Mereka yang Kool :)

Monday, October 14, 2013

Eiduladha? #Domorelah

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Memberi Rezeki :)

Selamat berkorban kerana Allah, Enche Lembu yaa [Kredit]
Alhamdulillah tsummalhamdulillah, 10 Zulhijjah bersamaan Eiduladha. 

Ya, pastinya raya haji ini takkan terlepas daripada bercakap soal pengorbanan. Mungkin juga sudah berbuih-buih, terjuih-juih mulut osttad ostadjah di masjid, surau mahupun kaca telebisen bercerita kisah Nabi Ibrahim a.s dan Siti Hajar, pengorbanan Rasulullah saw dalam misi dakwahnya dan baaaaannnnnyyaaaaakkkkk lagi kisah-kisah seerah yang saya cukup minat.

Jika pada Eiduladha tahun lepas, (sesiapa yang masih ingat) saya bercerita soal Al Quran Hijau kesayangan yang tertinggal di dalam bas ekspres ondewei pulang ke kampung. Ok, cukup. Kali ini, alhamdulillah Al Quran saya sudah bertukar warna, warna merah jambu!!! Gegurls uolls. Maceh buat anda yang sudi membelikan. 

Okbai. 


************

Baiklah. Mengapa tajuk entri ini seperti yang dimensyen di atas? Apa kaitan eiduladha dengan hashtag #domorelah? Meh sini rapat-rapat, ambil biskut dan teh o panas itu sekali ya!

Jika perasan, tiba sahaja Eiduladha, ramai sungguh yang akan berpusu-pusu datang ke masjid dan surau-surau untuk bersolat sunat hari raya. Alhamdulillah. Dan kemudian, kita mendengar ceramah atau tazkeerah sempena Eiduladha. Dan sekali lagi, jika perasan, ceramah atau tazkeerah yang disampaikan, adalah teks buatan orang lain yang skema dan kadangkala ''tak menyentuh'' hati para jemaah. 

Saya tidak bermaksud hendak mengondem para pembuat teks. Namun, sebagai golongan muda (muda ke?) saya merasakan, amatlah sayang sejuta kali sayang jika peluang ketika anak-anak muda dan golongan yang veteran bersama, eksaited nak dengar ceramah namun hampa atau tak ada perasaan langsung seusai ceramah tersebut diberikan. Mengapa? Banyak faktor. Pemilihan cerita dan isi kandungan ceramah yang nampaknya ''selamat sangat'' dan skema, tak membuat para pendengar menghayati sekaligus berasa insaf dengan ceramah tersebut. 

Juga, kelihatan sangat kureng imam muda (ini di tempat saya, saya tak pasti tempat anda) untuk menyampaikan ceramah atau tazkeerah tersebut. Pada saya, pemuda ini sifatnya gagah dan berani serta bersemangat! Jadi, jika mereka diberi peluang untuk   menyampaikan, pasti kita akan lihat perubahan yang bakal dibuat. Tak percaya? 

Anda boleh baca sejarah hidup Hassan al Banna, seerah Sultan Muhammad al Fateh, Nouman Ali Khan (eh) dan bannnyaakk lagi pemuda islamik yang haibat. 


#Domorelah daripada sekadar pergi ke masjid, solat sunat, tengok orang melapah daging, balik, dan tidur. 

#Domorelah daripada sekadar memakai baju baru, beraya sakan, pulang ke rumah dan kembali berehat.

#Domorelah daripada sekadar menghabiskan masa di hadapan telebisen Samsung melihat lepas satu ke satu cerita yang tersedia sepanjang Eiduladha.

Kita boleh. Kita mampu. Kerana banyak lagi hal yang boleh kita perbaiki. Biidznillah.

**********
[kredit]
Selamat Hari Raya Eiduladha buat semua pembaca Blog Diari Bulatan Gembira. Moga Allah menerima segala amalan kita, insyaAllah. Jangan makan banyak sangat daging, saya tak jamin hospital muat kalau semua orang dijangkiti wabak kolestrol tinggi. *gelak keji





Wallahualam


No comments:

Post a Comment

''... Katakanlah, ''Apakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sebenarnya hanya orang yang berakal sihat yang dapat menerima pelajaran''

[Az Zumar 39:9]

Daisypath Happy Birthday tickers