Mereka yang Kool :)

Thursday, November 21, 2013

Bukan Aku tak Pernah...

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Mendengar Isi Hati...

:) [Kredit]
Alhamdulillah tsummalhamdulillah. Di tengah-tengah kesibukan dihimpit dengan kertas A4, kertas kajang (nape kajang eh?), pen, laptop dan pensel sebatang, Allah swt masih memberi kesempatan untuk saya meneruskan tuaian saham akhirat di sini. Alhamdulillah.

Dan sudah masuk 22 November 2013 bersamaan19 Muharram 1435H. Dua hari sebelum tarikh abah dipanggil bertemuNya. Al fatihah.

Baru sebentar tadi, bila hidup ditarik-tarik oleh dunia, hati saya bagai memberontak. Ini bukan yang saya mahukan! Jika saja boleh berhenti, dan seluruh hidup ditumpukan dengan membina manusia, bergiat dalam jalan dakwah dan tarbiyyah tanpa serabut memikirkan esaimen tak siap, kerja tutorial bertimbun. Astaghfirullah... Sememangnya bukan itu gerak kerjanya. Kerana Sultan Muhammad al Fateh saja di usia pemuda, telah berbuat bermacam-macam benda. Bayangkan, 7 bahasa asing telah dikuasai dengan fasih! Tu belum kira waktunya usrah, daurah, eh. Belum juga kira masa nya untuk latih sahabat-sahabat berperang, dan sebagainya. Allahuu!


Bukan saya tak pernah? Tak pernah apa eh? 

Sejujurnya, adakalanya, saya terasa kecewa malah sedikit hampa bila erm... 

keberadaan di jalan ini untuk membina adik-adik kurang memberi impak. Mungkin saja silap saya. Dan janganlah kerana dosa saya dan jahiliyyah saya, menyebabkan mereka terhijab keseronokan dan keoseman berada di jalan ini. Astaghfirullah...

Ya! Bukan tak pernah saya merasakan, alangkah bestnya jika saya ada baaaaaaaannnnnnnyyyyyyaaaaakkkkkkkkk masa untuk tidur seperti orang lain, atau balik awal ke bilik setiap hari dan tak perlu curi-curi masa menyiapkan kerja walaupun terpaksa tidur dua jam sahaja.
Bukan tak pernah, cuma SENTIASA ada ruang untuk berlawan!!! [Kredit]

Bukan tak pernah saya merasakan, untuk biar sahaja kawan-kawan dana dik-adik bulatan gembira begitu sahaja. Jika mereka memberi seribu alasan sibuk, ketahuilah, saya boleh mencipta sebilion alasan lebih sibuk. Lantak pi lah! 

Bukan tak pernah saya merasakan, oh! Kembali menjadi saya yang dahulu. Tak perlu merasakan berat nya memikul beban dakwah. Beratnya mahu mengembalikan hati manusia kepada Allah SWT. Walaupun Allah banyak kali dah mensyen, ''Rasul itu tidak lain hanyalah pemberi peringatan''

Bukan tak pernah saya merasakan, untuk mengherdik kembali insan-insan yang mengeji kami di jalan dakwah ini. Membuat ''silence treatment'' ,''loud treatment'' dan semua treatment yang sumpah membuat hati koyak rabak. 

Itu semua pernah saya rasakan. 

Tapi kata Allah,

 ''Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dia lah yang memilih kamu (untuk mengerjakan suruhan agamanya); dan Ia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama, agama bapa kamu Ibrahim. Ia menamakan kamu: "orang-orang Islam" semenjak dahulu dan di dalam (Al-Quran) ini, supaya Rasulullah (Muhammad) menjadi saksi yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu, dan supaya kamu pula layak menjadi orang-orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah). Oleh itu, dirikanlah sembahyang, dan berilah zakat, serta berpegang teguhlah kamu kepada Allah! Dia lah Pelindung kamu. Maka (Allah yang demikian sifatNya) Dia lah sahaja sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Pemberi pertolongan.''

Allah SWT memilih saya. Memilih anda wahai adikku. Memilih kita semua untuk memikul beban dakwah ini. Saya tak meminta lebih, cukuplah saya tahu ada insan-insan yang sedang berhempas pulas bersama-sama saya di jalan ini. Kerana sekarang, mungkin saya di fasa bawah. Down. Deeply down.
Dan seriyusli, melihat anda semua sedang bekerja, membuatkan saya tak rasa keseorangan (walaupun di tempat saya, saya seorang)


Bukan masanya untuk kita berpatah balik. Dah takda masa untuk layan air mata bila adik-adik tak nak gi daurah dan usrah. Dah tiba masanya, untuk saya dan anda makin rancak bekerja demi Allah swt! 

Kerana redha Allah yang sebenar bukan bila kita mengatakan
 '' Markah aku cukup-cukup makan je masa test tu, redha jelah ehh.'' 

