Mereka yang Kool :)

Sunday, October 23, 2011

Anda Best Sebab Anda Chekgu!

Dengan nama Allah yang Maha Pengampun.


Cikgu tahu cikgu osem. Tapi Allah MAHA Osem! [Kredit]
Sila sebut ''Saya Best Sebab Saya Cikgu''. 
Hanya jika anda rasa diri andalah Murobbi atau bahasa Sepanyolnya, Cikgu.

Ok. Lurus ke titik. 
Setelah bergelar Cikgu, Teacher, Ustazah Pilihan (ehh) dan sebagainya selama hampir seminggu (lama lagi nak kerja ni) di sekolah Puan Emak, yang mendapat anugerah SBT (Sekolah Budak Terbaek), saya rasa telah banyak kali saya ulang perkataan kagum dengan kesabaran cikgu-cikgu di sekolah.

Phew~ Ya, tak tipu. Kalau tipu, masuk neraka. Naudzubillah.

Memandangkan cuti yang berbaki beberapa minggu sahaja lagi, arakian Puan Emak meminta jasa baik saya untuk menggantikan staf nya yang cuti-dapat-anak baru. Maka, saya bersetujulah.
''It's the experience that matters, not merely the payment''- [Kredit Puan Emak]

Dan alangkah terkejut-keuntaan apabila saya mendapat portfolio sebagai Guru Kelas. OwhhmaiZara! 
Saya perlu mengajar Darjah 1,2,3 dan 6 juga. Subjek Bahasa Inggeris, Sains, Seni dan Muzik.
Pada anda, mungkin ia ibarat memotong secebis kek, tapi pada saya yang hina dina ini, ia sesuatu yang baru dan sangat praktikalisme. 

Ok. Mengeluh itu tidak bagus, tahu? 
Saya tertarik untuk menceritakan beberapa ragam anak-anak murid saya sepanjang keberadaan saya di kelas sinun.

Ada yang sangat super duper kreatif dalam membina model bas sekolah, tapi sungguh malu jika dilihat dan dipuji. 
Ada pula yang sangat suka melukis gambar perempuan kartun. Sumpah cantik!
Ada yang 'Wartawan', suka bertanya itu dan ini. Hingga dari warna tudung, brooch, jam, baju dan kasut semua ditegurnya,
Ada yang manja, suka mengadu jika diusik.

Dan ada seorang yang 'istimewa' di dalam kelas. Saya mahu menggelarnya Cik A. 
Cik A seorang yang istimewa, kenapa? 
Sebetulnya, dia berasal dari Kelas Pendidikan Khas. Namun, Allah itu Maha Adil. 
Diberikan olehNya IQ yang normal kepada Cik A. Jadi, Cik A boleh diteransferkan ke kelas normal.Sungguh kagum saya dengan Cik A, kerana meskipun dia tidak dapat berjalan dengan cepat, tangkas dan laju seperti rakan lain, dia sungguh hormatkan cikgu dan kakitangan sekolah.

Dan, mengejutkan apabila markah Sains Cik A boleh mencapai 92% pada Peperiksaan Akhir ini. Sungguh osem Cik A! Alhamdulillah.
Banyak yang saya belajar daripada Cik A dan semua murid sebenarnya. Tarbiyyah Allah yang wujud dalam biah sekolah rendah ini. 

Allahuakbar!
Memanglah cikgu itu murobbi. 
Dan...
Saya juga boleh kata saya best sebab saya cikgu! Hehe.

p/s: Tengsomuch (kata Alleycats) buat semua chekgu dan chekgi saya dari saya Prasekolah, Sekolah Rendah, Sekolah Menengah hingga Universiti.
Dan sungguh, berada di University of Tarbiyyah itulah yang paling terbaik good good!

Wallahualam
-islamic desire-


2 comments:

  1. ohsemnye dapat jadi chekgu. O_o *zeles

    ReplyDelete
  2. *mata bercahaya

    untunglaa yang boleh choti choti monggolia tu..

    ReplyDelete

''... Katakanlah, ''Apakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sebenarnya hanya orang yang berakal sihat yang dapat menerima pelajaran''

[Az Zumar 39:9]