Mereka yang Kool :)

Tuesday, October 4, 2011

Bila Inchek Final datang...

Dengan nama Allah yang Maha Bijaksana Maha Kuasa....

Alhamdulillah, segala puji, penghargaan disanjungkan kepada Allah atas segala macam nikmat yang tak termensyen-sebab-nafas-semput kerana terlalu banyak.

Kemahuan yang berganda-ganda menjadikan saya tetap berkeras-besar-kepala mahu menulis untuk bahan senaman otak di pagi Rabu, 5 Oktober 2011 ini. Entry kali ini mungkin terlajak daripada tarikh dan masanya, kerana final exam untuk Asasi Undang-Undang sudah lamaaa berakhir.
Namun, ada sesuatu yang saya pendamkan semasa memerhati gelagat ummat (rakan-rakan saya lah tuu) ketika ingin menghadapi Gelanggang Finale Examination ni.

Maka, ia bukanlah lagi menjadi rahsia kerajaan persekutuan jika maklong, pakngah, dan paksu yang menyorok kat belakang kerusi (nak ngendap la tuu) dah baca entry in
Biarkan~ ( dipetik dari filem Si Luncai) :)


Saya perhatikan bila tiba musim musim demam final exam ni, ramai yang aktif ke perpustakaan, kumpulan belajar (study group), fotostat nota-nota segala macam dan tidak kurang yang pulang ke rumah lantaran memperoleh kedamaian di rumah untuk belajar. (untuk diri saya, saya kata oktengsbai)

Macam-macam cara study. Di BI (bilik Islam) saya sendiri juga begitu. Adik-beradik sebilik juga mempunyai ragam mereka tersendiri ketika belajar.*kredit Kolej Ros. Ok. Tipu. Kolej Mawar. Hehe*

Ada yang suka belajar masa kami semua dah tidur, ada yang belajar sambil dengar muzik, ada yang tenung kertas, dan macam-macam lagi.

Sampai ada yang stress, bosan, hampir-hampir menjerit-kehisteriaan 
(jangan bagitahu cikgu Bm saya perkataan ini)

Watcha! [kredit]


Ada yang bertanya,
''kenapa kau  study rileks habes?'' 
''Orang pandai bolehlah kan?''
''Aku ni dah study, tapi aku tak tahu apa yang masuk!!!''

Soalan yang sumpah sama setiap kali tiba waktu peperiksaan.
Tak kira di sekolah, kolej, universiti. Sama. Betul, tak tipu!!!

Solusinya....

Mari tengok semula SEJARAH KITA. (seerah)

1. Nabi Muhammad S.A.W orang yang paling sibuk di dunia = Kuasai 2/3 Dunia
2. Imam Syafie, Ibnu Tamiyah, Imam Nawawi = tidur hanya satu pertiga malam, beribadah 1/3 malam dan membaca 1/3 malam.
3. Syed Qutb = menulis buku Ma'alim fit Thoriq sebahagiannya dalam penjara
4. Hassan al-Banna = memikirkan pelbagai kaedah berdakwah sehingga pergi ke kedai kopi (tempat ramai orang berkumpul riang)

Dan.. Tentunya kalau nak disenaraikan, memang takkan muat page ni. (Blogspot.Com kata)

Ha! Best kan depa. Titik utama (Main point) di sini ialah desire and time (kemahuan dan masa).
Sila bold,italic, underline kan 2 perkataan itu.

Maka... Tidak hairan-pening kepala jika ramai pendakwah, akhawat dan ikhwah sekarang berjaya dalam bidang masing-masing serta tidak melupakan dan mengabaikan kerja DNT mereka.
MasyaAllah! Itulah PINJAMAN sebenar kita kepada Allah :)

(At-Taubah 9 :111)
''Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) Bahawa mereka akan beroleh syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (balasan syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di Dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.''

Puas dah baca? Memang agak panjang. Tapi, insyaAllah moga hati kita terisi.
Daripada leka melihat gambar-gambar di Facebook, intai (stalk) profile manusia di sana, atau leka menonton drama Akasia mahupun Ustazah Pilihan?

Dush!!! Asyik kena je kalau baca dalam belog ni. Hahaha
Sekali lagi, biarkan hati tu terasa!!!

Renungkan-renungkan. Dan selamat menempuhi peperiksaan!!
Tanda aman.(peace)

Mintalah doa, beribadahlah! Allah akan mengira setiap kebajikan anda. :)

 Wallahualam
-islamic desire-

No comments:

Post a Comment

''... Katakanlah, ''Apakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sebenarnya hanya orang yang berakal sihat yang dapat menerima pelajaran''

[Az Zumar 39:9]

Daisypath Happy Birthday tickers