''Kereta Nissan Murano aku hilang wehhh!!! Hurm nak buat cane. Redha jelah, esok beli baru ok''
 (contoh bajet osem lah konon :p )

 Tapi redha Allah yang sebenarnya adalah bila Allah berpuas hati dengan kita sebagaimana Allah berpuas hati dengan Ahli Badar. Hingga apa-apa yang mereka lakukan, Allah tetap berpuas hati dan menjanjikan sorga FirdausNya buat mereka. Subhanallah!!!


Dan saya mendambakan syaheed di jalan ini... 



*************************************

 Buat adik-adik Quranic Circle,

Ketahuilah, saya di sini bukan yang terbaik buat anda,
Bukan murobbi agung,
Bukan naqibah agung,
Bukan seorang selebriti yang boleh dibanggakan,
Bukan pula seorang yang kebal perasaan.

Adakalanya,
Dia masih memerlukan sokongan,
Dokongan,
Harapan,

Adakalanya,
Dia masih memerlukan bahu untuk dipinjam,
Mencurahkan segala masalah yang dihadapi,
Berkongsi rasa 'berat' itu,
Dan saya. Bukan Incredible Hulk. 
Saya juga manusia biasa seperti anda. 

Adik-adikku...

Saya juga pernah berada di tempat anda,
Berbuat jahiliyyah yang sumpah besar,
Berbuat dosa yang terang-terangan haram,


Tapi ketahuilah adikku sayang...

Saya tak pernah berputus harap untuk
Kembali pada pangkuanNya
Walaupun lambat,
Biarpun penat,
Saya hayun juga kaki.
Mengharapkan Allah terima taubat saya.


Adik-adikku...

Anda saham akhirat saya,
Anda juga kekuatan saya,
Bila melihat ruh-ruh baru itu hidup setelah dibersihkan,
Saya jadi bersemangat.
Anda mungkin tak tahu,
Itu pengalaman dan momen terindah saya melihat anda.


Saya mungkin takkan cakap begini,
Tapi ketahuilah, ingatlah,
Mungkin bila saya sudah tiada di bumi ini,
Dipanggil yang Maha Esa,
Yang saya rindu, yang saya sayang dan cinta,

Jangan pernah lupa adikku,
Saya sayang antum semua kerana Allah SWT.
Tiada sebab lain.
Itu dorongan saya.
Saya harap anda begitu juga.
Syahid di jalan Allah SWT.

Moga Allah izinkan...
Biidznillah.  

Cik Prada
Jam 0258
Kuala Lumpur.

(ditulis dengan linangan air mata haru. Ikhlas buat yang bersama saya di jalan ini)


Doakan saya. Dan saya doakan anda semua. InsyaAllah. 


Well said. [Kredit]


ps: Al fatihah buat akh Ahmad Ammar bin Ahmad Azam. Al fatihah buat Allahyarham Abah. Adik rindu. 
ps II : Mabruk buat sepupu tersayang. Moga walimah anda menjadi aset sorga abadi. Ho yeahh. Jangan sesibuk tanya saya bila yaww.


Wallahualam

 

Friday, November 8, 2013

Ceritera Demam Miss Arrogant

Dengan nama Allah yang Maha Mengetahui Segala Isi Hati :)


Oh yeah? [Kredit]

'' I love you Mr. Arrogant''

Ok. Sudah. Sudah. Biar saya cucuk kasi pecah belon angan-angan di kepala anda itu.  Heh.

Kali ini, bukan saya mahu mengulas mengenai drama 26 episod tersebut hokey. Saya amat maklum ramai yang sudah ketagih dengan drama ini. Walawehhh.

Sebelum saya mulakan, pertamanya saya mohon maaf, aseef jiddan, kerana contoh atau tajuk agak jahiliyyah. Hoho. 


******************************

Memandangkan anda (mungkin bukan anda lah sebab anda dah buang sindrom ketagih drama Melayu jauh jauh kan? *wink) kenal bebenor dengan Zafriel Irham yang sangat kering hati, poyo, berlagak dan hidung tinggi itu, maka, meh saya tarik anda, untuk mengenali sejenis makhluk yang sama, tetapi versi dalam tarbiyyah. Hoo yeahh. Guano tu?


Setelah hampir tiga minggu saya tidak menghapdet DBG ini, maka, dukacita saya maklumkan, bahawa selama hampir tiga minggu jugalah saya mengalami sindrom Miss Arrogant. Atau lebih tepat, hati kering. Tiada rasa. Tiada perasaan. Kosong. Zero. 

Hurm. Ya, buat anda yang tidak tahu, saya telah diuji dengan nikmat kesakitan hingga dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Mahalaya (hehe). Namun alhamdulillah, berkat doa, usaha dan bebelan geng bulatan gembira yang dichentai, kesihatan makin pulih. Macehhh semua.


Sindrom hati kering ini saya alami dan sumpah perasaan itu tak best langsung. Yelah, anda cuba bayangkan. Haip! Saya kata bayangkan tau! Walaupun menghadiri bulatan gembira, walaupun ada usrahmate di sisi, adik-adik yang bersemangat, namun hakak yang sorang ini masih terasa kosong. Hinggakan mutabaah amalnya sendiri pun struggle Ya Rabbi nak penuhkan. Subhanallah. Saya tak malu bercerita di sini, kerana semakin saya simpan, saya rasa makin tak keruan. Risau bertambah arrogant saya dengan rasa kering ini. 

