Mereka yang Kool :)

Tuesday, February 3, 2015

Hadiah Allah swt Buat Saya!

Dengan nama Allah yang Maha Memberkati Lagi Maha Memahami HambaNya...


[Amaran satu per empat keras] : [Entri ini mungkin bersifat personal dan kurang (baca: tak) sesuai bagi yang belum menegnal erti jalan dakwah dan tarbiyyah]


Alhamdulillah setelah sebulan...

Allah swt itu penuhh dengan kezutan! [Kredit]



''Dan antara manusia ada orang yang mempertuhankan Allah secara sampingan (tidak bersungguh-sungguh); maka jika dia memperolehi kebaikan, tenteramlah dia dalam keadaan itu, dan jika dia ditimpa oleh suatu bencana, berbaliklah dia atas mukanya (menjadi kufur). Rugilah dia di dunia dan di akhirat.  Yang demikian itu adalah kerugian yang nyata.  
Dia menyeru selain Allah, sesuatu yang tidak dapat memberi mudarat dan tidak (pula) memberi manfaat kepadanya. Yang demikian itu adalah kesesatan yang jauh. 
Dia menyeru kepada sesuatu yang mudaratnya lebih dekat daripada manfaatnya. (Yang diserunya itu) adalah sejahat-jahat penolong dan sejahat-jahat kawan.''

[Al Hajj 22:11-13]


Dia yang saya kenal tak lama mana pun. Mungkin tak selama saya mengenali Pakcik Rosli jiran sebelah rumah. Dia yang dahulunya saya rasakan agak sukar didekati dan diajak sembang kencang, dengan riak muka yang susah senyum. Tegas, mungkin. 

Haila...

Allah hadirkan sosok yang seorang ini bagi saya yang kian membutuhkan bimbingan dan tangan yang kuat memegang untuk berjalan di jalan ini. Entah sampai bila Allah memberi pinjam beliau kepada saya. Bukan sekali dua saya katakan dalam entri-entri yang lepas, dah buhsan pun anda semua membacanya, bahawasanya jalan ini makin lama makin sukar, ujian makin lama makin pelbagai hingga buatkan kita yang tak berapa ada kudrat ini terasa lelah dan lemah. Bukan benda yang asing juga di telinga kita, rata-rata, ramai sudah yang berkongsi bahawa jalan ini BUKAN untuk mereka yang suka main-main dan manja. Masih memikirkan diri sendiri lebih daripada 'kerja besar'. Mungkin tidak di tahap ini.

Jika dahulu, saya merasakan sangat selesa dan senang hati, dalam menapak di jalan ini bersama mereka yang terlalu saya sayang dan cinta, kerana Allah swt. Akhawatfillah. Sangat-sangat sangkut (baca: attach) hingga akhirnya mungkin saya yang terlupa niat sebenar kita berukhuwwah. Jika benar kerana Allah swt, mana mungkin saat Dia memisahkan kita dari yang lain, atau ada perubahan, kita akan merungut, rasa bawah (baca : down) dan  paling dasat tahap panda gemuk guling turun bukit, kita malah memilih untuk tidak mahu bersama-sama lagi. Mana mungkin!

Sosok yang seorang ini, usianya sangat muda. Tak jauh beza dengan saya pun. Tapi masyaAllah, auranya cukup kuat hingga cukup dengan melihatnya, membuatkan saya termuhasarawak banyak benda. Terdiam juga kadang kala. Visinya sangat jelas, dan beliau bekerja dengan kefahaman yang mantap. Alah, simple nya boleh kata, beliau seorang yang qowiy (kuat) lagi berdisipin. Bukanlah niat saya mahu memuji memujanya hingga hidungnya bisa kembang satu atau dua sentimeter, bukan! Tapi, ada sesuatu yang Allah swt mahu beri dengan kehadiran sosok ini. Alhamdulillah.

