Mereka yang Kool :)

Monday, June 25, 2012

Aku Tak Kool Pun. Aku Acah Je!

  Dengan nama Allah yang Maha Menguasai Hari Akhir, Maha Memegang Usia Daku dan Kamu...

Nota diari : Puisi ini dinukilkan buat mereka yang bersama-sama dengan ku di jalan yang sumpah panjang ini. First published for my bulatan gembiramate at http://blessedcircle-ansarullah.blogspot.com.
Jalan kita tak selalunya indah persis pelangi bukan? [Kredit]
Kau lihat jalan aku mudah
Kau kata family aku supportive
Kau nampak aku ceria ketawa
Tapi kau taktahu mehnah Dia tetap ada untuk aku

Kau kata aku kuat
Kau kata kau lemah
Tapi kau taktahu
Sebab kau aku kuat
Sebab Dia, aku bertahan
Akhawatfillah, aku cinta banget dengan kau

Aku tahu
Dia yang ubah aku
Dia yang temukan aku dengan jalan ini
Dia juga temukan aku dengan antunna
Dan hanya pada Dia, aku mohon
Aku doa, aku rintih
Moga kita terus tsabbat 

Bukan aku ego
Bukan aku hati kering
Tapi aku tak boleh tunjuk air mata
Aku malu
Apalah sangat mehnah aku terima
Berbanding dengan antunna


Dulu mungkin ya
Aku tak matang
Sikit-sikit aku nangis
Sikit-sikit cengeng
Sikit-sikit mengadu
Tapi antunna
Bukan mudah menjadi 'KITA' yang kini
Seriyusli

Memang impian aku semua indah-indah belaka
Kalau lukis, dapat warna-warni persis pelangi
Tapi kau pun tahu bukan
Dia bagi ikut yang terbaik untuk kita
Bukan ikut suka hati kita

Kalau satu hari nanti aku dah tiada
Tak boleh ligat lagi
Tak boleh pimpin tangan bersama antunna lagi
Tak mampu bersuara lagi
Tak mampu tersenyum lagi
Aku mohon
Ampunkan aku
Maafkan aku
Doakan aku
Aku sayang, sayang...
Malah terlalu sayang
Dengan antunna
Akhawatfillahku... 
Abadan abada, biidznillah. 

ps: Ditulis dengan sebak, berat dan sesak di dalam hati menahan air mata. Antunna pemberi motivasi buat diriku di saat mehnah datang melanda. Jazakunnallahu khairan katheera. 
Wallahualam
 
Jam 2151
Pahang, Malaysia

Thursday, June 21, 2012

Jadi Saya Ini Bodoh Kah?

Dengan nama Allah yang Maha Menguasai Maha Memberkati :)

[Nota misteri] : Entri ini terhad kepada mereka yang berhati, berperasaan dan tiada masalah hati kering mahupun jiwa kacau. 
[Kredit]
 ''Jadi, saya ini bodohkah? Saya ini tidak tahu apa-apakah? Saya ini tidak pandai kah? Saya ini tidak berguna lagi kah? Begitu maksudnya? Bukan saya tak mahu. Bukan saya malas. Saya cuma inginkan satu peluang. Mungkin akhiran hidup saya selamanya akan jadi seorang tukang cat''

Sentap. Zaaaassss! Sumpah itu perasaan tika mendengar luahan hati seorang hamba Allah ini. Saya sedang bercerita mengenai satu kisah benar. Ramai yang bertanya mengapa di Kicauan saya banyak membahaskan soal ini. Hingga ada yang minta diceritakan. Namun maaf, saya tidak boleh membuka identiti hamba Allah yang seorang ini. Itu permintaan. Mohon mengerti ya!

Hamba Allah ini baru sahaja saya kenal. Baru sangat. Baru beberapa hari mungkin. Sempat juga berbalas senyuman tanda hormat. Itu sahaja. Tiada komunikasi lain. Tiada berbalas mesej, tiada bertentang empat mata berborak itu dan ini, tiada menyimpan nombor. Tiada langsung. Sekali pun tidak. Melihatnya saya tersentuh. Melihatnya saya termenung sendiri. Mengingatkannya membuatkan saya terfikir-fikir tentang diri sendiri. Satu kisah tentang dirinya membuatkan saya kagum dengan dirinya dalam diam. Dan tidak putus saya doakannya. 

