Mereka yang Kool :)

Wednesday, November 28, 2012

Siapa Kata Orang Asli Guna iTalipon Empat?

Dengan nama Allah, Maha Menguasai Tiap-Tiap MakhlukNya..

Birokrasi. 
Bukalah mata anda seluas-luasnya, dan anda pasti dapat melihat apakah sebenarnya 'dunia' itu. 
Ya, undang-undang untuk dihormati. Bukan dimanipulasi. 
Anda kata kami tak buat kerja rumah? Malas buat kajian?
Fikirlah semula. Jangan serkap jarang kalau diri sendiri menipu dalam persembahan. Menyangka diri hebat, boleh mengabui mata-mata yang lebih 'tahu'. Senyum sinis. 

Tadabburlah ummat. Seriyusli. You should do more, mister.    

''dan Kami tidak memberikan petunjuk buat orang-orang yang fasik...''  












Kredit buat Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya. 


Wallahualam
 

Tuesday, November 20, 2012

Akhirnya.

Dengan nama Allah yang Maha Membantu. Seriyusli. 

Nah! Sedebuk kasih sayang Allah kasi buat anda. [Kredit]
 Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. Terkesima sebentar. Jatuh pendrive di tangan. Tergamam. 

Akhirnya, Kau bukakan pintu hatinya untuk islam. Ya, benarlah kata orang. Jika di Malaysia, islam dan jahiliyyah itu macam kelabu. Berkecamuk. Bercampur aduk. Sukar mahu dibezakan. Hanya mereka yang pernah merasakan peritnya menjadi raksasa hitam jahiliyyah lalu berhijrah kepada manusia berhati terang dan tenang dalam keislamannya yang sempurna, dapat merasakan perbezaan islam dan taghut.

Buat anda (jika membaca), sumpah saya doakan anda di Rusia sana dan juga di Malaysia ini sentiasa dijaga ketat-ketat hatinya oleh Allah. Moga anda lah logam super saiya yang islam dambakan, yang palestina cintakan, yang Allah akan banggakan. Ameen.

Tak tipu. Saya bahagia. Gembira. Senyum selebar-lebarnya. Peace.

ps: Post pendek di petang hari untuk anda. Hehe. Selamat menjamah cekodok pisang dan Teh O panas. Eheh.

Wallahualam
 

Saturday, November 17, 2012

Kalau Dah Rabun Tu, Memang Tak Nampak Laa...

Tulun tulun... Rabun...! [Kredit]
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Mengasihani
 [Nota picisan]: Entri ini seriyusli untuk mereka yang memiliki masalah rabun malam, rabun jauh, rabun dekat atau err... Rabun ayam? Hehe.

Alhamdulillah tsummalhamdulillah, Allah masih beri peluang kepada saya untuk masih lagi berkongsi di ruangan ini. Ya, serasa sudah lama tidak bersua dengan anda. Rindu rasanya. Ok. Over. Err... Yang pasti, bukanlah saya mengabaikan diari ini, namun post post yang dibuat selama ini, hanya disimpan untuk bacaan diri sendiri sahaja. Bukan tidak mahu berkongsi, namun sedikit sebanyak, rasa hipokrit itu kadangkala datang tanpa diundang, menjadikan niat saya sedikit terbantut. Eheh. 

Eh kejap? Anda sudah membaca Qunut Nazilah buat insan tersayang di Palestine, Syria Burma, Myanmar dan serata dunia? Sudah? Ok. Foine. Bagus, alhamdulillah. Jadi, mari kita sambung.

Seperti yang anda tak sedia maklum, bahawasanya bagi insan yang mengenali diri saya secara peribadi, saya dan kaca mata dan tak dapat lagi dipisahkan. Hal yang demikian adalah berikutan kejadian penyakit kerabunan yang dialami sejak tujuh tahun dolu (walaweh, skema rama) Makanya, mahu atau tidak, mahal atau tidak, kaca mata itu memang satu keutamaan untuk memastikan kelancaran rutin harian saya
Seriyusli sangat payah dan susah jika kaca mata ini tertinggal di mana-mana, atau hilang atau sudah 'low power'. Meh saya kongsi satu cerita (boleh tahan lah) osem yang mungkin boleh menurunkan 'saham'. Hehe. 

