[Nota misteri] : Entri ini terhad kepada mereka yang berhati, berperasaan dan tiada masalah hati kering mahupun jiwa kacau.
[Kredit] |
''Jadi, saya ini bodohkah? Saya ini tidak tahu apa-apakah? Saya ini tidak pandai kah? Saya ini tidak berguna lagi kah? Begitu maksudnya? Bukan saya tak mahu. Bukan saya malas. Saya cuma inginkan satu peluang. Mungkin akhiran hidup saya selamanya akan jadi seorang tukang cat''
Hamba Allah ini baru sahaja saya kenal. Baru sangat. Baru beberapa hari mungkin. Sempat juga berbalas senyuman tanda hormat. Itu sahaja. Tiada komunikasi lain. Tiada berbalas mesej, tiada bertentang empat mata berborak itu dan ini, tiada menyimpan nombor. Tiada langsung. Sekali pun tidak. Melihatnya saya tersentuh. Melihatnya saya termenung sendiri. Mengingatkannya membuatkan saya terfikir-fikir tentang diri sendiri. Satu kisah tentang dirinya membuatkan saya kagum dengan dirinya dalam diam. Dan tidak putus saya doakannya.
Hamba Allah ini cemerlang orangnya. Keputusan PMR nya boleh tahan. Boleh dilabel cemerlang. Namun ujian Allah menimpanya ketika SPM. Benarlah, tidak selamanya kita di atas. Boleh jadi kalau kita selamanya di atas, kita menjadi manusia berhidung tinggi empat inci. Ya, semasa SPM, dia ditakdirkan Allah untuk gagal dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris. GAGAL! Atau lebih kejam bahasanya, gred F Merah! Sedangkan mata pelajaran yang lain tidak ada yang kurang daripada B. Wah wah wah! Pada saya, itu cemerlang. Kan?
Maka bermulalah episod diri hamba Allah ini yang mula ditekan dan 'ditindas' oleh pendidikan serkular kala ini. Hoho. Bunyi macam apa je. Tapi itulah yang berlaku. Dia mohon ke sana dan ke mari segala macam tempat, namun tidak ada yang sudi menerimanya untuk belajar. Apa? Kurang pandai kah dia? Hanya disebabkan dia gagal English, tak pandai spiking, tak pandai grammar, tak pandai uslub english, sudah dilabel sebagai tidak layak?!
Hebat sungguh pendidikan sekular yang bermaharajalela kala ini, bukan? Syabas dan tahniah saya ucapkan kerana telah berjaya menindas seorang hamba Allah ini. *tepuk tangan kuat-kuat
Bukan saya tak tahu, masih ramai lagi yang ditimpa nasib serupa. Apa? Nak tunggu dilaporkan dalam Buletin Utama TV3 atau Sinar Harian atau diiklankan dalam banner besar-besar baru pihak yang berwajib sudi nak tolong kah? Heyy... Tahu tak, zaman khalifah Saidina Umar al Aziz dulu sampai takda masalah kewangan, zaman Saidina Abu Bakar pula, sampai Umar al Khattab ingin memulangkan kembali jawatan hakim kerana tiada masalah yang dilaporkan. Apa jadi dengan sekarang??? Tolonglah! Kembalikan semula pemimpin seperti itu!Bukan yang hanya sedap makan kenyang di perut, terima elaun beribu riban di Parlimen dan isu ummat masih seperti itu.
Lebih baik tak reti English daripada tak reti mengaji! [Kredit] |
Hamba Allah ini sungguh berkemahiran. Sumpah! Hands on nya sungguh cekap. Kerjanya laju. Hasilnya tip top! Dia sangat berhasrat dan berminat untuk menjadi Jurutera. Saya pasti jika dia diberikan satu peluang, dia akan menjadi logam Islam yang sungguh power! Mungkin lebih power daripada mereka yang 'pandai' di universiti. Yang pandai teori semata. Tapi praktikal kosong. Ehem! Sungguh saya mengaku mungkin saya juga salah seorang yang hanya pandai teori. *air mata mengalir laju
Dan sungguh saya sedih bila melihatkan, terkenangkan ramai antara kita yang senang menerima tajaan. Namun, duit tajaan dihabiskan kepada perkara yang tidak-tidak. Sedangkan ramai lagi insan yang bertungkus lumus hendakkan belajar, namun tidak memperoleh peluang yang sama. Teringat juga zaman UA Abbasiyyah, tika itu, Bahasa Arab menjadi bahasa pertama di dunia. Barangsiapa yang tidak tahu berbahasa Arab, memang ketinggalan zaman! Sungguh choyy lah senang cerita jika tak pandai arab. Quran dan sunnah pula sumber rujukan yang utama.
Sungguh kisah hamba Allah ini memberi ibrah yang sangat terkesan dan terasa macam Allah mengetuk kepala saya supaya sedar masalah ummat. Supaya tahu bersyukur. Haih. Tengsomac Allah.
''Sungguh, yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa...''
[Hujurat 49:13]
Moga hamba Allah ini menjadi seorang yang tabah dan moga redha Allah bersamamu. InsyaAllah, akan Dia hadirkan insan-insan, tangan-tangan yang akan membantumu. Biar dikata bodoh di pandangan orang, asalkan dipandang mulia di mataNya. Akhir kisah.
ps: Seronok berjumpa adik bulatan gembira dari Perlis. Pertama kali dia merasa udang masak lemak cili api. Hehe. Oh ya! Selamat berwalimah buat akhawat tersayang, Ukht Mumtazah binti Maridi dan zauj. Moga ikatan terbina lebih meligatkan anda berdua dan bahagis hingga FirdausNya. Ameen. :)
Wallahualam
11.16 p.m
Kediaman Sri Maulana
Pahang, Malaysia
:)) selamat
ReplyDelete=)
ReplyDeleteSri Maulana? Are you Pekanese?
ReplyDelete