Mereka yang Kool :)

Friday, October 7, 2011

Panggilan dari Bumi Perancis :)

Dengan nama Allah, Pemilik Seluruh Alam ini :)

Alhamdulillah, segala puji pujian untuk pemilikku yang kekal, Allah  S.W.T. Selawat serta salam buat kekasih Allah, Nabi Muhammad S.A.W.

Saya rasa sungguh gembira dan tenang sekali hari ini. Walaupun kurang sehat sedikit. Hehe. Yelah, siapa tak rasa gumbeera bila dapat mendengar perkembangan adek-adek dalam Bulatan Gembeera setelah lama tidak berjumpa, kan? Alhamdulillah. Moga antunna terus tsabat.

Namun, apa yang saya bertambah gembeera, apabila mendapat panggilan dari kawan lama di Bumi Perancis. Ya, lama sungguh tak mendengar khabar. Teringat pula pada Eiffel Tower.
Kalau kawan-kawan lain dapatlah juga saya call dan message dengan senangnya kerana sama negara. Hehe.( Alasan )
Bila si saya nak sampai sini pulak ni? [Kredit]

Setelah bertanya khabar dan bercerita itu ini sok sek sok sek, dia mula bercerita tentang perjalanan hidupnya yang baru di sana. 
 Dan apa yang membuatkan saya rasa terharu-nak-jatuh-air-mata-ni ialah apabila dia  bercerita yang dia sedang mengikuti jalan yang saya juga temui dahulu kala.


Ya, di sini segalanya bermula, kawanku. Moga Allah bukakan hatimu seluas-luasnya, moga teus tsabat melangkah untuk mengutip semua logam di Bumi France sana.


Mungkin sekarang belum masanya untuk dia berasa sungguh seronok, best, happy, hoo yeahh untuk berada di jalan ini. InsyaAllah, kamu akan merasainya. 


Ok. Bagi saya kesar air mata ni jap. 


Dan lagi, menurut kawan lama saya, dia telah berkelana (travel) sehingga ke German tempat Adolf Nazi Hitler (kenal ke?) kerana jarak dengan Perancis yang tidaklah jauh mana mata memandang. Hehe. Banyak sungguh nama-nama tempat yang pelik lagi ajaib yang saya baru dengar. 


Ohh! Teruk sungguh pengetahuan am saya. (Baru nak sedar!) Lagi-lagi ilmu geografi saya. Sob sob sob. 

Tu lah agaknya Allah nak ajar saya supaya banyakkan menganalisis peta dunia. Jangan main tampal je kat dinding sebab suka tengok ia berkaler-kali-warne-warni. Ish ish ish.


Ha! Study ni. [Kredit]


Ok lah, masa untuk saya membantu kerja-kerja dapur yang terbengkalai itu. Hehe.
Sekian, terima kaseh.


Wallahualam
-islamic desire-

No comments:

Post a Comment

''... Katakanlah, ''Apakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sebenarnya hanya orang yang berakal sihat yang dapat menerima pelajaran''

[Az Zumar 39:9]

Daisypath Happy Birthday tickers