Mereka yang Kool :)

Friday, August 30, 2013

Kita Membina Manusia, Bukan Membina Lego!

Dengan nama Allah yang Maha Memberi Rezeki Maha Mengetahui.

Nk bina lego pun kena tahu teknik yang betul, tau! [Kredit]


WARNING! Entri ini tidak berapa sesuai buat anda yang belum memasuki gerabak dakwah dan tarbiyyah, atau tidak mengetahui apa itu bolatan gembira. Senyum kenyit mata. 

Berikutan keadaan fizikal kibod yang sudah layaknya dihumban ke laut, maka, secara ofisyelnya saya telah menggunakan eksternal kibod untuk keberhasilan tulisan yang lebih umpph. Ok. So? -.-

Ok lah, ok lah, sebenarnya nak cerita, sepatutnya entri ini boleh dihasilkan dengan lebih cepat, namun atas sebab di atas, maka baru lah hari ini ia dapat diterbitkan. Terbit? Oh. Ok. 

Abaikan. 

********** 

Seperti kata Cik Beah yang sudah berbuih-buih mulutnya mengatakan bahawa insan-insan yang telah pun memasuki gerabak dakwah dan tarbiyyah ini mempunyai satu 'kerja' yang cukup berat tetapi, jangan lupa, osem! Ya, dan kerjanya adalah membina. 

''Yang awak dok sebut-sebut, dok canang-canang satu kampung pasal tarbiyyah tu, awak faham ke apa kebendenya itu?'' Tanya seorang kakak pada suatu zaman. 

''Err. Err.'' Reaksi pertama sayatika diajukan soalan sebegitu untuk pertama kali. 

Lalu seperti yang saya tak ekspet, kakak ini mengambil buku catatan saya tanpa mengenal rasa malu. Eh. Hee. Dia pun melukis 7 tangga maratib amal, perkataan dakwah, tarbiyyah dan tarbiyyah itu sendiri. 

''Tarbiyyah itu adalah didikan secara berterusan, i ripit, berterusan, i ripit lagi, berpanjangan, yang membina seseorang manusia itu hingga dia pun boleh melahirkan insan-insan sepertinya malah lebih baik lagi. Sebab itu HAB buat formula 7 Maratib Amal ini. Faham?''

''Kerana kita ingin membina manusia, dik. Manusia. Bukan robot''

Dan ayat terakhir itu, sangat membuatkan saya terkesan hingga ke hari ini, saat ini. 
Kita membina manusia. Bukan lego.

Kerana itu, saya rasa sangat sangat terpanggil untuk mengutarakan satu isu yang cukup sensitif tetapi penting. Et lis penting la bagi saya yang marhaen ini. 

Dulu, waktu awal di tarbiyyah kita sangat maklum bahawa hati adik-adik perlu dibersihkan terlebih dahulu, bukan terus mengajarnya tentang kebaikan solat sunat tasbih atau solat sunat taubat. Kita selami dahulu apakah jahiliyyah yang adik-adik belum selesaikan dalam diri mereka, bukan terus menyuruhnya qiam selama seminggu. Dan kita dekatkan hati adik-adik dengan al-Quran dan Hadith serta kita ceritakan kisah-kisah seerah yang mantop berkenaan sahabat-sahabat dan Rasul-Rasul untuk adik-adik kembali menemui keindahan fitrah Islami itu. Kita hidangkan dengan pengisian Ini Sungguh Kool untuk adik-adik merasai peri pentingnya menghayati sejarah islam yang sebenar. Mengetahui apa perpes kita dihidupkan di atas muka bumi ini. Bukan terus-terusan mengajarnya tajwid semata-mata. 

Kerana apa? Kerana kita membina seorang manusia. Bukan lego!

Lupakah kita pada hadith hati, 

''ingatlah sesungguhnya di dalam tubuh ada segumpal daging, jika ia baik maka baiklah seluruh tubuhnya dan apabila ia buruk maka buruklah seluruh tubuhnya. ingatlah ia adalah hati ). 
[diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.]

