatah itu bisa memperoleh gred F tolak berdakwat merah terang

Takkan bila sampai di hadapan Allah SWT, kita nak kata macam ni...
''Heyy...! Ada aku kesah ke dengan masalah ummat tu? Kerja aku je dah bertimbun, nak kesah orang lahen pulak. Eeuu... Ignorance is a bliss tahu...?''
Ha... Tahu pun! [Kredit]
Ada brann?

Err. Oklah, oklah. Sedikit ketidak-acian dalam dialok itu akibat tempias hiperbola sedikit. Yang penting faham. Dah tu, apa nak buat ni?

Joinlah bulatan gumbeera! *sengih nampak gigi

 Dan, hapdetlah kita punya pengetahuan am mengenai isu-isu semasa dalam dan luar negeri yang sungguh zaaassss dan hot hot chilly pepper tu!

ps: Untuk adek-adek QC (Quranic Circle), homwek IHP (Isu Hot Plate) jangan lupa noohh. *Ketawa jahat sedikit

Wallahualam
-islamic desire-

Monday, October 24, 2011

Kisah Hewan Ternak Si Tua Mac Donald di Ladang :)

Dengan nama Allah yang Maha Lembut, Maha Penyantun :)

Entri ini saya rekakan khas di Belog ini, dianalogikan melalui CSK (Ceramah Sumpah Kool) oleh Ustaz Azhar Idrus. 


Pada suatu pagi yang hening, seawal jam 6.45 pagi seusai subuh, kelihatan Si Tua Mac Donald tenang membawa hewan-hewan ternakannya ke padang ragut rumput. 
Hoo yeah untuk Si Tua Mac Donald!


Hewan-hewan yang nampak seperti Incek Lembu, Incek Kerbau, Puan Biri-biri dan famili, Cik Angsa, Puan Ayam I'm Lovin' It, dan banyak lagi itu sepakat untuk pergi meragut rumput sepuasnya kerana mereka percaya itulah habuan perut mereka pada pagi tersebut. 


Lalu, mereka menjalankan operasi membesarkan saluran-saluran oesaphagus dan mengembangkan otot-otot perut agar kelihatan gemok-gemok belaka. 


Seusai mengenyangkan perut, Incek Kerbau pergi menjalankan tugasnya di sawah bendang. 
Begitu juga Puan Biri-Biri dan koncho-konchonya. Hihi. Kelihatan dari jauh Cik Angsa ketawa keriangan melihat aksi jalan Puan Biri-biri yang feeewwwwiiiitttt!


Maka, pada petang hari, Si Tua Mac Donald dengan senang hati membawa kembali hewan-hewan ternaknya ke Ladang milik penuh diri dan isterinya yang terchenta itu. 


Arakian, begitulah rutin hidup hewan-hewan ternak Si Tua Mc D. 
Pagi hari, semuanya mencari rezeki.
Petang hari, pulang ke rumah memasing dan bersedia untuk mengulangi aktiviti sama keesokan harinya. 


Jadi. Akhir kisah. 



Faham tak? Err.
Lurus kehadapan saja ya!
Ibarat kata Ustaz Azhar, bahawasanya manusia yang tidak berusaha untuk mengisi harinya dengan kata-kata nasihat, membaiki hati yang kotor, menjalankan tujuan hidupnya dengan osem, adalah sama dengan Incek Lembu dan Puan Angsa serta Cik Ayam yang tersebut. 


Ekstrem kah ayat itu? Pada saya, tidak! Malah, Allah telah membuat pelbagai perumpamaan di dalam Al-Quran tentang manusia dan haiwan. Tak percaya? Cuba cari perumpamaan manusia seperti kera, anjing dan lain lain di dalam Al-Quran. 


Maka, anda akan menemukan kebenaran dalam firman Allah SWT itu. 
Dan... Saya sesungguhnya tidak mahu menjadi sebahagian daripada ternakan Si Tua Mac Donald. 
Anda bagaimana? 


'Banggakah' menjadi hewan ternak Si Tua Mac Donald [Kredit]



Wallahualam
-islamic desire-
Daisypath Happy Birthday tickers