Pelik, bukan? 

Jika dulu, kita sering mendengar syuyukh, hakak atau abam bercerita tentang usrah yang bisa menghidupkan hati. Yang memberi nyawa saat menghadapi minggu yang kelelahan. Ya! Saya pelik. Seusai bulatan gembira adik-adik, mereka merasakan satu semangat baru. Sedangkan dalam hati ya Kareem, Allah je yang tahu betapa strugglenya nak sampaikan pada mereka sesuatu yang saya sendiri kurang rasa terhadapnya. Mungkin lebih tepat, saya tak rasa apa-apa! 

Anda tak rasa ke demam Miss Arrogant saya ni makin parah?! Ohoii!

Jika Zafriel Irham mempunyai isteri sesabar Zara. Maka saya mempunyai Tuhan yang MAHA PENYABAR. DIA yang tak berhenti menguji dengan hati, dengan perasaan. DIA yang tak berhenti mengingatkan saya tentang ayat-ayat chentaNya. Subhanallah! Malu. Saya cukup malu bila tersedu-sedan di hadapanNya.
Well said! [Kredit]
Kata seorang ukhti yang saya sayang, 

''Nanti kita duduk sama-sama, kita sharing ayat Quran, nak? InsyaAllah kalau kita rasa kecintaan pada ayat-ayat Allah, kita akan rasa HIDUP. Atau kita mabit kat masjid kee. InsyaAllah''

''I think i just need some time to sit together, beriman sejenak with antunna. Qodhoya dan curhat''
-saya-

Alhamdulillah. Terubat dengan kata-katanya. Benarlah, bila kita ada masalah, carilah orang yang 'FAHAM' masalah kita. Yang sama di jalan ini. Supaya bila dia nasihatkan kita, memberi taujih pada kita, akan rasa terkena pada diri. Biidznillah. 

...dan seriyusli, nak menjadi seorang yang rabbani pada setiap masa, tidak bermuka-muka seperti Superman yang sekejap Superman sekejap Clark Kent itu memerlukan mujahadah yang super tinggi. 

Lebih-lebih lagi saat dhonia menarik-narik kita macamlah kita nak sangat main tarik tali dengan dia, kan? Eh. 


Sekarang, insyaAllah rasa kosong, hati kering, demam arrogant semuaaaaa tuuu makin menghilang sedikit demi sedikit. Benarlah. Ada masanya diri kita ini perlukan masa sendirian dengan Sang Penciptanya. Alone. Without any distraction. Like seriously. 

Masa tu air mata ni akan tumpah bak air yang jatuh daripada tempayan rumah atuk yang dah pecah itu. Dan masa tu kita rasa osem sebab takda sesiapa kacau kita, bunyi vibrate henpon pun tak ada (sebab tu letak jauh-jauh henpon bila sedang beribadah). Mahu mengadu apa-apa pun tak mengapa. Walaupun mengadu lapar. Hehe. 


Allah Ta’ala berfirman, “Janganlah engkau bersedih, sesungguhnya Allah bersama kami”
 (QS. At Taubah: 40)



''Jangankan kita sebagai manusia biasa, bahkan Rasulullah Muhammad shalallahu alaihi wasallam pun pernah mengalami keadaan tersebut pada tahun ke-10 masa kenabiannya. 
Pada masa yang masyhur dengan ‘amul huzni(tahun duka cita) itu, beliau ditinggal wafat oleh pamannya, Abu Thalib, kemudian dua bulan disusul dengan wafatnya istri yang sangat beliau sayangi, Khadijah bintu Khuwailid.

Sahabat Abu Bakar, ketika sedang perjalanan hijrah bersama Rasulullah pun di saat berada di dalam gua Tsur merasa sangat cemas dan khawatir dari kejaran kaum Musyrikin dalam perburuan mereka terhadap Rasulullah. Hingga turunlah surat At-Taubah ayat 40 yang menjadi penenang mereka berdua dari rasa kegalauan dan kesedihan yang berada pada jiwa dan pikiran mereka.''


:) [Kredit]
Moga Allah sentiasa memgang hati kita, memelihara kita daripada penyakit futur yang tak osem itu. Moga mujahadah kita lebih Allah redhai dan sukai daripada kita duduk sorang-sorang asyik mengenang nasib diri tak sudah-sudah. Tanpa ada tindakan susulan. Biidznillah. 


Jadi, nak demam Miss Arrogant lagi? Pergh! Sumpah tak hingin!


ps: Bittaufiq wannajah untuk semua adik-adik yang menduduki Espiyem. Banyakkan tahajjud yaa!

ps II : Barakallah buat Kak Sky moga baitul muslim anda osem seperti nama anda juga! Sakinah. So, who's next? 



Wallahualam
Daisypath Happy Birthday tickers