 Kerana hati itu perlu dibersihkan dahulu. Difahamkan terlebih dahulu. FAHAM. Is indeed a very big word. 

Dan tugas membina manusia ini tak terhenti bila adik-adik meningkat satu tahap sahaja. Ia berterusan. Sampai bila-bila. Kena diperhati. Kena di ikut-atas (baca: follow up) 

Sampailah tiba masanya untuk adik-adik itu pula memikul tugas membina manusia lain pula.  Tidak boleh ikkut sedap sahaja. Tak boleh main taram je. Mesti dibimbing. Mesti dibimbing. Mesti dibimbing. Untuk memastikan gerak kerja mereka berkesan dan boleh memperoleh hasil terbaik, biidznillah.

Sebab itu, isunya di sini, bila saya dihadapkan dengan takwim-takwim program sepanjang tahun, saya tergeleng-geleng kepala. Bukan apa, bukan saya ingin merendahkan penyusunan program tersebut yang saya sendiri maklum, sudah disyura kan. Namun, apakah pasti ia dapat memberikan impak maksima kepada pembinaan diri adik-adik? Kerana pada saya, jika diikut sahaja takwim program itu, saya tak tahu ke mana definisi ''tarbiyyah'' itu. 

Apabila kita disibukkan dengan program yang bersahaja, tidak ''membina'', nah! Hasilnya pun kucar dan kacir. Bayangkan, Rasulullah SAW sahaja mengambil masa selama 13 tahun untuk ''membina''! 

Jadi, jika kita main ikut sahaja, apa beza KITA dengan program umum di luar sana? 

Maafkan saya jika ada yang terasa hati, makan dalam dan rasa mahu baling selipar cap Buaya anda kepada saya. Ini isu yang saya nampak. Et lis bagi saya, ini satu kepincangan. 
Sudah-sudahlah membina lego. Kita sudah besar. Chewah! [Kredit]

Saranan saya, oleh kerana kita membina manusia, dan bukan lego warna warni, maka, seharusnya diteliti dahulu, adakah adik-adik atau diri kita sendiri sudah bersedia untuk ditaklifkan dengan pelbagai jawatang yang diberi? 

Selidik dahulu, adakah adik-adik atau kita sendiri beri sepenuhnya perhatian kepada program membina itu sendiri, program tarbiyyah itu sendiri, bukan program umum semata-mata. 

Cek semula, adakah bahan-bahan yang diberi itu sesuai dengan keperluan adik-adik dan diri kita sendiri tika itu?

Semuanya perlu diteliti. Jangan jadi seperti ''lembu dicucuk hidung'' atau ''kambing diikat tali''. Kena ikut sahaja semuanya. 

Dan perlu jelas di sini, bukanlah maksud saya untuk merendahkan atau membelakangkan keputusan syura. Tidak sama sekali. Saya yakin syura wadah terbaik. Namun, jika ahli syura semuanya 'sekepala' atau ada yang 'takut-lalu-ikut-jelah-' maka, saya khuatir keputusan yang dihasilkan berat sebelah atau tidaklah muntij (berkesan) sangat pun. 

InsyaAllah, Allah SWT juga yang Maha Merancang. Namun, kita perlu sangat jelas dengan gerak kerja yang terbaik. 

FAHAM. itu penting. 

Maafkan saya jika saya macam LOUD. Ni style loyer-to-be kott. Eh.

Kerana kita membina MANUSIA, bukan LEGO! 

 Kerana saya sangat sangat sangat sayangkan jalan ini, maka saya perlu utarakan isu ini. Mungkin tak ramai pun yang kisah atau baca post ini, tapi sekurang-kurangnya bolehlah saya jadikan ia satu iktibar buat diri saya. Sekian.



