Mereka yang Kool :)

Friday, November 8, 2013

Ceritera Demam Miss Arrogant

Dengan nama Allah yang Maha Mengetahui Segala Isi Hati :)


Oh yeah? [Kredit]

'' I love you Mr. Arrogant''

Ok. Sudah. Sudah. Biar saya cucuk kasi pecah belon angan-angan di kepala anda itu.  Heh.

Kali ini, bukan saya mahu mengulas mengenai drama 26 episod tersebut hokey. Saya amat maklum ramai yang sudah ketagih dengan drama ini. Walawehhh.

Sebelum saya mulakan, pertamanya saya mohon maaf, aseef jiddan, kerana contoh atau tajuk agak jahiliyyah. Hoho. 


******************************

Memandangkan anda (mungkin bukan anda lah sebab anda dah buang sindrom ketagih drama Melayu jauh jauh kan? *wink) kenal bebenor dengan Zafriel Irham yang sangat kering hati, poyo, berlagak dan hidung tinggi itu, maka, meh saya tarik anda, untuk mengenali sejenis makhluk yang sama, tetapi versi dalam tarbiyyah. Hoo yeahh. Guano tu?


Setelah hampir tiga minggu saya tidak menghapdet DBG ini, maka, dukacita saya maklumkan, bahawa selama hampir tiga minggu jugalah saya mengalami sindrom Miss Arrogant. Atau lebih tepat, hati kering. Tiada rasa. Tiada perasaan. Kosong. Zero. 

Hurm. Ya, buat anda yang tidak tahu, saya telah diuji dengan nikmat kesakitan hingga dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Mahalaya (hehe). Namun alhamdulillah, berkat doa, usaha dan bebelan geng bulatan gembira yang dichentai, kesihatan makin pulih. Macehhh semua.


Sindrom hati kering ini saya alami dan sumpah perasaan itu tak best langsung. Yelah, anda cuba bayangkan. Haip! Saya kata bayangkan tau! Walaupun menghadiri bulatan gembira, walaupun ada usrahmate di sisi, adik-adik yang bersemangat, namun hakak yang sorang ini masih terasa kosong. Hinggakan mutabaah amalnya sendiri pun struggle Ya Rabbi nak penuhkan. Subhanallah. Saya tak malu bercerita di sini, kerana semakin saya simpan, saya rasa makin tak keruan. Risau bertambah arrogant saya dengan rasa kering ini. 

Pelik, bukan? 

Jika dulu, kita sering mendengar syuyukh, hakak atau abam bercerita tentang usrah yang bisa menghidupkan hati. Yang memberi nyawa saat menghadapi minggu yang kelelahan. Ya! Saya pelik. Seusai bulatan gembira adik-adik, mereka merasakan satu semangat baru. Sedangkan dalam hati ya Kareem, Allah je yang tahu betapa strugglenya nak sampaikan pada mereka sesuatu yang saya sendiri kurang rasa terhadapnya. Mungkin lebih tepat, saya tak rasa apa-apa! 

Anda tak rasa ke demam Miss Arrogant saya ni makin parah?! Ohoii!

Jika Zafriel Irham mempunyai isteri sesabar Zara. Maka saya mempunyai Tuhan yang MAHA PENYABAR. DIA yang tak berhenti menguji dengan hati, dengan perasaan. DIA yang tak berhenti mengingatkan saya tentang ayat-ayat chentaNya. Subhanallah! Malu. Saya cukup malu bila tersedu-sedan di hadapanNya.
Well said! [Kredit]
Kata seorang ukhti yang saya sayang, 

''Nanti kita duduk sama-sama, kita sharing ayat Quran, nak? InsyaAllah kalau kita rasa kecintaan pada ayat-ayat Allah, kita akan rasa HIDUP. Atau kita mabit kat masjid kee. InsyaAllah''

''I think i just need some time to sit together, beriman sejenak with antunna. Qodhoya dan curhat''
-saya-

Alhamdulillah. Terubat dengan kata-katanya. Benarlah, bila kita ada masalah, carilah orang yang 'FAHAM' masalah kita. Yang sama di jalan ini. Supaya bila dia nasihatkan kita, memberi taujih pada kita, akan rasa terkena pada diri. Biidznillah. 

...dan seriyusli, nak menjadi seorang yang rabbani pada setiap masa, tidak bermuka-muka seperti Superman yang sekejap Superman sekejap Clark Kent itu memerlukan mujahadah yang super tinggi. 

Lebih-lebih lagi saat dhonia menarik-narik kita macamlah kita nak sangat main tarik tali dengan dia, kan? Eh. 


Sekarang, insyaAllah rasa kosong, hati kering, demam arrogant semuaaaaa tuuu makin menghilang sedikit demi sedikit. Benarlah. Ada masanya diri kita ini perlukan masa sendirian dengan Sang Penciptanya. Alone. Without any distraction. Like seriously. 

Masa tu air mata ni akan tumpah bak air yang jatuh daripada tempayan rumah atuk yang dah pecah itu. Dan masa tu kita rasa osem sebab takda sesiapa kacau kita, bunyi vibrate henpon pun tak ada (sebab tu letak jauh-jauh henpon bila sedang beribadah). Mahu mengadu apa-apa pun tak mengapa. Walaupun mengadu lapar. Hehe. 


Allah Ta’ala berfirman, “Janganlah engkau bersedih, sesungguhnya Allah bersama kami”
 (QS. At Taubah: 40)



''Jangankan kita sebagai manusia biasa, bahkan Rasulullah Muhammad shalallahu alaihi wasallam pun pernah mengalami keadaan tersebut pada tahun ke-10 masa kenabiannya. 
Pada masa yang masyhur dengan ‘amul huzni(tahun duka cita) itu, beliau ditinggal wafat oleh pamannya, Abu Thalib, kemudian dua bulan disusul dengan wafatnya istri yang sangat beliau sayangi, Khadijah bintu Khuwailid.

Sahabat Abu Bakar, ketika sedang perjalanan hijrah bersama Rasulullah pun di saat berada di dalam gua Tsur merasa sangat cemas dan khawatir dari kejaran kaum Musyrikin dalam perburuan mereka terhadap Rasulullah. Hingga turunlah surat At-Taubah ayat 40 yang menjadi penenang mereka berdua dari rasa kegalauan dan kesedihan yang berada pada jiwa dan pikiran mereka.''


:) [Kredit]
Moga Allah sentiasa memgang hati kita, memelihara kita daripada penyakit futur yang tak osem itu. Moga mujahadah kita lebih Allah redhai dan sukai daripada kita duduk sorang-sorang asyik mengenang nasib diri tak sudah-sudah. Tanpa ada tindakan susulan. Biidznillah. 


Jadi, nak demam Miss Arrogant lagi? Pergh! Sumpah tak hingin!


ps: Bittaufiq wannajah untuk semua adik-adik yang menduduki Espiyem. Banyakkan tahajjud yaa!

ps II : Barakallah buat Kak Sky moga baitul muslim anda osem seperti nama anda juga! Sakinah. So, who's next? 



Wallahualam

No comments:

Post a Comment

''... Katakanlah, ''Apakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sebenarnya hanya orang yang berakal sihat yang dapat menerima pelajaran''

[Az Zumar 39:9]

Daisypath Happy Birthday tickers