Jika dahulu, zaman awal-awal saya ditarbiyyah, benar, sangat terasa mahu melompat-lompat mahu membuat perubahan dan menjadi mereka yang sama-sama menaikkan Islam. Setiap taujih terasa basah, buku nota bulatan gembira terasa penuh dengan isi yang padat, membawa satu fikrah yang sangat jelas dan bagai ditembak-tembak untuk terus beramal. Namun, bila makin lama, makin terasa ujian yang dari pelbagai sudut, hingga dah tak terkata apa. Berat terasa, kerana kita sedang membincangkan tentang satu kerja yang urusannya terus dengan Allah swt, murobbi agung kepada Rasulullah saw. Kerja yang orang biasa panggil ''kerja gila''. Lalu, rasa basah itu kian mengering. Span yang dolu-dolu sangat efisyen kini makin nipis dan nampaknya perlu ditukar baru. Lalu, kita berdoa dan terus-terusan mencari di mana ''rasa'' itu. 

Saya tak tahu bagaimana nak cerita, tapi cukuplah saya katakan, ini bagai satu hadiah paling manis Allah berikan.Di saat kita asyik menadah tangan, sedu-sedan meminta agar diberi petunjuk, Allah swt lebih tahu apa yang kita atau err... apa yang saya lebih perlukan tika ini. 

Satu nafas baru dan tarbiyyah yang segar dari ladang! 
Yang kian tersusun walau menguji mental dan fizikal serta ruh!
Yang pantas mendidik saya erti berlapang dada dan memaknai erti LILLAH,
Yang menyentakkan saya bahawa manja bukan satu pilihan!
Yang menyedarkan saya kerja itu besar dan menuntut segalanya dari saya. 


Dan hadiah ini Allah swt hadirkan dengan sosok ini, masyaAllah.


Saya tak pasti beliau baca atau tidak, tetapi jika beliau membaca, saya mahu beliau tahu, yang rasa berat saya itu tak perlu dirisaukan. Kerana saya juga manusia yang perlukan sedikit sahaja masa untuk beradaptasi itu. Selepas itu, biidznillah, moga Allah swt bersama-sama kita.

Ni baru lejen ukhuwahnyaa... [Kredit]


Inilah hadiah yang selama ini saya minta. Allah swt membalas dengan cara begini. Maka, nikmat mana lagi yang mahu kita dustakan?


Saya tidak tahu sampai bila Allah swt mahukan saya berada di jalan dakwah dan tarbiyyah ini, moga sampai saya mati, tapi yang pasti, saya doakan agar tiada langsung ukhti yang gugur melainkan saat Allah swt menjemput pulang dengan ''salam''



2015.
Macam-macam perancangan besar yang ada. 
Ditambah dengan komitmen kepada hak diri sendiri, keluarga, kawan-kawan dan semua (tak larat nak senaraikan, anda tulis sendiri jelah, heheh). Moga semuuuaaa ini menjadi saksi kelak, adanya keberkatan waktu dalam hidup kita biidznillah.


Pergilah kamu, samada dengan keadaan ringan ataupun dengan keadaan berat dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah. Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.

(Al-Taubah [9] : 41)


Senyum dan genggamlah tangan saya erat-erat agar di saat saya hampir jatuh, saya tahu ada tangan yang kuat menahan saya. Tentunya akhawatfillah, anda semua hadiah dari Allah swt untuk saya. Poreber and eber. Heh. (kuar lep-lep besar denyut-denyut, kbai)


Err, buat adik-adik yang sedang coti-coti Malaysia, jangan syiokk sangat ya. Jangan lemau, jangan futur, jangan senyap. Kontek murobbi anda. Mohon!


[Doa rabithah]

[Kredit]






PS: Jzkk buat anda yang menyokong saya di MukaBuku, moga segala status atau perkongsian memberi manfaat lalu memberi saham di akhirat. insyaAllah!

PS II: Jzkk buat anda yang jenuh membantu saya mengatasi ketakutan berada di tempat yang sangat tinggi. Ohoiii. Sumpah tak nak dah rasa. 





Wallahualam,


Daisypath Happy Birthday tickers