********



ps: Alhamdulillah buat incik abang yang sudah memperoleh pekerjaan. Moga cepat naik pangkat, rezeki berkat!

ps II : Tinggal lagi seminggu dan err, saya bakal meneruskan perjuangan di Sekolah Undang-Undang di bumi Kelumpo.

psIII : Babai untuk kakak besar yang bakal melanjutkan pelajaran di Universiti Islam Antarabangsa, UIA Gombak. Akhawat, you know what to do right? Ehem. Weee.

Wallahualam
 
 

Tuesday, August 20, 2013

Dan Kita Masih Begitu.

Dengan nama Allah yang Maha Memegang Batang Leher Musuh-Musuh Islam...

Minion pun tahu sokong Dr Mursi. Malulah! [Kredit]

"Ya Allah, sesungguhnya kami letakkan Engkau di batang leher musuh-musuh kami, dan kami berlindung denganMU dari kejahatan mereka. Ya Allah, hancur leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka! Kacau-bilaukan persatuan mereka! Cerai-beraikan pakatan mereka! Goncangkan pendirian mereka! Hantarkan ke atas mereka anjing-anjing Engkau! Wahai Tuhan Yang Gagah Perkasa, Wahai Tuhan Yang Bersifat Murka, Wahai Tuhan Yang Maha Menyiksa, Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah. Wahai Tuhan yang menurunkan Al-Quran, wahai Tuhan yang menggerakkan awanan, wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera Ahzab, kalahkanlah mereka, menangkanlah kami ke atas mereka..."


''Aku bau isu politik la kat sini. LOL''

''Eh, ni bukan sangat isu politik. Ni isu islam ni.''

''Yeke? Aku bukan lawyer. Aku belajar je undang-undang''

 Tipikal.

Koverzesyen yang benar-benar membuatkan saya terasa bagai mahu menampar muka sendiri. Yelah, bila saja isu mesir di bahaskan, maka terbitlah istilah sebagai ''isu politik'', ''oh, they all perang lagi eh, tak sudah-sudah dari dulu enn'' dan macam-macam lagi ayat main stream yang sumpah malas nak cerita panjang.

Dan kita masih begitu. 

Saat satu demi satu pemimpin ikhwan dan ikhwan juga akhawat kita ditangkap, kita masih begini. Masih boleh kongsi (baca: share) status-status mencari imam muda, imam tua, makmumku, tulang rusuk, tulang ayam, eh. Kita masih ligat scrol gambar-gambar orang yang kita sukai. Err, yang sebenarnya kalau tak buat pun tak apa.


Dan kita masih begitu.


Saya hairan, di saat pelbagai NGO sudah (boleh kot saya guna perkataan ni) mengecam kerajaan Malaysia supaya state pendirian yang kita tak sokong Sisi dan koncho konchonya yang boleh tahan choyy itu, pemimpin kita masih boleh mengeteh di kedai kopi duduk bersantai. Apa ke berat sangat mulut Datuk Seri sekalian untuk menghentikan segala macam fitnah yang berlaku dalam akhbar. Lagi, apa? Pelbagai jenis program yang diadakan. Lepas satu persatu isu dikeluarkan. Isu harga sayur naik. Isu harga ayam naik. Isu harga gula naik. Isu PTPTN tipu! Hah, lepas ni apa pula Datuk Seri sekalian? Harga isteri naik?

Ayuh1 Bangkit. [Kredit]

Dan kita masih begitu. 

Lepas satu persatu kanak-kank dibunuh, orang awam ditembak melulu, dan kita masih sudi memanjakan diri, terapikan diri dengan kemalasan serta wabak kanser jahiliyyah yang kian menebal. Semakin kencang pula menggunakan duit rakyat untuk menganjurkan rumah terbuka yang tidaklah pun mendidik tentang disiplin dan kebersihan. True story. Seriyusli.
 Bukanlah saya paranoid sangat, sampai mengadakan rumah terbuka pun tak boleh, tetapi fikirlah. Ada sesuatu yang sangat lebih penting daripada itu. Bukan tak boleh, melalui perjumpaan bersama rakyat, sekaligus boleh mendidik rakyat tentang kepedulian tentang isu semasa. Dari hati, Bukan sekadar membaca teks ucapan yang disediakan oleh pihak penganjur. PPfftt.

