Mereka yang Kool :)

Thursday, October 27, 2011

Heyy...! Ada aku kesah?

Dengan nama Allah, Yang Maha Teliti :)

''If ignorance is a bliss, then who would care about ummah's critical condition?''
-islamic desire-


Ya. Itu status Cik Mukabuku yang baru dipost bebaru ini. 

Ilham ini terlintas of kos dari Yang Esa, dan ketika itu saya sedang menyiapkan kerja-kerja pengkeranian seorang chegu. 
Arakian, oleh kerana rasa bawah yang mula menjengukkan diri dek kerja yang sumpah bertimbun, saya terasa seolah-olah mahu DEAR. (Drop everything and Relax).
Phew~ Lemahnya ketahanan iman kamu, wahai cik adek!

Dan dan... Tika inilah pepatah dari bahasa Kuwait datang. ''Ignorance is a bliss'' atau ''Ketidakpedulian adalah rahmat''.

Holoh holoh... Sepiking London pulak. Mestilah, kenalah guna selalu supaya Bahasa Inggeris jadi super duper saiyya kan? Sudah. Sudah. Itu bukan point saya lah heyy...!

Apa yang saya nak sampaikan berkenaan pepatah Kuwait itu, jika dilihat dari sudut keprihatinan kita terhadap masalah ummat, memang pepatah itu bisa memperoleh gred F tolak berdakwat merah terang

Takkan bila sampai di hadapan Allah SWT, kita nak kata macam ni...
''Heyy...! Ada aku kesah ke dengan masalah ummat tu? Kerja aku je dah bertimbun, nak kesah orang lahen pulak. Eeuu... Ignorance is a bliss tahu...?''
Ha... Tahu pun! [Kredit]
Ada brann?

Err. Oklah, oklah. Sedikit ketidak-acian dalam dialok itu akibat tempias hiperbola sedikit. Yang penting faham. Dah tu, apa nak buat ni?

Joinlah bulatan gumbeera! *sengih nampak gigi

 Dan, hapdetlah kita punya pengetahuan am mengenai isu-isu semasa dalam dan luar negeri yang sungguh zaaassss dan hot hot chilly pepper tu!

ps: Untuk adek-adek QC (Quranic Circle), homwek IHP (Isu Hot Plate) jangan lupa noohh. *Ketawa jahat sedikit

Wallahualam
-islamic desire-

No comments:

Post a Comment

''... Katakanlah, ''Apakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sebenarnya hanya orang yang berakal sihat yang dapat menerima pelajaran''

[Az Zumar 39:9]

Daisypath Happy Birthday tickers