Hamba Allah ini cemerlang orangnya. Keputusan PMR nya boleh tahan. Boleh dilabel cemerlang. Namun ujian Allah menimpanya ketika SPM. Benarlah, tidak selamanya kita di atas. Boleh jadi kalau kita selamanya di atas, kita menjadi manusia berhidung tinggi empat inci. Ya, semasa SPM, dia ditakdirkan Allah untuk gagal dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris. GAGAL! Atau lebih kejam bahasanya, gred F Merah! Sedangkan mata pelajaran yang lain tidak ada yang kurang daripada B. Wah wah wah! Pada saya, itu cemerlang.  Kan?

Maka bermulalah episod diri hamba Allah ini yang mula ditekan dan 'ditindas' oleh pendidikan serkular kala ini. Hoho. Bunyi macam apa je. Tapi itulah yang berlaku. Dia mohon ke sana dan ke mari segala macam tempat, namun tidak ada yang sudi menerimanya untuk belajar. Apa? Kurang pandai kah dia? Hanya disebabkan dia gagal English, tak pandai spiking, tak pandai grammar, tak pandai uslub english, sudah dilabel sebagai tidak layak?!

Hebat sungguh pendidikan sekular yang bermaharajalela kala ini, bukan? Syabas dan tahniah saya ucapkan kerana telah berjaya menindas seorang hamba Allah ini. *tepuk tangan kuat-kuat
Bukan saya tak tahu, masih ramai lagi yang ditimpa nasib serupa.  Apa? Nak tunggu dilaporkan dalam Buletin Utama TV3 atau Sinar Harian atau diiklankan dalam banner besar-besar baru pihak yang berwajib sudi nak tolong kah? Heyy... Tahu tak, zaman khalifah Saidina Umar al Aziz dulu sampai takda masalah kewangan, zaman Saidina Abu Bakar pula, sampai Umar al Khattab ingin memulangkan kembali jawatan hakim kerana tiada masalah yang dilaporkan. Apa jadi dengan sekarang??? Tolonglah! Kembalikan semula pemimpin seperti itu!Bukan yang hanya sedap makan kenyang di perut, terima elaun beribu riban di Parlimen dan isu ummat masih seperti itu. 


Lebih baik tak reti English daripada tak reti mengaji! [Kredit]

Hamba Allah ini sungguh berkemahiran. Sumpah! Hands on nya sungguh cekap. Kerjanya laju. Hasilnya tip top! Dia sangat berhasrat dan berminat untuk menjadi Jurutera. Saya pasti jika dia diberikan satu peluang, dia akan menjadi logam Islam yang sungguh power! Mungkin lebih power daripada  mereka yang 'pandai' di universiti. Yang pandai teori semata. Tapi praktikal kosong. Ehem! Sungguh saya mengaku mungkin saya juga salah seorang yang hanya pandai teori. *air mata mengalir laju

Dan sungguh saya sedih bila melihatkan, terkenangkan ramai antara kita yang senang menerima tajaan. Namun, duit tajaan dihabiskan kepada perkara yang tidak-tidak. Sedangkan ramai lagi insan yang bertungkus lumus hendakkan belajar, namun tidak memperoleh peluang yang sama. Teringat juga zaman UA Abbasiyyah, tika itu, Bahasa Arab menjadi bahasa pertama di dunia. Barangsiapa yang tidak tahu berbahasa Arab, memang ketinggalan zaman! Sungguh choyy lah senang cerita jika tak pandai arab. Quran dan sunnah pula sumber rujukan yang utama. 

Sungguh kisah hamba Allah ini memberi ibrah yang sangat terkesan dan terasa macam Allah mengetuk kepala saya supaya sedar masalah ummat. Supaya tahu bersyukur. Haih. Tengsomac Allah. 

''Sungguh, yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa...''
[Hujurat 49:13]

Yang paling mulia ialah yang paling taqwa. Bukan yang paling mahir kemahiran debatnya. Bukan yang paling berhabuk spiking Londonnya. Bukan!  Ayuh! Ubahlah paradigma kita. Islam itu mudah. Jangan sulitkannya. Islam itu cantik. Jangan kotorkannya. Islam itu keseluruhan. Jangan tinggalkan setengah. Islam itu putih. Jangan kelabukan. Islam itu indah. Islam itu hidup. Islam itu kita. Kita itu islam. 