Dan kita masih begitu.

"Barang siapa yang membunuh seorang manusia, bukan karena orang itu (membunuh) orang lain, atau bukan karena membuat kerusakan di muka bumi, maka seakan-akan dia telah membunuh manusia seluruhnya. Dan barang siapa yang memelihara kehidupan seorang manusia, maka seolah-olah dia telah memelihara kehidupan manusia seluruhnya."
[al-Maidah, 5:32] 
 
Mengapa masih ada hati-hati yang merasa jijik dan anti benar dengan Dr Mursi? Seolah-olah pembunuhan oleh Sisi itu halal. Harga jiwa manusia itu murah berbanding kepentingan-kepentingan yang sekutu-sekutu kafir boleh beri, ye tak? Agaknya kalau anak-anak kita, abang kita, kakak kita, mak kita, abah kita, tok wan, nek wan kita kena pukul, tembak, kita boleh gelak. Yelah, bukan kisah pun. Heh. Sinis.

 
Maafkan kami MESIR, ROHINGYA,
PALESTIN dan Syria
KERETA KEBAL ada, tapi kami simpan
untuk perarakan KEMERDEKAAN,
JET Pejuang ada, tapi terbang waktu D5
Langkawi.
PISTOL ada, tapi kami buat tembak
sesama sendiri.
Ya Allah , Berilah kemenangan kepada
mereka yang berjuang menegakkan
agamaMu!
[Kopipes Mukabuku] 

 Mohon bangunlah!
 
''...iaitu orang2 yang ketika ada orang2 yg mengatakan kepadanya, ''orang2 (kafir) telah mengumpulkan pasukan utk menyerang kamu, maka takutlah kpd mereka,'' ternyata (ucapan) itu menambah iman mereka dan mereka menjawab, ''Cukuplah Allah bagi kami dan Dia sebaik baik pelindung''
                                                                      [Ali Imran 3:173]


Hasbunallahu wani'mal wakeel. Biarlah mereka amuk-amukkan kita dengan pembebasan Hosni Mubarak, kita tetap ada Allahuakbar!


Err, sebenarnya agak segan bila ada yang menegur, ''Hah, ke mana lah sangat kau belajar undang-undang tu. Mesir porak peranda jugak. Malaysia tetaplah macam tu jugak''

Haih. 

*********

Allahu ghayatuna
Ar Rasul qudwatuna
Al Quran dusturuna
Al Jihad Sabiluna
Al Mautu fi sabilillah Asma Amanina

Senyum dan teruskan sokongan kepada mereka. Kami bersamamu!

Wallahualam



Saturday, August 10, 2013

Malu yang Sepatutnya Ada Di Hari Raya. Edisi Makan Dalam!

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Memberi Kemenangan...
Lebih feel kalau baca sorang-sorang. Hehe.[Kredit]
[Nota terjumpa dalam zip henbeg]: Entri ini sedikit sebanyak merupakan muhasarawak diri kita. Mintak ampun dan maaf yaa, sudah raya ke-3 baru nak muhasarawak. *susun sepuluh jari tangan dan kaki. Eh.Ampun dan maaf jika ada yang terasa. Sesungguhnya ini edisi makan dalam. Sekian.


''Hai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diridhai''

                                                     [Al Fajr 89:27-28]

Kau tahu,
Aku malu. 
Malu sungguh. 
Tika Ramadhan, tilawah aku sedikit. 
Quran aku baca sepantas kilat. 
Gaya bullet train Jepun.
Tapi bila hari raya, lagu raya paling banyak aku donlod.
Lagu raya yang jadi mainan telinga aku.

