Mereka yang Kool :)

Monday, October 17, 2011

Walaweh! 'Best'nya berSHOOTING!

Dengan nama Allah, Maha Menghitung :)

Alhamdulillah tsumalhamdulillah. Hari ini rasanya sudah banyak kali saya senyum, tersengih-ketam-musyuk dan tidak kurang juga ketawa-dalam-keimanan. 


Mengapakah?
Saya tidak betulkah?

Oh tidak. Tidak. Tidak.

Saya cuma terhengat kisah purbakala yang dikongsi semasa berbulatan gembeera bersama adek-adek tersayang. Oh ya! Adek-adek saya kini telah mempunyai nama nik (nickname) masing-masing. Sumpah best bukan? Hehe.

Ketika itu, saya telah dijemput oleh Cik I yang manis-boleh-buat-menantu untuk menziarahi Cik L yang juga temanan rapat persis kembar siang. Ditakdirkan Allah, saya dapat melihat dengan mata kepala saya sendiri mengenai sesuatu yang alien bagi saya. 

PENGAMBARAN ATAU SHOOTING.

Tidak silap saya, tajuk filem yang dilakonkan ialah Banglo No 10. Mampuslaa kalau Incek Pengarah baca ini. Huhu. (Ada orang nak bekap saya tak?) Cerita hantu-jembalang-ada-aku-kesah lah gamaksnya kan. Namun, bukan itu point saya.

Apa yang saya saksikan pada hari itu tidak lain hanyalah lakonan yang diulang-ulang. 
Contohnya watak orang gaji dan majikan yang baru pulang dari kerja. Bayangkan lah, satu adegan sampai 4-5 kali diulang. Padahal dialoknya tak sampai 100 patah perkataan pun. Serba-serbi kena ikut cekadak (arahan) Incek Pengarah itu. Sampai saya yang tengok naik rimas, lemas dan panas.

Jangan salah sangka. Bukanlah saya 'suka' melihat pengambaran filem, namun daie kan kena berpengetahuan luas dan melihat realiti umat, jadi tidak salah rasanya saya melihat sebentar bagaimana situasi itu berlaku kan? Sila tegur jika saya silap horait?

'' Apa yang menyebabkan kamu masuk ke dalam neraka Saqar''? Mereka menjawab, ''Dahulu kami tidak termasuk orang-orang yang melaksanakan solat, dan kami juga tidak memberi makan orang miskin, malah kami biasa berbincang (untuk tujuan yang batil), bersama orang-orang yang membicarakannya...''
[Al Muddassir 74:42-45] 

Rasa takut, gementar, berdebar-debar bila membaca ayat di atas. Serasa peluh mengalir laju-laju buaiku-laju. Phew~

Secara logik akal di zaman moden kontemperori ini, semakin dan semakin ramai manusia yang berbincang, menganjurkan program dan sebagainya. 
Ok. Itu tidak pelik. Yang pelik bin encik ajaibnya, tidak defisit sama sekali jumlah manusia yang membizikan diri dengan program yang pada akhirnya tiada nilai di sisi Allah SWT. Naudzubillah.
 
Adegan Pertama [Kredit]

3,2,1 dan.... Eksyen lah Jah oiii!! [Kredit]


Dan, bukanlah niat saya sama sekali untuk menge-ban-kan sebarang pengambaran filem. 
Tipulah jika saya tidak tertarik langsung dengan wajah kachak-jelita para pelakon dan
bohong tahap awan komolonimbus lah jika saya tak pernah tengok filem seram purbakala dahulu.

Namun, seperti saya tuliskan tadi, jika sebarang program yang dijalankan (tidak semestinya shooting sahaja) tidak memenuhi arahan dan kriteria Pengarah Besar iaitu Allah SWT memang tak lah kan nak dapat kaf ba ra kaf alif ta nun (keberkatan). Renung-renungkan lah.
Moga kita sentiasa dalam rahmat Ilahi.InsyaAllah.

ps: Entri ini bukan untuk mengomen semata-mata. Tapi lebih kepada pesanan buat diri saya, anda  dan mereka di luar sana yang bertungkus-lumus dalam mengondak sesuatu program.

Wallahualam 
-islamic desire- 

No comments:

Post a Comment

''... Katakanlah, ''Apakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sebenarnya hanya orang yang berakal sihat yang dapat menerima pelajaran''

[Az Zumar 39:9]

Daisypath Happy Birthday tickers