Moga hamba Allah ini menjadi seorang yang tabah dan moga redha Allah bersamamu. InsyaAllah, akan Dia hadirkan insan-insan, tangan-tangan yang akan membantumu. Biar dikata bodoh di pandangan orang, asalkan dipandang mulia di mataNya. Akhir kisah. 

ps: Seronok berjumpa adik bulatan gembira dari Perlis. Pertama kali dia merasa udang masak lemak cili api. Hehe. Oh ya! Selamat berwalimah buat akhawat tersayang, Ukht Mumtazah binti Maridi dan zauj. Moga ikatan terbina lebih meligatkan anda berdua dan bahagis hingga FirdausNya. Ameen. :)

Wallahualam
 
 
 11.16 p.m
Kediaman Sri Maulana
Pahang, Malaysia

 

Monday, June 18, 2012

Saya Jual Ikan di Ambang Isra' Mikraj. Kool Huh?

Dengan nama Allah yang Maha Memberkati Maha Merahmati :)

[Nota diari]: Mohon maaf lama tidak menjenguk Diari Bulatan Gembira ini. Mengalami sedikit krisis kesihatan :) Doakan yang terbaik untuk islam dan anda semua, pembaca budiman! 


[Kredit]

Semalam, 27 Rejab 1433 bersamaan 17 Jun 2012. Jika dulu tika masih memakai uniform sekolah, pasti saya akan 'dipaksa' mendengar ceramah Isra' Mikraj. Tak cukup dengan ustaz-ustaz yang sangat ruhi dari Malaysia, didatangkan pula ustaz -ustazah dari luar negara. Pernah suatu ketika saya sangat tersentuh dan tersentap dengan perkongsian daripada Ustaz Mafhem (betul kot nama ni) dari Indonesia. Haila. Bukanlah ayat-ayat pujangga atau petikan dari Kitab Tajul Muluk (tetiba) yang dikeluarkan, hanya kata-kata nasihat yang biasa diulang oleh orang lain. Tapi itulah manisnya keikhlasan, ayat yg sampai dari hati akan sampai juga ke hati insan marhaen seperti saya ini. Subhanallah.

Tahun ini berbeza sama sekali. Ya, saya berjaulah lagi. Asyik jaulah je. Hehe. Itulah perancangan Dia, tak rancang pun tiba-tiba jadi je. Sebagai seorang adik terakhir yang baik, hoho, saya menemani Encik Abang menghantar Puan Emak tersayang ke Genting Sempah. Ya, dia berkursus seminggu di sana. Selamat bercuti mak..! Hehe. Jaulah ini yang mengambil masa lebih 6 jam di dalam kereta sahaja memang menjanjikan banyak ibrah yang sungguh cantik menarik tertarik kau memang tembam. Ehh. 

Dan seperti post sebelum ini, Depan Orang Kau Rahib Di Jalanan Kau Rempit sudah saya ceritakan dengan panjang lebar berkenaan manusia ketika di jalanan. Dan ya, sungguh bermacam ragam juga manusia kala ini. Tapi, kali ini, saya tak mahu dah berkata soal itu. No no no. 

Ya, secara jujurnya saya mengambil masa yang lama juga untuk menghapdet blog ini. Ketandusan idea dan hamasah. Sob sob. Namun, jaulah semalam menjadikan saya insaf. Hebat bukan perancangan Allah? Hamba yang hina ini dipeluk dengan ditunjukkan pelbagai peristiwa menyentuh hati. Dan tidak keterlaluan jika saya katakan saya seorang penjual ikan yang tegar lagi berjaya. Hoho. 

Oh anda, itu sungguh tidak bagus dan tidak membanggakan. Masakan tidak, menjadi seorang yang mementingkan diri nya sendiri tanpa memikirkan kemaslahatan ummah dan orang lain adalah perbuatan yang sungguh choyy! Tika saya melihat kesibukan Puan Emak ke sana ke mari mencari rezeki, meninggalkan anak-anak dan kuchen tersayang, saya rasa sayu. Sungguh hiba. Kala ini, serba serbi kemudahan di rumah boleh didapati dengan mudah. Saya pasti anda begitu juga bukan..? Malah lebih lagi. Kerna saya bukanlah orang kaya-kaya :)
[Kredit]

On saja laptop, wifi connected. Mahu tonton Imam Muda, ambil remort, atau record  di astro beyond. Rasa kepanasan persis di Gurun Sahara, tekan sahaja 'swing' di aircond jenama York anda itu. Serba serbi mudah. Hujung jari. 