Kau tahu,
Aku malu. 
Tika Ramadhan, solat tarawikh aku buat. 
Solat fardhu aku tiba-tiba buat awal. 
Siap berjemaah lagi setiap kalinya.
Tapi bila hari raya,
Aku subuh pun gajah.
Nak jumpa masjid semula pun susah. 
Apatah lagi nak berjemaah. 

Kau tahu,
Aku malu. 
Rasa nak tutup muka ni.
Bila Ramadhan, 
Aku share banyak tazkeerah dan ilmu berguna
Kicauan aku kencang dengan retwit daripada ostad ostadjah
Tapi bila hari raya,
Aku tak segan pun mesej yang bukan mahram
Aku kembali dengan Kpop ku
Aku dah sedia dengan filem menarik di telebisyen.
[Kredit]

Kau tahu tak?
Aku dah tak tahan malu. 
Bila Ramadhan, 
Aku selalu pakai telekung, 
Aku selalu pesan pada orang,
Rajin pakai kopiah,
Rajin tutup aurat. 
Tapi bila hari raya,
Tudung dah dibuang
Baju kembali fesyen melampau
Make up kembali tebal.

Kau tahu,
Aku malu. Aku segan.
Bila Ramadhan, 
Quran tak lekang dari tanganku,
Zikir selalu di hati dan lidahku,
Tapi bila hari raya,
Aku kembali mengumpat, banyak mengeluh
Sepertinya ada sahaja yang tak kena dengan orang lain
''Oh, dia tu memang lah tuuutttt''
''Kenapalah dia tak macam aku ek..?''
Apa? Aku fikir aku ini malaikat ke apa?

Kau tahu,
Aku segan pada Allah swt. 
Aku malu dengan Dia.
Aku rasa tak layak nak mohon macam-macam padaNya,
Kerna, bila Ramadhan aku macam baik. Ibadah terjaga.
Pulak tu, aku mohon macam-macam dengan Dia.
Mohon rezeki dimurahkan, 
Mohon diampunkan dosa,
Mohon masuk sorga bersama insan-insan aku sayang,
Mohon bertemu Aunty Laila dan Uncle Qadr,
Mohon dikuatkan di jalan yang osem ini,
Mohon... Ehem. Ditemukan jodoh dengan ikhwah blogger juga. Eh. 

Masuk hari raya, aku.... Kembali dengan tabiat lama.
Aku malu. Aku segan. 

Kau tahu, 
Aku segan pada Allah swt.
Dalam aku banyak berdosa padaNya,
DIA masih sayangkan aku. 
DIA temukan aku dengan sahabat karib yang kini sudah ditarbiyyah,
Ohoiii! Celah mana lagi aku nak bermaksiat ni..?

Kau tahu, 
Dah tiba masanya,
Aku renungi teori Inertia.
Berada dalam Ramadhan
Seperti teori itu.
Kita kumpul momentum.
Kita tolak semangat yang banyak tu
Untuk sebelas bulan akan datang
Kita taubat. Kita berubah. Kita beramal. 
Istiqamah. 
Istiqamah.
Istiqamah.

Moga berjaya sebagai pelajar cemerlang, ijazah diraja, anugerah dekan dalam Universiti Ramadhan untuk menempuhi alam pekerjaan sebelas bulan seterusnya. Biidznillah.



**********


Muhasabah ini untuk kita semua. Jika ada yang terasa hati, jangan cepat mucnungkan mulut. Saya ikat nanti, baru tau! Eh. Bukan ke, maaf zahir dan batin..? Hehe. Senyum seikhlas hati.

Di samping itu juga, Cik Prada mahu memohon ampun dan maaf jika sebarang entri yang telah dipublishkan sebelum, sedang dan yang akan datang ada mengguris hati atau membuat anda meluat terhadap saya dan koncho-koncho, hehe. Moga segala amal kita terus istiqamah, malah lebih kencang, dan terus diterima Allah swt. Salam sayang. Jemput datang rumah ya! (macam lah tau rumah kat mana kan?)
Kullu am wa antum bikhair. Salam Aidilfitri, mohon maaf zahir dan batin semuanya. Err, kopipes Gugel. Taktahu gamba akh mana tah. [kredit]






ps: Alhamdulillah, untuk seorang lagi ahli baru dalam keluarga, Luqman Morsi bin Mohd Azmi. Sesungguhnya nama anda mengingatkan maksu untuk terus sapot Dr Morsi. Eheh. 



