Mereka yang Kool :)

Thursday, October 6, 2011

ISK : Itu Silap Kau

Dengan nama Allah yang Maha Mengetahui segala yang berlaku :)  

Alhamdulillah, hari ini sudah hari Khamis. Pantas bak buraq masa berlari kan? (hiperbola di situ) 
Kepada yang berpuasa sunat, teruskan teruskan. Berapa jam saja lagi kan? 
Hari ini seperti biasa, rutin senaman penjanakuasaan neuron-neuron otak diteruskan lagi.
Tapi kali ini saya tertarik untuk berkongsi 'sesuatu' mengenai keratan akhbar Belon Hilang (BH). 
Sharing is kongsi kan? 

Bak kata pensyarah saya,
''sem depan u nak belajar subjek Global and Current Issue, start sekarang lah kena banyakkan baca berita ni''. 
Ok. Terkena saya di situ. Ha! Yang berkira-kira nak ketawa tu, sila ketawa secara beriman ya!

Dalam saya membaca berita itu dan ini, antara yang menarik, ialah kemalangan melibatkan orang kampung saya yang juga adik kepada kawan puan mak. 
Sila tekan sini untuk membaca, (al-Fatihah buat Allahyarham). 

Selain itu, berita yang agak mencuit tangkai jantung saya ialah apabila membaca tajuk artikel bertulis : Subjek Sejarah Masih Relevan.

Sebagai konfesi berani mati, secara jujur dan amanahnya saya mengatakan bahawa saya tidak minat subjek Sejarah. (Matilaaa cikgu Sejarah baca ni)
Ya, dulukala nun, saya belajar hanya untuk peperiksaan semata-mata. Subhanallah. 
Jangan contohi saya yang dulu. Kenapa ya saya macam tu? Adakah saya menganggap sejarah dahulu kuno? Atau apakah?

* * *

Sebenarnya, saya terkesan dengan pengisian ISK (Ini Sungguh Keren). Ya! Tak tipu. 
ISK telah membuka luas-luas mata saya yang kuyu dahulu. Sungguh siknifiken bila mengetahui fakta-fakta terulung seperti kisah Mustapha Kamal al-Tartuk yang kononnya nak jadi Suparman. Huh! Terima hilang (Get Lost)

Siapa ingat lagi buku ''hikmat'' ini? Saya! Saya! [kredit]

Saya masih ingat dahulu kala, gambar Pakcik Mustapha ni terpampang jelas di sudut kanan buku teks sejarah saya. Ada kawan-kawan mengatakan dia hensem. Oh, AAK (ada atuk kesah?) 
Dan saya hanya menghafal bahawa dia lah yang menyebabkan kemenangan bagi pihak Islam. 
Sekali lagi saya tertipu di situ. 

Dan lagi, buku sejarah Tingkatan 1 yang memuatkan gambar-gambar di Zaman Paleolitik, Mesolitik, Neolitik, Zaman Logam. Eeeuuuuu. 
Lupa ke yang semasa zaman Nabi Sulaiman dulu dah ada teknologi yang bermacam-gaya-moden-kontemporari? 
Istana Balqis pula bagaimana?

Aduhai... Sayangnya saya pada sejarah itu. (Tangan di dada mata ke atas)
Tak baik mengeluh. Tapi itulah penangan Ghazwul Fikr yang bermaharajalela di Bumi Allah ini.

Dan kini, serasa ingin menangis bila dikatakan oleh Tan Sri Minister bahawa isi kandungan subjek Sejarah itu betul dan fakta, dan masih relevan untuk diguna pakai.Berapa ramai lagi nak kena tipu ni.....??? Entahlah labi~

Kalau lah buku tu boleh bercakap agaknya inilah ayatnya:
 ''Hahaha! Bacalah sejarah yang palsu ni. Berapa ramai yang dah tertipu dengan agenda Barat tu!''

Ok. Cukuplah rasa kechiwa dan sedeh hati. Sob sob sob.

Pesanan saya buat anda yang telah mengikuti Ini Sungguh Keren (ISK), peganglah, ingatilah sejarah itu baik baik. Semat guna jarum peniti bersaiz super duper besar kat dalam hati. Moga kita bakal mengulangi Sunnatullah itu! 

Either we make history or we become history!

Wallahualam
-islamic desire-

4 comments:

  1. Kalau ada yang tidak berpuas hati atau ingin mengatakan saya anti-sejarah, tak patriotik atau apa sahaja, oh silakan!

    Saya hanya mengatakan yang benar.
    Takut kerana salah, BERANI kerana benar.
    Biar takutkan Allah sahaja!

    Saya konsrvatif dan tulus,
    jika salah, ia adalah salah
    hika betul, ia adalah betul
    tiada tengah-tengah.

    Harap maklum
    Terima kaseh.

    ReplyDelete
  2. ini sejarah kita sebenarnya...
    Saja je tu.
    Nak tahu, kenalah join program ini sejarah kita.
    Peace.

    ReplyDelete
  3. hu8... mantap r dik~ keh3... best cuti???

    ReplyDelete

''... Katakanlah, ''Apakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sebenarnya hanya orang yang berakal sihat yang dapat menerima pelajaran''

[Az Zumar 39:9]