Mereka yang Kool :)

Tuesday, October 4, 2011

Maaf! Saya dah berpunya.

Dengan nama Allah, Cintaku yang Esa :)

Pada suatu hari yang indah permai, ketika bertadabbur surah ini, saya pun bertemu dengan ayat ...
"Dijadikan indah pada pandangan manusia, kecintaan kepada apa-apa yang diinginkan iaitu wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan disisi Allah tempat kembali yang baik"
[ali-Imran, 3:14]

Subhanallah!
Begitu hebat tahap ninja Samurai nya keindahan wanita dan efek nya terhadap lelaki kalau ikut ayat di atas. Why? Why? I wonder why? 

Seindah hiasan adalah akhawat solehah! [kredit]



Masakan tidak? Allah mensyen PEREMPUAN itu dihadapan sekali. Maknanya, yang paling besar efeknya. MasyaAllah , masyaAllah. (Geleng-geleng kepala)

Tidak dinafikan, jika dilihat pada mereka yang belum memasuki Gelanggang Dakwah dan Tarbiyyah secara tegar dan seriyus, fenomena berkapel, bermesra-mesraan dengan lelaki perempuan amat amat amatlah biasa. Apatah lagi suasana Bumi di Galaksi Bima Sakti ini sedang dijangkiti virus perosak akhlak yang dahsyat dan zaasss...! 
Ish ish ish...


Islam itu telah menggariskan bahawa hanya ada 2 jalan:
  • Jahiliyyah (HITAM)
  • Islam (PUTIH)
 Hey...! Tak ada KELABU ok! Tapi sayang... Itu lah yang ummat sekarang buat. 
Adakah saya juga kelabu? (Air mata bercucuran) Nauzubillah.


Pesanan buat saya dan Akhawats fillah :

Akhawat, sila jangan perasan bila tengok gambar ni ya! Sabar3x. Hehe [kredit]

"Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji dan lelaki-lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah buat wanita-wanita yang baik..."
[an-Nur, 24:26]
 Saya hanya mampu mengingatkan diri SAYA dan ANDA. Eksyen itu terletak pada anda semua. Jadilah seperti wanita yang terpelihara di dalam kaca tebal, mahal, keras, berkualiti tinggi, ANTI-CALAR, ANTI-PECAH. Hanya ikhwah yang benar-benar layak, segak, berhak sahaja yang mampu memiliki anda. Jagalah pandangan, jagalah hubungan anda. 
Cinta selepas berkahwin itu sumpah osem! (belum ada pengalaman, hanya yakin, hehe) [kredit]





Sibukkan diri dengan apa yang lebih utama menurut Allah. Tarbiyyah. Tarbiyyah. Tarbiyyah. Moga terus kuat melangkah! 

ps: Jangan difikirkan masa dolu-dolu, itu JAHILIYYAH dahulu. SEJARAH sudah. Apa yang penting, buat senarai baru. Dan sila cut, delete, remove permanently segala jahiliyyah dahulu terutama yang berkaitan dengan keberhargaan seorang akhawat mengenai lelaki atau ikhwah. 

Buat mereka yang berkenaan, saya mohon mengertilah. Ya, saya dah berpunya! Kepunyaan Allah yang mahukan saya menjaga kredibilitan saya sebagai akhawat yang hooyeah dan mampu menepis godaan manusia bergelar lelaki!


Oktengsbai. 
-islamic desire-


No comments:

Post a Comment

''... Katakanlah, ''Apakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sebenarnya hanya orang yang berakal sihat yang dapat menerima pelajaran''

[Az Zumar 39:9]

Daisypath Happy Birthday tickers