Wallahualam


Thursday, August 1, 2013

Ini Analogi Lailatul Qadr Bagi Noobs. Eheh.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani, sampaikan kami kepada Lailatul Qadr. 
[Kredit Encik Gugel]
Pada zaman kesultanan Melayu Melaka dahulu nun, terdapat 3 orang bi ef ef yang sedang duduk bersantai. Kita gelarkan mereka Senah, Jemah dan Peah (sesungguhnya nama-nama ini tiada kaitan langsung dengan yang hidup atau telah pergi menghadap Ilahi, sekian harap maklonggg!). Apa yang menariknya tentang tiga orang sahabat karib ini, selain daripada tidak lokek langsung memberi pinjam tudung-tudung mesir, syria dan DBKL (eh) keluaran terbaru, mereka juga masing-masing memiliki personaliti yang sangaaaaaaattttt berbeza. Namun, memandangkan mereka bertiga ini berjanji untuk setia berkawan hingga hujung nafas terakhir-ayat-jewang-macam-nak-makan-penampo-ehehe, maka perbezaan tersebut tidak dihiraukan sangat. Ibaratnya ala- ala secebis kek buatan Resepi Rahsia saja. 

Senah merupakan seorang yang sangat simple dan sederhana. Semuanya serba cukup baginya. Moto hidup Senah ialah ''sikit pun takpe.bukan boleh bawak mati ponn''. Padanya, setiap pekerjaan boleh saja dilakukan secara ala kadar. Tak perlu fikir banyak. Noktah. Tak pening kepala dan tak perlu membeli panadol cap ayam. 


Jemah pula seorang yang super duper rajin dan bersungguh-sungguh bila melakukan pekerjaannya. Memang menantu pilihan lah! Pagi-pagi lagi, Jemah sudah bersiap-siap untuk ke kebun getah milik neneknya untuk menoreh. Selepas menoreh, Jemah akan memberi ayam dan itik makan. Kendian, menyiram pokok-pokok di taman. Tak menang tangan dibuatnya. Itulah Jemah. Sentiasa ingin lebih dan lebih. 

Peah, atas tangan lain (baca: on the other hand), seorang yang pemalas. Kalau Senah ada moto hidup, Peah juga ada! ''daripada sikit baik tak yah langsung. better gain nothing than u lose everything'' Ohoii! Seperti itulah Peah. Spiking pulak dia. Memandangkan Peah anak bongsu, jadi segala kemahuannya dituruti. Hinggakan, dia berasa tidak perlu langsung untuk berusaha dan bekerja. Iya, tak sesuai menjadi calon isteri. Heh. Jelir lidah. 

Arakian, pada suatu pagi, Senah, Jemah dan Peah bermain kejar-kejaran di tepi hutan. Akibat daripada keterujaan mereka, mereka tidak sedar bahawa mereka sudah jauuuuuhhhhh di dalam hutan dan menghampiri gua yang sangat gelap lagi kelam. Untuk menambahkan lagi drama mereka kala itu, hujan turun dengan selebat-lebatnya. Sudahnya, mereka habis atas (end up) berteduh di dalam gua tersebut. 

Tiba-tiba! Terdengar suara...

''Wahai Peah, Senah dan Jemah, di kaki kamu ada sesuatu barang. Kamu boleh ambil barang tersebut. Tetapi ingat! Jika kamu ambil kamu menyesal, jika kamu tidak ambil juga kamu akan menyesal''

Ah sudah! 

Lalu, es bin ekspekted, Jemah yang bersemangat itu terus mengambil barang tersebut sebanyak yang dia boleh. Teraba-raba di sekeliling kakinya. 