Itulah kita, bila mudah memperoleh sesuatu, kita tidak menghargai. Berapa kali kita terfikir mahu menggembirakan hati ibu bapa, meminta izin dari mereka saat keluar rumah? Atau redha sahabat lagi penting? Baju mesti mengikut trend sahabat suka? Naudzubillah. Tak perlu sembang kencang mengenai Islam, jika kita masih belum utamakan redha ibu bapa. Bukankah redha Allah itu bergantung kepada redha dan restu ibu bapa? Dan, di saat saya hampir melupakan tanggungjawab saya yang satu itu, segera Allah datangkan ketukanNya. Tengsomac Allah! 


Lantas, saya teringatkan peristiwa Rasulullah menaiki Buraq ke langit ketujuh. Sidratul Muntaha. Jaulah baginda tersirat berbagai ibrah. Macam-macam yang baginda dah saksikan. Seksaan itu dan ini. Azab itu dan ini. Ni'mat itu dan ini.


Dan, saya terfikir, di saat kereta kami dipotong laju oleh sekumpulan remaja Superman menaiki motor, jika ditakdirkan Allah mereka diambil nyawa, adakah ibu bapa mereka redha? Adakah Allah redha?

Sumpah saya tak hingin menjadi hamba yang diseksa kerana tak fikirkan ibu bapa saat melakukan setiap pekerjaan. Sungguh, setiap apa yang berlaku pada kita sehari-hari telah diceritakan dalam Al-Quran. Tinggal kita ni haa, entah buta atau rabun malam atau rabun ayam sangat tak nampak-nampak apa yang Dia nak ceritakan. Haihh.


''Maka apakah mereka tidak pernah mengadakan perjalanan di bumi, sehingga dapat memerhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang sebelum mereka. Allah telah mmebinasakan mereka, dan bagi orang-orang kafir akan menerima (nasib) yang serupa itu.''
[Muhammad 47:10]

 
 Dan, saya perlukan tangan-tangan anda memimpin saya untuk berubah. Untuk berjalan bersama di jalan ini. Hingga kita sama-sama mulia di sisiNya di dunia atau kita disyahidkan. Ameen ya Rabbal alameen.


Dan tentunya, isra' mikraj kali ini akan saya ingati dalam-dalam. Seriyusli. Kerana saya sudah tidak mau menjual ikan. Nevaa!


ps: Berharap saya berada di MESIR sewaktu Dr Morsi diumumkan sebagai Presiden baru Mesir! Alhamdulillah!
  

Wallahualam

 

Monday, June 11, 2012

Depan Orang Kau Rahib. Di Jalanan Kau Rempit.

Dengan nama Allah yang Maha Mengatur Perjalanan :)

Coming soon [Kredit]
Alhamdulillah tsummalhamdulillah. Segala puji bagi Allah. Kita memujiNya, minta pertolonganNya dan ampunan kepadaNya. Kita berlindung kepadaNya dari keburukan jiwa kita dan kesalahan amal kita. Siapa diberi petunjuk olehNya, maka tidak ada yang sanggup menyesatkannya. Dan siapa yang disesatkan olehNya, maka tidak ada yang mampu memberi petunjuk. Aku bersaksi tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah dan bersaksi Muhammad tu hamba dan rasulNya. Amma ba'du.

Ok. Itu muqaddimahnya. (senyum)

Err. Tajuk kali ini mungkin agak ekstravaganza kebrutalannya. Bagi insan-insan yang mengetahui, saya tidak ada di bumi Pekan Pahang minggu ini (sorry adikku, tak sempat ziarah) berikutan berjaulah bersama dua abang tersayang ke Batu Pahat Johor. Ya, bila kita lama di jalanan ini, tentulah kita akan perhatikan gerak geri manusia dan juga keadaan fizikal jalan tersebut. Adakalanya kita terserempak dengan kereta idaman seperti Nissan Murano (ehem ehem), berselisih dengan Puan Monyet dan Tupai yang membawa anak melintas tanpa pandang ke kiri dan kanan dan lintaslah dengan selamat, eh. 

