Mereka yang Kool :)

Sunday, October 6, 2013

Antara Hari Jubah, Cik Ribena dan Anak Mommy Ju.

Dengan nama Allah yang Maha Penyayang dan Maha Mengasihani :)

Alhamdulillah tsummalhamdulillah, moga pagi Isnin ini menjanjikan keceriaan dan tiada lagi Isnin Biru (baca: Monday Blues) . Hoo yeahh!


Nak jugak bebaling Topi ni. [Kredit]

Belum terlambat lagi untuk saya ucapkan setinggi-tinggi tahniah mabruk alaikum, buat insan-insan yang tersayang yang telah berjaya menyarungkan Jubah Konvekesyen anda. Tahniah alang, tahniah ateh. Tahniah BusBus (anda tak lama dah enn?). Ingatlah, hakikatnya graduasi sebenar adalah saat Allah mengucapkan salam sejahtera ke atasmu kerana kesabaranmu, masuklah ke Syurga... 

Buat ateh, 

Setitik, dua titik air mata gugur saat melihat anda berhari jubah tanpa insan tersayang. Subhanallah, kuatnya ateh. Ingat ya ateh, abah ateh sedang tersenyum melihat anaknya berjaya, baik urusan dunia mahupun urusan dakwah dan tarbiyyah. Moga pahala terbias sebanyak-banyaknya buat beliau. Al fatihah. I can feel you deeply. Trust me, honey.


Buat alang, 

Tersenyumlah, setelah penat lelah terkapai-kapai hampir lemas dalam mencari 'alat' yang terbaik untuk ummah ini. Anda kuat. Kuat sangat. Allah melihat usaha kita, bukan hasilnya. Biidznillah. Selalunya anda berjaya buatkan saya berasa kagum dan respek toing toing bila melihat semangat dan lajunya anda di jalan ini. Tipulah jika saya kata, anda bukan contoh saya. Hikshiks. Mohon menangis terharu sampai banjir Shah Alam nun. Ahaah. 


Alhamdulillah. Mabrukalaikuma!!! (sambil goyang sepanduk #Al-'adiyaatosemtakbolehbelahkbai)


**********
[Kredit]
Ada satu makhluk di Galaksi Bima Sakti ini yang.... Ya Allah, mohon pinjam baldi merah jambu itu kejap. Nak menangis terharu. 

Ok sudah. 

Iya, Cik Ribena. Sebenarnya saya baru saja dua kali ketemu beliau. Tapi rasanya bagai dah rapat bertahun-tahun lamanya. Agaknya, kerana persamaan perangai kami kot. Anda insan yang haibattt. Seriyusli. Dan tentunya suka buat saya terharu. Ada je benda tersorok yang anda buat. Haihhh. Kalau asik kena kejutan cenggini, boleh diserang kencing manis tahu..? Shuuuwwwiiitt banget deyh!

ps: Nanti kita gi panjat Gunung Kinabalu sama sama tau. Kenkononnya sweet lah gituu. Heh.


Anak-anak Mommy  Ju

Buat anak-anak Mommy Ju.

Teruskan melangkah, 
Cik M
Cik A
Cik I
Cik S
Cik Sa

Tengsomac alhamdulillah. Melihat anda, saya jadi semangat. Tentu saja Mommy anda lebih bangga dengan anda semua. Nanti kita bersama-sama lagi dalam syurgaNya yaa? 

Kita baca quran.
Kita tidur.
Kita borak.
Kita makan. 
Kita main-main.
Kita main kucing.
Kita shopping sama-sama. 
Kita err... 

Menangis kongsi masalah sama-sama. 

Anda aset Mommy Ju. Aset sorga beliau. Maka, berjalanlah di jalan ini dengan tabah. Saya sayangkan anda semua lillahi ta'ala. Senyum lebar.

[Kredit]
*********

Alhamdulillah tsummalhamdulillah. Nikmat mana lagi ya Allah, yang ingin aku dustakan? Terima kasih untuk nikmat ini. Jalan dakwah ini. Tarbiyyah ini. 

Aku cintakan mereka, ya ALLAH. KeranaMu. 


Rasulullah saw ketika ia berkata:
“Di antara hamba-hamba Allah terdapat manusia yang bukan Nabi dan bukan pula syahid. Pada hari kiamat tempat mereka di sisi Allah lebih hebat dari tempat para Nabi dan para syuhada.”
Mereka bertanya:
Siapakah mereka ini ya Rasulullah? Jawab Rasul:
“Mereka itu adalah orang-orang yang saling kasih mengasihi dengan jiwa Allah di kalangan mereka, sedangkan di antara mereka tidak terdapat tali kekerabatan, dan juga tidak terdapat hubungan kewangan dan material. Demi Allah! Muka mereka itu cahaya dan mereka itu di atas cahaya. Bila manusia merasa takut, mereka tidak takut. Bila manusia merasa sedih, mereka tidak sedih.”
(al hadith)

 Moga Allah tsabbatkan kita. Ameen.





PS: Sanah helwah buat Laily Natasha. Moga usia anda diberkati. Sayang lillah. Ngeee. Mohon tuntut hadiah lepas Raya Haji yaaa.



Wallahualam



No comments:

Post a Comment

''... Katakanlah, ''Apakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sebenarnya hanya orang yang berakal sihat yang dapat menerima pelajaran''

[Az Zumar 39:9]

Daisypath Happy Birthday tickers