Senah juga tidak kurang hebatnya. Dia mengambil setakat yang boleh.Cukup lah sampai penuh kedua tangannya dan dia pun berhenti. Tidak seperti Jemah yang sampai penuh poket-poket baju dan seluarnya. 

Peah pula tidak ambil langsung. Katanya, ''dua-dua pon menyesal. amik ke tak amik ke, sama je. takpelah, malas aku nak kisah.'' Dan dia duduk bersila pangggung menunggu rerakannya mengambil barang-barang tersebut. 


....................................

Dan tidak lama kemudian, matahari pun memancarkan cahayanya yang terang....

Apabila mereka keluar daripada gua tersebut, alangkah terkezut pandanya mereka tatkala terlihat, rupa-rupanya barang yang dimaksudkan oleh suara tadi ialah...

MUTIARA PUTIH yang berkilauan! 


Hah, apa lagi, melompat kegiranganlah Jemah. 
Senah juga begitu.
Tetapi, apa yang berlaku pada Peah? Huhu... Pengsan!


Namun, tiba-tiba, satu perasaan MENYESAL datang. Jemah menyesal kerana tidak ambil lebih banyak mutiara itu. Jikalau dia tahu, mesti dia akan bersikap kreatif dengan membuat poket baru di baju, atau menyimpan mutiara di dalam tudung atau apa sahajalah!


Senah pula menyesal kerana sikap besederhana dia, dia terlepas peluang untuk memperoleh mutiara itu dengan jumlah yang banyak.


Peah, hurm... Toksah cakap! 

Betulkan? [Kredit]
Sekarang, baru mereka faham, mengapa ambil pun menyesal, tak ambil pun menyesal juga...



Ameen [Kredit]
Itulah kita dalam bulan Ramadhan ini. Allah telah datangkan bonus berganda-ganda untuk hambaNya. Kerahmatan, keampunan, kesejahteraan, ketenangan, rezeki yang melimpah ruah. Cuma kita je yang tak nampak. Saya tak tahu, kalau pahala itu Allah zahirkan dalam bentuk Honda CRZ atau Ferrari, gamaknya, semua orang pakat tak buat kerja lain lah. Semua nak beribadah di tikar solat masing-masing. 

Dan Lailatul Qadr itu telah diceritakan dengan teliti dalam Surah Al Qadr. 

''Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar,Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!''
[Al Qadr 97:1-5]


Benar, kita tidak akan tahu bila sebenarnya malam yang lebih umphhh dari 1000 bulan itu. Namun, tugas kita beramal sebanyak-banyaknya. Agar kita tidak menjadi orang yang kelak berkata,

''Ya Allah, kembalikanlah kami ke dunia, pasti Kau akan mendapati kami dalam kalangan orang-orang beriman''

Jadi, mari kita cek semula. Adakah kita berasa cukup dengan amalan kita? Berapa juzu' sudah dibaca? Berapa surah sudah dihafaz? Berapa kali kita korbankan masa tidur untuk bangun bertahajjud? Berapa kali kita beri makan golongan miskin? Tanya diri sendiri.

Sumpah kita tidak mahu menjadi seperti Peah bukan?

Senyum. 

Kurangkan berkata-kata. Mari beramal. Pecutan di hari-hari terakhir Ramadhan! JOM!



ps: Mabruk alaik buat Puan Kakak Besar yang telah selamat melahirkan cahaya mata mujahid kedua, 28 Julai 2013 bersamaan 20 Ramadhan 1434H. 

ps II : Sampaikan salam buat KAISY tercinta. 2 Ogos. Bagi anda yang tahu mengapa. Hehe. 

ps III : Doakanlah saya dapat menukilkan satu lagi entri bagi menjawab satu persoalan kencang daripada seorang adik osem. Ohoii. Sentap soalanmu, dik! 

Wallahualam.



Daisypath Happy Birthday tickers