Bila jalanraya berlubang, tanah runtuh kita mula bermuqaddimah untuk menyumpah seranah tukang buat jalan. Err. Sumpah saya juga terasa panas hati tika terpaksa berhadapan dengan jalan yang berlubang sana sini dan konstraksyen yang sudah berlanjutan empat ke lima tahun. Saya tidak tahu tentang negeri lain, tapi apa yang saya perhatikan laluan di sepanjang jalan persekutuan ke segamat memang choyy sedikit. Mungkin banyak sebenarnya. 


Namun, semua itu bukan titik penghujahan saya di entri kali ini. Hehe. 


Oleh kerana saya menemani encik abang yang menjadi super (bahasa Indonesia pemandu), jadi saya tidak langsung berkesempatan untuk melelapkan mata yang sepet ini. Err. Apakah. Hehe. Kerana saya bimbangkan dia yang ikut tidur nanti. Jadi, nak dijadikan takdir Allah perjalanan kami memakan masa sedikit shingga empat jam kerana musim cuti sekolah jadi kereta, motor, lori, trailer, basikal roda tiga semua memenuhi ruang jalanan. Dalam senario seperti ini, manusia kadangkala boleh hilang kesabarannya, kelembutannya. Benar! 


Saya cukup kecut perut dengan sebuah kereta Hilux yang kurang sopan semasa di jalanan. Tatkala encik abang mahu memotong, dia malah melajukan kereta dan semakin menghimpit ke kanan. Apakah ini? Mahu membunuh secara rempit dan terhormatkah?
Monyet sekarang pun dah tahu rempit. Salah siapa? [Kredit]
 Saya cukup yakin, tarbiyyah itulah yang memegang perangai kita, amal kita. Jika saya masih tidak dipeluk erat oleh Encik Tarbiyah dan Puan Dakwah, mungkin saya akan menyumpah seranah Holux tersebut menjadi kereta kodok berwarna hijau floresen tanpa enjin. Wah... Namun, itulah nikmat iman. Kita menjadi penyabar saat rasa marah meluap-luap.


Saya lebih tertarik dengan kisah yang diceritakan oleh seorang akh, ketika berjaulah (eceli mahu balik kampung keluarga) dia berhadapan dengan situasi yang sama. Dan alangkah terkejut keranya tatkala di saat dia menoleh, kelihatan lelaki bersongkok, berjanggut kelihatan seperti seorang ustaz yang memandu kereta itu. Walaweh! Tetapi kerana keusnudzonnya akh ini, dia memaafkan dan beranggapan lelaki tadi tak sengaja. Mungkin dia dah lama nak test kuasa. Cuma terfikir juga, jika mereka yang belum ditarbiyyah melihat situasi ini, pasti sedikit sebanyak fitnah kepada dakwah itu akan terzahir! ''Harap je macam pendakwah, kat jalan samseng!''
Kalau pinjam motor polis ni pun bagus juga. [Kredit]

Cukup takut rasanya jika ada yang berkata sedemikian rupa. Saya tidak nafikan, kita tidak boleh menghukum sesiapa berdasarkan baju yang dipakainya. Boleh jadi mereka yang ber-tshirt Pagoda dan berseluar Jeans Levis lebih suci dan putih bersih hatinya berbanding dia yang memakai Jubah Putih dari Mesir, berserban kemas dan berjanggut panjang. Boleh jadi! Namun, manusia di kala ini akan memandang juga rupa itu. Rupa seorang yang dikatakan pendakwah. 


Sebab tu dalam usul 20, pertama tama sekali usul yang diketengahkan adalah islam yang syumul. Syumul tu lengkap. Menyeluruh. Komplit. Takda kompromi langsung dengan sebarang bentuk karat jahiliyah! 

''Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan (total) dan janganlah kamu mengikut langkah syaitan, sesungguhnya dia adalah musuh yang nyata!''
[Al-Baqarah 2:208]

Jadi, tidak kira di mana dan anitaim, islam itu pasti ada. Jangan pula di depan adik-adik bulatan gembira kita, kita lah yang berdegar -degar menceritakan tentang kesabaran, ketaqwaan, berlapang dada sedangkan di alam realiti, kita yang cakap tak serupa bikin. Allahuakbar! Moga kita disimpang matikan oleh kejadian seperti itu. Jangan pula kita sibuk memberi taklifat kepada adik-adik tentang pentingnya amal perbuatan ketika sesama manusia sedangkan kita merempit mengalahkan mereka yang belum merasai nikmat ditarbiyah. 



Sentap bukan..? *telan air liur. 