Pada suatu petang yang permai, saya dan teman baik juga beberapa rakan baik berhasrat untuk 'rehlah' di Pantai Teluk Cempedak, Kuantan, Pahang. (siapa tak pernah pergi, boleh google). Rehlah ini tambah umphhh bila usrahmet sendiri sudi hadir dan memeriahkan rehlah kami. Biarlah sekejap pun dapat jumpa awak kan, Angah :) Asal hati terisi. Alhamdulillah. Makanya, setelah puas bermuayasyah, menyantuni dan berukhuwwah secara berimannya, maka kami pun pulang. On de wei pulang, kami berhenti di Surau Penjara Penor, Kuantan menunaikan solat Asar.  

Tiba-tiba, selepas itu saya dikerah untuk memandu pulang. Homaigod! Bukan lah satu kerja yang besar sangat yedak? Tapi, lupa saya nak habaq mai tadi, kaca mata saya yang bergaya ini (geli) sudah kurengg sesuai untuk mata saya yang sudah meningkat kuasanya. Haa, mata saya ada kuasa. Anda mampu? Hehe. Ok, tak kelakar pun. 

Jadi, di masa itu, hari sudah mahu Maghrib. Kereta tak banyak sangat. Tapi, kamera perangkap laju masih aktif berfungsi. Hehe. Jadi, nak dijadikan cerita ini tambah sensasi, dengan tahap kerabunan ini, berbekalkan kaca mata ini, saya tawakkal memandu, membawa 5 nyawa termasuk diri sendiri. Dan tiba-tiba...! Sampai sahaja di terafiklait, lampu sebenarnya sudah bertukar kuning dan ingin ke merah. Namun, saya nampak kuning, dan terus memecut laju. Hailaaa.... Habis jatuh saham keakhawatan di situ. Sudahla kereta orang, Honda Bandar pulak tu. Ampun, ampun...

Errr. Hehe. [Kredit]

Tak cukup dengan itu, terafiklait yang seterusnya saya berhasrat menjadi baik. Hehe. Namun, sekali lagi saya kurang jelas warna terafiklait itu, antara merah atau kuning. Seriyusli kabur sikit. Ohh... Saya bukan rabun warna ya. Ekskius mi Kak Jemah. Hehe.
Mujur saya sempat break tapi agak kehadapan juga, mencecah garisan kuning. (ok, siapa tak faham undang-undang jalan raya, sila ambil lesen sekarang juga). Yang paling kelakar, (ni lah saya maksudkan konfesi terjun gaung) ada ke patut saya pergi 'reverse' kereta tuu. Haha. Saya pun pelik kenapa saya buat camtu. Seumur hidup saya tak pernah lagi nampak orang reverse kereta kat terafiklait. Memang hari tu hari kena gelak tahap ultimate. Ya, tahniah Cik Prada.

Ok. Saya segan dengan anda tiba-tiba. *blushing

 Er, tapi kenapa ya saya sanggup menceritakan semua ini kepada anda dengan panjang dan lebarnya tanpa saktah walau sedikitpun? 

Kerana sesuai dengan gambar header terbaru (huk huk), ditambah dengan kejadian itu, saya jadi termuhasabah diri sendiri. Ya, memang benar. Jika kita belum memakai kaca mata tarbiyah atau kita ada masalah dengan kaca mata tarbiyah, pasti apa yang kita buat, kita lihat, kita rasa akan menyimpang dari islam yang sebenarnya. islam yang total. 
Seperti diri saya sendiri, mempunyai masalah rabun, jika tidak dipakaikan kaca mata, atau hanya memakai kaca mata tanpa power yang sesuai, pasti saya tidak akan nampak dengan jelas. Jadi, ibrah yang dapat daripada ini? 

1. Jangan harapkan amal kita sepower Rasulullah, para sahabat dan alim ulama' andai hati kita, ruh kita tidak terisi. Malah semakin hitam dengan dosa dan jahiliyyah sendiri. 


2. Jangan harapkan adik-adik bulatan gembira anda melompat keriangan dengan tangan terbuka dengan mudah untuk menerima apa sahaja bahan tarbiyah untuk mereka, andai kita tak tahu 'masalah rabun' yang dihadapi mereka itu. Itulah gunanya aktiviti lepal-lepak beriman, berholidei beriman, makan sama-sama beriman, untuk lebih mendekatkan hati antara kita dan adik-adik. Seriyusli. Walau hanya dengan menanya khabar menerusi Whatsapp dan Viber. Eh.


3. Jangan perasan kita lah yang paling busy dalam beramal, berkejar dalam menyelesaikan tugas dhonia dan dakwah juga tarbiyyah, andai sebenarnya kita riya' dan perasan bagus dengan 'kacamata tarbiyyah' milik kita sendiri. Heyy! Boleh jadi kacamata tarbiyyah kita itu tak diiktiraf oleh ISO Allah tahu...? T_______T


4. Dalam kita sibuk memakai kaca mata tarbiyah, jangan lupa untuk memantaunya. Lihat, jika-jika tarbiyah diri sendiri itu masih elok atau pudar, masih aktif atau sudah lemau. Entah-entah, kita tak sedar, kaca mata tarbiyyah kita sebenarnya sudah 'outdated' dan perlu ditukar serta merta. Maknanya, kita mungkin sudha bertahun-tahun ditarbiyah, tapi amal kita, gerak kerja, masih di paras yang sama. Allahu... Adakah saya begitu juga? Moga-moga kita semua tidak begitu.


Dan tentunya, banyak lagi ibrah yang mungkin anda sendiri dapat fikirkan. InsyaAllah, saya buka ruang dan peluang di bahagian 'Kata mereka yang kool itu' di bawah untuk sebarang cadangan, komen membina atau kritikan menjatuhkan. Takpe, saya redha. Heh.


********* 


[Kredit]
Dan begitu juga halnya dengan isu Islam global sensasi masa kini! Bagaimana kita harapkan orang memboikot secara total barangan Israel atau seangkatan dengannya, jika mereka tidak faham mengapa mereka patut berbuat sedemikian. Jadi, usaha yang boleh dilakukan dengan osemnya adalah, mengislahkan diri. Seriyusli. Perbaiki diri. Dapatkan kefahaman dalam beramal. Baru anda tak jadi Encik Lalang...
 Semoga saja Allah mengizinkan kita untuk menjadi 'tangan-tangan' yang menjadi asbab Islam menang! Alangkah sweetnya ayat Allah bila ditadabbur pagi-pagi. Jum kita nengok.



 ''''Sesungguhnya telah ada tanda bagi kamu pd 2 golongan yang berhadap hadapan. 1 golongan berperang di jalan Allah dan golongan kafir melihat dengan mata kepala, bahawa (golongan muslim) 2kali ganda mereka! Allah menguatkan dengan pertolonganNya bagi siapa yang Dia kehendaki...'' 
[Ali Imran 3:13]

''Katakanlah,''Mahukah aku kabarkan kepadamu apa yang lebih baik dari itu?'' Bagi orang-orang yang bertaqwa di sisi Tuhan mereka syurga-syurga yang mengalir di bawah sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya, dan pasangan-pasangan yang suci, serta REDHA ALLAH. Dan Allah Maha melihat hamba-hambaNya. (Yaitu) orang-orang yang berdoa'' Ya Tuhan kami, kami benar-benar beriman, maka ampunilah dosa-dosa kami, dan lindungilah kami dari azab neraka.''
 [Ali Imran 3:15-16] 

Keterlaluan kah? Lu pikir lah! [Kredit]
Sebab itu, tiada sebab lain mengapa golongan kuffar bersungguh-sungguh menghabiskan tenaga, wang dan usianya hanya untuk menyerang muslimeen, hanya atas nama ISLAM. 

Tahniah dan syabas buat antum yang sama-sama ke Bantahan tempoh hari. Alhamdulillah. Moga Allah berikan ganjaran buat semuanya. Biidznillah.


indeed. [Kredit]
ps: Alhamdulillah dan mabruk atuk yang selamat tiba di tanah air selepas menjadi Tetamu Allah. Doakan saya juga mempunyai rezeki untuk dipanggil Allah ke sana. 

pps: Mek Di nampaknya cuak cuak ayam, kerana 'puas' Gaza dibom, kini mahu memberi 200,000 burger percuma? Takut diboikot ke, kak?

ppps: Sentiasa mendoakan kesejahteraan rakan-rakan yang baruuuu sahaja di sentuh hati dengan tarbiyyah ini. *kenyit mata

 Wallahualam



     
Daisypath Happy Birthday tickers