Jangan terkejut jika ada insan-insan yang mati katak disebabkan perbuatan kita yang kononnya rahib di depan orang, tapi di jalanan kitalah juara rempit. Na'udzubillahimindzalik. 


Moga kita tetap rahib di mana-mana. Tak kira di jalanan atau di pentas dakwah dan tarbiyah.
Kan sabar itu separuh dari nama Puan Sabariah? [Kredit]


ps: Best juga kalau dapat manfaatkan rumah besar arwah atuk di kampung untuk konferens-konferens adik-adik. Hihi. 


ps 2: Mohon doakan dan maafkan kesalahan saya kepada anda semua wahai pembaca budiman. Terasa banyak salah dengan manusia. Tapi tak tahu apa. Astaghfirullah...

ps3: Konferens riang adik-adik di Pekan, Pahang. Siapa yang available untuk menyibuk, adalah dienkarej secara super duper da bomb!

Wallahualam

Thursday, June 7, 2012

Anda Boleh Letak Tajuk Sendiri :)

Dengan nama Allah yang Maha Menguasai Hari Pembalasan.

[Kredit]

Jzkk for the book ukhti :) [Kredit]
As Saff :) [Kredit]


Masjid Sultan Ahmad Shah Pekan Pahang [Kredit]






Kredit Canan EOS 1100D [Kredit]

Dulu akulah manusia itu
Yang suka bermain tarik tali
Yang suka memberi alasan
Yang suka berdalih dalih

Dulu akulah insan itu
Yang tak pernah serius
Yang tak pernah tegar
Yang tak pernah kuat
Yang tak pernah faham

Dan keranaNya
Aku tidak lagi begitu
DIA tak pernah berputus asa
DIA tak pernah lemah
DIA tak pernah lemau
Kerana DIA mahu yang terbaik untuk aku

Aku sahaja yang buta
Tak tahu menilai keikhlasanNya
Tak faham-faham kasih sayangNya
Tak mengerti cintaNya

Kini Ya Allah
Baru aku tahu
Kau sayangkan aku
Kau hadirkan mereka
Insan-insan yang kini aku cintai
Insan-insan yang kini aku kagumi

Kau ingatkan aku
Dunia ini tidak ada apa
Dunia ini tidak ada nilainya
Dunia ini sementara cuma

Terima kasih ya Allah
Terima kasih ya Allah
Terima kasih ya Allah

Hadirkanlah cintaku untuk Kau dahulu
Sebelum mencintai hambaMu
Suburkanlah sayangku untuk RasulMU dahulu
Sebelum Kau temukan aku dengan imamku
Cambahkanlah rinduku untuk JannahMu dahulu
Sebelum Kau satukan aku dengan ayah kepada anak-anakku

Moga kami semua diizinkan
Bereunion di SyurgaMu...
Ameen
Ameen 
Ameen ya Rabbal Alameen. 

Wallahualam

Friday, June 1, 2012

Nak Bersumo Dengan Si Gemok, Kita Perlu Menjadi Obes!

Dengan nama Allah yang TIDAK memandang rupa. Hanya hati dan amal

Gemuk. Itu bagus. Eh? [Kredit]


1 Jun 2012
Subhanallah, subhanallah subhanallah! Rasa nak melompat riang gumbira tidak terkata hingga tembus siling rumah. Err. Alhamdulillah sebenarnya... Hehe.Allah masih bagi ruang untuk kita sama-sama bernafas, perbaharui niat dan taubat masing-masing.

Dan, sungguh. Hari ini saya serasa mahu senyum hingga ke telinga. Benarlah, kita hanya mampu membimbing, yang pegang erat-erat hati kita adalah Allah. Dan tentunya, bila kita letakkan pengharapan hanya semata untukNya, dan apabila diuji, kita tidak dibiarkan terkapai-kapai kelemasan seorang diri. Pasti Allah datangkan hambaNya yang dipilih, untuk saya meminjam bahu mereka untuk menangis. Eh.

Alhamdulillah, tengsomac Allah kerana memberi peluang saya berbulatan gembira bersama Cik Murobbiah tersayang. Entah kenapa, hari ini, terasa lapang dada. Cerah mata. Ringan badan. Lagi-lagi, didatangkan nikmat ukhuwwah yang osem. Lebiyu usrahmates ku! 

Er. Cukuplah saya mengarut sedikit. Jum saya tarik tangan anda, kita tengok semula tajuk entri di atas. Apakah ini wahai manusia Cik Prada? Nak Bersumo dengan Si Gemok, Kita Perlu Menjadi Obes? Adakah anda mengatakan bahawasanya menjadi obes itu satu kebaikan? Oh tidak..! Tak kuasa saya! Penat gi gym tahu..? Jaga badan. Haaaa...

Sabar anda, sabar. Ini semua berkaitan dengan sebuah buku oleh Syahid Mustafa Masyhur berjudul Bekalan di Jalan Dakwah yang sedang dibedah oleh saya kala ini. Ya, di jalan yang sumpah panjang dan berbelok-kelok, kita perlukan bekalan. Mcam juga seperti kecik-kecik dahulu. Ala, waktu kita mahu gi ke sekolah. Pasti Puan Mama anda memasakkan nasi gorenag kurang pedas serta sebotol air masak bukan..? Psstt. Saya dulu, waktu pra sekolah, masih lagi bertemankan botol susu. Hingga Darjah Dua. Shh. Jangan bagitahu orang lain tahu. Anda je yang tahu konfesi bunuh diri ini. Chayalah! Haha

Ini bekal saya. Anda? [Kredit]

Bekalan itu tentulah bermacam-macam. Yang paling major dan pokok, adalah bekalan iman dan taqwa. Ya, tanpa si kembar ini, anda dan saya akan patah kaki. Lumpuh dalam berjalan. Sengal ketika melangkah. Kantoi bila berhujah. Lemau dengan diri sendiri. Huisyy... Sentap bukan..? Itu baru bekal iman dan taqwa. Belum dimensyen, bekal ukhuwwah, bekal Al-Quran, bekal nikmat harta dan jiwa, bekal, bekal, bekal dan terus bekal. Heyy...Anda perlu ingat, bukan satu dua jam anda akan melalui jalan ini, tapi untuk seumur hidup, sampai Islam menang atau anda yang syahid. Bukankah itu janji Allah yang menguntungkan para pelabur saham akhirat? Kerana itu, pelbagai jenis bekal perlu ada. 

''Dan janganlah kamu (merasa) lemah, dan jangan pula bersedih hati, sebab kamu paling tinggi darjatnya, jika kamu orang beriman''
[Ali-Imran 3:139]

''Orang-orang yang beriman, mereka berperang di jalan Allah, dan orang-orang kafir, mereka berperang di jalan taghut, maka perangilah kawan-kawan syaitan itu (kerana) sesungguhnya tipu daya syaitan itu lemah''
[An Nisa' 4:76]

'' Kamu pasti akan diuji dengan hartamu dan dirimu. Dan pasti kamu akan mendengar banyak hal yang sangat menyakitkan hati dari orang-orang yang diberi Kitab sebelum kamu dan dari orang-orang musyrik. Jika kamu bersabar dan bertaqwa, maka sesungguhnya yang demikian itu termasuk urusan yang patut diutamakan.''
[Ali Imran 3:186]

Omputeh kata, ''Just name it!''. Pergilah tanyakan kepada syuyukh atau paling senang, diri anda sendiri, renungkan kembali. Ujian apa je yang anda tak lalui? Duit takda nak gi daurah? Keluarga yang anti-usrah? Caci maki atau panggilan ustazah oleh sepupu separepart? Jahiliyyah yang semakin menggemok dari hari ke hari? Hah, bilang lah dengan jari. Pasti, anda terpaksa menggunakan jari jemari kaki kawan anda di sebelah itu juga. 

Kung Fu dgn jahiliyyah! [Kredit]
Jadi, itulah bekal kita. Ujian. Kompem ada. Ujian. Takkan mati. Ujian. Variasi. Tapi, tanya balik hati kita, cukup tak bekalan kita? 

Bukankah daie itu ada Allah dalam langkahnya...

Dan, kerana itu juga, siap siagalah! Jadilah obes dengan bekalan anda. Baru boleh bersumo dengan jahiliyyah yang makin menggemok dari hari ke hari... *two thumbs up

ps: Sungguh terharu dgn adik bulatan yang meminta taujih hingga sanggup meredah jalan untuk ke rumah ini... Allah memegang hatimu, dik. :) Dan. Selamat berwalimah buat anda yang bakal bergelar zauj dan zaujah. Selamat bertunang juga buat sepupu tersayang! Doa dari jauh saja...

Wallahualam
Daisypath Happy Birthday tickers